Sabtu, 12 Disember 2009

Cerita Aku Seketika

Aku dah beberapa hari tak dapat surf internet sebab laptop aku breakdown. Charger overload electricity. Aku rasa tension yang amat sangat kerana banyak kerja-kerja aku terbengkalai. Aku paling tension bila ingat 'study cases' yang belum siap. Aku rasa nak menangis bila memikirkannya. Lecturer aku pula syorkan aku buat kerja kat library college. Tapi feel aku tidak suka terperuk lama kat satu tempat lagipun aku suka mengadap komputer sambil mengunyah. Otak aku mudah buntu kalau tidak mengunyah. Selain tu bila penat aku akan bengun buat excersise legakan otot yang penat dan mata yang letih mengadap skrin komputer. Kat library college aku tak boleh lakukan semua tu. Mustahil untuk aku tunggang langgang buat senaman bila penat duduk lama. Selepas 3 minggu peristiwa itu berlaku, tiba-tiba aku ditunjukkan jalan dengan idea untuk meminjam laptop adik aku Awie. Lega juga dapat mula siapkan kerja aku yang dah bertimbun menunggu. Namun Awei dah nak abih cuti semester maka aku terpaksa plak menyewa laptop . Aku juga baru lepas "Trial OSCE" pada 9hb Disember.. Alhamdulillah lulus.. Namun ada benda lain juga yang menimpaku di penghujung tahun ini.. Seingat 3 perkara yang banyak mengujia aku.. 1. Pada 26hb Nov lepas aku dengan Awie balik ke Mentakab untuk menjemput hubby beraya bersama. Sebenarnya aku yang beria-ria nak buat suprise.. Mulanya aku biarkan Awie yang drive dan selepas Gua Musang, aku pula yang drive dan nak dijadikan cerita, semasa di Bukit Tujuh Merapoh, Kuala Lipis jalan jamm amat. Perjalanan hala ke Pahang- KL kenderaan tidak banyak sangat tapi dari Kl ke Kelantan jamm teruk. Di belakang aku semasa di km 4 atau 5 sebuah lori kargo merah dari Kelantan ke KL. Di depan aku pula Bus Transnasional. Kalau diikutkan, perjalanan ke Pahang tidak jamm tapi disebabkan ada kereta dari KL-Kelantan yang memotong dan tersesat ke laluan aku maka perjalanan aku juga tersangkut. Dengan kelajuan 0-10km/jam.. Kaki aku lenguh menekan brek.. turun bukit pulak tu.. Aku seriau juga bila ingat lorry kat belakang. Tambahan pula bising hon kereta yang depan. Driver lorry ni naik gila ngan bus bagi hon marah pemandu kenderaan dari arah bertentangan yang masuk ke laluan kami. Awie juga mula bising bila tengok lori kargo yang semakin hampir kat belakang. Masa tu lebih kurang pukul 5.00 pagi.. Tiba-tiba, gedegang stereng aku rasa bergegar. Aku terus berek mengejut. Pusing tengok belakang. Hati aku kecut ingat anak-anak aku yang sedang tidur kat belakang. Alhamdulillah anak-anak aku masih tidur lena. Awie pula disebabkan panik keluar ikut tingkap kereta. Aku tegur dia kenapa lompat ikut tingkap sedangkan pintu boleh dibuka. Aku juga keluar dan melihat kereta aku. Dari atas lori pemandu lori itu menjengok dan menjerit.. " Ala..sikit aje.. bumper tu". Disebabkan kenderaan aku berada di tengah jalan maka aku masuk ke dalam kereta dan bercadang untuk mencari tempat yang sesuai. Tapi aku tayar berbunyi bising sebab bumper yang terperosok telah menekan tayar sebelahkiri. Aku terpaksa berhenti dan cuba membetulkan bumper itu. Semasa aku dan Awie sedang membetulkan dan menarik keluar bumper yang terperosok. Masa itu juga lori kargo itu melarikan diri. Aku sempat menjerit kepada Awie agar mencatat nombor lori itu. Awie sempat snap foto lori itu. Selepas itu aku pecut lebih 100km/jam sebab nak kejar lori yang tidak bertanggungjawab. Hampir satu jam selepas itu aku dan Awie dapat menemui lori itu di kawasan berbukit berdekatan bandar Kuala Lipis. Aku tak pedulikan keselamatan diri aku terus memberhentikan kereta aku di depan lori itu. Pemandu lori itu enggan turun semasa Awie mula-mula keluar. Apabila melihat aku keluar dari bahagian pemandu barulah driver lori itu turun dari lorinya. Selepas bertekak dan berbincang.. dan aku malas dan cepat maka aku pun tertipu oleh driver lori tu.. muka seposen.. Aku malas nak ceita kat sini pasal kes itu sebab aku dah serah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Apa yang aku ingat driver lori tu bernama: MOHAMED AZMIN BIN ISMAIL I/C: 770602-03-6483 Lorry Kargo Kepala Merah VOLVO no.pendaftaran : BDT 5054 Tel: 014-5187565 Alamat: Tepi Sungai Tanah Merah, Kelantan Aku hanya berdoa semoga drebar lori yang bernama Mohamed Azmin bin Ismail yang enggan bertanggungjawab ini akan berjumpa denganku sekali lagi di hospital dan tahulah aku caranya. Semoga Allah menunjukkan jalan kepadanya untuk membayar hutangnya kepadaku. Keretaku belum pun sampai 6 bulan aku beli tu yang aku berasap sangat sekarang ni dah buruk bumper belakangnya yang sexy tu.. Aku tak bercadang untuk repair sebab aku tetap akan tutut ganti rugi dari dia satu masa nanti biarpun di alam barzakh.. 2. Aku masih belum insaf apabila telefon aku yang aku sayangi sebab hubby aku yang hadiahkan dah termasuk ke dalam tub mandi dan tak boleh digunakan. Aku terpaksalah guna telefon yang tak ada kaler. nak beli yang baru.. aku dah biasa hubby yang belikan telefon untuk aku jadi aku tak bercadang untuk membazirkan duit gajiku untuk membeli telefon baru.. Hubby pula seakan menghukum aku sebab kecuaian aku itu.. 3. Laptop aku plak buat hal maka jadilah aku seorang yang semakin stress.. Exam final 21hb Disember ni.. Hari aku tak selalu mendung kerana ada sahaja jalan ditunjukkan untuk.. Yang penting aku perlu bersabar atas ujian ini.. Potret adik-beradik aku yang seramai 10 orang menjadi penawarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..