Memaparkan catatan dengan label Katakan cinta itu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Katakan cinta itu. Papar semua catatan

Khamis, 12 Disember 2019

Sambungan aira dan ...

Hari yang sepatutnya menjadi hari yang bahagia bagi gadis sepertinya menjadi sebaliknya untuk Aira. Tiada pelamin indah menghiasi hari pernikahannya. Tiada inai dijari menjadi saksi perkahwinan. Dia hanya merasa dahinya sejuk dikucup oleh bibir Shawn semasa upacara pernikahan selesai. Hambar. Dia merenung cincin berlian yang dihadiahkan oleh Uncle Ishak untuk majlis perkahwinan itu. Cincin berlian mahal itu tidak mampu memujuk hatinya yang kesedihan itu.
Aira tidur di kamar sendirian. Shawn pula tidur di biliknya sendiri. Itulah kenangan malam perkahwinan yang tidak mungkin dilupakan. Aira sangat sedih kerana Izati tidak pulang menghadiri saat dia bergelar isteri dan selanjutnya sebagai kakak iparnya.
Semua orang tertanya kemana Izati pergi. Uncle Ishak juga mengarahkan orang-orangnya mencari Izati tetapi sia-sia kerana Izati langsung tidak dapat dikesan.
Tini pula kelihatan takut-takut apabila berbicara berkenaan Izati. Aira tidak mempedulikan sangat pasal Tini. Dia hanya memikirkan dirinya. Dia tidak mahu memikirkan orang lain lagi. Dia hanya ingin memikirkan dirinya sahaja. Dirinya yang bernasib malang.
“Papa hadiahkan perbelanjaan honeymoon. Pilihlah ke mana Aira nak pergi...” ujar Uncle Ishak semasa Aira turun makan pagi itu. Wajahnya sedikit ceria apabila secalit lipstik warna merah jambu menghiasi bibirnya. Tini yang beria-ria memaksanya berhias sebegitu. Tini seperti biasa sudah menyiapkan sarapan untuk keluarga itu. Abah dan Umi tersenyum manis menunggu di meja makan. Shawn hanya menjelingnya dengan ekor mata.
Aira hanya menjamah sekeping roti bakar dan secawan jus oren. Tiada lagi minuman teh kegemarannya. Selepas bersarapan Aira meminta diri berlalu ke kamarnya. Dia perasan dengan renungan mata Umi apabila melihat Aira bangun menolak kerusi dan meminta izin ke kamarnya. Shawn hanya menjelingnya sepintas lalu.
“Shawn, abah harap kamu dapat menjaga dan memberi tunjuk ajar sebagai menantu abah. Aira masih anak kecil. Dia masih perlukan bimbingan untuk dia belajar mengenai sebelok kehidupan berumah tangga ,” nasihat abah kepada menantu barunya.
Shawn hanya tersenyum dan mengangguk. Dia mendengar dengan teliti bicara bapa mertua barunya itu.
Selesai di meja makan. Shawn masuk ke biliknya.
Kamar sederhana luas yang menempatkan sebuah katil besar, meja belajar dan sofa itu kelihatan kemas. Mungkin Tini orang gajinya yang mengemas.
Shawn duduk di meja belajarnya. Dia teringat kembali bicara bapa mertuanya.
“ Aku dah jadi suami sekarang ...” hanya itu yang terluah di bibirnya. Terbayang wajah Aira di ruang matanya. Gadis itu sangat kasihan kerana menjadi isterinya. Isteri yang tidak pernah diharapkan kehadirannya. Wajah Aira yang putih kuning itu terbayang jelas di ruang matanya.
Gadis itu terlalu naif untuk menjadi isterinya. Walaupun beza usia mereka hanya 2 tahun tetapi kehadiran gadis itu seakan menggugat kehidupannya.
Di kamar sebelah Aira berdiri di tingkap mengadap ke luar. Bilik itu kini telah menjadi biliknya semenjak kehadirannya di situ. Dia masih menunggu kepulangan Izzati. Banyak perkara yang akan diceritakan kepada temannya itu. Dia tidak mahu sahabatnya itu bersalah sangka kerana dalam masa dua hari ini dia telah bertukar status menjadi kakak ipar sahabatnya itu. Aira tidak selesa dengan status dirinya itu. Isteri kepada lelaki yang dia tidak cintai. Status yang dicanangkan akan dipegang bersama lelaki yang dicintainya iaitu Izlan. Terasa dadanya ngilu mengenangkan Izlan.
Aira meraba dadanya. Adakah hatinya masih perlu menyimpan perasaan cinta yang telah jauh dari matanya.
Aira melihat sahaja cek yang masih kosong di depannya itu. Cek itu atas nama Aira Asheqeen Bt Mohd Zakaria. Itulah nama penuh Aira.Aira tidak berminat dengan cek itu. Hatinya masih lagi celaru dengan peristiwa yang menimpanya. Fikirannya kusut. Dia tidak menyangka dia di duga sebegini.

Perbincangan selepas itu dengan Shawn hanya dipersetujui oleh Shawn sahaja. Aira menurut sahaja apabila Shawn mengesyorkan mereka bebulan madu ke Bali. Aira tidak mengiakan atau membantah pilihan Shawn. Dia hanya perlu menenangkan diri dan berfikiran positif. Dia kini tidak lagi hidup bersendirian. Dia juga tidak lagi boleh mengharapkan orang tuanya untuk membantu dia kali ini. Kini dia adalah milik lelaki yang tidak dia impikan untuk menjadi suaminya.
Aira tidak peduli sama ada Shawn seorang lelaki yang baik atau bertanggungjawab ataupun tidak. Dia tahu Shawn masih belajar di kolej dan dia tidak berminat untuk mengetahui kursus apa yang diambil atau dipelajarinya. Aira kini dengan dunianya sendiri.
Selepas abah dan umi balik, hanya tinggal mereka bertiga di rumah itu sementara menunggu hari untuk berangkat ke Bali. Tini, Shawn dan Aira sahaja di rumah itu. Shawn masih leka dengan rutin sebelum ini. Dia jarang lekat di rumah. Pagi tadi Aira menjadi mangsa amarahnya hanya kerana kopi yang dibancuh oleh Aira tidak mengikut citarasanya.
Pijar tangannya menahan panas air kopi yang disimbah oleh Shawn ke tangannya. Aira menangis diperlakukan seperti itu.
“ Aku benci perempuan yang manja. Sikit-sikit menangis..!” tengking Shawn sebelum berlalu sambil menendang kerusi. Hatinya jengkel melihat Aira mengalir air mata menahan kepanasan air kopi yang terkena tangannya.
“ Astaga Cik Aira. Kenapa jadi macam ni...” Tini segera mengambil ais batu dan mendemah tangan Aira. Dia juga menyapu krim untuk meredakan tangan Aira yang kelihatan merah.
“Kenapalah Encik Shawn kejam macam ni. Kesian kat Cik Aira...” rungut Tini sambil tangannya lincah menyapu losyen ke tangan Aira.
Aira hanya mampu menangis sahaja dengan keadaan itu.
Rupanya keadaan itu tidak berakhir di situ sahaja. Shawn muncul di dapur dan terus menarik tangan Aira. Terjerit Aira dengan tindakan Shawn. Tini pula hanya kaku tidak berani menolong.
Aira diheret masuk ke bilik tidur Shawn. Aira ingin membantah tetapi dia tidak berani kerana Shawn menjadi ganas dan liar. Batang tubuh Aira yang kecil molek di humban ke atas katil . Aira menggigil apabila Shawn menutup pintu dan menguncinya dari dalam.
“ Kau bini aku. Kau kena layan aku selayaknya..!” Suara Shawn memberi arahan. Aira tidak dapat berfikir apakah yang akan berlaku seterusnya. Dia benar takut-takut. Tubuhnya mengigil dan dia  hanya menyerah sahaja.
“Kau sengaja memerangkap aku kan...!” Tengking Shawn lagi. Dia mencengkam muka Aira tanpa belas kasihan. Aira terkapar-kapar mengelak mukanya yang sakit dicengkam oleh Shawn.
“ Kerana kau temanita aku Yuki lari. Sebab kau Yuki tinggalkan aku..” tuduh Shawn lagi. Aira tidak dapat menahan perasaannya. Hanya airmata yang mengalir menahan kepedihan dihati. Dia hanya mampu menafikan di dalam hatinya sahaja. Tuduhan Shawn tidak berasas. Dia tidak mengenali siapa Yuki. Dia juga tidak ingin mengenali Yuki. Mungkinkah Yuki adalah perempuan Jepun yang pernah diceritakan oleh Izati.

Aira hanya menerima sahaja perbuatan Shawn. Selepas puas menyiksanya Shawn meninggalkannya terdampar di tepi katil.

Sabtu, 7 September 2019

Sketsa Terundur ke Garapan Silam..

Teringat zaman aku remaja purba dulu2, aku banyak simpan gambar ex.. waktu itu tiada FB, tiada Insta untuk upload. Waktu itu juga sms belum wujud. Kalau nak berhubung guna surat dan telefon pun hanya public phone. Takde duit syiling tak sah. Dan berebut telefon awam juga tak sah. Kolej tempat aku belajar dulu setiap blok ada satu public phone. Untuk penuntut seramai lebih kurang 500 orang lebih dengan 5 public phone, cop beratur dan berebut adalah perkara biasa. Bergayut sehingga lewat malam sudah jadi rutin walaupun bukan orang yang sama. Semasa aku di tahun akhir barulah telefon tangan mula wujud. Waktu itu telefon tangan sebesar dua genggam aku. Brand pertama yang aku ingat ialah Motorola. 
Bercerita pasal gambar, aku jarang tangkap gambar berpasangan. Gambar2 yang ada hanya bersama teman-teman untuk aktiviti pembelajaran.
Masa tu tiada komitmen untuk jatuh cinta 100% hingga simpan gambar boyfriend atas meja belajar. Itu bukan feel aku. Ingat dating dulu jalan kaki aje naik kenderaan awam pegi jalan2 di taman, keluar makan dan keluar shopping. Masa sem 1 teringat pakwe aku yang 1st pernah belanja shopping sebanyak RM16.00. Aku tidak berniat untuk paw duit dia pun tapi dia terlebih dahulu hulurkan duit dekat cashier. Peristiwa itu menyebabkan aku menyimpan perasaan bersalah hingga ke hari ini. 20 tahun lepas cost RM16 adalah agak banyak untuk seorang penuntut seperti kami yang hanya berharap kepada biasiswa tak sampai pun RM300 bersihnya. Aku beli barang waktu itu sebab aku memang perlukan dan ingin guna duit poketku sahaja. Namun jodohku dengan si dia tetap tidak ada. Sekiranya awak baca status ini maafkan saya. Awak menghilang menyebabkan saya tidak keruan juga masa tu kerana hanya awak di hati saya. Awaklah cinta pertama saya walaupun saya tidak pernah meluahkannya. (Dia ada fren FB ini).  
Semasa di Sem 2 aku berubah tingkah. Di sudut hati terasa sakit ditinggalkan cinta tanpa khabar berita. Aku cuba risik juga dari teman-teman tapi tiada satu pun memuaskan hati. Aku keluar beberapa kali dengan tunang orang. Walaupun aku tahu dia sudah bertunang tapi aku tetap keluar dengan dia. Di hati memang tiada sekelumit pun perasaan pada dia. Aku tahu aku membazir masa bersamanya. Dia memang bermulut manis tapi aku tidak jatuh cinta. Akhirnya aku sendiri jadi bosan dan enggan keluar dengan dia. 
Hanya beberapa minggu sahaja aku bersendirian. 
Aku berkenalan pula dengan seorang senior kepada 1st love aku. Aku sukakan caranya yang sikap gila-gila tapi hanya sekadar kawan sahaja.
Diperkenalkan oleh teman sekolej aku keluar pula dengan jejaka bernama Shahril. Dia seorang tentera dan dinaikan pangkat menjadi Kapten semasa kami berkenalan. Dia suka membawa aku berjalan-jalan dengan keretanya. Boleh katakan kami sama-sama suka suasana alam semulajadi. Dia membawaku ke air terjun antaranya Lata Kinjang dan ke juga ke Pantai Teluk Batik. Berferi ke Pulau Pangkor. Aku teringat kenapa aku putus dengannya disebabkan dia suka mendesak untuk membawaku berjumpa dengan ibubapanya. Waktu itu aku bukan fokus sangat kepada hubungan kami kerana aku hanya ingin menamatkan pembelajaranku dan kembali ke kampung halaman. Dia memang sorang yang baik dan taat dalam bab agama. Setiap waktu solat dia akan mengajakku singgah di masjid. Kami pernah bergambar bersama dan aku menyimpan album gambar kami sehingga ke tahun 3 perpisahan kami.

Khamis, 13 Disember 2018

Lamunan Seorang Pencinta

Manusia belajar sakit, untuk mengenal sihat,aku belajar sakit hati, untuk mendapatkan cinta sejati.

Selasa, 4 Disember 2018

5 PERBEZAAN DI ANTARA SUKA DAN SAYANG SESEORANG....


1. Bila suka kalau boleh nak luangkan masa berdua je. Tapi kalau sayang, kita nak dia luangkan masa dengan kawan-kawan kita dan keluarga kita. 
2. Kita jadi marah bila orang yang kita suka tak balas mesej kita. Tapi bila kita sayang, kita cuba untuk faham mungkin si dia busy. 
3. Pejam celik dah setahun dah bersama. Tak perlu pun nak sambut monthsary setiap bulan!
4. Kita mesti nak nampak cantik dan kemas depan orang yang kita suka. Tapi bila kita dah sayang, muka baru bangun tidur pun tak kisah dah. HAHA!
5. Gaduh je tak cakap, tak contact. Tapi kalau dah namanya sayang, cuba berbincang elok-elok. 
Ini adalah fakta..

Cinta Kita

Cinta merupakan kekuatan,
yang boleh mengubah semua perkara menjadi indah
seperti mengubah duri menjadi mawar,
mengubah busuk menjadi harum,
mengubah buruk menjadi cantik,
mengubah kotor menjadi suci,
mengubah kejahatan menjadi kebaikan.
Cinta juga mampu mengubah pendirian seseorang
dari buruk menjadi suci,
Cinta mampu mengubah seseorang dari pemarah menjadi penyabar,
Cinta juga mempu mengubah kata seseorang dari kasar menjadi lembut,
Cinta merupakan naluri setiap insan yang ingin bercinta dan sedang bercinta.
Cinta mempunyai satu kuasa yang tidak bisa dilihat dari mata kasar, sebaliknya mampu dilihat dari mata hti dan perasaan.
Cinta tidak semuanya indah, kerana dalam percintaan terlalu banyak dugaan
dan ujian dari Allah s.w.t untuk kita harungi.
Seperti nafsu, daya berfikir, tolak ansur, hormat-menghormati diantara satu sama lain.
Cinta merupakan jalinan hubungan yang suci dan hendaklah menjaganya sebaik mungkin.
Kerana cinta yang lahir dari hati kemudian di mata (melalui penglihatan) dan akan terus di minda (sentiasa menggingati si dia).
Cinta adalah satu anugerah dari Allah pada setiap hambanya yang di gelar manusia.
Allah s.w.t itu maha adil dan saksama, Allah mampu memakbulkan doa-doa hambanya, dan mampu mengampunkan dosa-dosa hambanya dengan sekelip mata walaupun hambanya hidup di muka bumi dengan melakukan dosa-dosa besar. Allah akan mengampunkan dosa-dosanya dan menjadi suci Ibarat bayi yang baru lahir. Ini melambangkan cinta Allah s.w.t kepada hamba-hambanya.
Setiap insan inginkan cinta dan terus bercinta. Kesetiaan dan kesabaran merupakan nadi kepada cinta yang suci.
❤️❤️❤️❤️

Sabtu, 1 Disember 2018

Katakan Cinta Itu

Ramai yg jatuh cinta kerana kelebihan, dan putus cinta kerana kekurangan.
Ingatlah , takkan pernah ada yg sempurna melainkan kita yg buat dia sempurna.

Selasa, 27 November 2018

Pickup Line

Jika aku disini menanti, ku harap kau disana menjaga.. Jika aku disini berdo’a, ku harap kau disana setia..

Ahad, 25 November 2018

Lamunan Seorang Pencinta

Sampai saat ini, cuma kamu yg terlalu dalam menyentuh hati ini.. Mungkinkah ini yg namanya cinta sejati!
Aku tak berharap kesempurnaanmu.. Kerana aku ingin melengkapinya dengan kekuranganku.
Cinta sejati tak datang dari tatapan mata tapi dari hati. Jika ada keraguan di hatimu, dia bukan untukmu.
Untuk mu Sekarang… Jika engkau mencintai seseorang.. Maka Cintailah sekadarnya saja.
Aku yakin, cinta sejati itu akan datang, kerana aku masih mempunyai harapan, walaupun pernah di kecewakan.
Kalau sekarang kita diuji dengan perasaan..
Jangan sesekali rasa kalah..
Satu hari Allah balas dengan
Hadiah terindah
Cinta hanya tumbuh di taman hati. Cuma hati yang suci yang dapat memupuk cinta sejati.
Semoga cintamu pada_NYA menjagamu dari angin2 keburukan yang mampu membuatmu lalai akan perintah_NYA.
Ya Allah, jika dia memang bukan untukku, berikan aku keikhlasan untuk  merelakannya bersama dengan orang lain.”
Jika ingin mendapatkan pasangan yang baik maka perbaikilah diri kita terlebih dahulu
Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta, Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia, Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA, Dan Kerana Cinta pada Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.
❤️❤️❤️❤️
Jangan mencari yang terbaik,
Tapi ,
Carilah yang ingin bersama-sama menjadi lebih baik.
Jangan menjadi yang sempurna,
Carilah yang melengkapkan kekurangan mu .
#soulmate.

Rabu, 8 Jun 2016

Manuskrip Belum Siap : Mellina Dewi...Cinta ???

Assalamualaikum,
Hari dah masuk hari ke-4 bulan ogos 2017.
Cerita Aira aku tak nak sambung.
Sebabnya biarlah menjadi persoalan tentang pengakhiran yang pastinya anda akan terusan tertanya apakah yang berlaku dan akan berlaku seterusnya. Walaupun 'Ending' mungkin sudah boleh diagak tapi jalinan cerita sebenar tidak akan terjangka dek akal korang sebab ianya sangat berbeza dari cerita novel-novel lain di pasaran.
Novel ini karya asli aku semenjak tahun 1998 lagi. Hingga kini aku masih meneruskan untuk menokok tambah karya asli milikku ini.
Terima kasih untuk beberapa orang teman yang pernah aku berikan manuskrip separuh jalan yang sengaja aku tidak habiskan print out untuk teman-temanku membaca dan menilai hasil karya asli milikku ini. Buat PHN Nuraida Bt Muhammad, PHN Rosmaria Bt Idris dan PHN Faizah Bt Mohamad,... koi terharu sangat dengan keterujaan korang membaca manuskrip aku itu. Aku menjadi bersemangat seketika untuk terus berkarya mendengar komen korang.
Okey, kali ini aku nak korang baca pulak sedikit sedutan dari karya aku ntah nak bagi nombor yang ke berapa. Karya ini aku mula coret tahun lepas 2015. Tarikh yang tepat aku tak ingat.
Jom baca cerita merapu lagi...
MELINA DEWI...Cinta ???


Aku resah dipembaringan. Sukar untuk aku lelapkan mata ini. Jarum jam yang sudah menunjukkan ke angka tiga pagi masih belum mengheret mataku untuk lena. Aku masih lagi berkisar kepada kisah aku selama beberapa bulan kebelakangan ini.
Aku merenung beg pakaian yang setia aku gunakan sepanjang 3 bulan aku bergelar pelarian ini. Aku sudah siap mengemas pakaianku. Kini hanya tinggal baju tidur yang membaluti tubuhku dan sepasang baju kurung yang tergantung di dalam almari yang aku akan gunakan siang nanti.
“ Perjanjian kita sudah mencapai waktunya. Kita perlu tamatkan cerita ini,” Aku mengulangi membaca mesej di telefon Android milikku. Inilah mesej pertama yang aku terima daripadanya semenjak tiga bulan yang lepas.
Aku melepaskan keluhan yang ternyata sukar untuk kulepaskan dan ternyata ianya begitu keras dan menyentak dadaku.
“ Jangan biarkan diri kau terusan hanyut Melina. Kau harus pegang hak kau…” terngaing-ngiang ucapan Zahra kepadaku semalam. Teman yang setia menemaniku selama ini walaupun berjauhan tetapi dia tetap akan mengunjungiku atau menelefonku setiap hari. Dialah teman yang sentiasa memberi kata semangat dan dorongan kepadaku selama ini.
“ Aku dah bagi duit yang kau kirim kepada Pakcik kau tu. Tapi dia beritahu dia masih perlukan duit untuk bayar hutang arwah ayah kau.” Cerita Zahra sebagai penghubung aku dan Pakcikku yang tinggal di kampung.
Oh! Siapa aku ya. Korang pasti tertanya siapa aku. Nama aku Melina Dewi Binti Ahmas Mustaza berusia 27 tahun. Anak yatim piatu kematian ibubapa lima tahun yang lepas. Aku anak tunggal dan hanya ada Pakcik Mustakim keluargaku yang terdekat dan masih hidup. Kedua orang tuaku meninggalkan harta yang banyak tetapi semuanya diuruskan oleh Pakcik Mustakim. Namun Pakcik Mustakim memberitahu ayahku meninggalkan hutang yang banyak kerana kegagalan perniagaannya. Dan hanya sebuah rumah pemberian orang tuaku yang terletak di pinggir laut menjadi milikku kerana telah ditukar dengan namaku sempena hari lahirku yang ke-21 tahun enam tahun lepas. Aku juga memilikki sebuah kereta Honda CR-Z yang dihadiahkan oleh ayahku serta sebuah motorsikal yang aku gunakan untuk bersiar-siar di dalam kampung. Pakcik Mustakim tidak mengetahui semua harta yang menjadi milikku ini kerana aku sengaja menyembunyikannya.
Kini semua harta yang dimiliki oleh arwah ayahku telah diambil oleh Pakcik Mustakim dan isterinya. Aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana kelicikan Pakcik yang satu-satunya keluarga yang aku ada telah menyebabkan aku kehilangan harta peninggalan arwah orang tuaku.
“ Perjanjian kita sudah mencapai waktunya. Kita perlu tamatkan cerita ini,”
Aku sekali lagi membaca mesej di telefon itu. Fikiran aku buntu sebenarnya. Aku bingung untuk berdepan dengan situasi ini. Aku amat berharap agar Pakcik Mustakim dapat membantuku tetapi ternyata pakcikku itu bukanlah pilihan yang tepat untukku sandarkan harapan.
Aku cuba meluruskan badan dan berbaring. Aku mesti tidur. Aku perlukan tenaga untuk bangkit esok hari.
==== 0===
 “ Eh ! Berani kau bertekak dengan Dyana ? Dia tu kekasih Raimi bos aku, “ Tegur Zahra sambil mengheret lenganku berlalu dari situ. Aku geram sangat dengan perempuan bajet bagus itu. Aku tahulah dia cantik dan kekasih bos Zahra tapi ini dah dikira melampau. Siku aku masih sakit dihantuk dengan pintu pejabat tadi kerana kecuaian perempuan itu. Dan kini sekali lagi aku jatuh tertiarap mencium aspal hitam yang berdebu dan berkarat kerana perempuan itu melanggar handle motorku semasa dia membelok hendak masuk ke tempat parking. Aku pula hendak keluar dari situ kerana baru menghantar kunci rumah kepada Zahra. Perempuan itu pula keluar dari keretanya dan dengan angkuh  memarahiku. Zahra yang berdiri di depan bangunan pejabatnya berlari anak ke arah kami.
Apa yang paling mengguris hatiku apabila kelihatan Raimi berlari ke arah kami dan aku hanya melihat perempuan itu memeluknya.
“Habis calar kereta I, darling…” rengekkan perempuan itu membuat aku berasa sangat jengkel dan meluat. Aku pula dipersalahkannya. Raimi hanya merenungku tanpa perasaan dan memujuk lembut kekasihnya itu. Aku tidak mempedulikan adegan yang menjengkelkan sesi drama insan berkasih itu.
“ Mel, kau okey tak ni?” tegur Zahra sambil membantuku mengangkat motorsikalku. Aku menepis debu yang melekat dibajuku.
“ Aku okey Ara. Aku balik dulu. Petang aku kena masuk kerja…” Aku membetulkan helmetku dan bercadang hendak meninggalkan tempat itu.
“ Kau bagitahu bos kau, aku nak cepat ni, nanti aku settle kemudian hal ni…” Aku berbicara sparuh berbisik kepada Zahra. Ada sesuatu yang mengguris hatiku sekiranya aku terusan berlama-lamaan di situ.
Aku memecut laju meninggalkan tempat itu tanpa mempedulikan jeritan Zahra yang memanggil namaku.
Aku terus balik ke rumah sewaku. Rumah sewa tiga bilik yang aku sewa bersama Zahra terletak tidak jauh dari klinik tempat aku bekerja. Aku menolak motor kesayanganku masuk dan mengunci pintu pagar. Aku bergegas berlari ke dalam rumah dan terburu-buru bersiap. Aku harus segera bersiap kerana aku masuk kerja pukul 3.00 petang dan waktu kerjaku tamat pada pukul 11.00 malam. Jam didinding sekarang menunjukkan pukul 1.45 petang. Aku teringat baju uniformku belum digosok.
Selesai menggosok baju aku bekejar untuk mandi, solat zohor dan bersiap untuk ke tempat kerja.
Aku seperti biasa menaiki bas untuk ke tempat kerja yang terletak 15 minit perjalanan dari rumah sewaku. Hentian bas pula terletak kira-kira 300 meter dari jalan utama rumahku.
Bag sandang ku kelek erat. Langkah kuatur laju menuju ke hentian bas. Cuaca hari itu agak panas juga. Kemungkinan suhunya mencecah 36OC. Payung yang aku gunakan untuk melindungiku dari cuaca panas ku pegang erat.
“Skreet..” Sebuah kereta berwarna putih susu berhenti di sisiku yang masih laju melangkah. Payung yang menutupi wajahku menghalang aku dari melihat ke arah pemandu kereta tersebut.
“Melina… masuk..” satu suara lelaki memberi arahan separuh menjerit ke arahku. Aku menjatuhkan payung miliku dan memandang ke arah pemandu kereta tersebut. Hanya dua orang sahaja yang memangilku dengan nama Melina. Orang pertama ialah Pakcik Mustakim dan orang yang kedua ialah Raimi bos Zahra. Jangan tanya aku bagaimana aku boleh kenal dengan Raimi bos Zahra.
“ Raimi..!” Seru hatiku. Suara kejantanan itu sudah aku kenali. Aku tidak mempedulikannya
“Masuk..”.. Arahnya sekali lagi. Namun aku tidak mempedulikannya dan terus melangkah ke arah hentian bas. Langkahku semakin laju dan aku berjaya duduk di bangku hentian bas itu dengan rasa aman.
“ Kenapa awak ni degil sangat ha?” Jerkahnya tiba-tiba muncul dari belakangku. Aku hanya mampu diam membisu dan menadah segala butir bicara yang keluar dari mulutnya.
“Encik Raimi saya mintak maaf hal tadi. Nanti saya akan bayar kos kerosakan tadi…” kataku berlagak tenang.
“ Ikut saya. Awak jangan degil…” ujarnya sambil menarik lenganku kasar. Aku terkejut dengan tindakannya. Tubuhku terdorong bangun mengikutinya dalam keterpaksaan.
“Masuk. Saya hantar awak kerja.”
 Dia membuka pintu kereta miliknya dan menolak aku masuk. Aku hanya mengikutnya sahaja. Dia menutup pintu kereta dan menghidupkan enjin.
“ Saya bukan nak mintak ganti rugi kos tu. Saya nak tahu keadaan awak? Awak ok tak?” suaranya mengedur dan bernada lembut. Aku berpaling memandangnya. Tidak percaya dengan kata-katanya itu.
Kenapa dia harus mempedulikan keadaanku? Pelik pula terasa situasi itu.
“Awak Tak dengar ke saya tanya?”
Aku memandangnya terkulat-kulat.
“Saya ok. Encik jangan risau. Saya tahu jaga diri saya.”
“Jangan nak berlagak baik. Awak tanggungjawab saya..”Nada suaranya sedikit keras.
Sebenarnya aku sudah lali dengan pitching suara seperti itu. Sudah biasa bersoal jawab di dalam keadaan tertekan.
“Awak dah makan?” Dia menyoal lagi. Tapi bicara kali ini bernada lembut.
“Belum..” Jawabku sepatah.
“Awak selalu ke amalkan pergi kerja tak makan?”
“Saya dah biasa.”
“Herm… patutlah badan kurus cengkeding.” Cemuhnya. Aku diam mengumil di dalam hati.
“Saya temankan awak makan hari ni.” Tuturnya lagi. Aku berpaling memandangnya hairan. Silap pendengaran ke?
“Erk.. terima kasih Encik. Saya biasa makan kat tempat kerja.”
“ Kenapa dah ada date?”
“ Tak. Saya ada bawak bekal.”
“Bekal ?”
“Ya.. saya dah buat sandwich.”
“ Simpan sandwich tu. Saya bawa awak makan dulu. Awak masuk kerja pukul 3.00 petang kan. Ada 1 jam lagi.” Ayatnya seperti arahan. Aku tahulah dia adalah bos dipejabatnya tetapi aku bukan pekerjanya.
Akhirnya tengahari itu aku menghadapi makan tengahari di Restoran Dz garden bersama Raimi bos Zahra.
Pening aku melayan kerenah lelaki ini. Dia jarang dan tersangat susah untuk tersenyum denganku. Layanannya juga kaku dan aku tahu aku tidak pernah mengharapkan apa-apa darinya.
Ketika dia memberhentikan keretanya di depan klinik tempat aku bekerja kelihatan Syania teman sekerjaku baru sampai. Dia memandangku penuh persoalan melihatku datang dihantar lelaki tersebut.
“ Malam nanti saya jemput awak. Pukul 11.00 saya datang.” Ujarnya sebelum berlalu. Aku rasa pelik juga dengan layananya kali ini.
“Siapa mamat tu Mel?” tanya Syania sambil mengikutiku dari belakang.
“Bos Zahra.”
“Kenapa dia hantar kau datang kerja.”
“Tadi aku jatuh motor kat depan pejabat dia sebab makwe dia punya pasal. Jadi sebab nak mintak maaf dia hantar dan belanja aku makan”
Syania mula riuh bertanya pelbagai soalan. Aku menjawab dengan lancar namun beberapa perkara aku terpaksa sembunyikan.
Petang itu aku bekerja dengan tenang dan melupakan peristiwa yang berlaku tengahari tadi. Pelanggan klinik juga agak ramai petang itu. Sehinggalah dekat waktu maghrib pelanggan masih ada menunggu giliran untuk berjumpa doktor.
Menjadi kewajipan di klinik itu apabila setiap kali waktu maghrib akan diadakan solat berjemaah namun petang itu aku solat bersendirian kerana pesakit masih ada. Dr Francis yang bertugas petang itu juga melihat kes sendirian.
Selepas waktu maghrib pelanggan klinik berhenti sekejap dan bersambung semula selepas pukul 8.30 malam.
“ Mel, nanti I hantar you balik ya..” tegur Dr Francis semasa aku mengambil preskripsi yang dihulurkan olehnya.
Dr Francis adalah anak kepada Dr Azman Cheong yang menjadi pemilik klinik 24 jam itu. Aku juga sudah hampir 3 tahun bekerja di situ. Sebenarnya aku mengenali Dr Francis yang pernah belajar bersamaku semasa di Dublin tujuh tahun lepas namun aku tidak dapat menghabiskan pengajianku selepas kedua orang tuaku meninggal dunia. Dr Francis lah yang mengajakku bekerja dengannya setelah mengetahui aku tidak mempunyai pekerjaan selepas pengajianku gagal.
“Mel… Kejap lagi kita keluar makan ya…” seru Dr Francis yang berdiri di pintu biliknya sambil memusing-musing stetoskop di lehernya.

====0===
“ Awak jangan melawan Melina. Saya berhak ke atas awak.”
Dia pantas meraih tubuhku dan memelukku erat. Satu perbuatan yang jarang dilakukannya. Aku ingin meronta melepaskan diri tapi jiwaku sakit. Sangat sakit semenjak aku mengenali dia.Butang baju tidurku tertarik hampir menjerut leherku. Aku rasakan semakin sukar untuk bernafas. Air mataku tumpah. Aku takut diperlakukan sebegitu. Sifat buasnya yang dilakukan saat dia mendatangiku dalam keadaan marah. Akulah tempatnya melempiaskan kemarahannya. Marah apabila sesuatu keinginannya tidak dipenuhi.
“Saya tahu awak kecewa hidup bersama saya. Tapi saya harap awak tandatangan borang ini. Saya ingin berkahwin dengan Dyana. Saya tak akan lepaskan awak.”
Aku memandang sepi sampul surat yang diletakkanya di atas meja di kamarku. Sampul surat berwarna coklat itu kurenung penuh kebencian.
“ Awak silap. Saya tak pernah kecewa hidup bersama awak tapi kali ini saya mohon pada awak lepaskanlah saya.” Aku mengatur ayat dibibirku dengan lantunan nada yang tinggi. Selama ini pun aku sudah biasa bersikap kasar dengannya sekasar layanannya kepadaku.
“ Jangan buat saya macam ni Melina.” Aku sudah dapat menganggak ayat itu yang akan dituturkannya. Dia terlalu takut sekiranya aku memutuskan ayat sebegitu. Akulah sandarannya terhadap kerjaya dan kehidupannya selama ini. Itu perjanjian antara aku, dia dan ayahnya. Ya, ayahnya yang mengatur kehidupan aku dan dia selama ini.
“ Ayah tahu permintaan ayah ini berat. Tapi ini adalah wasiat bapa kamu juga Mel. Dia kawan baik ayah dan kami berkongsi harta ini dan berjanji akan menyatukan kalian berdua. Sekiranya salah seorang mungkir, harta ini akan jadi milik orang ketiga iaitu Pakcik Mustakim kamu.”
Aku bingung dengan usulan Ayah lelaki itu lima tahun yang lepas. Aku terjebak dalam percaturan ini. Aku tidak perlukan harta ini. Walaupun namaku sebagai pemilik bersama tertulis di atas dokumen itu tapi aku lebih rela kehilangannya dari menanggung kehidupan yang menyakitkan ini.
Raimi bukan lelaki yang baik untukku. Malahan hubungan cintanya dengan Dyana telah aku ketahui semenjak aku masih dikolej lagi. Dia sendiri yang memberitahuku Dyana adalah kekasihnya. Dyana Setiausaha Syarikat Perumahan Sunday Star yang terletak bersebelahan dengan pejabat Raimi. Mereka berkongsi bangunan yang sama.
“ Kita gagal untuk mencari kebahagian dalam masa lima tahun ini. Saya gagal untuk menjadi isteri yang baik untuk awak.”
Dia diam tidak memandangku.
“Saya mintak awak lepaskanlah saya.” Sambungku lagi.
Asap rokok yang disedutnya berkepul-kepul di udara. Membentuk bebola kecil dan kemudian berpecah dibawa angin lembut dari penghawa dingin dibilik itu.
“Saya punya kehidupan saya sendiri.” Tambah aku lagi.
“Saya menyintai lelaki lain. Awak juga bahagia dengan kekasih awak.”
Dia masih begitu tanpa reaksi lain kecuali menyedut asap rokoknya dalam-dalam dan menghembuskannya ke udara.
“Saya harap awak lepaskan saya. Saya ingin bina kebahagian saya.” Aku bangkit dari katil dan bercadang untuk masuk ke kamar mandi setelah bicaraku dipandang sepi olehnya. Aku perlu menyucikan diri. Waktu subuh akan kedengaran sebentar lagi dari masjid berdekatan. Aku mengambil bantal yang terjatuh dihujung katil dan menyusunnya kembali ke atas katil.
Aku terus masuk ke kamar mandi dan menyucikan diri. Semasa aku keluar dari kamar mandi dia masih lagi dikerusi tadi. Rokok ditangannya telah bertukar putung baru.
Aku tidak lagi mempedulikannya. Semasa azan berkumandng dari masjid berdekatan aku sudah berteleku di atas tikar sejadah. Menyerah diri kepada Yang Maha Esa. Tempat yang sentiasa menjadikan aku lebih tenang dan yakin pada diri sendiri.
Sekitar pukul 8.30 pagi aku sudah menyiapkan secawan kopi dan beberapa keping roti di atas meja. Niatku pagi ini untuk balik ke rumah sewaku selepas berkemas rumah dan dia telah keluar bekerja.
“Melina… awak sudah fikir masak-masakkah?”
Dia bertanya kepadaku dan kemudian menghirup kopi panas yang aku sediakan. Satu yang aku puji tentang sikapnya ialah dia tidak pernah menolak setiap kali aku menyediakan sarapan pagi untuknya.
Aku terasa ingin membetulkan kolar tali leher yang dipakainya tapi kekeringan wajahnya membantut hasratku. Aku masih ingat kata-katanya yang melarangku menyentuh peribadinya sekiranya tidak diminta. Itu perjanjian aku dengan dirinya.
“Saya beri awak tempoh tiga bulan lagi untuk awak buat keputusannya.”
Ujarnya sambil menyapu bibirnya dengan tisu Royal Gold diatas meja makan.
“Selepas cukup tiga bulan sekiranya awak masih begini saya akan buat keputusannya.”
Dia bersuara lagi sebelum meninggalkan meja makan. Aku hanya menelan air liur kesat. Dia mengulangi ucapan yang sama malam tadi. Kali ini ianya masih tiada beza dari segi nada dan intonasinya. Aku memerhati langkahnya dengan ekor mata dan mengemas meja makan.
Itu cerita tiga bulan lepas. Kini aku bersua kembali dengannya dan kali ini keadaanku sedikit berbeza. Aku meraba perutku yang sedikit senak dan menyentak pedih ulu hatiku. Tekakku terasa kering dan lidahku pahit setelah mengeluarkan sisa makanan sarapan pagi yang kujamah pagi tadi dan yang akhirnya istilah muntah hijau yang pahit dan memeritkan tekak.
Aku memandang dia yang duduk di sofa mengadapku. Kakinya seperti biasa bersilang angkuh. Seangkuh si perempuan di sebelahnya yang memeluk tubuh memandangku sinis. Aku lihat tiada beza dia walaupun tiga bulan tidak bersuanya.
“ Saya tak sangka sanggup awak serah diri kepada lelaki Cina itu sampai awak jadi macam ni…” ujarnya sambil menggeleng kepalanya. Kebetulan ketika itu kekasih hati yang menemaninya, ke tandas.
“ Awak tahukan kerana cinta saya sanggup. Lagipun dia ikhlas menyintai saya.” Balasku dengan rentak yang sedikit bergetar. Sebenarnya aku baru sahaja menceritakan kepadanya bahawa aku menyintai Leo.
“Ikhlaskah cinta itu kalau sampai awak jadi macam ni. Awak tak malu ke pandangan orang lain.”
“ Tak perlu malu kerana saya ada suami...” ujarku separuh mengejek.
“ Awak nak jadikan saya kambing hitam ya. Awak buat hal dengan orang lain dan berselindung disebalik saya.” Suaranya sedikit keras.
“ Hey, come on. Orang lain tahu saya ada suami tapi mereka tidak tahu siapa suami saya…”
Aku berterusan mengejeknya. Hatiku terasa puas dapat menyakitkan hatinya. Aku tega kerana layanannya selama ini terhadapku. Bahkan aku mengandung ini pun diketahuinya setelah aku pengsan ketika pertemuan pertama dengannya setelah tiga bulan tidak bersua. Dia telah membawaku berjumpa doktor dan dia sangat terkejut kerana doktor mengesahkan aku telah mengandung sedangkan tiga bulan aku tidak bersuanya. Hatiku sangat sakit apabila dia menuduhku telah berselingkuh dengan lelaki lain dan aku tidak menafikannya malahan Leo yang menjadi mangsa fitnahku juga. Maafkan aku Leo kerana menggunakan namamu.
Aku tidak memandang wajahnya. Bukan aku gentar tetapi aku rasa aku telah berjaya. Aku telah menang kerana dapat menyakiti hatinya. Aku terasa ingin bertepuk tangan apabila memandang wajahnya yang keruh.
Aku melihat jam ditangan hampir pukul 1.30 petang. Aku harus masuk kerja. Lebih-lebih lagi aku belum solat zohor. Aku berasa lega apabila dapat menghidari darinya. Aku seperti biasa ke tempat kerja berjalan kaki ke pinggir jalan dan menahan teksi yang kebetulan melalui kawasan itu.
Leo memandang wajahku dengan penuh persoalan. Dia mengepal jemarinya dan menggosoknya lembut ke pahanya. Satu perbuatan yang telah aku kenal pasti apabila dia keresahan.
“ Leo, saya tak boleh bersama awak. Saya sayangkan awak tapi kita tiada jodoh.”
“ Jangan buat saya macam ni Mel. Saya sayangkan awak. Kita sudah bercinta selama 7 tahun. Saya janji saya akan memperisterikan awak. Saya ingin melamar awak selepas saya bincang dengan mummy.”
Leo cuba meraih tanganku yang memegang fail rekod pesakit. Aku cuba mengelaknya namun dia dapat memegang tanganku. Pantas kad pesakit ditanganku diletakkan ke atas mejanya. Sepantas kilat dia memeluk tubuhku. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah merasuk jiwanya.
“Leo jangan buat begini. Leo sebenarnya saya hamil…”
“Hamil ? Mustahil Mel. Siapakah lelaki itu? Saya tahu bukan saya lelaki itu. Tapi siapa dia?”
“ Awak tentu ingat lelaki yang datang ke klinik kita bersama temanitanya adik kepada perempuan yang sarat mengandung bulan lepas…”
“ Teman lelaki Cik Dyana ? Apa kaitannya dengan dia?”
“Dialah lelaki yang selalu mengganggu hidup saya. Dialah lelaki yang mengajar saya untuk menjadi kuat apabila mummy awak menghalang hubungan kita. Dialah juga ayah kepada anak yang saya kandung ini. Dialah suami saya semenjak lima tahun yang lepas.”
“ Cerita awak terlalu sukar untuk difahami Mel. Saya tak sangka awak tipu saya selama ini. Saya sangka awak menyintai saya. Saya sangka awak menyebut Ryan semasa awak pengsan tadi adalah nama saya tapi rupanya nama lelaki lain.”
“Tega awak buat saya begini Mel.”
“Leo… saya sayangkan awak tapi sayang saya hanya setakat sayang seorang kawan. Lagipun awak adalah abang saya Leo.”
Aku kaget apabila melihat Leo terduduk di kerusinya. Dia menekur mukanyanya ke lantai. Dan sesuatu yang tidak aku jangkakan, lelaki itu menangis. Aku tidak pernah melihat dia serapuh itu. Dimanakah kekuatannya sebagaimana ketika dia menerima berita ayahnya menceraikan ibunya kerana ingin berkahwin dengan bondaku. Dia mendatangiku dan memberitahu kedua orangnya telah berpisah kerana seorang perempuan lain dan perempuan itu adalah bondaku.
“Jangan buat saya begini Leo. Please. Jangan menangis. Awak mesti kuat. Awak harus kuat terima kenyataan ini. Kita tiada jodoh.” Pujukku lagi. Aku terasa ingin memeluknya untuk memujuk agar dia dapat menerima keadaan itu tetapi aku tahu batasannya. Dan aku tidak akan sesekali memecahkan benteng itu.
Bahu Leo terhingguk-hingguk menahan tangisannya. Aku cuba menyentuh bahunya namun kutarik perlahan-lahan jari runcingku yang hampir bersentuhan dengan kolar bajunya.
Situasi itu terganggu seketika apabila seseorang menerobos masuk ke bilik rawatan itu. Aku kaku di situ. Menjarakkan diriku dengan berundur ke belakang.
“Maaf doktor, saya sudah halang tadi tapi dia berkeras juga hendak memasukinya,” Muncul Syania dengan wajah cemas.
Leo berlagak tenang. Aku pula yang rasa serba salah.
“Tidak Melina. Saya tak akan lepaskan awak. Awak milik saya semenjak 5 tahun yang lepas dan sehingga ke hari ini detik dan saat ini awak masih milik saya. Saya tahun bayi yang awak kandung adalah milik saya. Awak bohongi saya dengan mengatakan bayi ini milik Leo. Awak tidak pernah bersekedudukan dengan Leo. Selama 5 tahun ini saya tahu awak tidak pernah menyerahkan tubuh awak kepada lelaki lain kecuali kepada suami awak yang sah iaitu saya.”
Aku tidak percaya lelaki itu menuturkan bicara itu. Baru sejam lepas dia mencercaku di depan temanitanya. Sejam lepas juga dia menidakkan kandunganku. Sejam lepas dia berjanji dihadapanku untuk mengahwini kekasihnya. Itulah karektornya yang berbeza sejam yang lepas.

NAK TAHU ENDING ? BERI MASA UNTUK AKU TERUS BERKHAYAL SAMBIL MENERUSKAN AKTIVITI LAIN DAN KERJA HAKIKI AKU. 
ADA PENDAPAT BERNAS ? SILA BERI KOMEN UNTUK AKU PERBAIKI LAGI MANUSKRIP AKU INI... AKU TERIMA KOMEN YANG MEMBERI PERANGSANG UNTUKKU ...


Ahad, 30 Ogos 2015

Aira : Bab 4

Hari yang sepatutnya menjadi hari yang bahagia bagi gadis sepertinya menjadi sebaliknya untuk Aira. Tiada pelamin indah menghiasi hari pernikahannya. Tiada inai dijari menjadi saksi perkahwinan. Dia hanya merasa dahinya sejuk dikucup oleh bibir Shawn semasa upacara pernikahan selesai. Hambar. Dia merenung cincin berlian yang dihadiahkan oleh Uncle Ishak untuk majlis perkahwinan itu. Cincin berlian mahal itu tidak mampu memujuk hatinya yang kesedihan itu.
Aira tidur di kamar sendirian. Shawn pula tidur di biliknya sendiri. Itulah kenangan malam perkahwinan yang tidak mungkin dilupakan. Aira sangat sedih kerana Izati tidak pulang menghadiri saat dia bergelar isteri dan selanjutnya sebagai kakak iparnya.
Semua orang tertanya kemana Izati pergi. Uncle Ishak juga mengarahkan orang-orangnya mencari Izati tetapi sia-sia kerana Izati langsung tidak dapat dikesan.
Tini pula kelihatan takut-takut apabila berbicara berkenaan Izati. Aira tidak mempedulikan sangat pasal Tini. Dia hanya memikirkan dirinya. Dia tidak mahu memikirkan orang lain lagi. Dia hanya ingin memikirkan dirinya sahaja. Dirinya yang bernasib malang.
“Papa hadiahkan perbelanjaan honeymoon. Pilihlah ke mana Aira nak pergi...” ujar Uncle Ishak semasa Aira turun makan pagi itu. Wajahnya sedikit ceria apabila secalit lipstik warna merah jambu menghiasi bibirnya. Tini yang beria-ria memaksanya berhias sebegitu. Tini seperti biasa sudah menyiapkan sarapan untuk keluarga itu. Abah dan Umi tersenyum manis menunggu di meja makan. Shawn hanya menjelingnya dengan ekor mata.
Aira hanya menjamah sekeping roti bakar dan secawan jus oren. Tiada lagi minuman teh kegemarannya. Selepas bersarapan Aira meminta diri berlalu ke kamarnya. Dia perasan dengan renungan mata Umi apabila melihat Aira bangun menolak kerusi dan meminta izin ke kamarnya. Shawn hanya menjelingnya sepintas lalu.
“Shawn, abah harap kamu dapat menjaga dan memberi tunjuk ajar sebagai menantu abah. Aira masih anak kecil. Dia masih perlukan bimbingan untuk dia belajar mengenai sebelok kehidupan berumah tangga ,” nasihat abah kepada menantu barunya.
Shawn hanya tersenyum dan mengangguk. Dia mendengar dengan teliti bicara bapa mertua barunya itu.
Selesai di meja makan. Shawn masuk ke biliknya.
Kamar sederhana luas yang menempatkan sebuah katil besar, meja belajar dan sofa itu kelihatan kemas. Mungkin Tini orang gajinya yang mengemas.
Shawn duduk di meja belajarnya. Dia teringat kembali bicara bapa mertuanya.
“ Aku dah jadi suami sekarang ...” hanya itu yang terluah di bibirnya. Terbayang wajah Aira di ruang matanya. Gadis itu sangat kasihan kerana menjadi isterinya. Isteri yang tidak pernah diharapkan kehadirannya. Wajah Aira yang putih kuning itu terbayang jelas di ruang matanya.
Gadis itu terlalu naif untuk menjadi isterinya. Walaupun beza usia mereka hanya 2 tahun tetapi kehadiran gadis itu seakan menggugat kehidupannya.
Di kamar sebelah Aira berdiri di tingkap mengadap ke luar. Bilik itu kini telah menjadi biliknya semenjak kehadirannya di situ. Dia masih menunggu kepulangan Izzati. Banyak perkara yang akan diceritakan kepada temannya itu. Dia tidak mahu sahabatnya itu bersalah sangka kerana dalam masa dua hari ini dia telah bertukar status menjadi kakak ipar sahabatnya itu. Aira tidak selesa dengan status dirinya itu. Isteri kepada lelaki yang dia tidak cintai. Status yang dicanangkan akan dipegang bersama lelaki yang dicintainya iaitu Izlan. Terasa dadanya ngilu mengenangkan Izlan.
Aira meraba dadanya. Adakah hatinya masih perlu menyimpan perasaan cinta yang telah jauh dari matanya.
Aira melihat sahaja cek yang masih kosong di depannya itu. Cek itu atas nama Aira Asheqeen Bt Mohd Zakaria. Itulah nama penuh Aira.Aira tidak berminat dengan cek itu. Hatinya masih lagi celaru dengan peristiwa yang menimpanya. Fikirannya kusut. Dia tidak menyangka dia di duga sebegini.

Perbincangan selepas itu dengan Shawn hanya dipersetujui oleh Shawn sahaja. Aira menurut sahaja apabila Shawn mengesyorkan mereka bebulan madu ke Bali. Aira tidak mengiakan atau membantah pilihan Shawn. Dia hanya perlu menenangkan diri dan berfikiran positif. Dia kini tidak lagi hidup bersendirian. Dia juga tidak lagi boleh mengharapkan orang tuanya untuk membantu dia kali ini. Kini dia adalah milik lelaki yang tidak dia impikan untuk menjadi suaminya.
Aira tidak peduli sama ada Shawn seorang lelaki yang baik atau bertanggungjawab ataupun tidak. Dia tahu Shawn masih belajar di kolej dan dia tidak berminat untuk mengetahui kursus apa yang diambil atau dipelajarinya. Aira kini dengan dunianya sendiri.
Selepas abah dan umi balik, hanya tinggal mereka bertiga di rumah itu sementara menunggu hari untuk berangkat ke Bali. Tini, Shawn dan Aira sahaja di rumah itu. Shawn masih leka dengan rutin sebelum ini. Dia jarang lekat di rumah. Pagi tadi Aira menjadi mangsa amarahnya hanya kerana kopi yang dibancuh oleh Aira tidak mengikut citarasanya.
Pijar tangannya menahan panas air kopi yang disimbah oleh Shawn ke tangannya. Aira menangis diperlakukan seperti itu.
“ Aku benci perempuan yang manja. Sikit-sikit menangis..!” tengking Shawn sebelum berlalu sambil menendang kerusi. Hatinya jengkel melihat Aira mengalir air mata menahan kepanasan air kopi yang terkena tangannya.
“ Astaga Cik Aira. Kenapa jadi macam ni...” Tini segera mengambil ais batu dan mendemah tangan Aira. Dia juga menyapu krim untuk meredakan tangan Aira yang kelihatan merah.
“Kenapalah Encik Shawn kejam macam ni. Kesian kat Cik Aira...” rungut Tini sambil tangannya lincah menyapu losyen ke tangan Aira.
Aira hanya mampu menangis sahaja dengan keadaan itu.
Rupanya keadaan itu tidak berakhir di situ sahaja. Shawn muncul di dapur dan terus menarik tangan Aira. Terjerit Aira dengan tindakan Shawn. Tini pula hanya kaku tidak berani menolong.
Aira diheret masuk ke bilik tidur Shawn. Aira ingin membantah tetapi dia tidak berani kerana Shawn menjadi ganas dan liar. Batang tubuh Aira yang kecil molek di humban ke atas katil . Aira menggigil apabila Shawn menutup pintu dan menguncinya dari dalam.
“ Kau bini aku. Kau kena layan aku selayaknya..!” Suara Shawn memberi arahan. Aira tidak dapat berfikir apakah yang akan berlaku seterusnya. Dia benar takut-takut. Tubuhnya mengigil dan dia  hanya menyerah sahaja.
“Kau sengaja memerangkap aku kan...!” Tengking Shawn lagi. Dia mencengkam muka Aira tanpa belas kasihan. Aira terkapar-kapar mengelak mukanya yang sakit dicengkam oleh Shawn.
“ Kerana kau temanita aku Yuki lari. Sebab kau Yuki tinggalkan aku..” tuduh Shawn lagi. Aira tidak dapat menahan perasaannya. Hanya airmata yang mengalir menahan kepedihan dihati. Dia hanya mampu menafikan di dalam hatinya sahaja. Tuduhan Shawn tidak berasas. Dia tidak mengenali siapa Yuki. Dia juga tidak ingin mengenali Yuki. Mungkinkah Yuki adalah perempuan Jepun yang pernah diceritakan oleh Izati.

Aira hanya menerima sahaja perbuatan Shawn. Selepas puas menyiksanya Shawn meninggalkannya terdampar di tepi katil.
Peristiwa itu terus bersambung dengan lebih sadis lagi.
Semasa dia berangkat ke Bali dengan Shawn diiringi oleh Tini dengan linangan airmata.
“ Zati balik nanti kirim salam ya Tini..” pinta Aira sambil bersalaman dengan Tini. Pembantu yang baik hati itu memeluknya dengan erat dan meminta Aira mengikut sahaja kata-kata Shawn. Jangan membantah cakap suami. Pesan Tini berkali-kali. Aira tidak pasti adakah ada makna lain disebalik pesanan yang kelihatan sangat formal itu.
Penerbangan tiga jam dari Kuala Lumpur merehatkan Aira sepanjang perjalanan itu. Dia hanya terjaga apabila kapal terbang mereka mendarat di Den Pasar, Bali. Aira hanya mengikut sahaja arahan Shawn kemana harus dituju. Shawn kelihatan sangat biasa dengan tempat itu. Shawn kemudian membawanya menaiki bot menuju ke sebuah Pulau dan dia hanya mendengar pemandu bot itu menyebut ‘ Pantai Amed’. Aira mabuk laut teruk juga. Shawn mendegus marah apabila Aira tidak boleh berjalan dan enggan turun dari bot. Akhirnya Shawn terpaksa mendokongnya dan dia membiarkan sahaja Shawn membawa dirinya mengikut arah kaki Shawn.
Aira masih ingat sepanjang berada di Pulau itu dia rasa bagaikan pintu neraka terbuka untuknya.
Shawn hanya menjadikannya tempat dia melepaskan kemarahan.  Shawn akan menghilangkan diri dan kemudian apabila dia muncul Shawn akan memperkosa dirinya. Itulah istilah yang lebih sesuai untuknya kerana layanan Shawn yang sangat teruk terhadapnnya. Niat  Shawn membawanya ‘honeymoon’ ke pulau hanya sebagai tempat untuk melepaskan amarahnya. Dia dicerca dan dipukul oleh Shawn. Shawn juga membiarkannya kelaparan apabila tidak menyediakan makanan untuknya. Dia hanya mampu menangis apabila sepak terajang Shawn hinggap di tubuhnya. Dia masih ingat, dia pengsan apabila Shawn mengetuk kepalanya dengan pasu. Apabila dia sedar seorang doktor merawatinya tetapi nasibnya tetap malang kerana doktor itu adalah doktor yang diupah oleh Shawn.  Shawn juga mengugutnya agar tidak menceritakan masalahnya kepada orang lain lagi.
Bagaimana dia hendak bercerita kepada orang lain sedangkan dirinya hanya bersama Shawn di Pulau itu. Sikap Shawn kepadanya sukar di duga. Adakalanya Shawn melayaninya dengan baik dan penuh kelembutan tetapi sekelip mata dia boleh berubah menjadi seorang yang perengus dan pendera.
Seminggu selepas itu Shawn melayaninya dengan baik. Shawn memandikannya. Menyuap makanan kepadanya dan memakaikan pakaian kepadanya.
Selama dua minggu bercuti di Pulau Bali kononnya berbulan madu tetapi ianya merupakan saat yang menyakitkan hidup Aira.

Selasa, 10 Mac 2015

Aira : Bab 2

Aira menyumbat beberapa helai pakaian ke dalam beg sandangnya. Dia merenung tiket bas yang telah dibeli petang semalam. Tiket itu diletakkan kembali ke celah poket beg yang berzip. Aira meletakkan begnya yang sudah dipersiapkan ke tepi katil. Dia kemudian duduk dan berbaring di katilnya.
Kalaulah tidak kerana lelaki itu dia tidak akan mengambil tindakan ini. Senarnya sukar untuk dia membuat percaturan ini. Tetapi setiap kali dia memikirkan peristiwa itu hatinya menjadi sakit. Dia akan menangis dan menangis apabila memikirkannya. Benci. Benci...! Lelaki itu mengkhianati cintaku.
Aira teringat cincin permata biru yang kerap berada di jarinya sebelum ini tetapi telah ditanggalkannya. Dia tidak perlu lagi terhegeh-hegeh memakai cincin itu. Usia pertunangannya pun masih baru. Belum pun sampai tiga bulan. Dia bertunang dua bulan sebelum peperiksaan SPM. Kini dia baru dua minggu melepasi peperiksaan itu. Syukurlah kerana peperiksaan itu dapat dilaluinya dengan jayanya. Kerana ketika itu hatinya sedang berbahagia. Dia belum dilukai seperti ini.
Aira memusingkan badannya ke kiri. Seketika iti juga wajah tunangnya datang menghimpit perasaannya. Benci. Itu sahaja yang ada di hatinya kini. Sebelum ini dialah wanita yang paling bahagia. Cinta yang dipupuk semenjak dia tingkatan tiga diteruskan dengan ikatan pertunangan di saat dia hampir menjalani peperiksaan SPM menjadi pembakar semangat untuknya menghadapi peperiksaan. Abah dan umi juga hanya mampu bersetuju apabila tunangannya datang mengkhabarkan untuk mengikat tali pertunangan sebelum dia berangkat ke luar negeri. Aira berjaya memujuk umi dan ayah agar menerima pinangan Izlan. Dia bahagia dengan pertunangan itu. Keluarganya juga seakan menyokong pertunangan itu.
Itu kisah sebelum dia menghadapi peperiksaan SPM. Kini setelah dua minggu peperiksaan itu berlalu, dia di duga. Kemunculan tunangnya dengan khabar yang tergesa-gesa mengheret perasaanya dan melakar duka dihatinya.
“ Along tak setuju kita berkahwin sekarang. Along masih muda..” bantahnya tegas.
“ Abang nak bawa along bersama abang ke luar negeri. Temankan abang di sana. Kita kahwin..”
“ Abang... masih terlalu awal. Along masih muda untuk menggalas tugas sebagai isteri”
“Abang ada. Kita sama-sama berusaha membentuk keluarga kita. Kita kahwin ya sayang..”Pujuk Izlan. Izlan terus merayu. Aira mendegus. Desakan Izlan menyesakkan fikirannya. Dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dalam usia semuda ini. Apabila ditanya kepada ayah dan umi mereka juga tidak menyokongnya. Anak gadis mereka masih berhingus. Itu alasan umi.
“Along tidak ingin berkahwin dengan abang sekarang..” tegas Aira. Tapi ketegasan bicaranya itu membuat Izlan marah. Izlan memberontak.
Aira menjadi binggung. Perbincangan itu berakhir dengan perkelahian yang sengit dan saling tuduh menuduh. Niat yang ikhlas bertukar menjadi cercaan. Akhirnya kedua-duanya terluka.
Aira menangis tersedu-sedu. Izlan terlalu mendesak. Aira bosan dengan desakan itu. Cintanya bukan kerana nafsu semata-mata. Izlan dengan pendiriannya.
“Begini ajelah, kalau abang hendak sangat berkahwin sebelum ke luar negeri kahwinlah, Tapi bukan dengan Along. Muktamad  ..” Aira meninggalkan Izlan dengan tangisan yang berderaian. Dia bukan boneka cinta. Dia perlukan dunianya dan dirinya...
Rupanya Izlan menyahut cabaran itu.
Khabar yang di bawa oleh Melia teman sekelas melukakan hatinya.
“Betul Aira. Aku bukan sengaja nak buat fitnah atau bergosip sahaja. Mata aku sendiri melihat abang kau dengan perempuan lain kat kedai emas tu,” cerita Melia bersungguh-sungguh.
“Ya, Aira. Aku juga nampak dia belikan perempuan itu cincin dan kalung emas. Mustahil untuk kau sebab perempuan tu dengan kau berbeza saiznya...” sambung Izzati pula.
“Biarlah, mungkin dia hendak mencuba saiz cincin aje kot.” Jawab Aira acuh tak acuh. Namun disudut hatinya berkocak keruh. Betulkah apa yang dikhabarkan oleh teman-temannya ini.
Aira cuba menghubungi Izlan tetapi talian telefon Izlan sukar untuk dihubungi. Aira memandang sepi telefon di depannya kaku. Fikirannya kusut. Benar-benar kusut. Adakah Izlan mengotakan permintaan Aira agar mencari gadis lain sekiranya Izlan ingin segera berkahwin.
Aira cuba menghubungi rumah ibu saudaranya iaitu bonda Izlan.
“Auntie tak masuk campur urusan Along dengan Izzi. Autie faham Along tak nak kahwin awal sebab Along masih muda. Dah berbuih mulut auntie cakap dengan Izzi tapi dia berkeras nak kahwin juga dengan along sebelum ke luar negeri. Dia nak bawa along ke sana juga..” jelas Auntie Maria  melalui telefon.
“Auntie, along belum bersedia untuk berkahwin. Along baru sahaja habis peperiksaan. Belum tahu keputusan macam mana. Along juga nak sambung pelajaran. Along tak boleh buat dua tugas sekali gus. Along tak reti nak jadi isteri dan belajar dalam waktu yang sama.” Rintih Aira meminta simpati.
“ Sabarlah along . Auntie sendiri pun tak faham kenapa Izzi nak kahwin sangat sebelum ke sana. Dia dah cerita pun auntie tak berapa nampak tujuan sebenarnya . Dia di sana empat ke lima tahun sahaja. Katanya dia takut along berubah hati semasa ketiadaanya nanti,” sambung ibu saudaranya itu lagi. Aira menggaru kepalanya tidak faham dengan kenyataan Izlan. Kenapa dia beria-ria sangat hendak berkahwin. Belajar pun belum tamat lagi. Kerja pun masih jauh lagi. Memanglah kedua orang tuanya mampu untuk membiayai pelajaran dan menanggung kehidupan mereka tetapi sampai bila harus mengaharapkan orang tuannya.
“ Duit orang tua abang mampu untuk menanggung kita berdua. Lagipun hanya abang sahaja anak tunggal mereka. Daddy dan mummy juga dah berjanji akan serahkan semua harta kepada abang nanti bila kita dah kahwin.” Singkat betul penerimaan Izlan. Dia langsung tidak mahu menerima pendapat orang lain . Apalah yang ada difikiran dia. Kahwin ! Kahwin! Kahwin! Itu sahaja yang difikirkan. Aira benar-benar tersepit.
Pendapat abah dan umi juga tidak seiring. Abah bersetuju dengan pendapat Izlan untuk berkahwin awal. Umi pula dipihak Aira yang masih menganggap anak gadisnya itu masih tidak layak menjadi seorang isteri. Aira akui dia tidak pandai memasak. Jarang berkemas rumah. Tidak pandai berkomunikasi. Sebagai kakak sulung kepada dua orang adik lelaki dia tidak dapat membawa dirinya sebagai anak gadis yang bercita-cita menjadi seorang isteri kepada rumah tangga.
“Along betul tak boleh nak jadi isteri abang buat masa ni...” rayu Aira sambil memandang Izlan. Tunangnya itu tersandar di kerusi kereta sambil berpaling ke arah lain. Wajahnya keruh. Aira tidak tahu apa yang difikirannya. Apa yang pasti kalut di fikirannya tidak sama dengan kekalutan difikiran Aira. Aira langsung tidak faham permainan apakah yang sedang Izlan aturkan.  Kenapa dia mendesak Aira untuk mengahwininya sedangkan dia menyedari Aira belum bersedia. Aira masih anak kecil. Itu kata Izlan sendiri semasa memberitahu melamarnya untuk mengikat tali pertunangan.
“Abang tak mahu anak kecil yang abang jaga dari kecil ini di sambar orang lain. Kita bertunang dulu ya sayang,” pinta Izlan semasa pertemuan tiga bulan lepas. Semuanya tanpa perbincangan yang panjang , Auntie Maria dan Uncle Didie datang ke rumah semasa abah dan umi sedang berbual bersama dengan jiran-jiran untuk membuat kenduri doa selamat untuk Aira menjalani peperiksaan. Abah dan umi menyambut kedatangan rombongan mereka seramai lima orang itu dengan perasaan pelik dan kejutan. Aira juga tidak dikhabarkan lebih awal oleh Izlan tentang rombongan itu. Mulanya Abah menyangka rombongan itu adalah kedatangan saudara mara yang jauh. Sebenarnya Uncle Didie adalah adik abah tetapi mereka menetap di Brunei. Perhubungan mereka juga agak rapat tetapi semasa Uncle Didie memberitahu hendak datang untuk melawat membawa hajat kerana sudah lama tidak berkumpul bersama keluarga , abah menyambut salam itu dengan ketawa ceria. “Eloklah kau datang Didie, abang Mat nak buat kenduri doa selamat untuk along sempena dia nak menghadapi peperiksaan,” beritahu abah semasa berbual dengan adiknya melalui telefon dua hari sebelum itu.Uncle Didie juga seperti Izlan suka membuat kejutan.
“Tak mengapalah. Hajat anak-anak, orang tua kena turutkan. Nanti merajuk. Aku ada sorang aje anak lelaki tu Abang Mat. “ beritahu Uncle Didie setelah memberitahu hajat mereka. Abah terkedu dan tersandar di kerusi. Mulanya dia tidak berapa faham sehinggalah Auntie Maria mengeluarkan Cincin tanda.
Keadaan masa itu menjadi kelam kabut juga kerana tiada persiapan langsung untuk majlis itu. Mujurlah semasa majlis itu Aira sudah siap memakai baju kurung. Lagipun dia juga menunggu kedatangan keluarga Izlan.
Apabila abah memanggil dan bertanya pasal kedatangan rombongan Izlan, wajah Aira pucat. Sekiranya dia ada sakit jantung pasti dia sudah jatuh pengsan di situ.
Namun dari kejutan itulah mereka akhirnya bertunang.
Itu cerita sebelum peperiksaan SPM Aira.
Kini kejutan baru dilakukan oleh Izlan. Dia meminta untuk segera mengahwini Aira.
“Along sayangkan abang tak?” Aduh, Aira bingung dengan pertanyaan Izlan . Sudah berbuih mulut Aira menjawab dan menuturkan ayat itu.
“Along sangat sayangkan abang. Dari dulu sehingga kini sayang di hati Along tidak pernah berubah ,” jawab Aira yakin. Dia merenung wajah Izlan mengharapkan agar tunanganya itu memahami gelodak hatinya.
“Abang juga sangat sayangkan Along. Sebab itu abang ajak Aira kahwin sebelum abang pergi ke Australia. Abang nak bawa Along ke sana.” Balas Izlan dan meraih tangan Aira.
Aira sudah berkali-kali diberitahu tujuan Izlan mengahwininya secepat mungkin itu.
“Abang, Aira ni muda sangat lagi. Belum pun menyambut hari lahir ke-17 tahun. Periksa pun baru habis entah lulus atau tidak. Aira nak sambung belajar dulu. Target Aira nak kahwin selepas usia 21 tahun dengan abang.”
“Along jangan risau, abang boleh tanggung Along. Lepas kahwin pun boleh belajar. Abang nak Along sentiasa di sisi abang. Abang tak boleh hidup tanpa along di depan mata abang.” Pujuk Izlan lagi. Aira rasa nak menangis dengan situasi itu. Dia tak mahu kahwin. Dia sangat cintakan Izlan tapi dia tidak mahu kahwin sekarang. Dia ingin belajar lagi.
“ Abang, boleh tak kita kahwin selapas abang habis belajar. Tak lama Along rasa lima tahun tu. Along boleh tunggu abang. Bolehkan abang..!” Rayu Aira pula.
“Susahlah Along ni nak faham jiwa abang...!” Tiba-tiba suara Izlan melengking marah. Meninggi. Aira terkejut juga dengan suara Izlan yang  kasar itu.Pertama kalinya Izlan  marah. Wajahnya yang keputihan itu kelihatan merah bagaikan menahan bara api di dadanya.
“Abang...! Kenapa tengking Along ?”
“Along tak nak fahami abang. Along tak sayangkan abang. Abang yakin along tak sayangkan abang. Kalau abang tak masuk meminang dengan mengejut hari tu, Along tak terima abang pun !” Tuduh Izlan tiba-tiba. Wajahnya merah kerana menahan gelodak hati yang membara. Wajahnya yang putih kelihatan seperti udang bakar. Aira panik juga dengan keadaan Izlan yang tiba-tiba bengis itu. Hatinya juga sedih denga tuduhan Izlan itu.
Aira cuba menarik tombol pintu kereta tetapi Izlan lebih pantas menahannya. Tangan Aira ditarik kasar.
“Aduh ! Kenapa abang jadi kasar macam ni?” Suara Aira hampir menangis. Dia tidak menyangka Izlan berubah sikap tiba-tiba.
“ Maafkan abang. Abang sayangkan Along. Jangan buat abang macam ni,” Rayu Izlan pula dan sepantas kilat dia tiba-tiba memeluk tubuh Aira. Aira menjadi panik. Selama ini dia tidak pernah diperlakukan sebegitu oleh Izlan.  Selama ini mereka amat menjaga batas-batas pergaulan. Dada Aira berdebar. Aira juga dapat mendengar degupan jantung Izlan yang berlari laju. Pelukan Izlan amat erat sehingga Aira rasa sukar bernafas. Aira cuba meronta diri. Dia tidak sanggup diperlakukan sebegitu oleh tunangnya sendiri. Aira hampir menangis.
“Jangan abang...!” tepis Aira apabila Izlan mula semakin liar. Ada yang ketiga diantara mereka yang telah merasuk hati Izlan.
“Jangan abang. Jangan buat Along macam ni.” Rayu Aira lagi. Dia cuba menolak bibir Izlan yang mencumbui lehernya. Rayuan Aira tidak dipedulikan oleh Izlan. Aira bertambah panik apabila Izlan merebahkan seat tempat duduk Aira. Izlan bukan lagi lelaki yang  budiman. Dia terus mencumbui Aira sehinggakan Aira tidak dapat lagi menahan dirinya.
Aira meronta sekuat hati dan menolak tubuh Izlan sehingga pelukan lelaki itu terlepas. Aira menangis tersedu-sedu apabila diperlakukan oleh tunang yang dipercayainya.
“Abang nak menodai along sebelum abang ambil cara sah ke?” Jerit Aira dengan air mata yang bercucuran.
“Abang tipu along. Abang bukan ikhlas menyintai along. Cinta abang berlandaskan nafsu semata-mata. Abang tipu Aira. Along tak akan kahwin dengan abang...!” Sesak dada Aira menghadapi situasi yang tidak disangkakan itu. Selama ini dia menyangka percintaan mereka adalah tulus dan ikhlas tetapi ternyata dia silap. Aira pantas membuka pintu kereta dan berlari keluar. Izlan tidak sempat menghalangnya keluar. Aira berlari selajunya ke tebing sungai. Dia rasa sedih dan malu sangat dengan tindakan Izlan. Tiada lagi lelaki budiman yang menyintai dia sepenuh hatinya. Aira terduduk di tebing sungai itu.  Malunya dia untuk menghadapi orang lain kerana perbuatan tunangnya.
“Along...! Maafkan abang..!” Suara Izlan dibelakangnya mengecutkan hati Aira. Dia berpaling ke arah Izlan yang kelihatan kusut masai.
“ Abang sangat sayangkan Along. Abang tidak boleh tahan lagi. Abang mesti kahwin dengan along...” Izlan semakin menghampiri. Aira mengundur diri ke belakang.
“Jangan dekat dengan Along. Along benci abang...!” tempik Aira seperti orang gila. Kakinya semakin menghampiri gigi air.  Izlan menghulurkan tangan hendak menahannya.
“Jangan macam tu sayang. Maafkan abang sebab terburu-buru tadi. Abang sangat cintakan sayang sebab abang jadi begitu...” rayu Izlan berterusan.
“Tidak... ! Abang tak sayangkan along. Abang nak menodai along tadi. Along tak boleh terima. Abang sengaja hancurkan kepercayaan along kepada abang...” Aira terduduk di gigi air. Izlan duduk bertinggung di depannya cuba memujuknya.
“Okey ! Abang minta maaf. Abang terburu-buru. Abang tahu abang silap. Sayang tenang dulu. Kita bincangkan lain kali. Dah maghrib ni. Jom abang hantarkan balik. Nanti abah dan umi tertunggu pula.” Pujuk Izlan lagi. Aira menggeleng kepala. Dia takut dengan Izlan.
“Dah maghrib ni sayang. Tak elok berada di luar kat tepi sungai macam ni. Jom abang hantar balik,” Izlan berusaha memujuk lagi. Dia juga menyesal dengan perbuatannya tadi. Dia tidak faham kenapa dia sendiri menjadi tidak waras tadi. Aira mengesat air mata. Ketika itu azan maghrib kedengaran dari masjid berdekatan. Dia memandang Izlan. Dia kemudian liar memandang sekeliling. Tiada sesiapa lagi di tepi sungai itu kecuali dia dan Izlan sahaja. Jalan besar dari sungai itu juga agak jauh.  Untuk mendapat kenderaan balik di waktu begini juga amat sukar. Sekiranya dia balik berjalan kaki entah pukul berapa dia akan sampai ke rumah. Akhirnya dia terpaksa balik dengan Izlan juga.
“Abang jangan buat along macam tadi. Along tak suka,” ujar Aira sambil mengesat air matanya. Izlan tersenyum dan menghulur ke dua belah tangannya. Aira menggeleng kepala. Dia kemudian berjalan mendahului tunangnya. Izlan mengalah dan membontotinya dari belakang.
Di atas kereta Aira diam membisu. Izlan cuba berbual dengan Aira tetapi Aira tetap membisukan dirinya.
“Sayang, kita kena berhenti solat maghrib di masjid kat sini dulu. Kalau abang hantar sayang balik dulu kita akan terlepas solat maghrib...” tutur Izlan sambil tenang memandu. Aira memandang jam di dash board kereta. Dia kemudian mengangguk.
Mereka singgah solat maghrib di masjid Ketereh. Semasa solat hati Aira berasa tenang seketika. Lama juga dia berteleku di dalam masjid itu. Kebetulan waktu itu ramai jemaah sedang mendengar kuliah agama. Selesai berdoa Aira terus ke kereta. Izlan masih belum muncul. Hampir 15 minit kemudian barulah Izlan muncul dari dalam masjid. Mereka terus masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan itu.
“Kita singgah makan dulu ya,” Suara Izlan lembut memujuk.
“ Along tak lapar. Along nak balik...” jawab Aira dengan suara yang lesu. Fikirannya sedikit tenang selepas solat tadi. Izlan pula cuba berlagak biasa. Dia tenang memandu. Dia cuba berbual dengan Aira tetapi gadis itu enggan menjawab persoalan yang diajukan. Izlan akhirnya membiarkan sahaja Aira melayan fikirannya apabila dia melihat Aira melentokkan kepalanya tidur. Dia tidak pasti samada Aira terlelap atau sengaja memejam mata.
Aira perasan Izlan memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia membiarkan Aira di dalam kereta dan  masuk ke sebuah restoran.Setengah jam selepas itu, Izlan muncul dari restoran itu sambil menjinjing beg palstik berisi makanan.  Kemudian perjalanan mereka diteruskan.
Aira benar-benar terlena sepanjang perjalanan itu. Ketika mereka sampai ke rumah Aira masih lagi lena. Izlan merenung wajah gadis manis disebelahnya. Dia tidak faham kenapa gadis kesayangannya ini menolak untuk bernikah dengannya sedangkan itulah cita-cita dan impian mereka bersama. Adakah dia terlalu terburu-buru. Dia sedar usia Aira terlalu muda untuk menggalas bahu sebagai isteri. Tetapi dia tidak sanggup meninggalkan Aira sendirian di tanah air. Dia ingin selalu disampingnya. Cintanya kepada Aira tidak berbelah bahagi. Dia ingin Aira selalu di depan matanya.  Izlan mengeluh kesal. Kenapa gadis kesayangannya ini sukar untuk memahami gelodak hatinya.
“Bangunlah sayang dah sampai ni,” Izlan lembut mengejutkan Aira. Dia menepuk perlahan bahu Aira. Aira terpisat-pisat bangun. Dia seakan bermimpi melihat dia berada di dalam kereta bersama Izlan.
Aira membuka pintu kereta perlahan-lahan. Dia mencapai beg sandangnya yang diletakkan di tempat duduk belakang. Izlan tiba-tiba memegang tangannya.
“Sayang, abang minta maaf pasal tadi. Tapi abang harap sayang fikirkan permintaan abang tu. I love you..” Aira terkedu juga dengan suara Izlan yang romantis memujuknya itu. Aira berpaling seketika tetapi kemudian dia cepat-cepat keluar dari kereta.
Ketika Aira hendak membuka pintu rumah, umi sudah menunggunya  membuka daun pintu. Umi merenungnya tajam penuh persoalan.
“Maafkan Along terlewat balik,” ujar Aira sambil menghulurkan tangannya kepada Umi. Umi menggeleng kepala. Umi tidaklah rungsing sangat Aira lewat pulang kerana dia tahu Aira berada bersama siapa tetapi tidak manis rasanya membiarkan anak gadisnya lewat pulang bersama seorang lelaki biarpun bersama tunangnya.
“Umi, maaf lewat...” beritahu Izlan pula .
“Yalah, dah lewat ni..” Jawab Umi sambil mngunci pintu rumah. Aira terus ke biliknya. Begitu juga dengan Izlan yang berkongsi bilik dengan Zaini adik Aira. Mereka terus masuk ke bilik masing-masing.
Aira terus mandi menyucikan diri. Dia tidak berlamaan di bilik air kerana hendak solat Isyak dan berehat. Fikirannya masih sakit mengenangkan peristiwa tadi. Perutnya juga berkeroncong. Selesai solat dia keluar ke dapur. Aira membuka peti sejuk dan mengeluarkan air kosong yang sentiasa umi letakkan di dalam peti. Aira membawa cawan berisi air kosong ke meja dan menarik kerusi lalu duduk. Dia menengguk minuman itu dengan perlahan. Fikirannya masih tertumpu kepada bicara dengan Izlan tadi.
Ketenangan itu terganggu apabila melihat kemunculan Izlan di pintu yang memisahkan ruang dapur dengan ruang depan. Izlan tersenyum kepadanya.
“Sayang, jom temankan abang makan. Tadi abang ada beli mee goreng kegemaran sayang..” ajak Izlan sambil membuka penutup saji. Aira rasa jengkel dengan kehadiran Izlan. Dia ingin melangkah keluar dari bilik dapur tapi tidak jadi apabila Zaini muncul sambil tersengih-sengih menuju ke sinki. Aira tidak faham kenapa Zaini juga masuk ke dapur waktu itu.
“Abang Izzi beli mee goreng tafu... Sedapnya ...!” seru Zaini sambil menarik kerusi lalu duduk.
“ Jom... abang dah beli sorang satu. Untuk along, untuk Zaini dan untuk abang.  Along tolong ambil pinggan dan sudu ,” arah Izlan sambil tersenyum. Aira terpaksa bangun dan berlakon di depan Zaini. Dia tidak mahu adiknya perasan krisis di antara dia dengan Izlan. Dan tunangnya itu sememangnya seorang yang pandai mengambil kesempatan atas suasana itu meredakan dengan melibatkan orang lain.
Aira meletakkan tiga biji pinggan dan menyusun gelas kosong serta sudu garpu ke dalam pinggan. Aira juga terliur dengan mee kongfu tersebut. Dia sememangnya tidak tertahan melihat mee kongfu itu apabila melihat kuahnya yang enak membanjiri pinggan di depan Zaini. Izlan juga menolong menuang bungkusan mee milik Aira dan apa yang pasti tunangnya amat perihatin dengan seleranya. Dia kalah kepada mee kongfu itu. Mereka bertiga menikmati hidangan itu dengan berselera. Aira seakan melupakan peristiwa petang tadi. Izlan pula melayaninya seperti biasa. Zaini juga tidak putus mengusik kakak dan sepupu merangkap bakal abang iparnya.
Malam itu Aira tidur dengan lena. Dia cuba melupakan dan meletakkan ke tepi persoalan semalam.
 Dia juga berharap bila bangkitnya nanti masalah yang membelenggu dirinya akan selesai.Dia tahu dihatinya masih menyayangi Izlan. Dia juga tahu Izlan sangat menyayanginya. Tetapi dia tidak boleh terima Izlan sebagai suaminya sekarang. Tidak boleh sama sekali. Dia terlalu muda untuk menggalas tanggungjawab sebagi isteri. Maafkan Along abang...

Pagi itu Aira bangkit dengan satu harapan agar semua kedukaan semalam berlalu di bawa pergi bayu pagi. Aira seperti biasa akan bangkit awal dan seterusnya berkumpul bersama keluarga solat subuh diimamkan oleh abah ataupun Zaini. Pagi itu juga Aira sempat membantu Umi di dapur memasak nasi lemak selepas solat subuh berjemaah.
Selepas sarapan dan abah telah keluar bekerja, Aira keluar ke halaman rumah sambil menyiram pokok bunga yang ditanam oleh umi. Izlan pula mengambil kesempatan pagi itu mencuci keretanya. Aira perasan Izlan asyik mencuri menjelingnya dari belakang. Aira tidak mempedulikan pandangan dan renungan Izlan. Dia leka dengan bermain dengan rama-rama dan pepatung yang suka bermain di hujung air pancutan siramannya.
“ Sayang, abang nak balik pagi ni. Abang perlu uruskan beberapa perkara lagi sebelum abang berangkat keluar negeri. Abang harap sayang fikirkanlah permintaan abang ya...”
Suara Izlan yang berdiri di sampingnya ketika Aira leka membelek kelopak mawar berwarna pink yang ditanam umi. Aira hanya diam. Dia masih tiada modal untuk membalas bicara Izlan.
“Abang nak sayang tau, abang sangat sayangkan along.” Tutur Izlan tanpa jemu. Aira termenung seketika mendengar bicara Izlan.
“ Abang..! Along minta maaf. Along tak boleh berkahwin dengan abang dalam waktu terdekat ini...”
“Along tak sayang abang ke?”
“Sayang...”
“Habis tu kenapa tak mahu kahwin dengan abang sekarang ? “
“Along ni muda sangat bang. Terlalu muda untuk berkahwin.”
“Abang tak boleh tenang selagi tak kahwin sayang..”
“ Berapa kali along nak ulang. Along tak nak kahwin sekarang. Kalau abang gatal sangat nak kahwin sekarang, abang kahwin ajelah dengan perempuan lain. Lepas tu bawaklah perempuan tu keluar negeri,” hambur Aira geram.
“Sayang..! Kenapa cakap begitu. Abang nak kahwin dengan sayang bukan dengan orang lain,”
“Cukup..!Cukup.. ! Along tak nak kahwin sekarang. Abang kahwin ajelah dengan perempuan lain..” suara Aira meninggi dan dia terus berlari meninggalkan Izlan berdiri di halaman itu. Izlan terkedu dengan tindakan Aira. Dia mengeluh kesal. Kenapalah sukarnya hendak memujuk tunangnya ini. Mungkinkah sebab usia muda sangat maka tunangnya enggan berkahwin. Izlan juga masuk ke dalam rumah.
Aira berdiri di tingkap rumah dengan wajah yang mencerut masam. Tidak puas hatilah tu. Beberapa minit selepas itu dia melihat Izlan turun dari rumah sambil menjinjing begnya. Dia meletakkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta dan berlalu tanpa mengucapkan selamat tinggal seperti biasa. Aira hanya memerhati pemergian tunangnya dengan wajah muram.
Aira kembali ke katilnya dan menyembabkan mukanya ke bantal. Dia amat tidak berpuas hati dengan tindakan Izlan.
Seminggu selepas itu Aira hampir pengsan ababila mendapat tahu Izlan mengahwini seorang wanita lain sebelum berangkat ke luar negeri. Berita itu disampaikan oleh adiknya Zaini sendiri yang menunjukkan foto perkahwinan Izlan dengan seorang perempuan lain. Betapa remuknya hati Aira disaat itu. Menyesalkah dia kerana menolak permintaan Izlan untuk menikahinya.
Aira menerima kesan yang teruk akibat dari peristiwa itu. Aira ditinggalkan terkontang kanting. Tanpa perkhabaran tanpa berita yang sepatutnya. Aira menangis dan terus menangis.
Aira nekad. Dia telah mendapat persetujuan dari Abah dan umi untuk mengikuti Izati.  Mujurlah Umi memahami jiwanya. Pesanan umi disimpan teguh di hatinya. Dia perlu keluar dari kepompong ini.
“ Bawa diri di rantauan tu jaga diri dan batas-batasan ya nak. Ingat kita ada maruah dan agama. Jangan tinggalkan solat...” pesanan umi semasa dia bersembang petang tadi tersimpan kukuh di hatinya. Abah yang membelikan tiketnya untuk ke ibu kota.
“Dah siap berkemas?” seorang gadis sebayanya muncul sambil membelit tuala di kepalanya. Dia mengelap rambutnya yang basah. Izati mengambil pakaian tidurnya dan memakainya di situ. Dia kemudian meneruskan mengeringkan rambutnya dengan tuala.
“Dah, aku bawak sikit aje baju..” jawab Aira sambil memuncungkan mulutnya ke arah beg pakaian di hujung katil.
“Tak payah bawak banyak baju. Baju aku pun banyak kat sana.  Kita beli ajelah baju baru,” balas Izati sambil duduk menghenyak tubuhnya ke katil. Aira mengangguk.

“Aira, lupakan kisah yang dah lepas tu. Kita pergi KL. Kita buka episode cerita baru. Kau jadi Aira yang baru...” cetus Izati memberi semangat. Gadis muda itu amat simpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu. Sebelum ini dia amat gembira apabila mendengar khabar sahabatnya itu bertunang dengan lelaki yang dicintainya. Izati jugalah yang menjadi pengapitnya semasa Aira bertunang.

Kasi Laju Sket..