Rabu, 13 November 2013

Sephia Bab 6



BAB 6

Pia meletakkan pakaiannya ke dalam bonet kereta. Beg sandang milik Ayin juga diambil dan disumbat ke tempat barang di bahagian belakang. Ayin menjinjing batang pancing dan kotak memancing. Terbongkok-bongkok dia mengatur susunan barang di bonet belakang keretanya. Dua pasang baju kurung dan beebrapa helai kemaja milik Ayin yang sudah bergosok di sangkut di bahagian tempat duduk belakang. Pia mengambil bakul bekas makanan lalu diletakkan berdekatan tempat duduk bahagian belakang yang mudah dicapai dari tempat duduk depan.
“Dah habis susun barang sayang?” Ayin menghampiri Pia yang sedang berdiri menyandar di pintu kereta. Di tangannya kanannya sepeket kacang yang masih belum dibuka peknya sementara di tangan kiri sebotol air mineral dikelek erat.
“Sudah abang.”
“Biar abang kunci rumah ya. Sayang panaskan enjin dan buka aircond.” Ujar Ayin berlalu ke dalam rumah. Pia akur dengan arahan suaminya. Dia masuk ke tempat pemandu dan menghidupkan enjin kereta. Dia menekan suis aircond dan juga tombol radio saluran Gegar THR kegemarannya. Kemudian dia berkalih ke sebelah pemandu bersandar kemas di kerusi menunggu Ayin. Setelah memastikan semua pintu berkunci, Ayin masuk ke tempat memandu dan menutup pintu keretanya. Kenderaan pancuan empat roda itu perlahan-lahan bergerak keluar dari kawasan perumahan itu menuju ke pintu pagar utama.
“Lepas ni bila pula Pia cuti?” tanya Ayin tenang memandu. Dia menjeling sekilas isteri di sisi.
“Entahlah ! Tengok Zet berapa hari dia ambil cuti..” jawab Pia sambil menyandar kemas di kerusi. Dia menekan skrin telefon di tangannya. Melihat kalendar mencongak membilang hari. Mulutnya dimuncungkan memberi reaksi tidak senang pada perkiraan fikirannya. Ayin menjeling seketika dan kemudian memandang ke depan. Tangannya yang sasa itu membelai rambut Pia persis anak kecil . Pia berpaling memandang wajah suami di sisi yang tenang memandu.
“Oh, ya ! Abang nak singgah rumah Kak Ngah dekat Gombak kejap. Nak ambil barang yang  Kak Ngah kirim untuk mak.” Beritahu Ayin tiba-tiba. Pia mengangguk sahaja.
Setengah jam kemudian kenderaan mereka membelok ke arah UIA menjejaki kawasan perumahan yang berdekatan. Kedatangan mereka di sambut oleh pembantu rumah.
“Tuan Syahrim. Datin ada kat belakang,” beritahu perempuan separuh usia itu. Ayin hanya mengangguk dan tersenyum sambil memaut bahu Pia memeluk pinggangnya.
Pia menyalami perempuan sebaya ibunya sambil mengucup tangannya. Sebuah pelukan erat dan kucupan hingga di pipi Pia.
“Wah, semakin cantik adik Kak Ngah ni,” Puji tuan rumah sambil melepaskan pelukan. Matanya bercahaya merenung wajah Pia yang tersipu-sipu malu.
“Isteri saya tu Kak Ngah..” sambut Ayin sambil ketawa diiringi deraian ketawa yang lain.
“Mak minta bawak ubat . Ayin nak ke Kuantan tak?” Datin Milah bertanya sambil mempersilakan tetamunya duduk.
“Tengoklah kalau saya ada masa kak. Pia pun esok dah kerja.”
“Habis tu pagi ni Ayin nak terus balik ke Mentakab ke?”
“Cadangnya gitulah.”
“Kalau begitu apakata kita terus bertolak ke rumah mak. Lagipun esok Pia kerja petang..” cadang Pia pula. Ayin termenung seketika dan mengangguk bersetuju dengan pendapat Pia.
“Boleh juga. Kalau begitu, mana ubat tu? Bolehlah kami meneruskan perjalanan,” usul Ayin pula.
“Ayin dengan Pia tunggu sekejap. Kak Ngah ambil ubat,” Datin Milah bangun meninggalkan tetamunya itu di ruang tamu.
Pia melihat persekitaran rumah yang amat menarik susunannya dan persekitarannya yang menghijau menenangkan mata memandang. Rumah banglo di tepi bukit itu amat nyaman sekali udaranya pabila sang bayu menghembus lembut membawa angin dari gunung. Haruman bunga-bunga segar di halaman di bawa angin semilir menyamankan suasana.
“ Pia boleh tolong abang drive nanti ya,” usul Pia menawarkan diri. Ayin mengangguk bersetuju. Perjalanan hampir empat  jam ke Kuantan sememangnya memenatkan. Apabila bergilir memandu meringankan sedikit bebanan. Barulah hati tenang memandu. Selepas selesai urusan dengan Datin Milah, pasangan itu meninggalkan kawasan perumahan itu meneruskan perjalanan.
Jam di dash board kereta menunjukkan pukul 10.30 pagi ketika mereka meninggalkan kawasan tol Gombak. Ayin memandu tenang . Pia di sebelahnya sudah terlentok, lena. Ayin memandu sederhana laju di di Lebuh Raya Karak itu diiringi lagu dari corong radio yang menjadi halwa telinga semasa memandu.
Sekali sekala Ayin menjeling Pia di sebelahnya. Dia tersenyum melihat gaya Pia tidur. Mengantuk benar nampaknya. Tol Bentong dilewati dan perjalanan diteruskan.
Ketika sampai di Pekan Karak, Ayin berhenti mengisi minyak dan meneruskan perjalananya. Ketika itu jam sudah pukul 12.45 tengahari.
Ketika sampai di Lanchang azan Zohor sudah berkumandang. Ayin singgah di Masjid Lanchang untuk solat zohor.
Ayin mengejutkan Pia yang masih terlena.
“Bangun sayang !” Bahu Pia digoncang lembut. Pia membuka matanya. Terpisat-pisat menahan kantuk.
“ Bangun sayang! Kita berhenti makan dan solat zohor di sini,” ujar Ayin sebelum membuka pintu keretanya. Pia mengeliat kecil sebelum keluar dari kereta. Ayin sedang mengeluarkan pakaiannya untuk solat zohor. Pia mengambil sehelai tuala kecil dan terus menuju ke bahagian perempuan. Pia menutupkan kepalanya dengan tuala di tangannya dan mencari tandas. Dia terpaksa berdiri menunggu giliran untuk masuk ke tandas.
Ketika Pia masuk ke dalam masjid di bahagian perempuan tidak berapa ramai orang. Syaf 1 sudah penuh dan di syaf ke-2 hanya terdapat tiga orang wanita sedang solat. Pia meminjam telekung di masjid itu untuk solat.
Selesai solat zohor, Pia bersalaman dengan jemaah wanitanyang ada dan meminta diri. Dia menuju ke keretanya. Ayin belum datang lagi. Pia terpaksa duduk menunggu di bangku bawah pokok kerana kunci kereta ada pada suaminya. Sambil menunggu matanya melilau melihat jemaah yang keluar dari masjid..
Seorang perempuan separuh usia menghampirinya.
“ Assalamualaikum ,” tegurnya ramah sambil menghulurkan tangan.
“ Waalaikumussalam,” jawab Pia sambil menyambut huluran tangan yang menyapanya.
“ Anak tunggu siapa?”
“ Oh ! Saya tunggu suami , “ Jawab Pia tersenyum mesra.
“Orang sinikah?”
“ Tak saya dari KL nak ke Kuantan.”
“ Oh ! Makcik nak balik ke Temerloh.”
“ Temerloh ? Saya kerja di Mentakab.”
“ Ya ke? Kat mana tu?”
“ Hospital Mentakab.”
Perbualan mereka berhenti seketika apabila Ayin muncul, Pia memperkenalkan suaminya kepada makcik itu. Selepas itu pasangan itu meminta diri dan beriringan ke kereta.
“ Kita makan dekat Kedai depan tu. Nampak bersih juga kedainya ,” cadang Ayin. Pia mengangguk sambil memegang erat lengan suaminya. Perutnya juga sudah berkeroncong sementelah sudah tidak di isi dari pagi tadi. Ayin memesan makanan sementara Pia mencari tempat duduknya.
Ayin datang dan duduk di kerusi mengadap Pia.
“ Abang dah pesan nasi dengan lauk ikan gulai tempoyak.”
Pia menangguk. Minuman yang di pesan juga sudah tiba. Pia meneguk  jus ‘ carot’ susu dengan perlahan. Nikmatnya apabila air yang dingin meluncur laju anak tekaknya. Pia menjeling gelas air barli suam suaminya yang sudah hampir separuh diteguknya.  Ayin jarang meminum minuman beraisberbeza dengan Pia yang tidak lekang dengan jus-jus yang menjadi kegemarannya.
“ Abang rasa, besok pagilah abang hantar Pia ke Mentakab. Malam ni kita tidur rumah mak dulu.”
Pia bersetuju sahaja dengan usul suaminya. Hidangan tengahari itu dinikmati dengan berselera. Gulai tempoyak ikan patin, goreng talapia, sayur bayam dan ulam-ulaman kegemaran suami isteri itu.
Selepas selesai makan, mereka meninggalkan pekan Lanchang dan meneruskan perjalanan.
Kali ini Pia pula meminta izin untuk memandu. Ayin pula mengambil peluang untuk melelapkan mata. Pia memasang radio siaran Gegar THR kegemarannya. Lagu-lagu yang berkumandang menjadi peneman dia sepanjang perjalanan itu.
“ Janganlah laju sangat yang,”  Ayin menegur bila dia merasakan Pia menekan laju minyak. Pia tertawa kecil sambil memperlahankan semula kelajuan keretanya. Dia leka menghayati lagu dari corong radio sehingga dia tidak menyedari meter kereta sudah melebihi 90km sejam. Jalan Lancahang ke Temerloh dan seterusnya ke Kuantan itu sederhana sibuk.
Pia menjeling Ayin disebelahnya . Lenakah ? Dia menekan sedikit pedal minyak.
“ Yaaang..” Ayin bersuara lagi.
“ Yalah abang. Tidurlah,” balas Pia sambil tertawa kecil.
Ayin membuka matanya dan bangkit. Dia mendepakan tangannya sambil menjeling ke luar.
“ Sayang ni. Laju benar. Dah sampai Rasau.”
Ayin menggeleng-geleng kepala. Dia melihat jam di kereta sudah pukul 3.00 petang.
“ Kalau Pia penat , berhentilah. Biar abang pula bawa,” ujar Ayin.
“ Tak mengapalah bang. Dah dekat ni.”
“Betul Pia tak penat?”
“ Ya, masih larat lagi.”
“ Okeylah. Abang sambung tidur sikit lagi. Tapi jangan laju sangat tau, “ pesan Ayin sambil mula menutup kembali matanya.
Tidak sampai lima minit kepalanya terlentok semula.
Pukul 4.30 petang kereta yang dipandu sudah sampai ke Beserah. Pia memandu tenang keretanya. Ketika kenderaan yang dipandu sampai ke rumah mertuanya, Ayin masih lena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..