Daun-daun
kering berguguran. Ditiup angain dan bertaburan di halaman. Sue duduk berehat
di pangkin yang terletak di bawah pokok rambutan. Cuaca petang itu agak tenang,
bayu laut bertiup lembut.
Novel
‘Waja’ karya Lamia Aima hampir separuh dibacanya. Sesekali dia membetulkan
duduknya sambil bersandar di batang pokok rambutan dan kakinya dijulurkan.
Matanya penuh asyik menatap isi novel itu baris demi baris. Memek mukanya
kadang-kadang tersenyum, tenang dan sedih mengambil reaksi dari sorotan setiap
inci jalinan cerita novel tersebut.
Penuh khusyuk. Topi yang dipakai
terletak senget di atas kepala. Apabila melihat cara berpakaian pasti tidak
percaya dia adalah seorang gadis kecuali diperhatikan dengan teliti. Memang benar dia agak kasar
dari persepsi pertama tapi dia adalah sebaliknya.
“Hoi..!”
Satu suara entah dari mana menyergahnya dari sisi. Sue terperanjat hingga novel
di tangannya terjatuh. Rosmah mengilai kecil melihat gelagat Sue.
“Ler..
kamu ni.. terperanjat beruk aku,” marah Sue lantas menarik muka masam. Rosmah
tunduk mengambil novel yang terjatuh lalu dihulurkan kepada Sue.
“Sorry..sengaja
dalam tak sengaja..,” ujar Rosmah mengekek lalu melabuhkan duduknya di hujung
kaki Sue. Sue mengalihkan sedikit kakinya memberi ruang untuk Rosmah duduk.
“Lain
kali jangan buat begitu ya. Kurr semangat aku. Mujur aku ni taka da penyakit
jantung,” kata Sue seakan memberi amaran lalu turun dari pangkin dan menyapu-nyapu
bajunya sambil membetulkan topi di kepalanya.
“Sue,
jom temankan aku berjalan-jalan,” ajak Rosmah.
“Jalan-jalan?
Heh, kau tak nampak ke aku ada kerja ni?” jengil Sue sambil menayangkan novel
di tangannya ke arah muka Rosmah.
“Ala..
kau boleh sambung lain kali,” pujuk Rosmah sambil mengambil buku novel dari
tangan Sue.
“Mana
boleh, main sambung-sambung lain kali ni tak best,” jawab Sue selamba. Rosmah
bangun dan berdiri.
“Kalau
tak sudi tak apalah,” Rosmah bersuara perlahan seakan merajuk.
“Sorry
ya..!” ejek Sue sinis. Dia duduk semula di atas pangkin itu.
“Okey
aku pergi dulu,” Rosmah mula melangkah. Sue memandang sahaja langkah Rosmah.
Ketika langkah Rosmah 10 langkah ke depan, Sue bingkas bangun dan menyeru nama
Rosmah.
“Ros…
! Nanti dululah,” laung Sue. Dia berlari anak ke arah Rosmah yang berhenti di
tepi jalan.
“Apa
halnya?” Rosmah bertanya sambil mengangkat kening.
“Ala
takkan dah merajuk..!” sindir Sue.
“Merajuk
apa pulak ni?”
“Boleh
aku ikut kau? Tadi aku gurau je!” Tanya Sue kembali. Rosmah tersenyum dan
menggeleng-geleng kepalanya.
“Yalah!
Orang tak sudi kita tak boleh paksa.” Sue menelan air lir mendengar jawapan
Rosmah.
“Eh!
Kau ni marah betul ke?”
“Marah?
Kau ni mengingau ke Sue?” Sue ternganga. Rosmah ketawa dan menarik tangan Sue.
Sebentar kemudian kelihatan kedua-dua gadis itu berjalan di bawah pohonan
kelapa menuju ke arah jalan besar.
Mereka
melintasi kedai kopi Pak Ayob. Kelihatan beberapa orang lelaki sedang duduk
melepak di situ dan ada yang bermain dam di dalam kedai itu. Beberapa orang
menegur mereka ramah. Ryzal juga sedang
berbual dengan teman-temannya di situ. Apabila melihat Sue dan Rosmah
dia meninggalkan teman-temannya dan berlari mengejar kedua-dua gadis itu.
“Hai
Sue, Ros...! Tunggu dulu! Korang berdua ni nak ke mana?” Ryzal segera memintas
perjalanan Sue dan Rosmah.
“Emm..Biasalah,
nak ke kedai koperasi,” jawab Rosmah.
“Oh!
Ya,..Sue, budak yang kau tolong tempohari tu nak jumpa kau,” beritahu Ryzal.
Berkerut wajah Rosmah mendengar berita itu sambil memandang wajah Sue. Sue
tenang dan selamba seolah-olah tidak mendengar bicara Ryzal.
“Hey!
Sue.. betul aku tak bohong,” tekan Ryzal apabila melihat reaksi selamba Sue.
“Gini
ajelah, kau beritahu dia aku tak berminat nak jumpa dia.”
“Tapi
Sue.. dia betul-betul nak berjumpa kau!”
“Sorry ya, pandai-pandailah kau terangkan kat dia.”
“Dia
nak ucap terima kasih aje!”
“Tak
payah! Aku tak meminta ucapan terima kasih atas pertolongan tu. Semuanya
kulakukan atas dasar insaniah..”
“Sue,
nanti dia marahkan aku pulak.”
Sue
tidak menghiraukan Ryzal. Dia terus menarik tangan Rosmah dan berlalu dari
situ. Ryzal terkilan dengan sikap tidak endah Sue. Dia memandang langkah Sue
dan Rosmah tanpa berkelip. Apabila kedua gadis itu semakin jauh barulah dia
berpatah balik ke arah kedai kopi Pak Ayob.
bakpo tok bukukan saja cerpen hok akak wat ni dalam bentuk novel?
BalasPadam