Hari yang sepatutnya menjadi hari yang bahagia bagi
gadis sepertinya menjadi sebaliknya untuk Aira. Tiada pelamin indah menghiasi
hari pernikahannya. Tiada inai dijari menjadi saksi perkahwinan. Dia hanya
merasa dahinya sejuk dikucup oleh bibir Shawn semasa upacara pernikahan
selesai. Hambar. Dia merenung cincin berlian yang dihadiahkan oleh Uncle Ishak
untuk majlis perkahwinan itu. Cincin berlian mahal itu tidak mampu memujuk
hatinya yang kesedihan itu.
Aira tidur di kamar sendirian. Shawn pula tidur di
biliknya sendiri. Itulah kenangan malam perkahwinan yang tidak mungkin
dilupakan. Aira sangat sedih kerana Izati tidak pulang menghadiri saat dia
bergelar isteri dan selanjutnya sebagai kakak iparnya.
Semua orang tertanya kemana Izati pergi. Uncle
Ishak juga mengarahkan orang-orangnya mencari Izati tetapi sia-sia kerana Izati
langsung tidak dapat dikesan.
Tini pula kelihatan takut-takut apabila berbicara
berkenaan Izati. Aira tidak mempedulikan sangat pasal Tini. Dia hanya
memikirkan dirinya. Dia tidak mahu memikirkan orang lain lagi. Dia hanya ingin
memikirkan dirinya sahaja. Dirinya yang bernasib malang.
“Papa hadiahkan perbelanjaan honeymoon. Pilihlah ke
mana Aira nak pergi...” ujar Uncle Ishak semasa Aira turun makan pagi itu. Wajahnya
sedikit ceria apabila secalit lipstik warna merah jambu menghiasi bibirnya.
Tini yang beria-ria memaksanya berhias sebegitu. Tini seperti biasa sudah
menyiapkan sarapan untuk keluarga itu. Abah dan Umi tersenyum manis menunggu di
meja makan. Shawn hanya menjelingnya dengan ekor mata.
Aira hanya menjamah sekeping roti bakar dan secawan
jus oren. Tiada lagi minuman teh kegemarannya. Selepas bersarapan Aira meminta
diri berlalu ke kamarnya. Dia perasan dengan renungan mata Umi apabila melihat
Aira bangun menolak kerusi dan meminta izin ke kamarnya. Shawn hanya
menjelingnya sepintas lalu.
“Shawn, abah harap kamu dapat menjaga dan memberi
tunjuk ajar sebagai menantu abah. Aira masih anak kecil. Dia masih perlukan
bimbingan untuk dia belajar mengenai sebelok kehidupan berumah tangga ,”
nasihat abah kepada menantu barunya.
Shawn hanya tersenyum dan mengangguk. Dia mendengar
dengan teliti bicara bapa mertua barunya itu.
Selesai di meja makan. Shawn masuk ke biliknya.
Kamar sederhana luas yang menempatkan sebuah katil
besar, meja belajar dan sofa itu kelihatan kemas. Mungkin Tini orang gajinya yang
mengemas.
Shawn duduk di meja belajarnya. Dia teringat
kembali bicara bapa mertuanya.
“ Aku dah jadi suami sekarang ...” hanya itu yang
terluah di bibirnya. Terbayang wajah Aira di ruang matanya. Gadis itu sangat
kasihan kerana menjadi isterinya. Isteri yang tidak pernah diharapkan
kehadirannya. Wajah Aira yang putih kuning itu terbayang jelas di ruang
matanya.
Gadis itu terlalu naif untuk menjadi isterinya.
Walaupun beza usia mereka hanya 2 tahun tetapi kehadiran gadis itu seakan
menggugat kehidupannya.
Di kamar sebelah Aira berdiri di tingkap mengadap
ke luar. Bilik itu kini telah menjadi biliknya semenjak kehadirannya di situ.
Dia masih menunggu kepulangan Izzati. Banyak perkara yang akan diceritakan
kepada temannya itu. Dia tidak mahu sahabatnya itu bersalah sangka kerana dalam
masa dua hari ini dia telah bertukar status menjadi kakak ipar sahabatnya itu.
Aira tidak selesa dengan status dirinya itu. Isteri kepada lelaki yang dia
tidak cintai. Status yang dicanangkan akan dipegang bersama lelaki yang
dicintainya iaitu Izlan. Terasa dadanya ngilu mengenangkan Izlan.
Aira meraba dadanya. Adakah hatinya masih perlu
menyimpan perasaan cinta yang telah jauh dari matanya.
Aira melihat sahaja cek yang masih kosong di
depannya itu. Cek itu atas nama Aira Asheqeen Bt Mohd Zakaria. Itulah nama
penuh Aira.Aira tidak berminat dengan cek itu. Hatinya masih lagi celaru dengan
peristiwa yang menimpanya. Fikirannya kusut. Dia tidak menyangka dia di duga
sebegini.
Perbincangan selepas itu dengan Shawn hanya
dipersetujui oleh Shawn sahaja. Aira menurut sahaja apabila Shawn mengesyorkan
mereka bebulan madu ke Bali. Aira tidak mengiakan atau membantah pilihan Shawn.
Dia hanya perlu menenangkan diri dan berfikiran positif. Dia kini tidak lagi
hidup bersendirian. Dia juga tidak lagi boleh mengharapkan orang tuanya untuk
membantu dia kali ini. Kini dia adalah milik lelaki yang tidak dia impikan
untuk menjadi suaminya.
Aira tidak peduli sama ada Shawn seorang lelaki
yang baik atau bertanggungjawab ataupun tidak. Dia tahu Shawn masih belajar di
kolej dan dia tidak berminat untuk mengetahui kursus apa yang diambil atau
dipelajarinya. Aira kini dengan dunianya sendiri.
Selepas abah dan umi balik, hanya tinggal mereka
bertiga di rumah itu sementara menunggu hari untuk berangkat ke Bali. Tini,
Shawn dan Aira sahaja di rumah itu. Shawn masih leka dengan rutin sebelum ini.
Dia jarang lekat di rumah. Pagi tadi Aira menjadi mangsa amarahnya hanya kerana
kopi yang dibancuh oleh Aira tidak mengikut citarasanya.
Pijar tangannya menahan panas air kopi yang
disimbah oleh Shawn ke tangannya. Aira menangis diperlakukan seperti itu.
“ Aku benci perempuan yang manja. Sikit-sikit
menangis..!” tengking Shawn sebelum berlalu sambil menendang kerusi. Hatinya
jengkel melihat Aira mengalir air mata menahan kepanasan air kopi yang terkena
tangannya.
“ Astaga Cik Aira. Kenapa jadi macam ni...” Tini
segera mengambil ais batu dan mendemah tangan Aira. Dia juga menyapu krim untuk
meredakan tangan Aira yang kelihatan merah.
“Kenapalah Encik Shawn kejam macam ni. Kesian kat
Cik Aira...” rungut Tini sambil tangannya lincah menyapu losyen ke tangan Aira.
Aira hanya mampu menangis sahaja dengan keadaan
itu.
Rupanya keadaan itu tidak berakhir di situ sahaja.
Shawn muncul di dapur dan terus menarik tangan Aira. Terjerit Aira dengan
tindakan Shawn. Tini pula hanya kaku tidak berani menolong.
Aira diheret masuk ke bilik tidur Shawn. Aira ingin
membantah tetapi dia tidak berani kerana Shawn menjadi ganas dan liar. Batang
tubuh Aira yang kecil molek di humban ke atas katil . Aira menggigil apabila
Shawn menutup pintu dan menguncinya dari dalam.
“ Kau bini aku. Kau kena layan aku selayaknya..!”
Suara Shawn memberi arahan. Aira tidak dapat berfikir apakah yang akan berlaku
seterusnya. Dia benar takut-takut. Tubuhnya mengigil dan dia hanya menyerah sahaja.
“Kau sengaja memerangkap aku kan...!” Tengking
Shawn lagi. Dia mencengkam muka Aira tanpa belas kasihan. Aira terkapar-kapar
mengelak mukanya yang sakit dicengkam oleh Shawn.
