Rosmah
duduk bersila di atas batu besar, membelakangi matahari. Kepalanya diikat
dengan kain merah. Rambutnya yang separas bahu diikat ekor kuda. Sue pula
sedang membuat gerak langkah serikandi di atas pasir putih. Dia mengatur
langkah dengan teratur dan tertib sambil diperhatikan oleh Rosmah.
Rintil-rintik peluh memercik di dahi dan bajunya dibasahi oleh peluh.
Hampir
setengah jam mempraktikkan gerak silat, dia berhenti dan mengambil tuala kecil
yang diletakkan di atas batu dan mengesat peluh di wajahnya.
“Hebat
Sue, langkah kau makin handal..” puji Rosnah sambil melompat turun dari atas
batu yang didudukinya. Kemudian dia mula membuka bunga-bunga silat dan menerkam
ke arah Sue. Pantas Sue mengelak dan mengasak lawan. Suara mereka penuh
bersemangat seiring gerak tari silat yang lincah dan tengkas. Apa yang mereka
pelajari dari Tok Man di praktikkan hari ini. Sue adalah salah seorang pesilat
didikan Tok Man yang digeruni begitu juga Rosmah. Mereka adalah antara pesilat
wanita yang diberi kepercayaan oleh guru silat mereka iaitu Tok Man untuk
melatiha anak-anak muda di kampung tersebut yang berminat dengan silat. Sue
juga mempunyai ahli baru yang dilatihnya di bawah perhatian Tok Man.
Setelah
penat berlatih, kedua-dua gadis itu berhenti rehat. Meraka menuju ke arah batu
besar tempat mereka meletak tuala dan kasut lalu duduk melabuhkan punggung.
Mulut masing-masing riuh membicarakan gerak silat mereka tadi.
Tiba-tiba
ketenangan itu terganggu dengan tepukan seseorang. Sue dan Rosmah berpaling
serentak ke arah datangnya bunyi itu. Rosmah yang sedang meneguk minuman dari
botol minumannya terhenti. Seorang pemuda berkaca mata hitam berdiri tidak jauh
dari mereka.
“Hebat..!
Dua serikandi..!” Puji lelaki itu dan menghampiri Sue. Wajah Sue berubah. Dia
berundur dan memalingkan tubuhnya. Dia mula mengorak langkah.
“Sue..!
Nanti dulu,” seru pemuda itu dan menyambar tangan Sue. Sue cuba menyentak
tangannya melepaskannya dari genggaman lelaki itu.
“
Sue, sudikah berbual dengan I sekejap?” Suara pemuda itu lembut mengharap.
“Awak
mahu apa?” Degus Sue kasar. Wajahnya mencuka. Tiada sekelumit senyuman di
bibir. Wajah pemuda itu langsung tidak dipandangnya. Rosmah hanya memerhati
sahaja dari jauh,
“Sue,
terima kasih kerana menolong Zek,” ucap pemuda itu. Dia cuba mencari pandangan
wajah Sue yang berpaling ke
arah lain.
“Tolong
apa? Saya tak kenal awak,” tepis Sue dan melangkah meninggalkan pemuda itu.
Terperanjat pemuda itu mendengar suara Sue yang keras.
“Sue,
I datang ni nak minta maaf. I tahu you terluka..”
Sue
berhenti melangkah. Dia berpaling mengadap ke arah pemuda itu. Merenung tajam wajah
pemuda itu.
“Hey! Awak.. apa awak cakap ni? Saya tak faham,”
bentak Sue sambil jarinya menunding ke arah pemuda itu yang sudah menaggalkan
kaca mata hitamnya.
“Sue,
you dah jauh berubah rupanya.”
“Apa
yang awak membebel ni ? Awak tu silap orang dan saya tak kenal awak dan tidak
bersedia untuk mengenali lelaki seperti awak.”
“Sue..!
Sue!.. Mustahil you tidak mengenali I. I Zekri. Maafkan I Sue. Zek tahu, Zek
yang bersalah..!”
Sue
mengeluh keras. Dia berjalan menghampiri gigi air. Dia berhenti di sebatang
kayu hanyut yang terdampar di tepi pantai itu. Pandangannya jauh ke hadapan
melihat lautan biru yang terbentang luas saujana mata memandang. Ombak kecil
membelai kakinya yang berselipar jepun sahaja. Pemuda yang bernama Zekri itu
menghampiri Sue. Berdiri terlalu hampir di sisi Sue.
“Sue,
maafkan Zek..!” Rayu pemuda itu lagi. Zekri maasih tidak berputus asa. Dia cuba
meraih tangan Sue dan ingin menggenggamnya. Sue cepat-cepat menarik tangannya
dan meminggir dari pemuda itu.
“Encik
Zekri. Saya tidak tahu untuk apa Encik Zekri meminta maaf. Lagipun saya masih
tidak mengerti maksud awak. Saya minta
diri dulu. Selamat tinggal,” selesai menuturkan kata-kata itu Sue berlari laju
meninggalkan tempat itu. Zekri terperanjat dengan tindakan Sue. Rosmah hanya
memerhati ke arah adegan itu. Dia memandang sekilas ke arah Zekri dan kemudian
memandang Sue yang semakin menjauh dari mereka.
“I
tahu you adalah Sue! Suhana kekasih I..!!!” Jerit Zekri lantang dan menyepak
pasir di kaki. Bertaburan butiran pasir ke udara dan jatuh kembali ke tanah.
Rosmah lambat-lambat
mengejar Sue dari
belakang.
“Saudari,
tunggu dulu. You kawan Sue?” Tanya Zekri ingin kepastian dari Rosmah. Rosmah
berpaling. Langkahnya terhenti. Dia mengangguk dan memerhati ke arah Zekri yang
menghampirinya.
“Bagus.
You, beritahu Sue, I minta maaf. Lupakan yang dah lepas tu. I tetap sayangkan
dia dan ingin kembali kepadanya,” pesan Zekri kepada Rosmah sebelum berlalu.
Matahari di ufuk timur hampir tenggelam. Senja mula melabuhkan tirainya.
Beburung riang terbang kembali ke sarangnya. Unggas-unggas mula mencari tempat
berlindung sementara menanti mentari esok untuk memulakan hari baru.
Perahu-perahu nelayan bertunda-tunda berlabuh di jeti dan pesisir pantai.
Anak-anak muda mula berarak meninggalkan tempat beristirehat dan berkumpul di
siang hari selepas kerja. Ibu-ibu riuh di rumah menyuruh anak-anak mandi dan si
ayah pula bersiap-siap untuk ke masjid.
Di
sebuah rumah nelayan yang sederhana besar dan agak uzur, seorang perempuan
separuh usia menjinjing sebaldi air naik ke pelantar. Sementara di dapur
seorang gadis berbaju kurung bersarung batik bertungkus lumus menyediakan
makanan hidangan untuk waktu malam. Kebiasaan waktu begini mereka sudah ke
surau namun keuzuran, mungkin tidak berapa sihat kerana keletihan setelah
seharian bekerja di siang hari mereka
tidak solat berjemaah di surau seperti kebiasaan. Wanita pertengahan umur itu
naik ke atas rumah dan mendapatkan anak gadisnya yang berada di dapur.
“Ada
lagi ke yang hendak di buat Sue?” Tanya Mak Yah kepada anak gadis yang sedang
mengatur hidangan ke atas meja.
“
Tak ada mak. Semuanya dah beres,” jawab Sue sambil menutup makanan yang
dihidangnya dengan tudung saji. Kebiasaannya selepas balik dari surau mereka
akan makan bersama-sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan