Jumaat, 29 Mei 2009

Pedoman Untuk Kita

Kita sememangnya lupa siapa kita. Bila free aku suka melayari blog penulis yang aku amat minatinya iaitu Kak Norzailina Nordin. Banyak manafaat bacaan yang aku dapati bila melayari blog beliau. Sebelum ini aku telah meminta keizinan beliau untuk copy and paste tulisannya ke sini. Terima kasih kak Norz. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah melayari blog beliau di sini
Di sini aku petik tulisan beliau iaitu untuk manafaat bersama.
Pedoman:

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".


Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki.


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."


"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya

Sabtu, 23 Mei 2009

Email dari temanku

Semalam birthday aku. Tahun ni aku tak sambut seperti biasa. Aku cuba untuk lupakan bahawa tahun ini aku sudah 33 tahun.. Bukan apa.. hehehe nak maintainkan awet muda...
Ucapan pertama aku terima tepat pukul 10.30mlm pada 22hb Mei dari suamiku yang jauh di negeri lain. Katanya tiada hadiah istimewa tahun ini. Aku cakap tak apa sebab jauh dengar ucapan pun dan doa pun aku amat hargainya. Keesokkan hari iaitu 23hb Mei tepat-tepat birthaday aku, .. leka melayan anak-anak maklumlah aku cuti hari sabtu, aku memang lupa hari itu hari jadi aku. Anak-anak masih kecil jadi tak ada yang ingat. Pukul 9.00pagi lebih kurang, adik aku telefon dari asrama sekolah mengucapkan HAppy Birthday.. Lepas tu baru adik-adik aku yang lain ucap selamat hari lahir kaklong. Adik aku yang bongsu Reena, hulur hadiah .. lilin berbentuk love dihias dalam kotak yang cantik. Suka sangat hati aku terimanya hadiah hari jadi yang pertama untuk tahun ini.
Tengahari aku terima sms ucapan HAPPY BIRTHDAY KE-33 dari teman lama. Terkejut juga aku terima sms dia. Tapi aku tak adalah hampir collapse sebab dia sentiasa mengingati hari lahirku setiap tahun termasuk hari wanita, hari ibu, hari misi, hari cikgu sementelah hari hari raya... Aku gembira sangat terima sms dia. Bila tanya pasal hadiah dia cakap kena datang ambil sendiri. Ha.. siap gurauan minta kiss lagi. Rupa-rupanya dia admitted hospital gara-gara patah kaki masa training kerjanya. Kesian pulak mendengarnya. Lebih-lebih lagi bila dia cakap isterinya kat Perak. Bila aku cakap ngurat jelah nurse cun nanti ada yang lebih take caring... Tapi dia cakap nurse yang ada kat situ panggilnya Pakcik. Ha.haa..haaa..... Yalah diapun sebaya bonda aku kat kampung. .. Takpe.. bila dah dapat mengurat nanti panggilan pakcik akan bertukar jadi abang.
Bercerita di sini bukan apa hanya sekadar untuk berkongsi dan meminta pandangan adakah tindakan aku yang masih berhubungan walaupun sudah 9 tahun hati aku sudah dimilikki oleh suamiku. Aku tidak pernah keluar atau berjumpa secara sulit kerana aku masih dan sangat sayangkan rumahtanggaku dengan suamiku. Namun dalam diam aku masih berhubungan telefon dengan dia tapi jarang-jarang. Ikhlas dia masih dihatiku tapi aku tidaklah sampai lupa pada suamiku. Sukar untuk aku lupakan dia walaupun dah banyak kali aku cuba. Foto dia dah lama aku simpan kat tempat yang aku sendiri lupa selit kat mana. Aku juga tidak rasa bersalah pada isteri dia kerana masih berhubungan dengan suami dia kerana aku tahu batasanku yang masih isteri suamiku dan juga status dia suami orang. Tapi aku tidak mahu ,mengenali isterinya kerana aku rasa cemburu kepada isterinya yang dapat memilikinya. Tapi aku juga tidak akan sesekali meninggalkan suamiku dan anak-anak semata-mata untuk bersama dia. Bagiku jodohku Allah tentukan dengan suamiku dan bukan dengan dia sebab itu aku menerima lamaran suamiku dan melupakan lamaran dia semasa dia masih di oversea dulu...
Lagipun sekarang aku bahagia dengan suami dan anak-anakku. Dia juga bahagia dengan isteri dan anak-anaknya. Walaupun hatiku masih tidak boleh melupakan dia yang pernah bertakhta di hati tapi aku sayang suamiku yang banyak berkorban selama ini.

Malam bersambung..

Selasa, 12 Mei 2009

Selamat Hari Ibu 10 Mei 2009

Katakan Cinta itu


Hanya 1 saat kita terpikat pada seseorang,
1 minit untuk jatuh cinta,
1 jam untuk memahami,
1 hari untuk menyintai
tapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakannya.

Ahad, 10 Mei 2009

Resipi Kasih Sayang untuk Bonda dari Kak Norzai


Resipi Kasih Sayang Dari Kak Norzailina Nordin..

Bahan-Bahan:
250 gm kasih sayang
150 gm perhatian
120 gm hormat-menghormati
1 kotak besar doa
100 gm pati kemesraan
100 gm ulas dorongan
20 gm sos kesabaran } bahan inti
250 gm keimanan }
50 biji kebijaksanaan
4 camb serbuk garang
3 camb serbuk nasihat

Bahan Hiasan
10 helai daun usik-mengusik
10 kelopak bunga senyuman
5 keping hirisan leteran, dihiris halus
4 helai pucuk toleransi, dihiris halus

Cara membuat

1. Gaulkan kasih sayang, perhatian dan hormat-menghormati di dalam mangkuk kehidupan sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit pati kemesraan diikuti oleh dorongan / sokongan. Uli perlahan sampai menjadi doh yg lembut.
3. Dalam mangkuk kekeluargaan, campurkan sos kesabaran dan keimanan sehingga rata.
4. Canai doh setebal 1 cm, ratakan campuran inti dan gulungkannya. Hiriskan dan letakkan dalam loyang.
5. Ratakan biji kebijaksanaan di atasnya.
6. Akhir sekali, taburkan serbuk garang dan serbuk nasihat secukup rasa.
7. Bakar di dalam ketuhar dunia akhirat sehingga keemasan.
8. Atur di dalam pinggan. Hiaslah dengan daun usik-mengusik, bunga-bunga senyuman, hirisan leteran dan pokok toleransi.
9. Sajikan dengan limpahan syukur.

Selasa, 5 Mei 2009

HUKUM AQIQAH

Puteri Atyra Iskina Najihah

AQIQAH UNTUK ANAK


Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah


Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Daging Aqiqah

Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajin. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.


Syarat sah Aqiqah ialah:

* Berniat aqiqah ketika menyembelih.
* Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
* Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
* Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
* Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran / bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
* Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Binatang :
  1. Biri-biri/ Umur : 1 tahun atau lebih
  2. Kambing 2 tahun atau lebih
  3. Lembu/kerbau 2 tahun atau lebih
  4. Unta 5 tahun atau lebih


Sunat-sunat Aqiqah ialah:

* Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
* Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
* Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
* Memberi nama yang baik kepada bayi
* Berdoa ketika hendak menyembelih
* Daging dimasak manis.
* Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
* Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri

Hikmah Aqiqah

* Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
* Menggalakkan amalan sedekah.
* melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
* Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
* Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
* Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
* Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
* membiasakan berkorban bagi orang tua

Kasi Laju Sket..