Jarum Tujuh Bilah, jarum
tujuh, pokok kanser atau Chat Sim Chan merupakan sejenis pokok yang terdapat di
Malaysia dan negara Asean lainnya. Nama saintifiknya ialah Pereskia sacharosa/saecnarosa. Tumbuhan dari keluarga kaktus (Cactaceae)
ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.Ia dipercayai
berasal dari Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina dan pokok ini merupakan
genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Malah ia merupakan tumbuhan yang
agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra.
Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan
iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak.
Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan,
pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk. Ia juga boleh
membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan
kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20
spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India
Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam,
kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan
ulam atau salad.
Morfologi
Pokok renek separa berkayu, bersaiz besar dan boleh
tumbuh sehingga 5 m tinggi sekiranya tidak dicantas. Batang berwarna hijau
ketika muda, bertukar coklat selepas matang, mempunyai 7 batang duri panjang,
halus sperti jarum yang keluar berhampiran tangkai daun. Daun tunggal, susunan
berpilin, bentuk bujur dengan hujung serta pangkalnya tirus, pucuk muda
berwarna kemerahan dan bertukar warna menjadi hijau, permukaan berkilat, lembut
dan rangup jika diramas serta berlendir, mempunyai urat daun berselang-seli dan
ada yang bertemu di bahagian pangkal daun sementara urat sebelah belakang daun
pula berwarna ungu serta mudah bertunas. Daun mudanya elok dimakan begitu saja
sebagai ulam; rasanya seperti pucuk paku.
Bunga tunggal, bersaiz sederhana besar, keluar
di hujung dahan, banyak kelopak (8 – 12 kelopak) bersusun
berlapis-lapis, berwarna jingga, kuning kemerahan , merah jambu atau ungu
dengan stigmanya berwarna putih. Bunga tujuh duri ini terbit di bahagian pucuk
dahan.
Buah sederhana besar, berbentuk bulat rata di atasnya
seakan buah teratai, hijau ketika muda, kuning setelah tua, mengandungi
beberapa biji hitam bersaiz sederhana besar.
Kandungan
Daun – air, karbohidrat,
serat, gula, alkaloid, protein, kalsium, kalium, musilaj dan vitamin (rujukan :
Wikipedia)
Khasiat dan Perubatan
Pencegah barah
Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat Jarum Tujuh Bilah ini, daunnya yang matang dipetik sebanyak satu atau dua helai dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau dimakan secara mentah begitu sahaja. Ðaun Jarum Tujuh Bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit. Jika diamalkan memakan daun ini secara berterusan, khasiat daun ini dikatakan mampu atau mungkin boleh melindungi tubuh daripada pelbagai jenis barah. Walaupun begitu, kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah.
Melalui kajian yang telah dilakukan, dikatakan daun Jarum Tujuh Bilah mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi. Walaupun nilai aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C dan vitamin E, tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang.
Daun Jarum Tujuh Bilah ini juga dikatakan mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.
Amalan memakan daun pokok Jarum Tujuh Bilah juga dikatakan mampu menghindarkan seseorang daripada menghidap gout, darah tinggi ,kencing manis dan masalah buah pinggang . Selain memakan daun pokok Jarum Tujuh Bilah untuk dijadikan ulam, anda juga boleh meminum air rendaman daun ini untuk dijadikan minuman seperti air teh. Anda juga boleh mengisar daun ini menjadi lumat dan dijadikan sebagai jus minuman. Rasa jus ini agak pahit tetapi khasiatnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga diabetes.

Kegunaan lain
Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.
Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.
Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan
memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh
dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai
setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air
dan jusnya diminum. Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas
mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam
badan kita.
Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my
Walaupun terdapat pelbagai khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah, namun begitu sebelum menggunakannya untuk tujuan perubatan, anda perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Tiada ulasan:
Catat Komen