Sampai
di rumah, Syafik dia terus memapah Daniel masuk. Aku membantunya membuka pintu.
Syafik membawa Daniel ke tingkat atas di kamarnya.
Puan
Aisyah muncul di kamar itu.
“Apa
kena dengan Daniel ni Syafik?” Tanya
Puan Aisyah hairan.
“Dia
mabuk mak,” jawab Syafik sambil membetulkan badan Daniel. Puan Aisyah
menggeleng-geleng kepalanya.
“Eh!
Intan pun ada,” tegur Puan Aisyah kepadaku yang baru keluar dari kamar membawa
air dan tuala.
Aku
tersenyum mengangguk sambil meletakkan bekas air di sisi katil. Syafik terus
mengambil tuala. Merendam ke dalam bekas air seketika dan kemudiannya mengelap
muka Daniel. Aku kagum dengan keprihatinan Syafik. Dia kelihatan amat
bertanggungjawab kepada adiknya itu walaupun sekadar adik tiri.
“Kalau
tak ada apa-apa yang mak boleh tolong,
mak keluarlah dulu ye.”
“Baiklah
mak..”
Puan
Aisyah berlalu. Aku berdiri di sisi Syafik. Mataku memandang ke arah Daniel.
Wajah pemuda itu pucat. Kulitnya yang putih kemerahan bagaikan tidak berdarah.
Aku melihat Syafik mengelap dahi dan wajah Daniel dengan penuh kasih sayang.
Beruntunglah Daniel kerana memiliki seorang abang seperti Syafik.
“Intan,
maafkan abang kerana menyusahkan Intan,” ujar Syafik lembut. Dia membuka butang
baju kemeja yang dipakai oleh Daniel.
“Tidak
mengapa bang,” kataku dan duduk disampingnya. Syafik mengukir senyuman dan aku
membalas senyuman itu.
Syafik
menatap jamnya dan memandang wajahku.
“Intan
tidur di sini ajelah malam ni ya,” usul Syafik sambil meletakkan tuala ke dalam
bekas yang berisi air di atas meja.
“Tapi.abang,
abah … umi tentu….”
“Nanti
telefon aje beritahu mereka,’’ gesa Syafik. Aku tunduk menguis hujung jari kaki
ke karpet biru tebal yang menghampar bilik itu. Daniel sudah tertidur. Dia
tidur persis seorang bayi lebih-lebih lagi wajahnya yang keanak-anakkan itu.
----------------------------0-----------------------------------------------------
Pagi
itu aku terbangun agak lewat. Matahari sudah agak meninggi. Ketukan di pintu
menyedarkan aku. Aku menguap berkali-kali. Barulah aku sedar rupanya aku bukan
tidur di kamarku tapi di rumah Syafik.
“Selamat
pagi Intan. Lena tak tidur semalam?” ucap Syafik sambil melangkah masuk. Aku
berkalih ke tepi sedikit memberinya ruang. Aku cuba mengelak apabila dia cuba
mencuri menciumku. Syafik ketawa kecil.
“Abang
nak ambil baju,” ujarnya lalu menuju ke arah almari pakaiannya. Aku diam dan
melangkah ke arah katil lalu duduk.
“Intan
siap ye.. Kejap lagi kita sarapan bersama,” pesan Syafik sebelum keluar. Aku
mengangguk lesu. Pandanganku tertuju ke arah kain tuala milik Syafik yang terlipat
elok di atas katil. Malahan baju tidur milik Syafik yang membaluti tubuhku agak
longgar. Maklumlah saiz aku dengan Syafik amat berbeza. Aku menjeling berus
gigi yang masih baru dan belum digunakan terletak elok di atas tuala. Syafik
meminjamkan aku pakaiannya kerana pakaian yang diberi pinjam oleh Puan Aisyah
bakal mertuaku agak kelakar juga saiz denganku. Melucukan apabila aku yang
bersaiz XS memakai pakaian saiz XXX…
“Intan
pakai ajelah yang abang punya. Malam ni tidur ajelah berkain batik mak. Intan
pakai t’shirt abang. Berus gigi tu abang belum guna. Jangan risau masih dalam
bungkusan pembalut tu. Ni kain sembahyang mak. Intan guna pin ya untuk telekung
tu,” pesan Syafik malam tadi.
