Selasa, 12 November 2013

Sephia Bab 5



BAB 5

Pia mengulurkan kunci kereta kepada Ayin yang sudah siap berpakaian kemas. Ayin memegang tangan Pia dan mengucupnya dengan penuh kasih sayang.
“Pia jagalah rumah. Abang keluar sekejap sahaja. Lepas jumpa kawan abang terus balik,” pesan Ayin sebelum keluar. Pia melambai kepada suaminya sehingga kereta suaminya hilang dari pendangannya. Dia kemudian menutup pintu dan masuk kembali ke dalam rumahnya.
Pia sebenarnya tidak tahu apa yang hendak dibuat apabila bersendirian. Dia bercadang untuk meneruskan kerjanya mengait cross-stich. Dia mengeluarkan plastik kuning yang berisi barang-barang kerjanya dan di bawa ke bilik rehat.  Sambil itu tangannya menekan remote control tv. Berita jam 8.00 malam belum lagi habis siaran. Pia bersandar di kerusi sambil tangannya menarik benang.
Ketenangan itu sekali lagi terganggu apabila telefon tangan miliknya berbunyi. Pia segera mengangkatkan kain dan jarum di tangannya ke atas meja. Segera dia berkalih ke tepi dan mengambil telefon tangannya lalu menjawab panggilan yang diterima.
“Hello...”
“Hello.. ni Syafiani ke?”
“Ya, akulah ni, Zet. Apa halnya?” Pia amat mengenali suara di hujung sana.
“Pia.. sorrylah menganggu. Kau sedang buat apa tu?”
“ Aku sedang menyiapkan Crosstich ni. Apa mimpi call aku ni?”
“Gini sebenarnya. Mak Mentua aku sakit. Jadi aku cadang nak balik ke Singapore besok. So, kau boleh tolong aku tak?”
“Apa dia?”
“Cuti kau kan ada seminggu lagikan. Aku nak mintak bantuan dari kau sikit. .Tukar cuti..” Zet temannya itu menerangkan dengar suara yang sayu tapi penuh pengharapan.
“Baiklah, aku boleh tolong. Tapi esok aku ada hal penting..”
“Tak mengapanya. Besok dengan lusa Roha akan ganti dulu.”
“Okey. Eloklah macam tu. Aku setuju ganti tiga hari lagi tu.”
“Terima kasih Pia.. Kalau mak mentua aku dah ok, aku akan segera balik.”
Pia mengangguk faham. Tak apalah dia balik kerja awal pun. Kesian juga dengan Zet. Nasib baik dia tiada hal yang hendak dilakukan kecuali esok.
Pia bercadang untuk memberitahu Ayin bila suaminya itu balik nanti. Pia mengemas kembali alatan jahitannya. Moodnya seakan terganggu dengan panggilan telefon itu tadi. Matanya masih menjeling ke arah peti televisyen tetapi cerita yang dipaparkan tidak menarik perhatiannya. Pemikirannya berputar mengingati perkara lain.
Pia menjeling jam di dinding. Hampir jam 9.00malam. kebetulan ketika itu berita tv juga sudah tamat. Pia mengambil surat khabar di atas meja di depannya. Dia membelek mencari intisari televisyen tetapi tiada yang menarik minatnya.
Pia bangun dan meninggalkan bilik rehat. Dia menuju ke ruang tamu. Melabuhkan punggungnya di sofa . Dia menyandar kemas di situ. Memejamkan matanya. Cuba menenangkan fikirannya. Mendengar dan menghayati bunyi air terjun dari kolam di tepi tingkap. Tapi dia gagal. Fikirannya sebenarnya tidak tenang.
Pia mengambil keputusan  untuk menelefon ibunya di kampung. Kebiasaanya waktu begini ibunya sudah pulang dari surau dan sedang berehat sambil menonton tv. Belum pun sempat dia menyentuh ganggang telefon di atas meja kecil di ruang tepi tangga, ianya sudah berbunyi. Terperanjat Pia seketika. Pia cepat-cepat menjawabnya. Tidak elok sebenarnya membiarkan si pemanggil menunggu lama.
“Hello.. Tuan Syahrim ada?” Suara seorang lelaki menyentuh cuping telinganya.
“Maaf.. dia baru sahaja keluar..”
Selepas Pia memberitahu begitu, si pemanggil terus meletakkan telefon.
Pia juga meletakkan telefonnya perlahan-lahan ke induknya semula. Dia terlupa niatnya untuk menelefon ibunya tadi. Pia menyandar kemas di kerusi. Memejamkan matanya. Bila dia membuka matanya barulah dia teringat rancangannya untuk menelefon ibunya. Cepat-cepat dia mendail nombor telefon ibunya di kampung.
“Assalamualaikum,” suara seorang perempuan lembut memberi salam.”
“Waalaikumussalam. Ibu, Pia ni!”
“Pia! Apa khabar nak? Kenapa lama tak telefon ibu? Shahrim apa khabar?” Ibunya riuh bertanya. Pia tertawa ceria dengan soalan ibunya yang bertubi-tubi itu.
“Alhamdulillah. Anak dan menantu ibu sihat. Ibu dan abah apa khabar?”
“Kami kat kampung sihat. Pia, macam mana Pia dengan Ayin ?”
“Macam mana apa ibu? Kami baik-baik sahaja ibu.”
“Yalah...! Pia kena layan suami kau dengan baik. Ingat tanggungjawab seorang isteri. Syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami. Satu lagi jangan buat perkara-perkara yang boleh memalukan ibu dan abah...”
Pia tersenyum dengan pesanan ibunya.
“Zamin pun dah nak ikut jejak Pia.”
“Siapa budak perempuan tu ibu?”
“Ibu dah jumpa. Berkenan juga dengan dia. Baik dan lembut orangnya. Cantik juga.”
“Mana cantik dengan Pia ibu?”
“Alahai. Pia anak ibu memang cantik.”
Pia ketawa ceria dengan jawapan ibunya.
Hampir satu jam dia berbual dengan ibunya. Pelbagai cerita dan khabar di beritahu ibu. Teruja juga dia mendengar berita yang disampaikan oleh ibu. Bolehlah dia mengambil cuti panjang lagi. Lagipun semenjak berkahwin dia tidak berkesempatan balik ke kampung. Mungkin selepas Zet habis bercuti dia boleh menyambung cutinya semula.
Pia menjeling jam di dinding. Sudah pukul 10.30 malam. Pia rasa mengantuk. Dia menguap sekali. Pia menjeling ke arah pintu depan apabila ternampak silau cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap bercermin yang tersingkap langsirnya. Ayin sudah balik. Getus hati Pia gembeira. Pia cepat-cepat bangun dan berkejar ke pintu. Dugaannya tepat apabila kereta milik Ayin berhenti disebelah keretanya. Pia membuka pintu menunggu di situ. Ayin keluar dari keretanya dan menuntup pintu keretanya. Pia menyambut suaminya dengan senyuman manis dan menghulurkan tangan. Dia mengucup tangan suaminya dan dibalas oleh kucupan di dahi oleh suaminya.
“Pia tak tidur lagi ke?” Tanya Ayin sambil membuka kasut.
“Belum lagi. Pia tunggu abang,” jawab Pia dan menutup kembali pintu. Ayin memeluk bahu Pia sambil beriringan masuk menuju ke ruang tamu. Ayin duduk di sofa sambil membuka butang baju. Pia juga melabuhkan punggungnya di sisi suaminya.
“Abang nak minum?”
“Terima kasihlah. Abang baru aje minum kat luar. Pia haus ke? Boleh abang temankan.”
Pia menggeleng kepalanya. Dia membiarkan sahaja tangan suaminya yang membelai-belai rambutnya. Masing-masing terdiam seketika membangkitkan daerah sepi melayani fikiran masing-masing.
“Abang nak mandi dulu,” ujar Ayin terus bangun. Dia sempat lagi melayangkan sebuah ciuman di pipi Pia sekilas. Pia tergaman dan memerhati sahaja pergerakan suaminya.
Pia memeriksa pintu rumahnya dan setelah memastikan semuanya di kunci dia menutup lampu di ruang tamu. Dia memanjat anak tangga ke tingkat atas menuju ke kamar beradunya. Semasa dia masuk ke bilik tidur, Ayin masih lagi mandi. Pia mengeluarkan pakaian tidur suaminya dan meletakkan di atas katil. Pia menolak pintu bilik air yang tidak berkunci. Ayin masih mandi di ruang mandi yang dipisahkan oleh pintu gelangsar bertirai biru legap. Pia menghampiri sinki. Pili air dibuka dan dia mencuci tangannya dengan air dan sabun. Kemudian dia mencapai tube kecil yang mengandungi pencuci muka jenama Giffarine. Secalit krim putih sebesar biji kacang itu dipicit ke atas tapak tangannya, lalu dielus lembut dan diusap ke mukanya.  Wajah mulusnya diurut lembut.. Dia mengambil berus gigi dan  meneyeh ubat gigi jenama Giffarine juga lalu menggosok giginya pula. Hampir 15 minit berada di bilik air barulah Pia melangkah keluar. Dia menghampiri meja solek di tepi sudut, mengambil sikat rambut di dalam bekas di atas meja. Rambutnya separas bahu itu disikat lembut dan dibiarkan terlepas bebas. Rutin yang akan dilakukan sebelum tidur setiap malam.
Pia menarik alas cadar dan melipatnya lalu diletak ke tepi. Kemudian dia menarik lagi sisi cadar dan menariknya lagi agar kelihatan kemas. Setelah berpuas hati barulah dia merebahkan badannya di atas katil. Berbaring selesa, merenung siling lalu ditarik selimutnya dan perlahan-lahan memejamkan matanya.
Pia mendengar suara Ayin mengigil kesejukan keluar dari bilik mandi. Pia terus memejamkan matanya. Lima minit selepas itu tilam di sebelah Pia berkeriut bergerak. Pia mematungkan dirinya. Menanti penuh debaran.
“Pia dah tidur ke?” Bisik Ayin menyentuh cuping telinganya.
“Belum lagi..”
“Kenapa ni? Marahkan abang ke, awalnya baring?” Tanya Ayin sedikit hairan. Dia meraih Pia ke dalam pelukannya. Bau wangi sabun mandi Elianto menyerbu hidung Pia. Perlahan-lahan dirungkai pelukan Ayin.
“Taklah..” jawab Pia sepatah.
“Kenapa Pia macam tak ada mood aje?” Tanya Ayin lagi. Pia menolak gebarnya dan berpaling ke arah Ayin yang sedang menyandar di kepala katil. Dia bersila mengadap suaminya. Tangan suaminya digenggam. Mengucupnya dan dibawa ke pipinya.
“Tadi, kawan Pia telefon. Dia minta tolong, Pia ganti kerja dia lusa. Mak mentua dia sakit tenat di Singapore,” cerita Pia sambil merenung wajah suaminya mengharap pengertian.
“So, Pia setuju?”
“Ya. Kesian juga dekat dia. Tapi, esok dan lusa , Roha yang ganti dulu.”
“Tak mengapalah. Ini masa dia. Besok abang hantar Pia..” pujuk Ayin dan meraih Pia ke dalam pelukannya.
“Bukan esok bang. Lusa masih cuti lagi. Hari minggu baru Pia masuk kerja petang.”
“Tak mengapalah. Besok selepas solat Jumaat kita bertolak,”ujar Ayin lembut.
“Bukan ke esok abang ada makan malam di TDI.” Pia mendongak memandang wajah suaminya.
“Ha..ah ! Abang lupalah. Nasib baik sayang ingatkan. Abang dah janji dengan Jen nak bawa sayang sama,” cetus Ayin tertawa dengan kealpaannya sambil mencuit hidung Pia manja.
“Petang lusa abang hantar okey,” sambung Ayin lagi. Pia mengangguk sambil menutup mulutnya dengan tangan menguap. Air mata menitis di pipinya tanpa disedari. Ayin tertawa kecil sambil menyapu air mata di pipi Pia. Kesan daripada menahan mengantuk.
“Abang, tadi Pia telefon ibu. Ibu kirim salam,” ujar Pia lagi.
“Waalaikumussalam. Ibu dan keluarga dekat kampung semuanya sihat ke?” Tanya Ayin pula. Dia kemudian merebahkan tubuhnya di sisi Pia dan Pia menarik selimut menutupi tubuh.
“Alhamdulillah. Semuanya sihat. Abang, Zamin dah nak kahwin. Ibu minta kita balik awal sikit.”
“Yalah. Nanti abang cuba atur cuti awal.” Pia membiarkan sahaja Ayin membelai rambutnya.
“Jomlah kita tidur abang. Pia dah mengantuk sangat ni.” Pia bersuara sambil memeluk tubuh suaminya.  
“Baca doa tidur dulu sayang..” ujar Ayin nada mengusik. Dia membalas pelukan isterinya dan membiarkan Pia lena di atas lengannya. Lampu tidur perlahan-lahan dimalapkan dan akhirnya suis terus dipadam. Ayin berdoa di dalam gelap itu sambil mengucup dahi isterinya dan sama-sama lelap di dalam dakapan malam yang begitu tenang dan syahdu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..