Sabtu, 2 Disember 2023

Bila otak buat hal

Sudah beberapa malam melayan mata yang menahan kantuk. Sakit tulang belakang hanya sekadar duduk di kerusi. Menekan butang keypad laptop. Perut juga terasa jusgaster sudah membakar. Rasa pedih dan seakan menyeru penyakit gastritis. Kepala tetap menahan tidak mahu lelap.
Semalam aku tidur jam 6.00 pagi. Disebabkan bercuti Allah bagi dan cuti kerja hujung minggu maka aku rela bersekang mata mengadap laptop. Entah apa yang aku ralit

layari. Hanya sekadar membuka 'Pinterest' mencari maklumat. Terjumpa cerita petua dan idea homemade buat sabun dan skincare aku mula menekan butang Download. Scroll lagi dan terbaca berkaitan ilmu Excel aku Download lagi. Hingga akhirnya kelekaan itu mengheret hingga subuh. Banyak benda yang aku jumpa. Banyak ilmu yang aku dapat. Tapi tubuhku pula bertindak sebaliknya. Jus gaster semakin memeritkan kulit dalam. Kepala juga semakin pusing. Jantung rasa berdebar dan seakan berat menarik nafas. Tapi hati aku tetap berdegil melawan mengantuk. Semuanya kerana ketagihan pada media sosial ini..
Walaupun ianya ilmu tapi tidak kena cara dan masanya maka akibat yang timbul boleh memudaratkan. 

Sabtu, 14 Ogos 2021

Cerpen : Cinta Di Musim Lockdown

 Cerpen ini aku tulis semasa penghujung Mac 2020. Seminggu selepas lockdown. Waktu itu aku adalah di antara orang yang tetap kena keluar bekerja. Pebgalaman berkereta sendirian di atas jalan raya membuat aku rasakan duniaku sepi. Tiada kenderaan yang bersaing denganku lagi di jalan raya. Hanya sebuah keretaku sahaja sepanjang pergi dan balik kerja. Tiada asap kenderaan. Hingga aku sanggup membuka tingkap kereta dan menyedut udara bersih sepanjang 15km perjalanan itu. Meter keretaku juga berada pada paras tidak melebihi 60km sejam. Terasa aman dan tenang tapi kesunyian. 

Maka apabila balik ke rumah aku mula merangka draf dan ini adalah draf spontan yang aku sempat taip di laptop Swift 3 milikku.

Bulan Madu di Musim Covid

Semua tak kena belaka. Hari pun sudah petang. Bayangannya belum nampak lagi. Pelbagai andaian mula muncul di benak. Aku harap dia selamat di luar sana. Kalaulah tidak kerana keperluan mendesak, aku tak akan biarkan dia keluar. Musim sekarang ni lebih baik duduk di rumah sahaja.

"Nasi dah masak. Awak nak saya hidangkan ke ?" Aku bersuara sambil menepuk belakangnya lembut. Dia pantas berpaling. Lama dia merenungku dan kemudian mengangguk.

"Saya hidangkan dulu nasi. Nanti awak datang ya," sambungku lagi dan berlalu meninggalkannya. Aku terus menghidangkan makanan yang telah siap di masak tadi. Sekadar nasi putih bersama lauk ikan goreng dan singgang bendi sahaja. Dalam keadaan sekarang aku perlu juga berjimat. Entah bila keadaan darurat ini akan berakhir. Semasa aku tengah menuang air putih sebagai pelengkap hidangan menu kami, dia muncul di dapur. Dia terus menuju ke sinki mencuci tangannya. Sebentar kemudian dia sudah berdiri di meja mengadapku dan duduk di kerusi.

Aku menghulurkan pinggan nasi kepadanya. Dia menyambutnya dan mengucapkan terima kasih. Kami makan dengan berselera walaupun lauk yang di masak agak simple. Aku lihat dia masih kelihatan agak kekok berdepan denganku. Begitu juga aku yang masih malu-malu dan segan bila berdua-duaan dengannya. 

Siapa sangka kami langsung tidak mengenal. Tidak pernah bercinta. Malahan tidak pernah menjangka perhubungan kami akan berakhir sebegini .

"Ini memang rumah Akmal tapi dia tak ada kat sini ," terangku sambil memandang ke arahnya. Pintu rumah enggan aku buka. Aku masih membiarkan dia berdiri di situ tanpa berniat untuk mempelawanya masuk.

"Boleh tak saya masuk dan tunggu di dalam ?" Tanyanya teragak-agak. Aku sendiri keliru samada hendak membenarkan dia masuk atau tidak. Di luar sana hujan ribut sangat kuat. Di depan rumah juga tadi ada dahan kayu patah dan mengenai pagar. Sebahagian garaj rumah juga di timpa ribut. Mujurlah kenderaan yang aku letak di situ, tidak terkena musibah itu.

"Sekejap ya, saya nak telefon tanya abang saya dulu,"ujarku. Dia mengangguk lesu. Wajahnya kelihatan kepenatan.

Selepas bertelefon dengan keluargaku, pintu rumah aku buka.

"Masuklah. Abang Akmal cakap awak boleh guna bilik dia. Buat masa ni dia masih berada di Johor. Mereka terkandas di sana dan tidak boleh balik. Perintah berkurung dikuat kuasakan di sana," ujarku sambil memberi ruang untuknya masuk. Dia duduk di muka pintu dan tunduk membuka tali kasutnya. Beg galas di bahu di letak ke tepi.

"Nanti awak guna bilik ke tiga sebelah kanan ya," ujarku dan bergerak ke ruang belakang. Aku hendak membuka pintu bilik abang keduaku sebagai bilik tetamu.

Mujurlah bilik abang keduaku sangat kemas. Aku mencari tuala dan pakaian abang untuk di beri kepada tetamu. Harap dia ada membawa pakaian lainnya.

Selepas memberi pakaian kepadanya, aku mengunci pintu rumah. Aku berjalan ke dapur. Teringat untuk menyediakan sedikit makanan dan minuman untuknya. Walaupun aku tidak mengenalinya tetapi aku tetap kena layan tetamu dengan baik. Lagipun dia juga adalah kawan abang Akmal.

"Saya dah hidangkan nasi dan minuman. Nanti awak makan. Pinggan semuanya tinggal di situ, nanti saya cuci ," ujarku semasa dia berdiri tercengang melihat ke arahku yang berdiri di depan pintu biliknya. Dia kelihatan sudah bersih dan mungkin baru lepas solat kerana kepalanya masih berkopiah semasa dia membuka pintu.

Dia hanya mengangguk tanpa sepatah bicara. Dan pandangannya juga kosong. Aku berlalu ke bilik tidurku dan bercadang untuk berehat. Aku tidak lagi bebas berkeliaran di dalam rumah sendiri kerana ada orang lain yang tinggal kini.

"Adik, jaga diri baik-baik tau. Mak, ayah dan abang tak dapat balik. Kami tak tahu berapa lama kami terpaksa tinggal di rumah kaklong." Beritahu ibu semasa aku bercakap di telefon dengannya. Kedua ibubapaku bersama abang Akmal ke Johor Bharu kerana melawat kakak sulongku yang bersalin di sana. Kakak sulongku pula kehilangan suaminya dua minggu lepas. Aku juga pergi ke sana dan balik ke sini lebih awal kerana cutiku telah habis. Sekarang ni ahli keluargaku tersangkut di sana kerana perintah lockdown di seluruh negara.

Kakak sulongku terpaksa bersalin di sana kerana kandungannya mengalami masalah uri di bawah tahap tiga dan tidak dapat bergerak balik kampung. Menurut ibu, kaklong telah selamat di bedah dan mereka bercadang hendak membawa kaklong balik pada hari ini tetapi arahan perintah berkurung berkuatkuasa semalam, maka pergerakan keluar tidak dapat dilakukan.

Sekarang ni aku pula terpaksa mengikut arahan lockdown di dalam bilik. Terkurung di rumah sendiri. Bilik sebelah pula tetamu yang tidak dapat bergerak ke mana. Menurut abangku, kawannya itu baru balik dari Penang.

 “Mak, tak boleh ke mak ajak je ayah balik. Ajaklah kakak tu balik sama. Adik tak boleh tinggal sorang kat rumah ,” Aku terus merayu di telefon. Setiap jam aku telefon mak di sana. Aku pujuk mak. Satu pujukan yang hanya hati aku dan mak sahaja yang tahu.

“Fina sabar ya sayang. Jaga diri baik-baik. Mak, ayah, kaklong dan abang Ikmal doakan keselamatan Fina di rumah. Jangan keluar merayap.” Itulah pesanan mak setiap kali sebelum meletakkan telefon. Aku akan menyapu airmata setiap kali telefon aku letakkan ke atas meja. Dua jam lepas aku dah telefon mak. Sewal jam 5.30 pagi aku dah kacau mak di sana dengan panggilan telefon. Itulah rutin yang aku lakukan setiap hari. Bukan aku tidak tahu masalah mak dan keluarga di sana. Tapi aku lakukannya untuk menyedapkan hatiku sahaja.

Aku tahu kaklong sudah semakin sihat. Tetapi bayi kecilnya masih lagi ditempatkan di wad rawatan rapi bayi. Anak saudaraku itu lahir tidak cukup bulan. Pembedahan dilakukan semasa kandungannya 33 minggu selepas kaklong mengalami pendarahan, kerana terlibat dalam kemalangan. Di mana pada hari yang sama juga dia kehilangan suaminya merangkap abang iparku juga.  Sebelum ini kaklong mengikuti suaminya bekerja di kampung halaman suaminya. Walaupun keluarga suaminya ada dekat di sana untuk bertanya khabar, tetapi keluarga sendiri lebih baik. Lagipun ibu mertuanya sudah uzur dan kehilangan ayah mertuanya pada hari yang sama juga.

Hari ini masuk hari ketiga aku ditinggalkan di rumah. Aku tidaklah kisah sangat untuk tinggal bersendirian. Setiap kali balik kerja, aku lebih suka memerap di bilik. Masalah sekarang, teman abang keduaku yang kini ada sama serumah denganku. Aku tidak tahu bagaimana untuk selesaikan masalah ini. Nak suruh dia pindah dan tinggal di tempat lain, tiada hotel apatah lagi saudara maranya jauh. Nak suruh dia pergi cari sendiri rumah lain, aku juga tidak tahu hala ke mana harus aku tuju. Nek Mina ada datang menjengukku. Dia ada mengajak aku tinggal bersamanya tetapi dengan keadaan rumahnya yang sempit dan keluarganya yang ramai mustahil untukku tinggal bersamanya sementara waktu. Kalau aku mintak kawan abang aku tu tinggal dengan Nenek Mina, rumahnya lagi ramai anak dara. Sekarang ni rumah aku dan rumah nenek Mina sahaja jiran yang paling dekat. Jiran-jiran aku yang lain pula semuanya berbangsa asing. Nak mintak dia tinggal dengan jiran aku yang rumah seberang sana tu lagi tak masuk akal.

“Fina, apa khabar ? Haji Hassan dengan Mak Aji belum balik lagi ka ?” Tegur Pakcik Ramesh jiran aku sebelah rumah. Waktu itu aku nak tutup pintu pagar rumah. Dia pula sedang menyiram pokok tanamannya di halaman. Rumahnya cantik dihiasi dengan pelbagai jenis bunga orkid. Pakcik Ramesh antara peminat tegar bunga orkid yang aku kenali. Rumahnya di bahagian depan atau belakang bagaikan hutan orkid. Hobinya itu ada berjangkit juga kepadaku yang tinggal berjiran dengannya. Jiran bahagian depan pula Pakcik Tommy peminat orkid juga. Tetapi dia tidak setegar Pakcik Ramesh. Dia berjangkit menanam bunga orkid selepas diberi oleh Pakcik Ramesh. Begitu juga orkid di rumahku diberi oleh Pakcik Ramesh dan selebihnya ada yang ayah atau mak beli sendiri.

“Belum lagi. Anak kaklong masih belum sihat. Masih dekat ICU,” ujarku sambil berdiri memegang pagar rumah mengadap ke arah rumah sebelah.

“Kasian sama kaklong ya. Anak kicik masuk wad. Suami pula sudah mati. Mak dan ayah kamu mesti risau mau tinggal dia di sana ,” sambung Pakcik Ramesh lagi. Dia menyiram dengan perlahan ke arah bangsal kecil yang menempatkan orkidnya.

“Ya, pakcik. Nak bawak balik sini tak boleh. Lagipun sekarang ni dah tak boleh keluar ke mana-mana. Nak balik kerja tadi pun saya kena tempuh dua sekatan jalanraya.” Aduku lagi.

“Pakcik tadak keluar sudah dua minggu. Tadak berani. Kamu kina kerija, hati-hati ya.”

“Terima kasih pakcik. Saya masuk dululah ya. Nak mandi dan masak makan malam,” ujarku meminta izin. Pakcik Ramesh mengangguk dan dia meneruskan kerjanya.

Aku terus masuk ke dalam rumah. Kunci rumah aku buka dan terjenguk menghulurkan kepala. Tiada kelibat sesiapa. Aku terus masuk ke bilikku. Berniat untuk mandi dan berehat selepas balik kerja. Di tempat kerja tadi taklah sesibuk mana tapi penat berdiri tu yang lebihnya.

Selesai mandi aku bercadang untuk menyediakan makan malam. Ketika melintasi bilik abang Ikhwan, pintunya bertutup rapat. Sunyi sepi menyelubungi suasana. Aku meneruskan langkah ke dapur.

Tudung saji di atas meja kelihatan tertutup rapi. Pelik pula. Semenjak mak tak ada, aku jarang menyimpan makanan di bawah tudung saji. Perlahan tudung saji aku buka. Tercengang aku seketika melihat beberapa menu yang jarang aku lihat di bawah tudung saji tersebut. Spageti Bolognise, salad kentang bersayur, mushroom soup dan sekeping nota. Aku tersenyum membaca nota tersebut.

‘Juice Cranberry’s in the fridge’

Mamat ni beli kat mana ? Nak kata dia masak, pandai ke dia masak ? Aku mengambil sudu dan mencuit sedikit kuah sos bolognise. Membulat mataku. Sedapnya. Kalaulah dia masak sendiri, mesti dia tukang masak yang hebat. Air liur terasa kecur. Pinggan di atas cabinet aku capai. Sudu aku ambil dan aku mula mengaut makanan tersebut ke dalam pingganku.

“Abang, sapa nama kawan abang tu ?”

“Daniel .”

“Dia cina ke ?”

“Taklah. Mix.”

“Dia cheff hebat. Ada restoran sendiri di Toronto.”

“O , patutlah.”

“Dia masak untuk adik ke ?”

Aku terus snap gambar makanan di atas meja. Lantas aku hantar kepada abang Akmal.

“Hati-hati dik. Air tangan dia sedap. Ramai yang jatuh cinta dengan dia sebab masakannya.”

“Adik makan je. Orang masak.” Jawaku tersengih. Yalah, dah rezeki depan mata. Bismillah dan terus suap ajelah.

Selesai makan, aku cuci pinggan dan masuk ke bilik. Malam ni boleh rehat. Semalam aku masak nasi dengan sup sayur dan ayam goreng sahaja. Sambal belacan sepinggan, aku tak tahu dia makan atau tidak. Tapi bekas makanan di atas meja kemas dibersihkan. Seminggu serumah dengannya aku dapati dia seorang yang pembersih dan pengemas. Dapur bersih dan berkilat. Cawan yang aku tinggalkan di dalam sinki juga dibersihkan. Malahan periuk nasi dan bekas lauk yang lain juga dibersihkan. Seminggu ini kami tidak pernah bersua. Bila dapat tahu pekerjaannya baru aku faham. Patutlah pembersih. Dapur rumahku juga bersih dan kemas.

Pagi Sabtu itu aku tidak keluar bekerja. Kebetulan hari itu aku cuti setelah hampir tiga minggu tanpa rehat. Sedang aku lepak santai di depan tv, loceng pintu pagar rumah berbunyi. Siapa pula yang datang ? Aku bangun dengan malas menuju ke tingkap dan mengintai keluar. Kelihatan seorang lelaki pekerja kedai runcit depan sedang berdiri di situ. Matanya terjengok-jengok ke arah rumah. Apa ke hal pula. Sekali lagi loceng berbunyi. Betullah dia tekan loceng rumahku.

Aku dengan malas membuka kunci pintu rumah.

“Kenapa Junit ?” Tanyaku kepada lelaki tersebut.

“Encik Daniel Lee tinggal di sini ke ?” Dia pula mengajukan soalan. Aku berkerut dahi hairan. Bagaimana dia tahu tetamuku itu.

“Dia ada order barang online. Saya datang menghantar pesanannya. Dia dah bayar online.” Beritahu lelaki itu. Dia kemudian menuju ke keretanya dan kemudian kembali semula dengan beberapa beg plastic barang.

“Ada lagi dalam kereta,” ujarnya bila melihat aku yang tercengang.

“Kejap ya, saya tanya dia,” kataku dan berpaling untuk melangkah ke arah pintu rumah. Apahal lelaki tu beli barang banyak sangat ni ? Ketika aku hampir sampai ke pintu rumah, lelaki itu muncul di pintu dengan berpakaian baju tshirt, kain pelekat dan berkopiah.

“Awak ada order barang ke ?”

Dia mengangguk dan terus menuju ke arah Junit. Aku hanya memerhati ke arah dia yang sedang berbincang dengan Junit. Tidak lama kemudian Junit membawa plastik tersebut ke arah pintu rumahku. Aku berdiri memerhati melihat Junit meletakkan beg plastik itu di depanku.

“Mak, ayah awak dah balik ke belum Cik Fina ?” Tanya Junit sambil tersengih.

“Belum. Mereka tunggu kaklong kat sana ,” jawabku sambil berdiri tersandar ke pintu rumah. Aku biasa juga bertegur sapa dengan Junit bila aku singgah beli barang keperluan. Tinggal di kawasan ni, majoriti penduduk saling mengenali. Walaupun tidak rapat tapi kami kenal antara satu sama lain.

“Dia tu sapa ?” Tanyanya sambil menjeling ke arah lelaki itu. Aku juga turut berpaling ke arahnya yang sedang mengira plastik barang beliannya.

“Kawan abang saya.”