Aku
teringat peristiwa semalam. Aku bertambah pilu apabila mengenangkan Daniel. Dia
begitu menderita rupanya. Selama ini aku dan dia sama-sama menderita. Namun
kini kurasakan penderitaan di hati ini semakin berkurangan lebih-lebih lagi
bila mengenangkan layanan dan kebaikan Syafik terhadapku.
Ketika
aku turun untuk bersarapan, Syafik menungguku di meja makan dengan senyuman
mesra.
“Ceria
nampak Intan pagi ni.” Tegur Syafik. Aku membalas senyumannya. Syafik menarik
kerusi untukku duduk. Aku mengucapkan terima kasih.
“Mana
makcik dan uncle, bang?” tanyaku apabila melihat hanya kami berdua sahaja di
meja makan. Tidak kelihatan bakal mertuaku.
“Mak
dan uncle dah keluar. Mana boleh lewat bukak restoran. Nanti pelanggan lari.
Daniel tadi keluar jogging. Mungkin dah balik dan ada di biliknya,” jelas
Syafik. Tangannya pantas menyapu jem ke roti. Kemudian dihulurkan kepadaku.
Begitu cekap dia melakukan kerja itu.
“Daniel
dah makan ke bang?” Tanyaku sambil menggigit roti yang bersalut mentega.
“Belum,
agaknya dia mahu bersarapan di kamarnya. Tak mengapalah, nanti abang bawa ke
biliknya.” Usul Syafik.
“Boleh
Intan tolong abang?”
Syafik
tersenyum. “Tak apalah. Abang boleh sediakan. Tapi kalau sudi apa salahnya.”
Selepas
menikmati sarapan bersama Syafik, aku menatang dulang yang berisi secawan tea
dan roti untuk Daniel. Semenjak semalam, hatiku juga sudah dapat di tenangkan.
Aku membontoti Syafik dari belakang menuju ke bilik Daniel. Ketika aku menolak
pintu bilik Daniel, dia sedang berdiri di tingkap memandang keluar. Dia tidak
sedikit pun menoleh ke arah kami.
“Daniel…
ini abang bawakan sarapan untuk kamu,” tegur Syafik dan meletakan dulang ke
atas meja. Daniel berpaling. Dia tersentak melihat ke arah aku dan Syafik.
“Silakanlah..
Sarapan roti aje..” tutur Syafik lagi. Daniel masih berdiri kaku di tepi
jendela. Memandang keluar.
“Thank
you bro. I’m not hungry..” ujarnya dan masih melihat keluar tingkap.
“Intan,
mari keluar,” ajak Syafik sambil memeluk bahuku. Kami segera beredar dari situ
membiarkan Daniel bersendirian.
Pagi
itu lebih kurang pukul 9.30 pagi, Syafik menghantarku hingga ke rumah. Dia
memohon maaf dari keluargaku kerana tidak menghantar aku balik semalam dan
menerangkan perkara sebenar. Mujurlah abah dan umi memahaminya. Abang Norman
asyik menjeling dengan senyum sinis, menyindirku dengan wajah penuh persoalan.
“Baik
betul budak Syafik tu ya bang.” Kedengaran umi berbicara dengan abah menyebut
nama Syafik. Aku hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka.
“Yalah..
bakal menantu kesayangan awak,” tempelak abah pula. Abang Norman
tersenyum-senyum. Apabila aku menjelingnya, dia berpura-pura memandang ke arah
lain. Tentu ada sesuatu di fikirannya. Masakan tidak dia bersikap sedemikian.
“Intan
masuk ke dalam dulu ya , abah.. umi..” pintaku meminta izin dan berlalu. Aku
tidak suka untuk masuk campur apatah lagi mendengar perbualan orang tuaku. Jika
aku tidak di ajak bersama aku akan mengelak diri. Lebih-lebih lagi melihat
wajah abang Norman yang asyik mencuri menjeling memandangku.
Di
kamar aku segera menghempaskan diri ke atas katil. Bayangan wajah Daniel muncul
di mindaku. Kucuba mengenang kembali saat indah bersama Daniel. Aku
mengenalinya semasa jamuan ulang tahun Nadra temanku. Daniel datang menemani
sepupunya Devina, sahabat baikku. Dari situ bermulanya episode cintaku.
Seminggu kemudian dia menjadi pelajar baru di kelasku dan di tempatkan di
sebelahku setelah Ginny teman mejaku berpindah ke sekolah lain. Aku dan Daniel
menjadi pasangan yang tidak secocok kerana perbezaan di antara kami amat
ketara. Bangsa dan agama. Teman-teman meramalkan kami akan menghadapi masalah
bercinta dengannya lebih-lebih lagi penerimaan abang Norman. Memang benar.
Namun keteguhan cinta kami tetap bertahan hingga memasuki usia 10 tahun. Usia
percintaan kami dari tingkatan 2 hingga kini sudah berkerja namun kami masih
belum berani berbicara bersemuka dengan orang tuaku. Aku tidak pernah menyebut
cerita Daniel di depan orang tuaku. Abang Norman juga melarang keras kepadaku
agar tidak membuka mulut di depan abah dan umi.
Setelah
semua masalah itu hampir dapat di atasi dan di saat aku hampir menjadi milik
Daniel, abah membawa berita yang memusnahkan segala cita-cita dan harapanku
untuk bersama Daniel. Menurutnya dia akan mengahwinkan aku dengan anak bekas
teman lamanya yang kini telah meninggal. Dan itulah Syafik yang telah menjadi
tunangku.
Aku
sedih apabila mengenangkan Daniel. Setahuku Daniel bukan seorang pemabuk. Dia
sendiri mengaku kepadaku dia tidak pernah menyentuh alkohol. Tetapi kenapa
malam tadi dia mabuk? Apakah perubahan itu di sebabkan aku?
Lamunanku
terputus apabila telefon bimbitku di sudut katil berbunyi. Dengan malas aku
mengambil dan melihat nombor rumah Syafik. Suara di hujung sana memberi salam
dengan kepelatan menyapa hujung telingaku.
“Daniel?
Betulkah ini Daniel?” Detik hatiku. Kenapa dia menghubungiku.
“Ira..
hello.. Ira..!”
Aku
diam membisu. Tidak tahu apakah yang harus kututurkan.
“Ira..
kenapa diam…”
“Daniel..
tolong jangan ganggu aku lagi..” Aku mengharapkan simpati. Namun jauh disudut
hati aku mengharapkan sebaliknya. Aku amat merindui suara itu.
“Ira..
kau nak buang aku begitu sahaja ke? Kau tahu aku menderita Ira. Setelah hati
ini kau curi, kau biarkan aku membina harapan dan impian kita. Bila kau tidak
perlukan aku lagi kau lemparkan aku begitu sahaja. Kau kejam Ira…” tuduhnya
melulu. Aku kaget dengan bicara sebegitu.
“Daniel,
apa yang kau cakapkan ini. Aku tidak mengerti..”
“Bagaimana
kau nak mengerti, kalau kau gembira dengan penderitaan aku…” rintihnya.
Terdengar esakannya di corong telefon. Pipiku juga turut basah.
“Ira,
aku sentiasa memegang janjimu yang kita akan sentiasa bersama, namun kenapa ia
harus berakhir dengan perpisahan?” luahnya lagi.
“Apa
salahku sehingga kau sanggup meninggalkan aku tanpa belas kasihan sedikit pun.
Namun aku tidak menghalang kalau itu keputusanmu dan aku relakan walaupun
hatiku pedih.. Aku akan tetap menyintaimu Ira! Aku akan setia menunggu mu suatu
hari nanti. Kembalilah kepadaku Ira…”
Aku
tidak sanggup lagi untuk mendengar rintihan lelaki itu. Cepat-cepat aku menekan
butang ‘off’. Air mata laju menuruni pipiku. Aku menangis sepuas-puasnya
sehingga mataku bengkak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan