Cerpen ini aku tulis semasa penghujung Mac 2020. Seminggu selepas lockdown. Waktu itu aku adalah di antara orang yang tetap kena keluar bekerja. Pebgalaman berkereta sendirian di atas jalan raya membuat aku rasakan duniaku sepi. Tiada kenderaan yang bersaing denganku lagi di jalan raya. Hanya sebuah keretaku sahaja sepanjang pergi dan balik kerja. Tiada asap kenderaan. Hingga aku sanggup membuka tingkap kereta dan menyedut udara bersih sepanjang 15km perjalanan itu. Meter keretaku juga berada pada paras tidak melebihi 60km sejam. Terasa aman dan tenang tapi kesunyian.
Maka apabila balik ke rumah aku mula merangka draf dan ini adalah draf spontan yang aku sempat taip di laptop Swift 3 milikku.
Bulan Madu di Musim Covid
Semua tak kena belaka. Hari pun sudah petang. Bayangannya
belum nampak lagi. Pelbagai andaian mula muncul di benak. Aku harap dia selamat
di luar sana. Kalaulah tidak kerana keperluan mendesak, aku tak akan biarkan
dia keluar. Musim sekarang ni lebih baik duduk di rumah sahaja.
"Nasi dah masak. Awak nak saya hidangkan ke ?"
Aku bersuara sambil menepuk belakangnya lembut. Dia pantas berpaling. Lama dia
merenungku dan kemudian mengangguk.
"Saya hidangkan dulu nasi. Nanti awak datang ya,"
sambungku lagi dan berlalu meninggalkannya. Aku terus menghidangkan makanan
yang telah siap di masak tadi. Sekadar nasi putih bersama lauk ikan goreng dan
singgang bendi sahaja. Dalam keadaan sekarang aku perlu juga berjimat. Entah
bila keadaan darurat ini akan berakhir. Semasa aku tengah menuang air putih
sebagai pelengkap hidangan menu kami, dia muncul di dapur. Dia terus menuju ke
sinki mencuci tangannya. Sebentar kemudian dia sudah berdiri di meja mengadapku
dan duduk di kerusi.
Aku menghulurkan pinggan nasi kepadanya. Dia menyambutnya
dan mengucapkan terima kasih. Kami makan dengan berselera walaupun lauk yang di
masak agak simple. Aku lihat dia masih kelihatan agak kekok berdepan denganku.
Begitu juga aku yang masih malu-malu dan segan bila berdua-duaan dengannya.
Siapa sangka kami langsung tidak mengenal. Tidak pernah
bercinta. Malahan tidak pernah menjangka perhubungan kami akan berakhir
sebegini .
"Ini memang rumah Akmal tapi dia tak ada kat sini
," terangku sambil memandang ke arahnya. Pintu rumah enggan aku buka. Aku
masih membiarkan dia berdiri di situ tanpa berniat untuk mempelawanya masuk.
"Boleh tak saya masuk dan tunggu di dalam ?"
Tanyanya teragak-agak. Aku sendiri keliru samada hendak membenarkan dia masuk
atau tidak. Di luar sana hujan ribut sangat kuat. Di depan rumah juga tadi ada
dahan kayu patah dan mengenai pagar. Sebahagian garaj rumah juga di timpa
ribut. Mujurlah kenderaan yang aku letak di situ, tidak terkena musibah itu.
"Sekejap ya, saya nak telefon tanya abang saya
dulu,"ujarku. Dia mengangguk lesu. Wajahnya kelihatan kepenatan.
Selepas bertelefon dengan keluargaku, pintu rumah aku buka.
"Masuklah. Abang Akmal cakap awak boleh guna bilik
dia. Buat masa ni dia masih berada di Johor. Mereka terkandas di sana dan tidak
boleh balik. Perintah berkurung dikuat kuasakan di sana," ujarku sambil
memberi ruang untuknya masuk. Dia duduk di muka pintu dan tunduk membuka tali
kasutnya. Beg galas di bahu di letak ke tepi.
"Nanti awak guna bilik ke tiga sebelah kanan ya,"
ujarku dan bergerak ke ruang belakang. Aku hendak membuka pintu bilik abang
keduaku sebagai bilik tetamu.
Mujurlah bilik abang keduaku sangat kemas. Aku mencari
tuala dan pakaian abang untuk di beri kepada tetamu. Harap dia ada membawa
pakaian lainnya.
Selepas memberi pakaian kepadanya, aku mengunci pintu
rumah. Aku berjalan ke dapur. Teringat untuk menyediakan sedikit makanan dan
minuman untuknya. Walaupun aku tidak mengenalinya tetapi aku tetap kena layan
tetamu dengan baik. Lagipun dia juga adalah kawan abang Akmal.
"Saya dah hidangkan nasi dan minuman. Nanti awak
makan. Pinggan semuanya tinggal di situ, nanti saya cuci ," ujarku semasa
dia berdiri tercengang melihat ke arahku yang berdiri di depan pintu biliknya.
Dia kelihatan sudah bersih dan mungkin baru lepas solat kerana kepalanya masih
berkopiah semasa dia membuka pintu.
Dia hanya mengangguk tanpa sepatah bicara. Dan pandangannya
juga kosong. Aku berlalu ke bilik tidurku dan bercadang untuk berehat. Aku
tidak lagi bebas berkeliaran di dalam rumah sendiri kerana ada orang lain yang
tinggal kini.
"Adik, jaga diri baik-baik tau. Mak, ayah dan abang
tak dapat balik. Kami tak tahu berapa lama kami terpaksa tinggal di rumah
kaklong." Beritahu ibu semasa aku bercakap di telefon dengannya. Kedua
ibubapaku bersama abang Akmal ke Johor Bharu kerana melawat kakak sulongku yang
bersalin di sana. Kakak sulongku pula kehilangan suaminya dua minggu lepas. Aku
juga pergi ke sana dan balik ke sini lebih awal kerana cutiku telah habis.
Sekarang ni ahli keluargaku tersangkut di sana kerana perintah lockdown di
seluruh negara.
Kakak sulongku terpaksa bersalin di sana kerana
kandungannya mengalami masalah uri di bawah tahap tiga dan tidak dapat bergerak
balik kampung. Menurut ibu, kaklong telah selamat di bedah dan mereka bercadang
hendak membawa kaklong balik pada hari ini tetapi arahan perintah berkurung
berkuatkuasa semalam, maka pergerakan keluar tidak dapat dilakukan.
Sekarang ni aku pula terpaksa mengikut arahan lockdown di
dalam bilik. Terkurung di rumah sendiri. Bilik sebelah pula tetamu yang tidak
dapat bergerak ke mana. Menurut abangku, kawannya itu baru balik dari Penang.
“Mak, tak boleh ke mak ajak je ayah balik. Ajaklah kakak tu
balik sama. Adik tak boleh tinggal sorang kat rumah ,” Aku terus merayu di
telefon. Setiap jam aku telefon mak di sana. Aku pujuk mak. Satu pujukan yang
hanya hati aku dan mak sahaja yang tahu.
“Fina
sabar ya sayang. Jaga diri baik-baik. Mak, ayah, kaklong dan abang Ikmal doakan
keselamatan Fina di rumah. Jangan keluar merayap.” Itulah pesanan mak setiap
kali sebelum meletakkan telefon. Aku akan menyapu airmata setiap kali telefon
aku letakkan ke atas meja. Dua jam lepas aku dah telefon mak. Sewal jam 5.30
pagi aku dah kacau mak di sana dengan panggilan telefon. Itulah rutin yang aku
lakukan setiap hari. Bukan aku tidak tahu masalah mak dan keluarga di sana.
Tapi aku lakukannya untuk menyedapkan hatiku sahaja.
Aku
tahu kaklong sudah semakin sihat. Tetapi bayi kecilnya masih lagi ditempatkan
di wad rawatan rapi bayi. Anak saudaraku itu lahir tidak cukup bulan.
Pembedahan dilakukan semasa kandungannya 33 minggu selepas kaklong mengalami
pendarahan, kerana terlibat dalam kemalangan. Di mana pada hari yang sama juga
dia kehilangan suaminya merangkap abang iparku juga. Sebelum ini kaklong mengikuti suaminya
bekerja di kampung halaman suaminya. Walaupun keluarga suaminya ada dekat di
sana untuk bertanya khabar, tetapi keluarga sendiri lebih baik. Lagipun ibu
mertuanya sudah uzur dan kehilangan ayah mertuanya pada hari yang sama juga.
Hari
ini masuk hari ketiga aku ditinggalkan di rumah. Aku tidaklah kisah sangat
untuk tinggal bersendirian. Setiap kali balik kerja, aku lebih suka memerap di
bilik. Masalah sekarang, teman abang keduaku yang kini ada sama serumah
denganku. Aku tidak tahu bagaimana untuk selesaikan masalah ini. Nak suruh dia
pindah dan tinggal di tempat lain, tiada hotel apatah lagi saudara maranya
jauh. Nak suruh dia pergi cari sendiri rumah lain, aku juga tidak tahu hala ke
mana harus aku tuju. Nek Mina ada datang menjengukku. Dia ada mengajak aku
tinggal bersamanya tetapi dengan keadaan rumahnya yang sempit dan keluarganya
yang ramai mustahil untukku tinggal bersamanya sementara waktu. Kalau aku
mintak kawan abang aku tu tinggal dengan Nenek Mina, rumahnya lagi ramai anak
dara. Sekarang ni rumah aku dan rumah nenek Mina sahaja jiran yang paling
dekat. Jiran-jiran aku yang lain pula semuanya berbangsa asing. Nak mintak dia
tinggal dengan jiran aku yang rumah seberang sana tu lagi tak masuk akal.
“Fina,
apa khabar ? Haji Hassan dengan Mak Aji belum balik lagi ka ?” Tegur Pakcik
Ramesh jiran aku sebelah rumah. Waktu itu aku nak tutup pintu pagar rumah. Dia
pula sedang menyiram pokok tanamannya di halaman. Rumahnya cantik dihiasi
dengan pelbagai jenis bunga orkid. Pakcik Ramesh antara peminat tegar bunga
orkid yang aku kenali. Rumahnya di bahagian depan atau belakang bagaikan hutan
orkid. Hobinya itu ada berjangkit juga kepadaku yang tinggal berjiran
dengannya. Jiran bahagian depan pula Pakcik Tommy peminat orkid juga. Tetapi
dia tidak setegar Pakcik Ramesh. Dia berjangkit menanam bunga orkid selepas
diberi oleh Pakcik Ramesh. Begitu juga orkid di rumahku diberi oleh Pakcik
Ramesh dan selebihnya ada yang ayah atau mak beli sendiri.
“Belum
lagi. Anak kaklong masih belum sihat. Masih dekat ICU,” ujarku sambil berdiri
memegang pagar rumah mengadap ke arah rumah sebelah.
“Kasian
sama kaklong ya. Anak kicik masuk wad. Suami pula sudah mati. Mak dan ayah kamu
mesti risau mau tinggal dia di sana ,” sambung Pakcik Ramesh lagi. Dia menyiram
dengan perlahan ke arah bangsal kecil yang menempatkan orkidnya.
“Ya,
pakcik. Nak bawak balik sini tak boleh. Lagipun sekarang ni dah tak boleh
keluar ke mana-mana. Nak balik kerja tadi pun saya kena tempuh dua sekatan
jalanraya.” Aduku lagi.
“Pakcik
tadak keluar sudah dua minggu. Tadak berani. Kamu kina kerija, hati-hati ya.”
“Terima
kasih pakcik. Saya masuk dululah ya. Nak mandi dan masak makan malam,” ujarku
meminta izin. Pakcik Ramesh mengangguk dan dia meneruskan kerjanya.
Aku
terus masuk ke dalam rumah. Kunci rumah aku buka dan terjenguk menghulurkan
kepala. Tiada kelibat sesiapa. Aku terus masuk ke bilikku. Berniat untuk mandi
dan berehat selepas balik kerja. Di tempat kerja tadi taklah sesibuk mana tapi
penat berdiri tu yang lebihnya.
Selesai
mandi aku bercadang untuk menyediakan makan malam. Ketika melintasi bilik abang
Ikhwan, pintunya bertutup rapat. Sunyi sepi menyelubungi suasana. Aku
meneruskan langkah ke dapur.
Tudung
saji di atas meja kelihatan tertutup rapi. Pelik pula. Semenjak mak tak ada,
aku jarang menyimpan makanan di bawah tudung saji. Perlahan tudung saji aku
buka. Tercengang aku seketika melihat beberapa menu yang jarang aku lihat di
bawah tudung saji tersebut. Spageti Bolognise, salad kentang bersayur, mushroom
soup dan sekeping nota. Aku tersenyum membaca nota tersebut.
‘Juice
Cranberry’s in the fridge’
Mamat
ni beli kat mana ? Nak kata dia masak, pandai ke dia masak ? Aku mengambil sudu
dan mencuit sedikit kuah sos bolognise. Membulat mataku. Sedapnya. Kalaulah dia
masak sendiri, mesti dia tukang masak yang hebat. Air liur terasa kecur.
Pinggan di atas cabinet aku capai. Sudu aku ambil dan aku mula mengaut makanan
tersebut ke dalam pingganku.
“Abang,
sapa nama kawan abang tu ?”
“Daniel
.”
“Dia
cina ke ?”
“Taklah.
Mix.”
“Dia
cheff hebat. Ada restoran sendiri di Toronto.”
“O
, patutlah.”
“Dia
masak untuk adik ke ?”
Aku
terus snap gambar makanan di atas meja. Lantas aku hantar kepada abang Akmal.
“Hati-hati
dik. Air tangan dia sedap. Ramai yang jatuh cinta dengan dia sebab masakannya.”
“Adik
makan je. Orang masak.” Jawaku tersengih. Yalah, dah rezeki depan mata.
Bismillah dan terus suap ajelah.
Selesai
makan, aku cuci pinggan dan masuk ke bilik. Malam ni boleh rehat. Semalam aku
masak nasi dengan sup sayur dan ayam goreng sahaja. Sambal belacan sepinggan,
aku tak tahu dia makan atau tidak. Tapi bekas makanan di atas meja kemas
dibersihkan. Seminggu serumah dengannya aku dapati dia seorang yang pembersih
dan pengemas. Dapur bersih dan berkilat. Cawan yang aku tinggalkan di dalam
sinki juga dibersihkan. Malahan periuk nasi dan bekas lauk yang lain juga
dibersihkan. Seminggu ini kami tidak pernah bersua. Bila dapat tahu
pekerjaannya baru aku faham. Patutlah pembersih. Dapur rumahku juga bersih dan
kemas.
Pagi
Sabtu itu aku tidak keluar bekerja. Kebetulan hari itu aku cuti setelah hampir
tiga minggu tanpa rehat. Sedang aku lepak santai di depan tv, loceng pintu
pagar rumah berbunyi. Siapa pula yang datang ? Aku bangun dengan malas menuju
ke tingkap dan mengintai keluar. Kelihatan seorang lelaki pekerja kedai runcit
depan sedang berdiri di situ. Matanya terjengok-jengok ke arah rumah. Apa ke
hal pula. Sekali lagi loceng berbunyi. Betullah dia tekan loceng rumahku.
Aku
dengan malas membuka kunci pintu rumah.
“Kenapa
Junit ?” Tanyaku kepada lelaki tersebut.
“Encik
Daniel Lee tinggal di sini ke ?” Dia pula mengajukan soalan. Aku berkerut dahi
hairan. Bagaimana dia tahu tetamuku itu.
“Dia
ada order barang online. Saya datang menghantar pesanannya. Dia dah bayar
online.” Beritahu lelaki itu. Dia kemudian menuju ke keretanya dan kemudian
kembali semula dengan beberapa beg plastic barang.
“Ada
lagi dalam kereta,” ujarnya bila melihat aku yang tercengang.
“Kejap
ya, saya tanya dia,” kataku dan berpaling untuk melangkah ke arah pintu rumah.
Apahal lelaki tu beli barang banyak sangat ni ? Ketika aku hampir sampai ke
pintu rumah, lelaki itu muncul di pintu dengan berpakaian baju tshirt, kain
pelekat dan berkopiah.
“Awak
ada order barang ke ?”
Dia
mengangguk dan terus menuju ke arah Junit. Aku hanya memerhati ke arah dia yang
sedang berbincang dengan Junit. Tidak lama kemudian Junit membawa plastik tersebut
ke arah pintu rumahku. Aku berdiri memerhati melihat Junit meletakkan beg
plastik itu di depanku.
“Mak,
ayah awak dah balik ke belum Cik Fina ?” Tanya Junit sambil tersengih.
“Belum.
Mereka tunggu kaklong kat sana ,” jawabku sambil berdiri tersandar ke pintu
rumah. Aku biasa juga bertegur sapa dengan Junit bila aku singgah beli barang
keperluan. Tinggal di kawasan ni, majoriti penduduk saling mengenali. Walaupun
tidak rapat tapi kami kenal antara satu sama lain.
“Dia
tu sapa ?” Tanyanya sambil menjeling ke arah lelaki itu. Aku juga turut
berpaling ke arahnya yang sedang mengira plastik barang beliannya.
“Kawan
abang saya.”
“Abang
Cik Fina ada ke ?” Eh! Banyak pula soalannya.
“Takde. Abang masih dengan mak ayah kat rumah kaklong.” Jawabku malas.
“Awak
tinggal berdua aje ke dengan dia ?”
Aku
tidak sempat menjawab apabila dia terus menegur Junit.
“Nanti,
beras dan barang-barang yang lain yang dah packing tu, awak bahagi-bahagi kat
semua rumah di taman ni ya,” arahnya sambal menjinjing plastik beg di
tangannya. Aku berundur ke belakang memberi laluan kepadanya. Junit mengangguk
seperti memahami persetujuan yang telah dilakukan lebih awal.
“Dia
ni kaya betul. Hampir seluruh rumah kat taman ni dia sedekahkan. Ada dekat 200
lebih yang berpenghuni.”
Junit
tidak jadi hendak bercerita apabila dia muncul dari dalam rumah.
“Awak
tak perlu bercerita kepada orang lain apa yang saya buat. Tugas awak buat apa
yang saya minta ,”suaranya sedikit tegas membuat air muka Junit berubah.
Pekerja tersebut tertunduk-tunduk memohon maaf dan tidak lama dia meninggalkan
rumahku. Aku mengangkat kening dan mencebik bibir. Sombong rupanya dia ni.
Mentang-mentang dia banyak duit. Rungutku dalam hati. Aku mengambil plastik
yang agak ringan dan hendak membantunya.