“Abang Cik Fina ada ke ?” Eh! Banyak pula soalannya.
“Takde. Abang masih dengan mak ayah kat rumah kaklong.” Jawabku malas.

“Awak tinggal berdua aje ke dengan dia ?”

Aku tidak sempat menjawab apabila dia terus menegur Junit.

“Nanti, beras dan barang-barang yang lain yang dah packing tu, awak bahagi-bahagi kat semua rumah di taman ni ya,” arahnya sambal menjinjing plastik beg di tangannya. Aku berundur ke belakang memberi laluan kepadanya. Junit mengangguk seperti memahami persetujuan yang telah dilakukan lebih awal.

“Dia ni kaya betul. Hampir seluruh rumah kat taman ni dia sedekahkan. Ada dekat 200 lebih yang berpenghuni.”

Junit tidak jadi hendak bercerita apabila dia muncul dari dalam rumah.

“Awak tak perlu bercerita kepada orang lain apa yang saya buat. Tugas awak buat apa yang saya minta ,”suaranya sedikit tegas membuat air muka Junit berubah. Pekerja tersebut tertunduk-tunduk memohon maaf dan tidak lama dia meninggalkan rumahku. Aku mengangkat kening dan mencebik bibir. Sombong rupanya dia ni. Mentang-mentang dia banyak duit. Rungutku dalam hati. Aku mengambil plastik yang agak ringan dan hendak membantunya.

“Tak apa. Biar saya yang buat. Awak pergilah berehat. Dah tiga minggu awak bekerja tanpa bercuti. Hari ni awak rehat. Nanti saya masak. Awak cakap aje apa yang awak nak makan,” ujarnya laju tanpa sempat aku bersuara. Beg plastic bahan makanan aku letak kembali. Bagaikan mengantuk di sorongkan bantal aku pun berundur ke belakang. Tapi mendengar dia hendak memasak untukku, terlintas di fikiranku untuk mengenakannya. Semalam dia dah masak spageti. Kali ni aku nak uji dia masak, masakan Melayu.

“Betul awak nak masak ? Saya nak makan asam pedas ikan apa-apa je dengan ikan bakar dan sambal belacan ,” ujarku sambil mengangkat kening dan kemudian cepat-cepat berlalu ke bilikku. Aku tak dapat sembunyikan senyuman bila melihat air mukanya yang berubah mendengar permintaanku itu. Pandai ke dia nak masak masakan Melayu. Bertahun-tahun tinggal di Kanada, entah makanan Melayu dia tak kenal. Bisik hatiku tersengih. Geram juga tadi melihat dia melayani Junit endah tak endah tadi.

Aku terus masuk ke bilik tidurku dan duduk di meja. Baik aku layan movie di laptop. Tak berminat untuk membantunya di dapur. Tiga minggu ini, aku yang sediakan makanan. Aku masak aje apa yang terlintas di fikiranku. Teringat hari mula-mula ketibaanya, dia tidak makan malam itu. Bila aku ketuk pintu biliknya dan beritahu untuk dia mencari sendiri makanan di dapur, dia hanya mengangguk. Tetapi pagi esoknya bila aku masuk ke dapur, dia langsung tidak mengusik makanan. Aku hanya sempat memasak nasi goreng lebihan nasi malam tadi. Nasi yang dia tidak usik pun. Kemudian aku pergi kerja. Balik kerja aku lihat dapur sudah dibersihkan. Aku juga masak makan malam dan bila aku selesai makan, barulah aku ketuk pintu biliknya untuk memberitahu dia untuk makan malam. Dia hanya mengangguk dan selama itu aku tidak pernah mendengar ucapan terima kasih darinya.

“Kawan abang tu sombong erk ?”

“Kenapa ?”

“Dia tak pernah ucap pun terima kasih bila makan makanan adik masak.”
“Dia tu pendiam bila dengan orang yang tak dikenali.”

Aku mengadu perihal dia kepada abangku. Tapi abangku tetap membela sahabatnya itu. Mak dan ayah pula kerap memesan kepadaku agar jangan duduk berduaan dengannya. Aku faham maksud mak dan ayah. Mereka mesti risau anak bongsu perempuan mereka berdua-duaan dengan lelaki yang tidak dikenali di dalam rumah. Nak halau tetamu abang, sebab abang dah janji semasa dia bercuti di Malaysia ni, dia mesti tinggal di rumahku. Sebab tu dia tidak menyewa hotel atau ke tempat lain. Dia juga tiada sudara mara di sini.

Hampir satu jam menonton cerita Korea, dia tiba-tiba mengetuk pintu bilikku. Mesti dia dah siap masak. Apa agaknya yang dia masak.

“Princess, your meal are ready !” Ujarnya sambal tertunduk hormat. Aku mengangguk dan belum sempat aku nak ucap terima kasih, dia sudah berlalu ke biliknya. Haih ! Ada juga orang yang berperangai macam ni. Rungutku perlahan. Aku melihat jam di tangan. Sudah jam 12.00 tengahari. Boleh dah kut untuk aku makan tengahari.

Aku tutup laptop. Kemudian berlenggang ke dapur. Tak sabar nak lihat hasil masakannya menu pilihanku. Pandai ke dia masak ? Abang  Akmal cakap, dia pakar masakan barat. Entah macam mana dia masak. Betul ke dia masak asam pedas. Entah-entah, masakan barat juga di masaknya.

Aku terkejut melihat makanan yang terhidang di bawah tudung saji. Seekor ikan siakap di potong dua terbaring elok di dalam pinggan bujur. Siap berhias dengan bunga kantan, tomato dan cili merah lagi. Daun kesum cantik aje seakan menjadi hiasan. Dia juga menyediakan seekor ikan talapiaa yang dibakar dengan daun kunyit. Terdapat juga sayur yang dimasak sos tiram dan serta sayur celur mungkin dijadikan ulam cicah sambal belacan. Melihat menu yang dihias cantik seolah makan di hotel besar, seleraku menggamit. Terasa kecur, air liur yang ditelan. Pinggan nasi di ambil dan aku mula mengadap hidangan.

Aku tidak sedar aku menambah. Bila melihat nasi di dalam periuk tinggal sedikit baru aku sedar aku sudah terlebih makan.

Mata aku merah. Sudah lama menangis. Bahu emak yang aku peluk juga sudah aku lepaskan. Mak hanya diam. Dia sudah lama berhenti mengelus rambut dan belakangku. Mungkin sudah penat memujuk.

Ayah sudah lama dari pagi tadi aku tidak nampak kelibatnya. Abang Akmal juga keluar dengan ayah.

Aku teringat peristiwa semalam. Aku sangat gembira bila mak dan ayah beritahu, mereka akan bertolak balik. Kaklong juga akan ikut sama balik. Anaknya yang kecil sudah boleh keluar wad. Mak dan kaklong akan balik dengan kapal terbang, sementara ayah dan abang Akmal akan mengikut jalan darat.

“Awak, hari ni keluarga saya akan balik. Boleh tak awak tolong saya masak. Kita jamu makanan special untuk mereka ,” ujarku kepada teman abangku itu. Ketika itu dia duduk di ruang depan membaca majalah lama milik abang Akmal. Dia mendongak memandang wajahku. Lama. Mungkin dia tidak faham percakapanku.

“Saya nak masak untuk keluarga yang balik hari ni. Boleh tolong tak ?” Aku ulang sekali lagi permintaan tadi. Dia diam tidak menjawab. Beberapa saat aku tercongak berdekatannya. Namun reaksinya sangat menjengkelkan aku.

Aku meninggalkannya di situ dan menuju ke dapur. Dalam kepalaku, mesti dia tak mahu menolongku. Sepanjang tiga minggu tinggal bersamanya boleh dikira berapa kerat kami berbual atau berjumpa. Masa makan tidak pernah bersama. Aku lebih banyak berkurung di bilik begitu juga dia. Tapi semenjak peristiwa dia menderma bekalan makanan untuk orang kampung, dia lebih kerap bersantai di ruang depan. Bila aku balik kerja dia duduk menonton televisyen di situ. Aku pula menonong masuk dan terus ke kamarku.

Aku keluarkan semua bahan yang diperlukan untuk memasak. Semenjak dia ada ni peti sejuk kat dapur sentiasa penuh dengan bahan mentah. Masa mak ada, peti sejuk rumahku tak adalah sepadat ini.

Aku keluarkan sayur sawi, tomato, carrot, lada merah dan bahan-bahan lain lagi. Aku hendak masak tomyam kegemaran ayah. Ayam goreng masak merah kegemaran mak dan abang Akmal. Untuk kaklong, aku sediakan ayam masak halia untuk orang dalam pantang.

Ketika aku tengah membersihkan sayuran dan bahan-bahan lain, ada derapan kaki masuk ke dapur. Aku mendengar kerusi di meja makan yang menjadi meja kerjaku di tarik. Aku tidak mempedulikan kehadirannya.

“You nak masa apa ?” Tegurnya dari belakang. Serta merta tanganku yang sedang merenjis air dari sayuran terhenti. Aku berpaling ke arahnya.

“Saya nak masak tomyam, ayam masak merah dan ayam halia,” jawabku dan kemudian meneruskan kerjaku.

“Banyaknya nak masak. Ramai ke jemputan?”

Pelik pula dengan persoalannya. Aku meninggalkan bekas sayur ke atas sinki. Aku bercadang hendak mengupas bawang, tetapi melihat dia sedang melakukannya waktu itu.

“Ayah suka tomyam. Mak dan abang suka ayam masak merah. Kaklong pula berpantang bersalin tu yang saya masak ayam halia,” ujarku dan menarik kerusi lalu duduk mengadapnya. Bakul berisi halia dan lengkuas aku tarik.

“Apa bahan lain lagi, I tolong …”

Aku angguk dan menunjukkan kearah bekas yang mengandungi ayam mentah. Dia bangkit dan membawa bekas tersebut ke sinki. Landas cincang tebal di ambil dan dia mula memotong ayam. Aku tidak memberithu arahan selanjutnya kerana dia lebih arif pasal di dapur.

Kami bekerja bagaikan robot dan hanya gerak kerja sahaja tanpa bicara. Akhirnya hampir dua jam di dapur, makanan sudah siap dan menunggu untuk di hidang sahaja. Aku mengesat peluh dengan tisu dapur. Dia mengerling sekilas dan mengemas meja kerja. Peralatan di dalam sinki juga dibersihkan dan di lap kering. Betullah dia seorang cheff yang sistematik.

Jus Cranberry aku tuang dan teguk. Segar rasa tekak bila jus yang enak itu melintasinya. Segelas jus, licin aku teguk.

“Tolong hulurkan tisu tu,” pintanya sambil tangannya disuakan ke arahku. Aku berpaling ke arah kiri hendak mengambil tisu. Tanpa sedar siku kanan tersentuh gelas yang aku guna itu. Berderai bunyi kaca menghempas lantai mozek ruang dapur. Terlopong mulutku melihat situasi sekelip mata itu. Satu keluhan aku lepaskan. Terpaksalah aku kemas dan bersihkan. Kerja tambahan atas kecuaian sendiri. Kerusi aku tarik dan bangkit untuk mengambil penyapu dan penyodok sampah.

“Hati-hati!”Ujarnya sambil meneruskan kerja cucian.

Aku melangkah berundur ke belakang dan aduh..! Ada sesuatu mencucuk kakiku. Aku menjerit panik.

Kaki terasa perit dan sakit. Aku terduduk di kerusi. Bila aku angkat kaki kelihatan darah merah mula menitis di lantai.

“Ya, Allah!”

Aku tidak sedar bila masa dia berdiri di sampingku. Terasa kakiku dipegangnya.

“Jangan gerak!” Arahnya. Melolong aku apabila dia menarik kaca yang melekat di kakiku.

“Awak! Tolong! Saya mabuk darah!” Kepalaku jadi pusing, pening dan pandanganku kabur.

Aku terasa gelap mata dan tak ingat apa-apa lepas tu. Hanya dengar suaranya menjerit memanggil namaku.

Apa yang aku ingat selepas itu, suara mak memanggil namaku. Aku terkejut bukan kepalang.

“Mak! Adik tak buat apa-apa pun. Dia hanya tolong adik sahaja,” kataku sayu mendayu. Mengharapkan agar ibuku memahami.

“Adik, mak tak tahu nak cakap apa tapi ayah yang nampak. Ayah yang menyaksikan semuanya,” balas mak lirih.

“Adik tak nak mak. Tolong jangan buat adik macam ni mak!” Rayuku lagi. Ini bukan perkara main-main. Aku tak sanggup dan ianya bukan atas kesalahanku.

Bagaimana aku nak setuju kalau aku tak bersalah. Aku tetap dengan keputusanku.


Bab 3

Aku pandang dia. Seperti hari sebelumnya dia masih berhati batu. Membeku. Bagaikan ais di kutub utara. Eh ! Bila masa pula aku pernah tengok ais kutub utara. Ais dalam fridge pun jarang-jarang tengok.

Dia masih membelek buku agama milik ayah. Kain pelikat yang dipakainya bercorak petak-petak. Dah naik jemu aku melihat dia menggunakan kain pelikat yang sama. Kepalanya berkopiah. Dia suka sangat  berpakaian santai begitu. Dari jam selepas subuh lagi dia santai begitu. Aku pula yang rimas dengannya. Dia kemudian melihat jam di tangannya. Ketika itu aku pun sama terdongak memandang jam di atas meja di sebelah katilku. Tepat jam 7.45 pagi. Waktu untuknya solat Dhuha.

“You tak nak solat dhuha ?” Tanyanya berpaling kepadaku. Aku cepat-cepat menggeleng kepala.

“Saya nak tolong mak kat dapur ,” balasku dan kaki melangkah meninggalkan bilik.

Rajin sungguh dia solat dhuha. Malam tadi pun dia bangun solat tahjud. Dia ada kejutkan aku tapi aku malas bangkit. Aku dapati dia seorang yang rajin beribadat juga. Solat berjemaah dengan ayah, mak dan abang Akmal. Dia menjadi imam. Pandai dia mengambil hati kedua orang tuaku.

Mak sudah siap memasak ketika aku menjenguk dapur. Kebetulannya Makcik Esah anak-beranak datang menolong pagi ni. Mak juga yang tak benarkan aku buat sarapan hari tu.

“Mana Daniel ? Tak nak sarapan dulu ke ?” Tegur mak sambil meletak teko minuman atas meja. Makcik Esah sedang memotong sayur. Anak daranya yang dua orang lagi tu sedang mengelap pinggan.

“Dia sedang solat Dhuha.” Jawabku sepatah dan menarik kerusi. Kakiku rasa masih sengal tapi sudah boleh berpijak.

“Bawaklah air kopi ke bilik. Mihun goreng ada lagi tu,” Arah mak. Aku rasa berat hati. Biar ajelah dia datang ke dapur. Bukannya dia tak biasa dengan dapur rumah ni. Tapi aku ambil juga cawan dan piring. Sepinggan kecil mihun goreng aku letak atas dulang. Bersusun bersama cawan kopi. Aku membawanya ke bilik kamarku yang sudah berpenghuni baru.

Ketika aku menolak pintu kamar, dia sedang bersiap menyikat rambutnya. Aku membawa tray minuman ke arah meja belajarku.

“Jemput minum.”
“Tak perlu susah-susah. I boleh sarapan kat dapur sahaja,” ujarnya sambal berpaling ke arahku. Alahai, orang dah bawak ke sini makan ajelah. Dia ni memang jenis susah nak berterima kasih. Kalau bukan sebab mak, aku tak adanya nak bawak ke bilik bagai layan macam ni.

“Mak yang suruh hantarkan. Kat dapur ramai jiran-jiran. Takut awak segan,” balasku dan menuang kopi. Sudu dan garpu aku susun seeloknya ke dalam pingan. Dia melangkah ke arahku yang masih berdiri ditepi meja. Dia duduk di kerusi dan mula hendak makan. Aku memberinya ruang dan mengelak dengan berundur ke belakang.

Pap !

“Awak !” Aku terjerit kecil. Apehal pula di situ di tepuknya ? Punggungku sudah terhenyak di atas ribanya. Tindakan spontannya yang menarik pinggangku menyebabkan aku lambat bertindak. Pinggangku di peluk erat. Kedua-dua tanganku menahan bucu meja menyebabkan air di dalam cawan berkocak.

“Jomlah kita sarapan sama-sama ,” bisiknya di telingaku. Suaranya begitu dekat dengan telingaku dan menyebabkan aku cuba meleraikan diri.

“Saya nak sarapan kat dapur ,” dalihku dan cuba merungkai tangannya di pinggangku.

“Temankan I sarapan.”

“Okey ! Okey ! Saya ambil satu lagi pinggan dan cawan,” kataku hendak bangkit. Seram sejuk tubuhku dipeluk dalam keadaan tidak bersedia ini.

“Tak perlu. Kita kongsi yang ni.”

“Tak apa saya ambik air lain. Sikit tu, tak cukup ,” balasku.

“Sikit kita buat cara sikit. Mulai hari ini kita akan mula berkongsi apa sahaja ,”suaranya yang lembut di telinga seolah dia berbisik pula. Tubuhku terasa semakin menggeletar.

“Makan beriba macam ni pun okey. Boleh bersuap. Tak pernah buat macam ni bukan ,” sambungnya lagi. Dia memusing tubuhku dan kami duduk berhadapan. Kedua pehaku terbuka mengadapnya. Aku mencuri memandang wajahnya.

“Awak, saya ni berat. Berapa lama awak boleh tahan beriba ?”

“Syy.. don’t worry ! You’re my wife. I’m your husband. I’ll doing everything for you. Let’s do it together.” Ayat kuasa veto diucapkan sambil menyentuh pipiku. Aku tahu pipiku berwarna merah saat ini. Segan bercampur malu bercampur aduk. Semuanya tidak aku jangkakan. Untuk melepaskan diri sukar sekali. Dia membaca bismillah dan mengambil cawan kopi. Matanya terpejam menikmati aroma kopi. Kemudian dia meneguknya seteguk. Cawan itu dihulurkan ke bibirku. Teragak-agak aku untuk menerimanya. Matanya tunak memandangku. Rasa aneh diperlakukan sebegitu.

“Oh! Ya,” Dia tiba-tiba meletakkan cawan kopi. Tubuhku ditarik merapat ke arahnya. Bibir kami bertemu. Sebuah kucupan hangat singgah di bibirku. Aku tergaman dan rasa nafasku terputus. Dia..dia lepas laku. Membuat aku bertambah malu.

BAB AKHIR

Aku teringat cerita mak.

“Kenapa kami biarkan kamu berdua-duaan dengan dia di rumah dengan alasan lockdown ?”

“Sebab kami tahu dia boleh menjaga kamu semasa ketiadaan kami. Memang dia datang ke sini pun untuk dijodohkan dengan kamu. Dia balik ke sini sebab ayah dan abang Akmal bersetuju nak jodohkan adik dengan Daniel.”
“Alasan kebetulan melihat kamu dengan dia dalam bilik masa kami sampai tu hanya sekadar alasan. Dia dah telefon beritahu abang kamu perihal kamu. Abang Akmal yang cadangkan dia bawak kamu masuk ke bilik kamu sebab kamu pengsan masa tu. Dia pun tak sampai hati nak tinggalkan adik di dapur je lepas balut kaki tu.”

“Sebenarnya ayah dah terima pinangan dia masa dia ada datang ke sini tiga bulan sebelum lockdown. Masa tu kamu sendiri tak boleh balik sebab kursus. Adik mesti ingat cincin berlian putih yang mak bag ikat adik tu. Adik pakai hari-hari kat jari manis adikkan. Bila orang lain tanya adik juga yang cakap itu cincin tunang.”
Aku tepuk dahi. Teringat perihal cincin dijari manis yang baru aku tahu kisah dan sejarahnya,

Aku hanya menggeleng kepala mendengar cerita mak. Terperincinya perancangan ahli keluargaku semata-mata nak jodohkan aku di musim lockdown ini.

 


Sabtu, 3 Julai 2021

MASKER RAMBUT

 Petua ini aku terbaca di dalam mesej group whatsapp. Aku belum cuba lagi petua ini. Kuletak di sini sebagai rujukan kemudian hari.

MASKER RAMBUT : 

Cara Merawat Kulit Kepala Gatal, Kelemumur, Rambut Gugur, Rambut Menipis.

Bahan-bahan :

3-5 biji limau kasturi

3 biji limau purut

1/2 genggam daun kari

segenggam daun inai

7-9 kuntum bunga raya

1 batang besar aleovera dan ambil gelnya.

Cara-cara :

  1. Kisar sebati semua bahan dengan sedikit air.
  2. Simpan dalam peti sejuk seharian sekadar untuk menyejukkannya.
  3. Esok boleh disapu dekat kepala. Lumur rata.
  4. Sambil sapu ramas dan urut kulit kepala.
  5. Pakai shower cap atau bungkus kepala dengan plastik.
  6. selepas 20-30 minit cuci seperti biasa. 
  7. Boleh guna syampu.
  8. Sambil itu sikat rambut. Guna sikat yang giginya rapat supaya senang hampas itu keluar bila disikat.
  9. Boleh diamalkan seminggu dua hingga tiga kali.

Khasiat Masker Rambut:

  1. Mengurangkan kegatalan kulit kepala.
  2. Mengurangkan masalah kelemumur.
  3. Mengurangkan masalah rambut gugur. Boleh atasi botak.
  4. Rambut jadi lembut.
  5. Paling best, kepala juga menjadi lebih ringan .




Ahad, 1 Mac 2020

Petua² untuk diamalkan..

 Petua² untuk diamalkan..

CnP : Group Whatsapp. Untuk Rujukan kemudian hari

✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.

Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.

Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.

• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.

• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.

Jangan kedekut ilmu. kongsi untuk manfaat bersama...

Khamis, 12 Disember 2019

Dari tingkat 3 bangunan 5 tingkat ini aaku merenung jalan raya yang tidak berapa sibuk di bawah sana. Ketenangan ku ini terganggu dengan bunyi LRT yang membingitkan telinga apabila melewati bilikku ini.

Sambungan aira dan ...

Hari yang sepatutnya menjadi hari yang bahagia bagi gadis sepertinya menjadi sebaliknya untuk Aira. Tiada pelamin indah menghiasi hari pernikahannya. Tiada inai dijari menjadi saksi perkahwinan. Dia hanya merasa dahinya sejuk dikucup oleh bibir Shawn semasa upacara pernikahan selesai. Hambar. Dia merenung cincin berlian yang dihadiahkan oleh Uncle Ishak untuk majlis perkahwinan itu. Cincin berlian mahal itu tidak mampu memujuk hatinya yang kesedihan itu.
Aira tidur di kamar sendirian. Shawn pula tidur di biliknya sendiri. Itulah kenangan malam perkahwinan yang tidak mungkin dilupakan. Aira sangat sedih kerana Izati tidak pulang menghadiri saat dia bergelar isteri dan selanjutnya sebagai kakak iparnya.
Semua orang tertanya kemana Izati pergi. Uncle Ishak juga mengarahkan orang-orangnya mencari Izati tetapi sia-sia kerana Izati langsung tidak dapat dikesan.
Tini pula kelihatan takut-takut apabila berbicara berkenaan Izati. Aira tidak mempedulikan sangat pasal Tini. Dia hanya memikirkan dirinya. Dia tidak mahu memikirkan orang lain lagi. Dia hanya ingin memikirkan dirinya sahaja. Dirinya yang bernasib malang.
“Papa hadiahkan perbelanjaan honeymoon. Pilihlah ke mana Aira nak pergi...” ujar Uncle Ishak semasa Aira turun makan pagi itu. Wajahnya sedikit ceria apabila secalit lipstik warna merah jambu menghiasi bibirnya. Tini yang beria-ria memaksanya berhias sebegitu. Tini seperti biasa sudah menyiapkan sarapan untuk keluarga itu. Abah dan Umi tersenyum manis menunggu di meja makan. Shawn hanya menjelingnya dengan ekor mata.
Aira hanya menjamah sekeping roti bakar dan secawan jus oren. Tiada lagi minuman teh kegemarannya. Selepas bersarapan Aira meminta diri berlalu ke kamarnya. Dia perasan dengan renungan mata Umi apabila melihat Aira bangun menolak kerusi dan meminta izin ke kamarnya. Shawn hanya menjelingnya sepintas lalu.
“Shawn, abah harap kamu dapat menjaga dan memberi tunjuk ajar sebagai menantu abah. Aira masih anak kecil. Dia masih perlukan bimbingan untuk dia belajar mengenai sebelok kehidupan berumah tangga ,” nasihat abah kepada menantu barunya.
Shawn hanya tersenyum dan mengangguk. Dia mendengar dengan teliti bicara bapa mertua barunya itu.
Selesai di meja makan. Shawn masuk ke biliknya.
Kamar sederhana luas yang menempatkan sebuah katil besar, meja belajar dan sofa itu kelihatan kemas. Mungkin Tini orang gajinya yang mengemas.
Shawn duduk di meja belajarnya. Dia teringat kembali bicara bapa mertuanya.
“ Aku dah jadi suami sekarang ...” hanya itu yang terluah di bibirnya. Terbayang wajah Aira di ruang matanya. Gadis itu sangat kasihan kerana menjadi isterinya. Isteri yang tidak pernah diharapkan kehadirannya. Wajah Aira yang putih kuning itu terbayang jelas di ruang matanya.
Gadis itu terlalu naif untuk menjadi isterinya. Walaupun beza usia mereka hanya 2 tahun tetapi kehadiran gadis itu seakan menggugat kehidupannya.
Di kamar sebelah Aira berdiri di tingkap mengadap ke luar. Bilik itu kini telah menjadi biliknya semenjak kehadirannya di situ. Dia masih menunggu kepulangan Izzati. Banyak perkara yang akan diceritakan kepada temannya itu. Dia tidak mahu sahabatnya itu bersalah sangka kerana dalam masa dua hari ini dia telah bertukar status menjadi kakak ipar sahabatnya itu. Aira tidak selesa dengan status dirinya itu. Isteri kepada lelaki yang dia tidak cintai. Status yang dicanangkan akan dipegang bersama lelaki yang dicintainya iaitu Izlan. Terasa dadanya ngilu mengenangkan Izlan.
Aira meraba dadanya. Adakah hatinya masih perlu menyimpan perasaan cinta yang telah jauh dari matanya.
Aira melihat sahaja cek yang masih kosong di depannya itu. Cek itu atas nama Aira Asheqeen Bt Mohd Zakaria. Itulah nama penuh Aira.Aira tidak berminat dengan cek itu. Hatinya masih lagi celaru dengan peristiwa yang menimpanya. Fikirannya kusut. Dia tidak menyangka dia di duga sebegini.

Perbincangan selepas itu dengan Shawn hanya dipersetujui oleh Shawn sahaja. Aira menurut sahaja apabila Shawn mengesyorkan mereka bebulan madu ke Bali. Aira tidak mengiakan atau membantah pilihan Shawn. Dia hanya perlu menenangkan diri dan berfikiran positif. Dia kini tidak lagi hidup bersendirian. Dia juga tidak lagi boleh mengharapkan orang tuanya untuk membantu dia kali ini. Kini dia adalah milik lelaki yang tidak dia impikan untuk menjadi suaminya.
Aira tidak peduli sama ada Shawn seorang lelaki yang baik atau bertanggungjawab ataupun tidak. Dia tahu Shawn masih belajar di kolej dan dia tidak berminat untuk mengetahui kursus apa yang diambil atau dipelajarinya. Aira kini dengan dunianya sendiri.
Selepas abah dan umi balik, hanya tinggal mereka bertiga di rumah itu sementara menunggu hari untuk berangkat ke Bali. Tini, Shawn dan Aira sahaja di rumah itu. Shawn masih leka dengan rutin sebelum ini. Dia jarang lekat di rumah. Pagi tadi Aira menjadi mangsa amarahnya hanya kerana kopi yang dibancuh oleh Aira tidak mengikut citarasanya.
Pijar tangannya menahan panas air kopi yang disimbah oleh Shawn ke tangannya. Aira menangis diperlakukan seperti itu.
“ Aku benci perempuan yang manja. Sikit-sikit menangis..!” tengking Shawn sebelum berlalu sambil menendang kerusi. Hatinya jengkel melihat Aira mengalir air mata menahan kepanasan air kopi yang terkena tangannya.
“ Astaga Cik Aira. Kenapa jadi macam ni...” Tini segera mengambil ais batu dan mendemah tangan Aira. Dia juga menyapu krim untuk meredakan tangan Aira yang kelihatan merah.
“Kenapalah Encik Shawn kejam macam ni. Kesian kat Cik Aira...” rungut Tini sambil tangannya lincah menyapu losyen ke tangan Aira.
Aira hanya mampu menangis sahaja dengan keadaan itu.
Rupanya keadaan itu tidak berakhir di situ sahaja. Shawn muncul di dapur dan terus menarik tangan Aira. Terjerit Aira dengan tindakan Shawn. Tini pula hanya kaku tidak berani menolong.
Aira diheret masuk ke bilik tidur Shawn. Aira ingin membantah tetapi dia tidak berani kerana Shawn menjadi ganas dan liar. Batang tubuh Aira yang kecil molek di humban ke atas katil . Aira menggigil apabila Shawn menutup pintu dan menguncinya dari dalam.
“ Kau bini aku. Kau kena layan aku selayaknya..!” Suara Shawn memberi arahan. Aira tidak dapat berfikir apakah yang akan berlaku seterusnya. Dia benar takut-takut. Tubuhnya mengigil dan dia  hanya menyerah sahaja.
“Kau sengaja memerangkap aku kan...!” Tengking Shawn lagi. Dia mencengkam muka Aira tanpa belas kasihan. Aira terkapar-kapar mengelak mukanya yang sakit dicengkam oleh Shawn.
“ Kerana kau temanita aku Yuki lari. Sebab kau Yuki tinggalkan aku..” tuduh Shawn lagi. Aira tidak dapat menahan perasaannya. Hanya airmata yang mengalir menahan kepedihan dihati. Dia hanya mampu menafikan di dalam hatinya sahaja. Tuduhan Shawn tidak berasas. Dia tidak mengenali siapa Yuki. Dia juga tidak ingin mengenali Yuki. Mungkinkah Yuki adalah perempuan Jepun yang pernah diceritakan oleh Izati.

Aira hanya menerima sahaja perbuatan Shawn. Selepas puas menyiksanya Shawn meninggalkannya terdampar di tepi katil.

Kasi Laju Sket..