Isnin, 25 Jun 2012

Cerpen: Milikku Jua Part V- Akhir


 Aku masih berteleku di pusara yang masih merah itu. Air mataku sudah kekeringan. Daun kemboja berguguran di tiup angin. Aku berdoa semoga roh Syafik akan tenang di sana dan di tempatkan bersama orang mukmin. Relakanlah aku menerima pengganti dirimu. Dia adalah bekas kekasihku sebelum pertunangan kita. Restuilah aku untuk menerimanya kembali. Aku mengesat air mata dengan hujung kain selendangku. Sepasang tangan gagah menjalar di bahuku mengangkat aku bangun. Berdiri teguh di sisiku. Dia membetulkan selendang di kepalaku.
“Sabarlah Ira..err.. Intan.. mari kita balik,” pujuknya. Aku mengangguk lesu. Dia memimpinku keluar dari kawasan perkuburan itu. Kami menuju ke arah kereta yang diletakkan di luar pagar. Bekas air yassin yang mengandungi sisa-sisa kelopak mawar di jinjingnya, sementara sebelah lagi tangannya memegang bahuku erat. Aku menyandarkan kepalaku ke bahunya dan menghayun langkah bersama-sama.
Sampai di kereta, dia membuka pintunya kepadaku dan memimpin aku masuk. Pintu kereta di tutup perlahan. Kemudian dia masuk ke sebelah pemandu dan duduk. Dia memandu kereta meninggalkan kawasan itu, meninggalkan kenangan aku di sana bersama arwah Syafik. Aku berpaling lemah ke sisi. Dia kelihatan agak berlainan dan begitu segak berbaju Melayu dan berkain palekat. Dia berpaling ke sisi dan tersenyum kepadaku. Aku membalas senyuman itu. Tangannya diletakkan ke atas pahaku. Aku membalasnya dengan memegang tangan itu dan membelainya lembut. Kubawa tanganya ke dadaku. Dia tersenyum senang sambil memandu kereta tenang di atas aspal hitam.
            Abah dan umi menyambut kepulangan kami di anjung. Kedua orang tuaku sedang berehat sambil menikmati hidangan minuman petang.
“Bawa Intan masuk Daniel.” Arah abah.
“Baiklah abah,” sahutnya dan memimpinku masuk ke dalam rumah lalu terus ke kamarku. Dia membawaku ke kerusi untuk duduk. Dia bergegas mengambil tuala dan memintaku mandi dan menukar pakaian. Aku mengangguknya lesu. Aku memerhatinya dengan lapang dada. Dia menanggalkan songkoknya lalu di letak ke atas meja kecil di sisi katil lalu mengambil tuala miliknya dan menanggalkan pakaiannya di situ. Aku masuk ke kamar mandi dan menyirami tubuhku dengan air yang dingin. Terasa segar apabila air dingin itu menyirami tubuhku. Ketukan di pintu mengejutkan aku. Apabila di buka batang tubuh dia berbalut kain tuala tersengih-sengih di pintu. Aku tersenyum dan memberi laluan untuknya.
Selepas mandi dan bertukar pakaian, kami solat bersama. Aku melipat telekung solatku dan bangun ke katil. Dia sedang berbaring di situ sambil tersenyum menunggu kedatanganku. Aku merebahkan badanku ke atas tilam di sisinya. Dia meraih tubuhku. Memeluknya dan mengucupi dahiku mesra.
“ Ira, akhirnya tercapai jua hasrat kita untuk bersama..” Dia bersuara dengan nada gembira.
“Abang Syafik meninggalkan kita dan merelakan kita bersama…” sambungnya lagi.
Pelukannya semakin erat dan melemahkanku.
Aku masih dalam di lema. Kematian mengejut Syafik dalam kemalangan itu menyebabkan aku bagaikan insan tidak bernyawa. Lebih-lebih lagi di saat dua minggu lagi kami akan diijab kabulkan. Sebaliknya kurasakan ia satu rahmat dan ketentuan Allah. Aku redha kini. Walaupun Allah mengujiku dengan kehilangan Syafik tapi Dia menggantinya dengan kembalinya Daniel ke sisiku. Kehadiran Daniel dengan nama baru semasa aku di hospital menyentuh hatiku apabila dia memberitahu namanya kini adalah Muhammad Daniel Islah Bin Abdullah@Abdul Halim. Uncle Lim papanya yang lebih awal menjadi muslim setelah berkahwin dengan Puan Aisyah banyak memberi dorongan kepadanya.
Persiapan perkahwinan untuk aku dan Syafik akhirnya bertukar menjadi majlis pernikahan antara aku dan Daniel. Walaupun ianya tidak semeriah yang dicanangkan kerana tempahan di dewan untuk persandingan aku batalkan. Pelamin juga di bina kecil di sudut dalam rumahku. Aku tidak terkilan walaupun persiapan majlis perkahwinan gilang gemilang tidak menjadi kenyataan tapi kini aku bahagia kerana menjadi isteri Daniel. Hari-hari yang kulalui tetap ceria walaupun tidak seindah dulu. Kehilangan Syafik masih terasa tetapi kembalinya Daniel kepangkuanku bagaikan satu sinar baru dalam kehidupanku. Semoga kebahagiaan ini tetap menjadi milik kami selamanya. Aminnn..

P/s: Maaf kalau karyaku ini tidak menarik. Aku menulis karya ini semasa aku masih di tingkatan 6 Rendah tahun 1995. Aku menulisnya ke atas kertas nota untuk subjek Ekonomi kerana masa itu kertas ‘kajang A4’ adalah terlebih sikit. Sekarang skrip ini sudah kekuningan. Aku tidak bercadang untuk mengeditnya kerana bahasa yang kugunakan adalah bahasa aku semasa remaja yang tidak pernah bercinta.. tapi kerap jatuh cinta.. idea timbul apabila aku mendengar cerita seorang teman mengenai kakaknya. Aku tidak mencedok cerita ini 100% kerana aku tidak tahu apa dihati mereka tapi aku cuba hayati jiwaku sendiri sekiranya aku berada di tempat kakak temanku itu.
Untuk teman lama aku masih Aron Qyn-Mo yang pemalu.

1 ulasan:

Kasi Laju Sket..