“Tak
apa. Biar saya yang buat. Awak pergilah berehat. Dah tiga minggu awak bekerja
tanpa bercuti. Hari ni awak rehat. Nanti saya masak. Awak cakap aje apa yang
awak nak makan,” ujarnya laju tanpa sempat aku bersuara. Beg plastic bahan
makanan aku letak kembali. Bagaikan mengantuk di sorongkan bantal aku pun
berundur ke belakang. Tapi mendengar dia hendak memasak untukku, terlintas di
fikiranku untuk mengenakannya. Semalam dia dah masak spageti. Kali ni aku nak
uji dia masak, masakan Melayu.
“Betul
awak nak masak ? Saya nak makan asam pedas ikan apa-apa je dengan ikan bakar
dan sambal belacan ,” ujarku sambil mengangkat kening dan kemudian cepat-cepat
berlalu ke bilikku. Aku tak dapat sembunyikan senyuman bila melihat air mukanya
yang berubah mendengar permintaanku itu. Pandai ke dia nak masak masakan
Melayu. Bertahun-tahun tinggal di Kanada, entah makanan Melayu dia tak kenal.
Bisik hatiku tersengih. Geram juga tadi melihat dia melayani Junit endah tak
endah tadi.
Aku
terus masuk ke bilik tidurku dan duduk di meja. Baik aku layan movie di laptop.
Tak berminat untuk membantunya di dapur. Tiga minggu ini, aku yang sediakan
makanan. Aku masak aje apa yang terlintas di fikiranku. Teringat hari mula-mula
ketibaanya, dia tidak makan malam itu. Bila aku ketuk pintu biliknya dan
beritahu untuk dia mencari sendiri makanan di dapur, dia hanya mengangguk.
Tetapi pagi esoknya bila aku masuk ke dapur, dia langsung tidak mengusik
makanan. Aku hanya sempat memasak nasi goreng lebihan nasi malam tadi. Nasi
yang dia tidak usik pun. Kemudian aku pergi kerja. Balik kerja aku lihat dapur
sudah dibersihkan. Aku juga masak makan malam dan bila aku selesai makan,
barulah aku ketuk pintu biliknya untuk memberitahu dia untuk makan malam. Dia
hanya mengangguk dan selama itu aku tidak pernah mendengar ucapan terima kasih
darinya.
“Kawan
abang tu sombong erk ?”
“Kenapa
?”
“Dia
tak pernah ucap pun terima kasih bila makan makanan adik masak.”
“Dia tu pendiam bila dengan orang yang tak dikenali.”
Aku
mengadu perihal dia kepada abangku. Tapi abangku tetap membela sahabatnya itu.
Mak dan ayah pula kerap memesan kepadaku agar jangan duduk berduaan dengannya.
Aku faham maksud mak dan ayah. Mereka mesti risau anak bongsu perempuan mereka
berdua-duaan dengan lelaki yang tidak dikenali di dalam rumah. Nak halau tetamu
abang, sebab abang dah janji semasa dia bercuti di Malaysia ni, dia mesti
tinggal di rumahku. Sebab tu dia tidak menyewa hotel atau ke tempat lain. Dia
juga tiada sudara mara di sini.
Hampir
satu jam menonton cerita Korea, dia tiba-tiba mengetuk pintu bilikku. Mesti dia
dah siap masak. Apa agaknya yang dia masak.
“Princess,
your meal are ready !” Ujarnya sambal tertunduk hormat. Aku mengangguk dan
belum sempat aku nak ucap terima kasih, dia sudah berlalu ke biliknya. Haih !
Ada juga orang yang berperangai macam ni. Rungutku perlahan. Aku melihat jam di
tangan. Sudah jam 12.00 tengahari. Boleh dah kut untuk aku makan tengahari.
Aku
tutup laptop. Kemudian berlenggang ke dapur. Tak sabar nak lihat hasil
masakannya menu pilihanku. Pandai ke dia masak ? Abang Akmal cakap, dia pakar masakan barat. Entah
macam mana dia masak. Betul ke dia masak asam pedas. Entah-entah, masakan barat
juga di masaknya.
Aku
terkejut melihat makanan yang terhidang di bawah tudung saji. Seekor ikan
siakap di potong dua terbaring elok di dalam pinggan bujur. Siap berhias dengan
bunga kantan, tomato dan cili merah lagi. Daun kesum cantik aje seakan menjadi
hiasan. Dia juga menyediakan seekor ikan talapiaa yang dibakar dengan daun
kunyit. Terdapat juga sayur yang dimasak sos tiram dan serta sayur celur
mungkin dijadikan ulam cicah sambal belacan. Melihat menu yang dihias cantik
seolah makan di hotel besar, seleraku menggamit. Terasa kecur, air liur yang
ditelan. Pinggan nasi di ambil dan aku mula mengadap hidangan.
Aku tidak sedar aku menambah. Bila melihat nasi di dalam periuk tinggal sedikit baru aku sedar aku sudah terlebih makan.
Mata
aku merah. Sudah lama menangis. Bahu emak yang aku peluk juga sudah aku
lepaskan. Mak hanya diam. Dia sudah lama berhenti mengelus rambut dan
belakangku. Mungkin sudah penat memujuk.
Ayah
sudah lama dari pagi tadi aku tidak nampak kelibatnya. Abang Akmal juga keluar
dengan ayah.
Aku
teringat peristiwa semalam. Aku sangat gembira bila mak dan ayah beritahu,
mereka akan bertolak balik. Kaklong juga akan ikut sama balik. Anaknya yang
kecil sudah boleh keluar wad. Mak dan kaklong akan balik dengan kapal terbang,
sementara ayah dan abang Akmal akan mengikut jalan darat.
“Awak,
hari ni keluarga saya akan balik. Boleh tak awak tolong saya masak. Kita jamu
makanan special untuk mereka ,” ujarku kepada teman abangku itu. Ketika itu dia
duduk di ruang depan membaca majalah lama milik abang Akmal. Dia mendongak
memandang wajahku. Lama. Mungkin dia tidak faham percakapanku.
“Saya
nak masak untuk keluarga yang balik hari ni. Boleh tolong tak ?” Aku ulang
sekali lagi permintaan tadi. Dia diam tidak menjawab. Beberapa saat aku
tercongak berdekatannya. Namun reaksinya sangat menjengkelkan aku.
Aku
meninggalkannya di situ dan menuju ke dapur. Dalam kepalaku, mesti dia tak mahu
menolongku. Sepanjang tiga minggu tinggal bersamanya boleh dikira berapa kerat
kami berbual atau berjumpa. Masa makan tidak pernah bersama. Aku lebih banyak
berkurung di bilik begitu juga dia. Tapi semenjak peristiwa dia menderma
bekalan makanan untuk orang kampung, dia lebih kerap bersantai di ruang depan.
Bila aku balik kerja dia duduk menonton televisyen di situ. Aku pula menonong
masuk dan terus ke kamarku.
Aku
keluarkan semua bahan yang diperlukan untuk memasak. Semenjak dia ada ni peti
sejuk kat dapur sentiasa penuh dengan bahan mentah. Masa mak ada, peti sejuk
rumahku tak adalah sepadat ini.
Aku
keluarkan sayur sawi, tomato, carrot, lada merah dan bahan-bahan lain lagi. Aku
hendak masak tomyam kegemaran ayah. Ayam goreng masak merah kegemaran mak dan abang
Akmal. Untuk kaklong, aku sediakan ayam masak halia untuk orang dalam pantang.
Ketika
aku tengah membersihkan sayuran dan bahan-bahan lain, ada derapan kaki masuk ke
dapur. Aku mendengar kerusi di meja makan yang menjadi meja kerjaku di tarik.
Aku tidak mempedulikan kehadirannya.
“You
nak masa apa ?” Tegurnya dari belakang. Serta merta tanganku yang sedang
merenjis air dari sayuran terhenti. Aku berpaling ke arahnya.
“Saya
nak masak tomyam, ayam masak merah dan ayam halia,” jawabku dan kemudian meneruskan
kerjaku.
“Banyaknya
nak masak. Ramai ke jemputan?”
Pelik
pula dengan persoalannya. Aku meninggalkan bekas sayur ke atas sinki. Aku
bercadang hendak mengupas bawang, tetapi melihat dia sedang melakukannya waktu
itu.
“Ayah
suka tomyam. Mak dan abang suka ayam masak merah. Kaklong pula berpantang
bersalin tu yang saya masak ayam halia,” ujarku dan menarik kerusi lalu duduk
mengadapnya. Bakul berisi halia dan lengkuas aku tarik.
“Apa
bahan lain lagi, I tolong …”
Aku
angguk dan menunjukkan kearah bekas yang mengandungi ayam mentah. Dia bangkit
dan membawa bekas tersebut ke sinki. Landas cincang tebal di ambil dan dia mula
memotong ayam. Aku tidak memberithu arahan selanjutnya kerana dia lebih arif
pasal di dapur.
Kami
bekerja bagaikan robot dan hanya gerak kerja sahaja tanpa bicara. Akhirnya
hampir dua jam di dapur, makanan sudah siap dan menunggu untuk di hidang
sahaja. Aku mengesat peluh dengan tisu dapur. Dia mengerling sekilas dan
mengemas meja kerja. Peralatan di dalam sinki juga dibersihkan dan di lap
kering. Betullah dia seorang cheff yang sistematik.
Jus
Cranberry aku tuang dan teguk. Segar rasa tekak bila jus yang enak itu
melintasinya. Segelas jus, licin aku teguk.
“Tolong
hulurkan tisu tu,” pintanya sambil tangannya disuakan ke arahku. Aku berpaling
ke arah kiri hendak mengambil tisu. Tanpa sedar siku kanan tersentuh gelas yang
aku guna itu. Berderai bunyi kaca menghempas lantai mozek ruang dapur.
Terlopong mulutku melihat situasi sekelip mata itu. Satu keluhan aku lepaskan.
Terpaksalah aku kemas dan bersihkan. Kerja tambahan atas kecuaian sendiri.
Kerusi aku tarik dan bangkit untuk mengambil penyapu dan penyodok sampah.
“Hati-hati!”Ujarnya sambil meneruskan kerja cucian.
Aku
melangkah berundur ke belakang dan aduh..! Ada sesuatu mencucuk kakiku. Aku
menjerit panik.
Kaki
terasa perit dan sakit. Aku terduduk di kerusi. Bila aku angkat kaki kelihatan
darah merah mula menitis di lantai.
“Ya,
Allah!”
Aku
tidak sedar bila masa dia berdiri di sampingku. Terasa kakiku dipegangnya.
“Jangan
gerak!” Arahnya. Melolong aku apabila dia menarik kaca yang melekat di kakiku.
“Awak! Tolong! Saya mabuk darah!” Kepalaku jadi pusing, pening dan pandanganku kabur.
Aku
terasa gelap mata dan tak ingat apa-apa lepas tu. Hanya dengar suaranya
menjerit memanggil namaku.
Apa
yang aku ingat selepas itu, suara mak memanggil namaku. Aku terkejut bukan
kepalang.
“Mak! Adik tak buat apa-apa pun. Dia hanya tolong adik sahaja,” kataku sayu
mendayu. Mengharapkan agar ibuku memahami.
“Adik,
mak tak tahu nak cakap apa tapi ayah yang nampak. Ayah yang menyaksikan
semuanya,” balas mak lirih.
“Adik
tak nak mak. Tolong jangan buat adik macam ni mak!” Rayuku lagi. Ini bukan
perkara main-main. Aku tak sanggup dan ianya bukan atas kesalahanku.
Bagaimana aku nak setuju kalau aku tak bersalah. Aku tetap dengan keputusanku.
Bab 3
Aku
pandang dia. Seperti hari sebelumnya dia masih berhati batu. Membeku. Bagaikan
ais di kutub utara. Eh ! Bila masa pula aku pernah tengok ais kutub utara. Ais
dalam fridge pun jarang-jarang tengok.
Dia
masih membelek buku agama milik ayah. Kain pelikat yang dipakainya bercorak
petak-petak. Dah naik jemu aku melihat dia menggunakan kain pelikat yang sama.
Kepalanya berkopiah. Dia suka sangat
berpakaian santai begitu. Dari jam selepas subuh lagi dia santai begitu.
Aku pula yang rimas dengannya. Dia kemudian melihat jam di tangannya. Ketika
itu aku pun sama terdongak memandang jam di atas meja di sebelah katilku. Tepat
jam 7.45 pagi. Waktu untuknya solat Dhuha.
“You
tak nak solat dhuha ?” Tanyanya berpaling kepadaku. Aku cepat-cepat menggeleng
kepala.
“Saya
nak tolong mak kat dapur ,” balasku dan kaki melangkah meninggalkan bilik.
Rajin
sungguh dia solat dhuha. Malam tadi pun dia bangun solat tahjud. Dia ada
kejutkan aku tapi aku malas bangkit. Aku dapati dia seorang yang rajin
beribadat juga. Solat berjemaah dengan ayah, mak dan abang Akmal. Dia menjadi
imam. Pandai dia mengambil hati kedua orang tuaku.
Mak
sudah siap memasak ketika aku menjenguk dapur. Kebetulannya Makcik Esah
anak-beranak datang menolong pagi ni. Mak juga yang tak benarkan aku buat
sarapan hari tu.
“Mana
Daniel ? Tak nak sarapan dulu ke ?” Tegur mak sambil meletak teko minuman atas
meja. Makcik Esah sedang memotong sayur. Anak daranya yang dua orang lagi tu
sedang mengelap pinggan.
“Dia
sedang solat Dhuha.” Jawabku sepatah dan menarik kerusi. Kakiku rasa masih
sengal tapi sudah boleh berpijak.
“Bawaklah
air kopi ke bilik. Mihun goreng ada lagi tu,” Arah mak. Aku rasa berat hati.
Biar ajelah dia datang ke dapur. Bukannya dia tak biasa dengan dapur rumah ni.
Tapi aku ambil juga cawan dan piring. Sepinggan kecil mihun goreng aku letak
atas dulang. Bersusun bersama cawan kopi. Aku membawanya ke bilik kamarku yang
sudah berpenghuni baru.
Ketika
aku menolak pintu kamar, dia sedang bersiap menyikat rambutnya. Aku membawa
tray minuman ke arah meja belajarku.
“Jemput
minum.”
“Tak perlu susah-susah. I boleh sarapan kat dapur sahaja,” ujarnya sambal
berpaling ke arahku. Alahai, orang dah bawak ke sini makan ajelah. Dia ni
memang jenis susah nak berterima kasih. Kalau bukan sebab mak, aku tak adanya
nak bawak ke bilik bagai layan macam ni.
“Mak
yang suruh hantarkan. Kat dapur ramai jiran-jiran. Takut awak segan,” balasku
dan menuang kopi. Sudu dan garpu aku susun seeloknya ke dalam pingan. Dia
melangkah ke arahku yang masih berdiri ditepi meja. Dia duduk di kerusi dan
mula hendak makan. Aku memberinya ruang dan mengelak dengan berundur ke
belakang.
Pap
!
“Awak
!” Aku terjerit kecil. Apehal pula di situ di tepuknya ? Punggungku sudah
terhenyak di atas ribanya. Tindakan spontannya yang menarik pinggangku
menyebabkan aku lambat bertindak. Pinggangku di peluk erat. Kedua-dua tanganku
menahan bucu meja menyebabkan air di dalam cawan berkocak.
“Jomlah
kita sarapan sama-sama ,” bisiknya di telingaku. Suaranya begitu dekat dengan
telingaku dan menyebabkan aku cuba meleraikan diri.
“Saya
nak sarapan kat dapur ,” dalihku dan cuba merungkai tangannya di pinggangku.
“Temankan
I sarapan.”
“Okey
! Okey ! Saya ambil satu lagi pinggan dan cawan,” kataku hendak bangkit. Seram
sejuk tubuhku dipeluk dalam keadaan tidak bersedia ini.
“Tak
perlu. Kita kongsi yang ni.”
“Tak
apa saya ambik air lain. Sikit tu, tak cukup ,” balasku.
“Sikit
kita buat cara sikit. Mulai hari ini kita akan mula berkongsi apa sahaja
,”suaranya yang lembut di telinga seolah dia berbisik pula. Tubuhku terasa
semakin menggeletar.
“Makan
beriba macam ni pun okey. Boleh bersuap. Tak pernah buat macam ni bukan ,”
sambungnya lagi. Dia memusing tubuhku dan kami duduk berhadapan. Kedua pehaku
terbuka mengadapnya. Aku mencuri memandang wajahnya.
“Awak,
saya ni berat. Berapa lama awak boleh tahan beriba ?”
“Syy..
don’t worry ! You’re my wife. I’m your husband. I’ll doing everything for you.
Let’s do it together.” Ayat kuasa veto diucapkan sambil menyentuh pipiku. Aku
tahu pipiku berwarna merah saat ini. Segan bercampur malu bercampur aduk.
Semuanya tidak aku jangkakan. Untuk melepaskan diri sukar sekali. Dia membaca
bismillah dan mengambil cawan kopi. Matanya terpejam menikmati aroma kopi.
Kemudian dia meneguknya seteguk. Cawan itu dihulurkan ke bibirku. Teragak-agak
aku untuk menerimanya. Matanya tunak memandangku. Rasa aneh diperlakukan
sebegitu.
“Oh!
Ya,” Dia tiba-tiba meletakkan cawan kopi. Tubuhku ditarik merapat ke arahnya.
Bibir kami bertemu. Sebuah kucupan hangat singgah di bibirku. Aku tergaman dan
rasa nafasku terputus. Dia..dia lepas laku. Membuat aku bertambah malu.
BAB AKHIR
Aku
teringat cerita mak.
“Kenapa
kami biarkan kamu berdua-duaan dengan dia di rumah dengan alasan lockdown ?”
“Sebab
kami tahu dia boleh menjaga kamu semasa ketiadaan kami. Memang dia datang ke
sini pun untuk dijodohkan dengan kamu. Dia balik ke sini sebab ayah dan abang Akmal
bersetuju nak jodohkan adik dengan Daniel.”
“Alasan kebetulan melihat kamu dengan dia dalam bilik masa kami sampai tu hanya
sekadar alasan. Dia dah telefon beritahu abang kamu perihal kamu. Abang Akmal
yang cadangkan dia bawak kamu masuk ke bilik kamu sebab kamu pengsan masa tu.
Dia pun tak sampai hati nak tinggalkan adik di dapur je lepas balut kaki tu.”
“Sebenarnya
ayah dah terima pinangan dia masa dia ada datang ke sini tiga bulan sebelum
lockdown. Masa tu kamu sendiri tak boleh balik sebab kursus. Adik mesti ingat
cincin berlian putih yang mak bag ikat adik tu. Adik pakai hari-hari kat jari
manis adikkan. Bila orang lain tanya adik juga yang cakap itu cincin tunang.”
Aku tepuk dahi. Teringat perihal cincin dijari manis yang baru aku tahu kisah
dan sejarahnya,
Aku
hanya menggeleng kepala mendengar cerita mak. Terperincinya perancangan ahli
keluargaku semata-mata nak jodohkan aku di musim lockdown ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan