Jumaat, 6 Disember 2013

Sephia Bab 8



Pia kembali bekerja. Keadaan wad kanak-kanak itu seperti biasa sibuk. Suara bising kanak-kanak bermain diselang seli dengan tangisan si kecil yang dalam kesakitan menambahkan kesibukan suasana. Pia menyusun semual fail-fail pesakit. Laporan untuk pagi itu juga sudah siap ditulis. Nasib baik Dr Rahman awal melihat pesakit pagi ini.
“ Nurse, plaster tercabut...,” seorang kanak-kanak berusia 9 tahun menghampiri Pia yang sedang menolak troli ke katil pesakit berdekatan.
Pia tersenyum ke arah kanak-kanak itu.
“ Baiklah. Nanti kejap lagi akak tampalkan yang baru. Darvin duduk kat kerusi tu dulu. Sekejap lagi akak datang. Akak nak ambil plaster baru untuk Darvin...” pujuk Pia sambil membelek tangan anak itu memujuknya dengan lembut. Kanak-kanak itu akur dengan pujukan Pia dan duduk di kerusi berdekatan kaunter. Pia mencari plaster di bawah troli rawatan yang ditolaknya tadi. Apabila terjumpa plaster itu dia menghampiri Darvin.
“ Darvin jangan bagi kena air masa mandi, tangan yang ada jarum ini ya. Lagipun kalau basah ia akan cepat kotor dan nanti banyak pula kuman melekat dekat sini...” nasihat Pia kepada Darvin. Pesakit kecil itu mengangguk dan mengucapkan terima kasih lalu berjalan laju ke katilnya. Pia tersenyum puas melihat kegembiraan kanak-kanak itu. Sudah seminggu kanak-kanak itu berada di dalam wad kerana masalah paru-paru dan masih meneruskan antibiotik.
“ Pia ! Kau dah makan ke? “ Tegur Betty teman sekerjanya.
“ Belum...! Kau nak ke Kafe ke?” Tanya Pia kembali.
“Ya, cadang gitulah.”
“Em...Pia kirim dekat awak ajelah ya,” Pia mengeluarkan duit dari dalam poket baju putihnya dan menghulurkan kepada Betty. Dia juga memesan kekacang yang menjadi kegemarannya. Carol teman sekerjanya juga memesan makanan kepada Betty.
Pia meneruskan kerjanya.
“Pia, result FBC , pesakit Nurul Ain tu dah balik ke?” Dr Fong tiba-tiba muncul dari pintu wad sebelah yang dipisahkan oleh pintu gelangsar cermin.
“Belum lagi Doc, Kak Za pergi hantar pesakit ke Dewan Bedah. Pia telefon ke lab aje sekarang.”
“Okey, boleh juga.” Ujar Dr Fong dan meminta tiket pesakit katil 16 dan 20. Pia menghulurkan kedua-dua nota pesakit yang berada di atas troli berdekatannya.
“Eh! Mentua Zety apa khabar ?”
“ Hang tak tau lagi ke ? Dah meninggal. KJ minta Zety sambung lagi cuti sampai minggu depan,” cerita Nadia lagi. Terkesima dada Pia mendengar berita itu. “Innalillahiwainna lillahirojiun...” ujar Pia perlahan. Rasa simpatinya terhadap Zety teman sekerjanya yang sangat menyayangi mentuanya kerana ibu kandung Zety sendiri juga sudah tiada semenjak dari kecil lagi. Pia bertafakur seketika menghadiahkan Alfatihah untuk almarhumah mertua Zety.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..