Ahad, 10 Jun 2012

Cerpen: Milikku Jua Part III


Selepas peristiwa aku memutuskan talian telefon tempoh hari, Daniel menghilangkan diri. Melalui Syafik aku dapat tahu, Daniel kembali ke negara asal ibunya di Kanada dan akan menetap di sana. Aku berasa sedih dengan berita itu. Entah bila agaknya lagi, aku dapat berjumpa dengan Daniel lagi. Kehangatan cintanya masih terasa mekar di hatiku.
Perhubunganku dengan Syafik juga seperti biasa. Walaupun aku boleh dikatakan terpaksa berpura-pura tapi aku puas. Biarlah, semoga Syafik dapat mengubah hatiku. Aku juga berdoa agar suatu masa nanti aku dapat melupakan terus cintaku pada Daniel dan membuka sepenuhnya pintu hatiku pada Syafik. Aku juga ingin menjadi isteri Syafik yang setia. Harapan abah dan umi yang begitu tinggi terhadapan hubungan aku dan Syafik akan bahagia. Layanan Syafik terhadapku tidak dapat di nafikan lagi, lelaki itu menerimaku dan menyayangiku. Keluarga bakal mertuaku juga mengambil berat tentang diriku. Boleh dikatakan setiap hari bakal ibu mertuaku menelefon dan bertanya khabar. Setiap minggu juga Syafik akan membawaku ke rumahnya untuk berjumpa mertuaku dan membincangkan persiapan perkahwinan kami.
Sebulan lagi hari perkahwinan akan berlangsung. Aku dan Syafik sudah membeli segala persiapan persandingan. Keluargaku dan keluarga Syafik bersama-sama menyediakan segalanya. Kad-kad jemputan sudah lama di edarkan. Tiket untuk berbulan madu ke Eropah juga sudah lama di tempah. Aku dan Syafik yang memilih destinasinya. Suit pengantin dan pelamin juga sudah dibereskan. Butik Syafeena milik bakal kakak iparku yang menaja pakej pakaian pengantin dan pelamin. Kini kami hanya menunggu hari bahagia itu. Syafik juga semakin mengambil berat tentang diriku. Pagi tadi dia yang menghantarku ke Spa untuk mandi berempah. Tengahari itu aku menerima sepucuk surat dari Kanada.
           
“ Intan Hazira Kekasihku,
              Semoga kau bahagia di sana. Biarkan aku yang menderita sendirian dan kau tetap di hatiku.
                                                                                                          Love – Daniel.

Ayat-ayat itu benar-benar menguris kalbuku. Syafik terdiam apabila menatap surat itu. Terpancar di wajahnya perasaan bersalah. Aku hanya mampu menangis sahaja mengenangkan perkara itu. Syafik memelukku sambil memujukku bersabar.
“Sabarlah Intan. Abang janji akan menjaga Intan. Biarlah pengorbanan Daniel abang balas dengan kebahagiaan untuk Intan..!” Perlahan-lahan dikucup dahiku. Kematangan Syafik di dalam mendiplomasikan suasana benar-benar mencerminkan keperibadiannya. Dan kini bagiku aku tidak menyesal memilih Syafik. Aku kucurahkan sepenuh kasih sayangku kepadanya. Biarlah kami hidup bahagia. Doaku di dalam hati. Kisah aku dan Daniel hanya menjadi secebis lipatan silam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..