Bayu
laut bertiup lembut. Menyapu pipi, muka dan rambut nyaman. Segar. Kedinginan
pagi masih terasa sejuknya. Di hari hari minggu begini pantai tetap dikunjungi pelawat.
Beberapa buah khemah terletak di bawah pokok rhu berderet di tepi pantai.
Terdapat sesetengah pengunjung sudah berendam di gigian air. Menguliti badan
dengan pasir dan ombak.
Lebih
kurang 500 meter dari situ, Sue menyusuri gigi pantai sendirian. Ombak kecil
menghempas lembut dan membelai kakinya. Begitu asyik dia bermain dengan ombak
yang datang. Di tengah laut pula, perahu dan bot nelayan mula menghilang
saujana mata memandang sehingga kelihatan seperti satu titik kecil di tengah
lautan.
“Sue!
Sue….!” Namanya dilaung dari jauh. Cepar-cepat Sue berpaling ke belakangnya.
Ryzal berlari kencang menuju ke arahnya. Termengah-mengah di hadapan Sue sambil
tertunduk-tunduk mengurut dada. Sue merenung Ryzal dengan wajah berkerut
kehairanan. Ryzal tersengih lucu.
“Apa
hal pula ni?”
“ Tok Guru nak jumpa. Dia tunggu di gelanggang,” beritahu Ryzal setelah mengahnya hilang.
“ Tok Guru nak jumpa. Dia tunggu di gelanggang,” beritahu Ryzal setelah mengahnya hilang.
“Tok
guru?” Sue kehairanan.
“Ya…
Cepatlah!”
Sue
mengikut Ryzal dari belakang. Sekali-sekala dia membetulkan topi yang
dipakainya. Rambutnya yang panjang dililit kemas di bawah topi base ball. Jika
Sue tidak menanggalkan topi, pasti ada yang mengatakan Sue berambut pendek dan
tomboy. Memang, Sue seorang gadis tomboy pada fizikalnya. Tapi topi yang
dipakainya menutupi rambutnya yang panjang. Lagipun
dia tidak pernah berpakaian perempuan kecuali ketika menghadiri kenduri dan
biasanya dia lebih bebas berseluar jeans dan t’shirt serta bertopi base ball.
Dari
jauh kelihatan Tok Man, guru silat di kampung itu sedang berbual dengan
beberapa orang pemuda di tepi gelanggang silat. Apabila melihat Sue dan Ryzal
datang, Tok Man bangun dan bercekak pinggang sambil tersenyum menanti
kedatangan Sue.
“Assalamualaikum
tok,” sapa Sue mesra. Tok Man menjawab salam Sue. Ketiga-tiga pemuda yang
berada bersama Tok Man memandang ke arah Sue. Sue menjeling pemuda itu sepintas
lalu. Tok Man menyuruh Sue duduk di bangku bulat di hadapannya.
“Begini
Sue.. Petang ini tok tak ada kat rumah. Ada hal sikit. Johan dan kawan-kawannya
ni nak ajak tok ke Bandar. Jadi petang ni Sue latihlah budak-budak kita dengan
abang Mat,” terang Tok Man. Sue tekun mendengar arahan guru silatnya.
Pemuda-pemuda itu tersenyum dan merenung sinis kea rah Sue.
Laungan
Mak Siti isteri Tok Man, memanggil suaminya dari darah dapur di sahut oleh Tok
Man. Tok Man bangun.
“Duduklah
dulu Johan, Sue..sekejap lagi tok datang.”
Johan mengangguk.
Sepeninggalan
Tok Man, Johan dan teman-temannya mengelilingi Sue.
“
Hey pondan, I dengar cerita, hebat you semalam. Apa masalah you campur urusan
I?” Tiba-tiba salah seorang lelaki tersebut menengking Sue. Terkejut Sue
seketika. Dia memandang pemuda-pemuda itu tajam dan waspada.
“Maaf
encik, saya bukan pondan…!”
“Betul
ke? Tapi I tengok you cute juga jadi
girl..!” seru pemuda itu jengkel.
“Apa
maksud encik berdua?” Suara Sue sedikit keras sambil tangannya cuba menepis
tangan pemuda yang menyentuh topinya. Ketiga-tiga pemuda tersebut ketawa
berdekah-dekah. Ryzal cuba menghalang tapi dihalang oleh teman Johan.
“Sue..”
juih pemuda tersebut. Dia cuba menyentuh bahu Sue.
“ Apa maksud encik?”
“ Apa maksud encik?”
“
Hey pondan..! Kau tak kenal aku. Tapi cuba kau tengok kawan-kawan aku ni lebam
bijik mata kau hentam. Semalam yang kau campur urusan aku kenapa?” tegur pemuda
itu sinis.
“Ooo..
jadi semalam encik bertigalah yang lawan seorang pemuda kat pantai tu…”
Pemuda-pemuda
itu ketawa keras. Sue bangun dari tempat duduknya. Dadanya rasa membara.
Rasanya seperti ingin di tinju muka pemuda-pemuda tersebut.
“
Sebenarnya saya tidak suka pergaduhan,” ujar Sue lembut melepaskan tangan Johan
yang memegang cekak bajunya.
“
Eh.. aku nak tau apa ke halnya kau masuk campur urusan aku semalam, pondan !!!”
“
Maafkan saya encik. Saya tidak suka bergaduh. Tolong lepaskan saya.”
“
Encik Johan, tidak elok encik perlakukan seorang gadis sebegitu,” tegur Ryzal.
“
Gadis??? Kah..!Kah..kah..!!!! Gadis ke pondan?” Ketiga-tiga pemuda tersebut
ketawa sambil menekan perut.
“
Sudahlah Ryzal, jangan dilayan beruk tiga ekor ni..!” Suara Sue panas.
“Beruk..?
Eh! Geng dia kata kita beruklah pulak,” Mereka ketawa lagi.
Sue
menarik tangan Ryzal berlalu dari situ. Tiba-tiba satu libasan kaki hamper
mengenai kepala Sue dan mujurlah sempat di elak. Topi yang menutupi kepala Sue
terjatuh. Ketika itu juga Tok Man sampai disitu.
“Eh!
Apa hal pulak ni?” Tegur Tok Man hairan. Sue berhenti melangkah dan berpatah
balik ke arah gurunya. Johan dan teman-temannya berdiri kaku.
“Taka
da apa-apa tok,” jawab Sue mencuka. Dia tunduk mengambil topinya yang jatuh ke
atas pasir dan terurailah rambutnya yang panjang. Pemuda-pemuda tersebut
terpaku memandangnya.
“Johan,
kamu dah kenal ke? Terlupa tadi tok nak perkenalkan. Ini Sue. Suhana, anak
murid tok. Satu-satunya pesilat perempuan yang menjadi pembantu tok.”
“Suhana?”
Bisik pemuda-pemuda itu hampir serentak. Wajah masing-masing merona kemerahan
menahan malu. Mereka kemudian tersenyum malu.
“
Hai, saya Johan,” pemuda yang berbaju t shirt putih menghulurkan tangan kepada
Sue. Lama baru Sue menyambutnya apabila dia memandang wajah Tok Man yang
tersenyum mengangguk. Ketika bersalam,
Johan merenung wajah Sue sambil tersenyum.
“ Maafkan I peristiwa tadi,” ujarnya lembut. Sue menarik kasar tangannya dari genggaman Johan.
“ Hai, I Fiq and this is Danish.”
Tok Man tersenyum melihat gelagat pemuda tersebut.
“ Maafkan I peristiwa tadi,” ujarnya lembut. Sue menarik kasar tangannya dari genggaman Johan.
“ Hai, I Fiq and this is Danish.”
Tok Man tersenyum melihat gelagat pemuda tersebut.
“Hah..
Sue, jangan lupa pula pesan dekat abang Mat kau tu, latih budak-budak kita .
Lusa baru tok balik.”
Tok
Man berlalu bersama ketiga-tiga pemuda itu dengan sebuah pancuan empat roda
yang di pandu oleh salah seorang pemuda tersebut. Selepas kenderaan yang dinaiki mereka
menghilang dari pandangan, Sue melepaskan sebuah keluhan yang keras. Ryzal
memandang Sue dengan selamba. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran gadis
itu, detik hati Ryzal.
Sue
tiba-tiba bangun dan memecut dari situ. Ryzal terperanjat dengan tindakan Sue
itu. Dia segera mengejar Sue dari belakang.
“Sue,
nantilah dulu…!” Sue terus berlari dan tidak menghiraukan panggilan Ryzal.
Sue
memecut ke arah pantai. Ryzal berterusan mengejarnya .Langkah Sue semakin
panjang.Tiba-tiba dia tersadung akar
pokok dan jatuh tergolek di atas pasir. Ryzal ketawa berdekah-dekah melihat
keadaan Sue.
“Itulah…padan
muka,” ejek Ryzal sambil menghulur tangan menarik Sue bangun. Sue masih
mencuka. Hatinya berasa geram di ejek oleh Ryzal. Tiba-tiba dia melepaskan
tumbukan ke perut Ryzal.
“Aduh…!!!”
Terduduk pemuda itu sambil menekan perut menahan kesakitan. Giliran Sue pula
ketawa.
“Hoi..
sakit kau tau tak…!” bentak Ryzal kasar. Rasanya ingin membalas tumbukan gadis
itu. Tapi dia pasti Sue akan tangkas mengelak.
Sue memegang tangan Ryzal yang dihulurkan dan menariknya bangun.
Akhirnya mereka sama-sama berlari bergandingan di gigi air. Jika ada orang yang
melihat gelagat mereka pasti mengatakan
mereka adalah sepasang kekasih. Hakikatnya mereka adalah teman yang akrab.
Rakan seperguruan di arena persilatan. Usia mereka berdua juga sebaya dan
tinggal berjiran. Kegembiraan mereka seakan meluputkan ingatan mereka kepada
peristiwa yang berlaku tadi. Mereka berkejaran di gigi air dan bergurau senda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan