Jumaat, 15 November 2013

Sephia Bab 7



BAB 7

Pintu pagar kebetulan sudah terbuka. Pia memakirkan keretanya di bawah pokok mempelam depan rumah. Dia keluar dari keretanya perlahan-lahan tanpa mengejutkan Ayin.
Seorang perempuan separuh usia berkerusi roda tersenyum menyambutnya. Pia segera menyalami wanita itu dan memeluknya serta mencium pipinya.
“ Apa khabar mak ?”
“ Alhamdulillah. Mana Ayin?”
“ Ada.. dalam kereta. Tidur.” Ujar Pia tertawa sambil menolak kerusi roda ibu mertuanya menghampiri kereta.
Ayin masih lagi lena di dalam kereta. Pia mengetuk cermin kereta. Beberapa kali diketuk barulah Ayin tersedar. Terpisat-pisat dia bangun. Bila melihat bondanya sudah menunggu di luar, cepat-cepat dia membuka pintu kereta dan keluar.
“ Kenapa Pia tak kejutkan abang?”
“ Kesian abang ! Lena tidur, tak sampai hati nak kejutkan.”
Ayin terus menyalami emaknya dan menolak masuk kerusi roda emaknya.
“ Kak Ngah kirim salam pada mak ,” beritahu Ayin. Pia mengikuti dari belakangnya sambil menjinjing beg sandangnya.
“ Mana ubat yang kak ngah kirim tu ?” tanya Ayin kepada Pia.
“ Masya Allah. Lupa. Ada dalam kereta . Biar Pia ambil ,” ujar Pia dan bangun. Dia cepat-cepat menuju ke kereta di luar rumah. Plastik yang mengandungi bungkusan ubat untuk mentuanya di ambil.
“ Ubat ni kakngah cakap mak dah tahu cara makannya.”
“ Ya . yang hari tu pun ada lagi bakinya.”
“ Ayah ke mana mak ?” Tanya Ayin bila tidak melihat kelibat ayahnya. Suasana di rumah itu agak sunyi.
“ Oh ! Ayah kau keluar dengan Idin. Bulan depan Abang Long kau akan balik...” Mak Aji riuh bercerita. Semua cerita anak-anak dikongsi bersama. Pembantu rumah datang menghidangkan minuman. Jus roselle bersama keledek goreng.
“Jemput minum Pia, Ayin,” pelawa ibu mertuanya.
Pia mengangguk dan menyambut gelas jus yang dihulurkan oleh Melati.
“Melati, tolong siapkan makanan ya. Ayin dengan Pia tentu lapar datang dari jauh.”
“Kami berdua dah makan tengahari tadi mak. Masih kenyang lagi ni. Pia nak bersembang dengan mak dulu,” ujar Pia sambil memegang tangan ibu mertuanya dan melentokkan kepalanya manja ke bahu Mak Aji.
“ Lagipun, malam ni kami tidur di sini. Besok pagi baru bertolak ke Mentakab. Besok petang Pia dah bekerja ,” terang Ayin pula.
“ Eloklah kami berdua tidur di sini.”
Mereka berbual-bual dengan rancak. Perbualan mereka terganggu seketika apabila bapa mertuanya pulang.
“Hah..Ayin , bila sampai?” Tegur Haji Hassan sambil duduk mengambil tempatnya. Tangannya mencapai surat khabar di atas meja lalu di lipat dan di kipas-kipas badannya.
“Dah lama anak menantu balik. Abang Aji tu yang lambat balik..” ujar Mak Aji. Ayin dan Pia menyalami tangan Haji Hassan. Cerita keluarga terus bersambung dan semakin rancak apabila seorang pemuda turut sama menyertainya.
“ Pak Uda, Mak Uda bila sampai?” Tegur pemuda itu ramah sambil berjabat tangan dengan Ayin dikuti Pia.
Hampir setengah jam juga mereka beramah mesra.
“ Idin kena keluar semula. Ada janji dengan kawan,” ujar pemuda itu lalu meminta diri.  Mak Aji juga memerhati Pia yang duduk di sisinya. Wajah kepenatan menantunya menimbulkan rasa kesian di hatinya. Dia membelai-belai rambut menantu comelnya itu.
“ Ayin.. Pia... Pergilah berehat. Pia suka berendam, mintak Melati isikan air kolah kamu tu..” usul Mak Aji. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Pia mengangguk sambil menjeling Ayin.

“ Baiklah mak. Badan Pia ni dah melekit sangat. Mak dah tak tahan bau hangit badan Pia ya mak..” usik Pia sambil mencium pipi Mak Aji lalu bangun. Ayin juga meminta diri. Dia mendahului Pia menuju ke kamar khusus untuk mereka setiap kali mereka pulang ke sini.
“ Mintak diri dulu ya mak, ayah !” Ujar Pia dengan hormat mengikuti suaminya dari belakang. Mentuanya mengangguk sambil tersenyum mesra.
Di kamar, Pia mengibas-ngibas katilnya kerana sudah lama tidak di guna. Dia menarik alas comforter yang baru dikemas oleh Melati. Melipatnya dan diletak ke tepi.
Pia menyelongkar beg pakaiannya. Dia mengeluarkan alat soleknya lalu diletak ke atas meja.
“ Abang mandi dulu. Nanti kita solat asar sama-sama.” Ujar Ayin lalu melangkah ke kamar mandi. Dia menyambut tuala yang dihulur oleh isterinya lalu ditutup pntu kamar mandi.
Pia menukar pakaiannya dan melilit badannya dengan tuala. Sementara menunggu Ayin mandi dia membentangkan sejadah solat. Selepas itu dia duduk berehat di sofa panjang warna merah hati sambil memejamkan matanya. Menenangkan minda merehatkan badannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..