Selepas
peristiwa aku memutuskan talian telefon tempoh hari, Daniel menghilangkan diri.
Melalui Syafik aku dapat tahu, Daniel kembali ke negara asal ibunya di Kanada dan
akan menetap di sana. Aku berasa sedih dengan berita itu. Entah bila agaknya
lagi, aku dapat berjumpa dengan Daniel lagi. Kehangatan cintanya masih terasa
mekar di hatiku.
Perhubunganku
dengan Syafik juga seperti biasa. Walaupun aku boleh dikatakan terpaksa
berpura-pura tapi aku puas. Biarlah, semoga Syafik dapat mengubah hatiku. Aku
juga berdoa agar suatu masa nanti aku dapat melupakan terus cintaku pada Daniel
dan membuka sepenuhnya pintu hatiku pada Syafik. Aku juga ingin menjadi isteri
Syafik yang setia. Harapan abah dan umi yang begitu tinggi terhadapan hubungan
aku dan Syafik akan bahagia. Layanan Syafik terhadapku tidak dapat di nafikan
lagi, lelaki itu menerimaku dan menyayangiku. Keluarga bakal mertuaku juga
mengambil berat tentang diriku. Boleh dikatakan setiap hari bakal ibu mertuaku
menelefon dan bertanya khabar. Setiap minggu juga Syafik akan membawaku ke
rumahnya untuk berjumpa mertuaku dan membincangkan persiapan perkahwinan kami.
Sebulan
lagi hari perkahwinan akan berlangsung. Aku dan Syafik sudah membeli segala
persiapan persandingan. Keluargaku dan keluarga Syafik bersama-sama menyediakan
segalanya. Kad-kad jemputan sudah lama di edarkan. Tiket untuk berbulan madu ke
Eropah juga sudah lama di tempah. Aku dan Syafik yang memilih destinasinya.
Suit pengantin dan pelamin juga sudah dibereskan. Butik Syafeena milik bakal
kakak iparku yang menaja pakej pakaian pengantin dan pelamin. Kini kami hanya
menunggu hari bahagia itu. Syafik juga semakin mengambil berat tentang diriku.
Pagi tadi dia yang menghantarku ke Spa untuk mandi berempah. Tengahari itu aku
menerima sepucuk surat dari Kanada.
“
Intan Hazira Kekasihku,
Semoga kau bahagia di sana. Biarkan aku yang
menderita sendirian dan kau tetap di hatiku.
Love
– Daniel.
Ayat-ayat
itu benar-benar menguris kalbuku. Syafik terdiam apabila menatap surat itu.
Terpancar di wajahnya perasaan bersalah. Aku hanya mampu menangis sahaja
mengenangkan perkara itu. Syafik memelukku sambil memujukku bersabar.
“Sabarlah
Intan. Abang janji akan menjaga Intan. Biarlah pengorbanan Daniel abang balas
dengan kebahagiaan untuk Intan..!” Perlahan-lahan dikucup dahiku. Kematangan
Syafik di dalam mendiplomasikan suasana benar-benar mencerminkan
keperibadiannya. Dan kini bagiku aku tidak menyesal memilih Syafik. Aku
kucurahkan sepenuh kasih sayangku kepadanya. Biarlah kami hidup bahagia. Doaku
di dalam hati. Kisah aku dan Daniel hanya menjadi secebis lipatan silam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan