Ahad, 3 November 2013

Bedak Kokuryu vs Bedak Giffarine

Semenjak dua menjak ini aku mula belajar dan cuba mempraktikkan hal ehwal kecantikan dan kosmetik. Sebelum ini aku biasa guna bedak Maybelline dan Giffarine Compact Foundation. Aku berkenalan dengan bedak Maybelline tahun 1996 masa jadi student college. Sebelum itu aku memang tak reti bermekap. Bedak muka pun guna bedak debu Eversoft yang botol hijau.
Facial cleanser EverSoft
Aku sudah lama tidak melihat bedak ini di pasaran dan kali terakhir aku melihatnya semasa aku tahun ke-2 di kolej.  Sebelum memakai bedak Eversoft aku menggunakan sejenis krim dari Hazelline Snow. Lama juga aku guna Hazeline Snow sebagai alas bedak daripada aku sekolah Tingkatan Satu sehingga aku masuk kolej. Hampir 8 tahun aku setia dengan Hazeline snow.
 
 Semasa menggunakan produk ini wajahku tidak mengalami masalah. Tiada jerawat atau jeragat. Ramai yang memuji kulit wajahku yang licin dan gebu gitu. Siapakah orang yang memperkenalkan krim ini kepadaku? Insan tersebut tida lain dan tidak bukan ialah ibuku sendiri. Dia yang mengajarku cara-cara mengguna krim Hazeline Snow.

Namun kesetiaanku bersama Hazeline Snow tergugat apabila suatu hari aku telah ke habisan  krim tersebut maka aku telah membelinya di pasar malam berdekatan tempat tinggalku. Apa yang berlaku selepas itu wajahku terasa perit amat selama dua hari aku memakainya maka aku terus membuang botol yang baru kubeli itu. Rupanya krim yang kubeli itu adalah krim tiruan. Pada mulanya aku perasan juga bila melihat struktur krimnya yang berbeza dari sebelum ini tapi sebab jenama yang aku dah serasi ialah Hazeline Snow maka aku membelinya juga. Hasilnya mukaku hamper cacat disebabkan oleh krim tiruan itu.
Semenjak itu aku cuba beralih kepada krim Pond's pula. Aku juga tidak lagi menggunakan bedak Eversoft kerana duit poket dah ada sendiri maka aku pun bertukar kepada bedak compact jenama Maybelline pula. Aku beralih arah kerana terpengaruh dengan promosi oleh jurujual pasaraya. Krim Pond's dan Bedak Compact 2 way cake Maybelline ini serasi juga untuk kulit wajahku.

Aku cuba setia bersama Pond's dan Maybelline. Lipstick Maybelline yang shine aku  paling suka... namanya dah lupa. Semasa aku mengguna kedua jenama ini adalah sekali aku tertinggal bedak Maybelline dan terpaksa beli bedak baru semasa aku bercuti. Farmasi yang aku singgah itu tiada bedak Maybelline dan telah mengesyorkan bedak jenama Pixy. Aku terpengaruh lagi dengan cerita salesgirl itu maka au pun belilah bedak Pixy pula.
Aku tidak setia bersama bedak Pixy kerana aku hanya menggunanya sekali itu sahaja dan kembali kepada bedak Maybelline semula.
Sekitar tahun 2000 aku diperkenalkan pula dengan bedak Giffarine. Masa itu aku tak berapa gemar sangat jenama itu sebab biasalah produk negara jiran... Aku cuba juga bedak yang dihulurkan oleh teman tapi dengan perasaan was-was. Kesetiaanku masih bersama Maybelline. Aku juga diperkenalkan oleh teman dengan jenama Mary Kay. Produk yang aku guna ialah Foundation Compact Cream. Dari dulu lagi aku guna losyen badan jenama Johnson& Johnson's. Lipstick Maybelline.
Kerana pengaruh teman-teman, aku pernah cuba bedak debu Johnson&Johnson untuk dijadikan bedak muka. Teman lelakiku pernah tegur katanya bau aku macam bedak baby.. maka semenjak itu aku tidak lagi mengguna bedak baby powder J&J sebagai bedak muka. Lagipun aku dapati penggunaan bedak serbuk ini juga menjadi salah satu penyebab jeragat di wajahku yang mulus.
Sebab itu aku tak galakan anda semua guna bedak baby sebagi bedak muka. Sebab akhirnya suatu masa nanti apabila anda berusia lebih 30-an, jeragat cepat aje singgah di wajah anda.
Aku juga pernah guna jenama Loreal, Revlone, dan beberapa produk terkenal.
Dari satu produk aku beralih akhirnya titik penemuanku terhenti apabila aku amat berpuas hati dengan mengguna jenama Giffarine. Dari bedak, lipstick dan pelbagai kosmetik semuanya berjenama Giffarine. Selain itu aku juga menggunakan hampir kesemua produk Giffarine, dari minuman, jus, sabun mandi, syampu rambut, ubat gigi, berus gigi, sabun cuci baju, sabun cuci bilik air dan pelbagai lagi semuanya jenama Giffarine.
Aku sukakan Giffarine sebab kualitinya setanding malahan lebih baik dari jenama terkenal dan harganya mampu milik.

Seterusnya aku ingin bercerita berkaitan dengan Bedak Kokuryu pula. Aku mengenali produk ini melalui internet. Harga masa tu sekitar RM75 satu. Aku cuba pakai tapi biasalah ada sahaja alasan aku. Bedak ini perlu dipakai dengan membasahkan sponge. Barulah bedak akan serata menyerikan wajah. Aku pakai bedak ini dan wajahku kelihatan shining. Tapi aku tak suka sebab kulit wajahku rasa tegang tebal gara-gara bedak. Menurut dealer bedak ini boleh dibawa solat tapi aku was-was juga sebab bila pakai bedak ini ianya seakan kalis air, adakah air wuduk melepasi bedak yang disapukan di wajah kita ini ? Itu yang aku tak faham dengan promosinya..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..