“Sue..!!!”
Namanya dipanggil.
“Sue..!Nanti
dulu..!!!
Dia
tidak menghiraukan suara itu. Dia terus menghayun langkah berlalu dari situ.
Kasihan
!Pemuda yang memanggilnya masih terbaring di situ dan berusaha untuk
bangun. Begitu sukar pemuda itu hendak berdiri. Wajahnya berkerut menahan
kesakitan. Tangannya menerawang memanggil –manggil nama Sue.
Gadis
yang dipanggil Sue it uterus mengatur langkah menuju kea rah seorang pemuda
lain yang menunggunya di situ.
“Sue,
Kenapa dibiarkan dia terbaring di situ?” Tanya pemuda itu.
“Biarkan
dia.. Jomlah kita balik Ryzal..!”
“Tapi
Sue, .. Tadi kenapa tolong dia lawan musuhnya?”
“
Ah! Sudahlah..!” Dia mendegus marah.
“
Dia kesakitan tu Sue..!”
“
Biarkan. Tadi Sue tolong dia dari terus
kena belasah. Sekarang berusahalah sendiri untuk…..”
Sue
tidak meneruskan kata-katanya. Dia terus menapak ke arah motornya.Ryzal mengikutinya dari belakang. Namun dia masih
sempat menjeling ke arah pemuda yang dibelasah tadi. Lelaki itu sudah berdiri
memerhati ke arahnya dan Sue.
Sebentar
kemudian Sue dan Ryzal berlalu dari situ dengan motorsikal. Zekri memerhati
kedua-dua insan itu dengan bingung. Benarkah itu Sue? Tapi kenapa dia tidak
menyahut apabila kupanggil. Wajahnya..! Ah!..Mungkinkah dia Sue.
Zekri
berjalan terhinjut-hinjut menuju kea rah motor TZM merahnya. Beberapa orang
pengunjung pantai di situ memerhatinya dengan hairan. Apa kena pemuda itu? Tadi
elok aje….
Zekri
membelek-belek wajahnya yang lebam sambil menelitinya melalui cermin motornya.
Di tepi mata, hidung dan ada luka kecil di dahinya. Celaka Lirza dan geng dia.
Mujurlah wajahnyaa tidak teruk. Siapakah gadis yang menolongnya tadi.
Benarkah gadis yang menolongnya tadi
adalah Sue. Setahunya Sue tidak mempunyai ilmu pertahanan diri. Tapi gadis yang
menolongnya tadi amat tangkas. Mustahil gadis itu Sue. Lagipun apabila
dipanggil nama dia tidak menyahutnya. Tapi dia seiras Sue..
Zekri
menyepak pasir pantai dengan kasar. Bertaburan pasir di hujung sepatunya
berterbangan. Zekri terus membonceng
motornya berlalu dari situ.
“Sue…!
Sue kenal ke pemuda tadi?” Tanya Ryzal.
Gadis di hadapannya di renung tajam.
“Tidak.”
“
Kalau tak kenal, kenapa Sue tolong dia?”
“Entah.”
“Berani
Sue lawan ketiga-tiga lelaki tadi. Sue tak takut ke?”
“Ryzal..
kau ni suka sangat tengok orang bergaduh. Sue tolong pemuda tadi sebab insan.
Kesian dia dibelasah oleh tiga lelaki sekali gus.”
“
Tapi Sue lain kali Sue tak boleh buat begini. Ini akan mengancam nyawa Sue
sendiri.”
“Ah…!!!
Sue tahulah apa yang Sue buat..!”
“Ryzal
takut nanti lelaki itu akan balas
dendam.”
“Ryzal,
buat apa Sue tolong kalau Sue takut menghadapi kemungkinan itu.”
“Walaupun
membahayakan diri Sue sendiri.”
“Ya,
kita sesama insan mesti tolong menolong. Ah…!!! Sudahlah, yang Ryzal ni banyak
soal pulak kenapa?”
“Ryzal
tak mahu Sue di timpa masalah.”
“Sudahlah..!
Sudahlah ..!! Sue nak balik. Hari pun dah petang.”
“Yalah.
Tak elok anak dara berjalan-jalan lagi waktu senja,” sindir Ryzal.
“
Sudahlah..Sue tau apa yang Sue buat.”
“Esok
Ryzal nak ke pekan. Nak ikut tak?”
“Tak
payahlah. Pergi aje dengan Rosmah.”
“Ros
sibuk. Sebab itu Ryzal ajak Sue.”
“Sue
nak berehat esok..!”
“Ala
takkan tak sudi ikut Ryzal. “
“
Tengoklah macam mana. Okeylah Zal, Sue balik dulu. Nanti membebel pulak mak kat
rumah.”
Mak Yah sedang menjinjing
sebaldi air lalu diletak di atas pelantar jemuran. Dia menyeka rambut yang
jatuh di dahi. Dia kemudian menegakkan belakangnya, memusing ke kiri dan ke
kanan lalu bercekak pinggang.
“
Hey kemanalah budak ni pergi, tak balik-balik lagi. Dah nak maghrib ni.
Selalunya awal balik,” rungut Mak Yah sambil matanya melilau ke arah lorong
berpasir di hadapannya.
“
Dah tak ingat nak balik ke?” sambungnya lagi. Dia melangkah memijak ketiga-tiga
anak tangga lalu naik ke pelantar dan terus masuk ke dalam rumah.
Mak Yah menutup pintu jendela yang masih ternganga. Ketika dia hendak menrik daun pintu yang mengadap jalan raya kelihatan Sue menghayun langkah pulang dengan laju.
Mak Yah menutup pintu jendela yang masih ternganga. Ketika dia hendak menrik daun pintu yang mengadap jalan raya kelihatan Sue menghayun langkah pulang dengan laju.
“
Hem, dah balik pun… Ingatkan tak nak balik..” rungut Mak yah. Sue tersengih
sahaja dan memanjat anak tangga. Dia kemudian menyangkut punggung di bendul dan
meraba topi di atas kepalanya. Memusing-musingkannya dan terus menanggalkan
topi lalu di letakkan ke sisinya.
“
Sue, yang kau duduk lagi di pintu tu buat apa. Masuk ke dalam ni. Tak elok anak dara bersilang
kaki di bendul senja-senja begini, “ nasihat Mak Yah sambil menggeleng-geleng
kepalanya.
“
Yalah mak…” Sue akur dan dia bangun berlalu ke kamarnya. Mak Yah menuju ke dapur.
Ketika
azan maghrib berkumandang dari surau yang terletak tidak jauh dari situ, Sue
dan Mak Yah dalam perjalanan menuju ke arahnya. Mereka bertembung dengan
beberapa orang kampong yang sama menuju ke arah surau. Bertegur sapa dengan
ramah sambil di bibir masing-masing terukir senyuman nan ikhlas.
Selepas
selesai solat isyak berjemaah, masing-masing turun berduyun-duyun dari surau.
Sue , Mak Yah, Rosmah dan beberapa orang lagi yang turun paling akhir. Mereka
menolong mengemas tikar dan sejadah yang digunakan oleh jemaah surau tadi.
Mereka sama-sama berjalan pulang menuju ke rumah masing-masing sambil riuh
bercerita dan mengulas tentang syarahan agama yang baru selesai disampaikan
oleh Pak Imam tadi. Ada juga yang bersambung dengan cerita-cerita yang berlaku
disekitar kehidupan mereka.
Malam
semakin tua. Sue dan Mak Yah sedang menghadapi rezeki selepas balik dari
suarau. Hanya mereka berdua sahaja seperti malam-malam sebelum ini. Yalah,
siapa lagi yang ada di rumah itu.
“
Oh! Ya, terlupa pula mak. Petang tadi Aziz datang hantar sepucuk
surat. Agaknya abang kau yang hantar,” beritahu Mak Yah. Tangannya lincah
mencicah pucuk ubi dengan sambal belacan yang dibuat olehnya siang tadi.
“Betul
ke mak?” Sue cepat-cepat menghabiskan nasi di pinggan dan terus membasuh tangan.
“Cuba
kau tengok atas lemari tu. Di situ mak letak tadi.”
“Baiklah
mak,” ujar Sue dan segera berlalu.
Mak
Yah tersenyum dengan gelagat Sue. Walaupun tingkah lakunya agak sedikit kasar
tapi sebenarnya dia adalah seorang gadis yang baik. Mak Yah tidak pernah
menghalang Sue melakukan apa sahaja yang disukainya selagi ianya tidak
melanggar lunas-lunas kehidupan dan batasan agama.
Dia
tetap melayani Sue dengan baik walaupun
kadang-kadang Sue bersikap tidak
mendengar kata dan berperangai seperti anak lelaki dia akan tetap menegurnya.
Lamunan
Mak Yah terhenti apabila Sue muncul sambil tersenggih memegang sepucuk surat
besampul coklat.
“Apa
yang abang kau tulis Sue?”
“Macam
biasa mak. Dia sihat. Tanya khabar mak. Dia beritahu dia dah kerja di sebuah
kedai makan sebagai pencuci pinggan. Nak tambah duit poket.”
“Hanif..!
Hanif..! Mak , tak mampu nak kirim duit banyak dekat dia..” keluh Mak Yah sayu.
“Mak
ni, ..abang pun tahu juga kita ni orang susah. Tapi mak jangan bimbang, selagi
Sue ada mak tak akan kebulur. Walaupun Sue tak sekolah tinggi tapi Sue akan
tetap berusaha untuk jaga mak.” Ujar Sue sambil memeluk Mak Yah mesra. Mak yah
membalas pelukan Sue dan membelai rambut Sue dengan penuh kasih sayang.
Walaupun
Sue bukanlah anak gadisnya, tapi dia menyayangi Sue seperti anaknya sendiri.
Lagipun dia tidak mempunyai anak perempuan
kecuali Hanif sahajalah anaknya. Dia tidak akan melupakan amanat Puan
Zaharah bekas majikan, agar menjaga Sue seperti anaknya sendiri. Seusia mengenal
dunia ini, Sue telah dijaga dan ditatang seperti anaknya sendiri. Makan pakai
Sue dialah yang menjaga dan mengaturnya sehinggalah Sue dari kecil lagi
memanggilnya dengan panggilan mak. Sue hanya sempat mengenali ibu kandungnya
sehingga usianya lima tahun apabila Puan Zaharah jatuh sakit dan meninggal
dunia akibat barah pangkal Rahim. Encik Zainal ayah Sue juga mengamanahkan dan
melepaskan Sue di bawah tanggungjawab Mak Yah kerana kesibukannya menguruskan perniagaan Setelah berkahwin lain
ketika Sue berusia 15 tahun, Sue langsung tidak mahu tinggal bersama ayah dan
ibu tirinya. Apabila Mak Yah berhenti kerja dengan Encik Zainal kerana
majikannya itu berpindah ke Brunei mengikut isteri barunya, Sue terus tinggal
dengan Mak Yah di kampung. Perbelanjaan dan gajinya masih di bayar oleh Encik Zainal
setiap bulan walaupun dia tidak meminta. Hubungan Sue dengan Mak Yah dan anak
lelakinya Hanif juga sangat akrab seperti sebuah keluarga. Sue dan Hanif
membesar bersama-sama dari kecil seperti adik dan abang di perkampungan nelayan
di negeri pantai timur itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan