Sabtu, 7 September 2019

Sketsa Terundur ke Garapan Silam..

Teringat zaman aku remaja purba dulu2, aku banyak simpan gambar ex.. waktu itu tiada FB, tiada Insta untuk upload. Waktu itu juga sms belum wujud. Kalau nak berhubung guna surat dan telefon pun hanya public phone. Takde duit syiling tak sah. Dan berebut telefon awam juga tak sah. Kolej tempat aku belajar dulu setiap blok ada satu public phone. Untuk penuntut seramai lebih kurang 500 orang lebih dengan 5 public phone, cop beratur dan berebut adalah perkara biasa. Bergayut sehingga lewat malam sudah jadi rutin walaupun bukan orang yang sama. Semasa aku di tahun akhir barulah telefon tangan mula wujud. Waktu itu telefon tangan sebesar dua genggam aku. Brand pertama yang aku ingat ialah Motorola. 
Bercerita pasal gambar, aku jarang tangkap gambar berpasangan. Gambar2 yang ada hanya bersama teman-teman untuk aktiviti pembelajaran.
Masa tu tiada komitmen untuk jatuh cinta 100% hingga simpan gambar boyfriend atas meja belajar. Itu bukan feel aku. Ingat dating dulu jalan kaki aje naik kenderaan awam pegi jalan2 di taman, keluar makan dan keluar shopping. Masa sem 1 teringat pakwe aku yang 1st pernah belanja shopping sebanyak RM16.00. Aku tidak berniat untuk paw duit dia pun tapi dia terlebih dahulu hulurkan duit dekat cashier. Peristiwa itu menyebabkan aku menyimpan perasaan bersalah hingga ke hari ini. 20 tahun lepas cost RM16 adalah agak banyak untuk seorang penuntut seperti kami yang hanya berharap kepada biasiswa tak sampai pun RM300 bersihnya. Aku beli barang waktu itu sebab aku memang perlukan dan ingin guna duit poketku sahaja. Namun jodohku dengan si dia tetap tidak ada. Sekiranya awak baca status ini maafkan saya. Awak menghilang menyebabkan saya tidak keruan juga masa tu kerana hanya awak di hati saya. Awaklah cinta pertama saya walaupun saya tidak pernah meluahkannya. (Dia ada fren FB ini).  
Semasa di Sem 2 aku berubah tingkah. Di sudut hati terasa sakit ditinggalkan cinta tanpa khabar berita. Aku cuba risik juga dari teman-teman tapi tiada satu pun memuaskan hati. Aku keluar beberapa kali dengan tunang orang. Walaupun aku tahu dia sudah bertunang tapi aku tetap keluar dengan dia. Di hati memang tiada sekelumit pun perasaan pada dia. Aku tahu aku membazir masa bersamanya. Dia memang bermulut manis tapi aku tidak jatuh cinta. Akhirnya aku sendiri jadi bosan dan enggan keluar dengan dia. 
Hanya beberapa minggu sahaja aku bersendirian. 
Aku berkenalan pula dengan seorang senior kepada 1st love aku. Aku sukakan caranya yang sikap gila-gila tapi hanya sekadar kawan sahaja.
Diperkenalkan oleh teman sekolej aku keluar pula dengan jejaka bernama Shahril. Dia seorang tentera dan dinaikan pangkat menjadi Kapten semasa kami berkenalan. Dia suka membawa aku berjalan-jalan dengan keretanya. Boleh katakan kami sama-sama suka suasana alam semulajadi. Dia membawaku ke air terjun antaranya Lata Kinjang dan ke juga ke Pantai Teluk Batik. Berferi ke Pulau Pangkor. Aku teringat kenapa aku putus dengannya disebabkan dia suka mendesak untuk membawaku berjumpa dengan ibubapanya. Waktu itu aku bukan fokus sangat kepada hubungan kami kerana aku hanya ingin menamatkan pembelajaranku dan kembali ke kampung halaman. Dia memang sorang yang baik dan taat dalam bab agama. Setiap waktu solat dia akan mengajakku singgah di masjid. Kami pernah bergambar bersama dan aku menyimpan album gambar kami sehingga ke tahun 3 perpisahan kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..