“ Kerana kau temanita aku Yuki lari. Sebab kau Yuki
tinggalkan aku..” tuduh Shawn lagi. Aira tidak dapat menahan perasaannya. Hanya
airmata yang mengalir menahan kepedihan dihati. Dia hanya mampu menafikan di
dalam hatinya sahaja. Tuduhan Shawn tidak berasas. Dia tidak mengenali siapa
Yuki. Dia juga tidak ingin mengenali Yuki. Mungkinkah Yuki adalah perempuan
Jepun yang pernah diceritakan oleh Izati.
Aira hanya menerima sahaja perbuatan Shawn. Selepas
puas menyiksanya Shawn meninggalkannya terdampar di tepi katil.
Peristiwa itu terus bersambung dengan lebih sadis
lagi.
Semasa dia berangkat ke Bali dengan Shawn diiringi
oleh Tini dengan linangan airmata.
“ Zati balik nanti kirim salam ya Tini..” pinta
Aira sambil bersalaman dengan Tini. Pembantu yang baik hati itu memeluknya
dengan erat dan meminta Aira mengikut sahaja kata-kata Shawn. Jangan membantah
cakap suami. Pesan Tini berkali-kali. Aira tidak pasti adakah ada makna lain disebalik
pesanan yang kelihatan sangat formal itu.
Penerbangan tiga jam dari Kuala Lumpur merehatkan
Aira sepanjang perjalanan itu. Dia hanya terjaga apabila kapal terbang mereka
mendarat di Den Pasar, Bali. Aira hanya mengikut sahaja arahan Shawn kemana
harus dituju. Shawn kelihatan sangat biasa dengan tempat itu. Shawn kemudian
membawanya menaiki bot menuju ke sebuah Pulau dan dia hanya mendengar pemandu
bot itu menyebut ‘ Pantai Amed’. Aira mabuk laut teruk juga. Shawn mendegus
marah apabila Aira tidak boleh berjalan dan enggan turun dari bot. Akhirnya
Shawn terpaksa mendokongnya dan dia membiarkan sahaja Shawn membawa dirinya mengikut
arah kaki Shawn.
Aira masih ingat sepanjang berada di Pulau itu dia
rasa bagaikan pintu neraka terbuka untuknya.
Shawn hanya menjadikannya tempat dia melepaskan
kemarahan. Shawn akan menghilangkan diri
dan kemudian apabila dia muncul Shawn akan memperkosa dirinya. Itulah istilah
yang lebih sesuai untuknya kerana layanan Shawn yang sangat teruk terhadapnnya.
Niat Shawn membawanya ‘honeymoon’ ke
pulau hanya sebagai tempat untuk melepaskan amarahnya. Dia dicerca dan dipukul
oleh Shawn. Shawn juga membiarkannya kelaparan apabila tidak menyediakan
makanan untuknya. Dia hanya mampu menangis apabila sepak terajang Shawn hinggap
di tubuhnya. Dia masih ingat, dia pengsan apabila Shawn mengetuk kepalanya
dengan pasu. Apabila dia sedar seorang doktor merawatinya tetapi nasibnya tetap
malang kerana doktor itu adalah doktor yang diupah oleh Shawn. Shawn juga mengugutnya agar tidak
menceritakan masalahnya kepada orang lain lagi.
Bagaimana dia hendak bercerita kepada orang lain sedangkan
dirinya hanya bersama Shawn di Pulau itu. Sikap Shawn kepadanya sukar di duga.
Adakalanya Shawn melayaninya dengan baik dan penuh kelembutan tetapi sekelip
mata dia boleh berubah menjadi seorang yang perengus dan pendera.
Seminggu selepas itu Shawn melayaninya dengan baik.
Shawn memandikannya. Menyuap makanan kepadanya dan memakaikan pakaian
kepadanya.
Selama dua minggu bercuti di Pulau Bali kononnya
berbulan madu tetapi ianya merupakan saat yang menyakitkan hidup Aira.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan