Aku masih berteleku di pusara
yang masih merah itu. Air mataku sudah kekeringan. Daun kemboja berguguran di
tiup angin. Aku berdoa semoga roh Syafik akan tenang di sana dan di tempatkan
bersama orang mukmin. Relakanlah aku menerima pengganti dirimu. Dia adalah
bekas kekasihku sebelum pertunangan kita. Restuilah aku untuk menerimanya
kembali. Aku mengesat air mata dengan hujung kain selendangku. Sepasang tangan
gagah menjalar di bahuku mengangkat aku bangun. Berdiri teguh di sisiku. Dia
membetulkan selendang di kepalaku.
“Sabarlah
Ira..err.. Intan.. mari kita balik,” pujuknya. Aku mengangguk lesu. Dia
memimpinku keluar dari kawasan perkuburan itu. Kami menuju ke arah kereta yang diletakkan
di luar pagar. Bekas air yassin yang mengandungi sisa-sisa kelopak mawar di
jinjingnya, sementara sebelah lagi tangannya memegang bahuku erat. Aku menyandarkan
kepalaku ke bahunya dan menghayun langkah bersama-sama.
Sampai
di kereta, dia membuka pintunya kepadaku dan memimpin aku masuk. Pintu kereta
di tutup perlahan. Kemudian dia masuk ke sebelah pemandu dan duduk. Dia memandu
kereta meninggalkan kawasan itu, meninggalkan kenangan aku di sana bersama
arwah Syafik. Aku berpaling lemah ke sisi. Dia kelihatan agak berlainan dan
begitu segak berbaju Melayu dan berkain palekat. Dia berpaling ke sisi dan
tersenyum kepadaku. Aku membalas senyuman itu. Tangannya diletakkan ke atas
pahaku. Aku membalasnya dengan memegang tangan itu dan membelainya lembut. Kubawa
tanganya ke dadaku. Dia tersenyum senang sambil memandu kereta tenang di atas
aspal hitam.
Abah dan umi menyambut kepulangan
kami di anjung. Kedua orang tuaku sedang berehat sambil menikmati hidangan
minuman petang.
“Bawa
Intan masuk Daniel.” Arah abah.
“Baiklah
abah,” sahutnya dan memimpinku masuk ke dalam rumah lalu terus ke kamarku. Dia
membawaku ke kerusi untuk duduk. Dia bergegas mengambil tuala dan memintaku
mandi dan menukar pakaian. Aku mengangguknya lesu. Aku memerhatinya dengan
lapang dada. Dia menanggalkan songkoknya lalu di letak ke atas meja kecil di
sisi katil lalu mengambil tuala miliknya dan menanggalkan pakaiannya di situ.
Aku masuk ke kamar mandi dan menyirami tubuhku dengan air yang dingin. Terasa
segar apabila air dingin itu menyirami tubuhku. Ketukan di pintu mengejutkan
aku. Apabila di buka batang tubuh dia berbalut kain tuala tersengih-sengih di
pintu. Aku tersenyum dan memberi laluan untuknya.
Selepas
mandi dan bertukar pakaian, kami solat bersama. Aku melipat telekung solatku
dan bangun ke katil. Dia sedang berbaring di situ sambil tersenyum menunggu
kedatanganku. Aku merebahkan badanku ke atas tilam di sisinya. Dia meraih
tubuhku. Memeluknya dan mengucupi dahiku mesra.
“
Ira, akhirnya tercapai jua hasrat kita untuk bersama..” Dia bersuara dengan
nada gembira.
“Abang
Syafik meninggalkan kita dan merelakan kita bersama…” sambungnya lagi.
Pelukannya
semakin erat dan melemahkanku.
Aku
masih dalam di lema. Kematian mengejut Syafik dalam kemalangan itu menyebabkan
aku bagaikan insan tidak bernyawa. Lebih-lebih lagi di saat dua minggu lagi
kami akan diijab kabulkan. Sebaliknya kurasakan ia satu rahmat dan ketentuan
Allah. Aku redha kini. Walaupun Allah mengujiku dengan kehilangan Syafik tapi
Dia menggantinya dengan kembalinya Daniel ke sisiku. Kehadiran Daniel dengan
nama baru semasa aku di hospital menyentuh hatiku apabila dia memberitahu
namanya kini adalah Muhammad Daniel Islah Bin Abdullah@Abdul Halim. Uncle Lim
papanya yang lebih awal menjadi muslim setelah berkahwin dengan Puan Aisyah
banyak memberi dorongan kepadanya.
Persiapan
perkahwinan untuk aku dan Syafik akhirnya bertukar menjadi majlis pernikahan
antara aku dan Daniel. Walaupun ianya tidak semeriah yang dicanangkan kerana
tempahan di dewan untuk persandingan aku batalkan. Pelamin juga di bina kecil
di sudut dalam rumahku. Aku tidak terkilan walaupun persiapan majlis
perkahwinan gilang gemilang tidak menjadi kenyataan tapi kini aku bahagia
kerana menjadi isteri Daniel. Hari-hari yang kulalui tetap ceria walaupun tidak
seindah dulu. Kehilangan Syafik masih terasa tetapi kembalinya Daniel
kepangkuanku bagaikan satu sinar baru dalam kehidupanku. Semoga kebahagiaan ini
tetap menjadi milik kami selamanya. Aminnn..
la..abis doh ko..ooo sedap2..buat la lagi..
BalasPadam