Aira menyumbat
beberapa helai pakaian ke dalam beg sandangnya. Dia merenung tiket bas yang
telah dibeli petang semalam. Tiket itu diletakkan kembali ke celah poket beg
yang berzip. Aira meletakkan begnya yang sudah dipersiapkan ke tepi katil. Dia
kemudian duduk dan berbaring di katilnya.
Kalaulah tidak
kerana lelaki itu dia tidak akan mengambil tindakan ini. Senarnya sukar untuk
dia membuat percaturan ini. Tetapi setiap kali dia memikirkan peristiwa itu
hatinya menjadi sakit. Dia akan menangis dan menangis apabila memikirkannya.
Benci. Benci...! Lelaki itu mengkhianati cintaku.
Aira teringat cincin
permata biru yang kerap berada di jarinya sebelum ini tetapi telah
ditanggalkannya. Dia tidak perlu lagi terhegeh-hegeh memakai cincin itu. Usia
pertunangannya pun masih baru. Belum pun sampai tiga bulan. Dia bertunang dua
bulan sebelum peperiksaan SPM. Kini dia baru dua minggu melepasi peperiksaan
itu. Syukurlah kerana peperiksaan itu dapat dilaluinya dengan jayanya. Kerana
ketika itu hatinya sedang berbahagia. Dia belum dilukai seperti ini.
Aira memusingkan
badannya ke kiri. Seketika iti juga wajah tunangnya datang menghimpit
perasaannya. Benci. Itu sahaja yang ada di hatinya kini. Sebelum ini dialah
wanita yang paling bahagia. Cinta yang dipupuk semenjak dia tingkatan tiga
diteruskan dengan ikatan pertunangan di saat dia hampir menjalani peperiksaan
SPM menjadi pembakar semangat untuknya menghadapi peperiksaan. Abah dan umi
juga hanya mampu bersetuju apabila tunangannya datang mengkhabarkan untuk
mengikat tali pertunangan sebelum dia berangkat ke luar negeri. Aira berjaya
memujuk umi dan ayah agar menerima pinangan Izlan. Dia bahagia dengan
pertunangan itu. Keluarganya juga seakan menyokong pertunangan itu.
Itu kisah sebelum
dia menghadapi peperiksaan SPM. Kini setelah dua minggu peperiksaan itu
berlalu, dia di duga. Kemunculan tunangnya dengan khabar yang tergesa-gesa
mengheret perasaanya dan melakar duka dihatinya.
“ Along tak setuju
kita berkahwin sekarang. Along masih muda..” bantahnya tegas.
“ Abang nak bawa
along bersama abang ke luar negeri. Temankan abang di sana. Kita kahwin..”
“ Abang... masih
terlalu awal. Along masih muda untuk menggalas tugas sebagai isteri”
“Abang ada. Kita
sama-sama berusaha membentuk keluarga kita. Kita kahwin ya sayang..”Pujuk
Izlan. Izlan terus merayu. Aira mendegus. Desakan Izlan menyesakkan fikirannya.
Dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dalam usia semuda ini. Apabila
ditanya kepada ayah dan umi mereka juga tidak menyokongnya. Anak gadis mereka
masih berhingus. Itu alasan umi.
“Along tidak ingin
berkahwin dengan abang sekarang..” tegas Aira. Tapi ketegasan bicaranya itu
membuat Izlan marah. Izlan memberontak.
Aira menjadi
binggung. Perbincangan itu berakhir dengan perkelahian yang sengit dan saling
tuduh menuduh. Niat yang ikhlas bertukar menjadi cercaan. Akhirnya kedua-duanya
terluka.
Aira menangis
tersedu-sedu. Izlan terlalu mendesak. Aira bosan dengan desakan itu. Cintanya
bukan kerana nafsu semata-mata. Izlan dengan pendiriannya.
“Begini ajelah,
kalau abang hendak sangat berkahwin sebelum ke luar negeri kahwinlah, Tapi
bukan dengan Along. Muktamad ..” Aira
meninggalkan Izlan dengan tangisan yang berderaian. Dia bukan boneka cinta. Dia
perlukan dunianya dan dirinya...
Rupanya Izlan
menyahut cabaran itu.
Khabar yang di bawa
oleh Melia teman sekelas melukakan hatinya.
“Betul Aira. Aku
bukan sengaja nak buat fitnah atau bergosip sahaja. Mata aku sendiri melihat
abang kau dengan perempuan lain kat kedai emas tu,” cerita Melia
bersungguh-sungguh.
“Ya, Aira. Aku juga
nampak dia belikan perempuan itu cincin dan kalung emas. Mustahil untuk kau
sebab perempuan tu dengan kau berbeza saiznya...” sambung Izzati pula.
“Biarlah, mungkin
dia hendak mencuba saiz cincin aje kot.” Jawab Aira acuh tak acuh. Namun
disudut hatinya berkocak keruh. Betulkah apa yang dikhabarkan oleh
teman-temannya ini.
Aira cuba
menghubungi Izlan tetapi talian telefon Izlan sukar untuk dihubungi. Aira
memandang sepi telefon di depannya kaku. Fikirannya kusut. Benar-benar kusut.
Adakah Izlan mengotakan permintaan Aira agar mencari gadis lain sekiranya Izlan
ingin segera berkahwin.
Aira cuba
menghubungi rumah ibu saudaranya iaitu bonda Izlan.
“Auntie tak masuk
campur urusan Along dengan Izzi. Autie faham Along tak nak kahwin awal sebab
Along masih muda. Dah berbuih mulut auntie cakap dengan Izzi tapi dia berkeras
nak kahwin juga dengan along sebelum ke luar negeri. Dia nak bawa along ke sana
juga..” jelas Auntie Maria melalui
telefon.
“Auntie, along belum
bersedia untuk berkahwin. Along baru sahaja habis peperiksaan. Belum tahu
keputusan macam mana. Along juga nak sambung pelajaran. Along tak boleh buat
dua tugas sekali gus. Along tak reti nak jadi isteri dan belajar dalam waktu
yang sama.” Rintih Aira meminta simpati.
“ Sabarlah along .
Auntie sendiri pun tak faham kenapa Izzi nak kahwin sangat sebelum ke sana. Dia
dah cerita pun auntie tak berapa nampak tujuan sebenarnya . Dia di sana empat
ke lima tahun sahaja. Katanya dia takut along berubah hati semasa ketiadaanya
nanti,” sambung ibu saudaranya itu lagi. Aira menggaru kepalanya tidak faham
dengan kenyataan Izlan. Kenapa dia beria-ria sangat hendak berkahwin. Belajar
pun belum tamat lagi. Kerja pun masih jauh lagi. Memanglah kedua orang tuanya
mampu untuk membiayai pelajaran dan menanggung kehidupan mereka tetapi sampai
bila harus mengaharapkan orang tuannya.
“ Duit orang tua
abang mampu untuk menanggung kita berdua. Lagipun hanya abang sahaja anak
tunggal mereka. Daddy dan mummy juga dah berjanji akan serahkan semua harta
kepada abang nanti bila kita dah kahwin.” Singkat betul penerimaan Izlan. Dia
langsung tidak mahu menerima pendapat orang lain . Apalah yang ada difikiran
dia. Kahwin ! Kahwin! Kahwin! Itu sahaja yang difikirkan. Aira benar-benar
tersepit.
Pendapat abah dan
umi juga tidak seiring. Abah bersetuju dengan pendapat Izlan untuk berkahwin
awal. Umi pula dipihak Aira yang masih menganggap anak gadisnya itu masih tidak
layak menjadi seorang isteri. Aira akui dia tidak pandai memasak. Jarang berkemas
rumah. Tidak pandai berkomunikasi. Sebagai kakak sulung kepada dua orang adik
lelaki dia tidak dapat membawa dirinya sebagai anak gadis yang bercita-cita
menjadi seorang isteri kepada rumah tangga.
“Along betul tak
boleh nak jadi isteri abang buat masa ni...” rayu Aira sambil memandang Izlan.
Tunangnya itu tersandar di kerusi kereta sambil berpaling ke arah lain.
Wajahnya keruh. Aira tidak tahu apa yang difikirannya. Apa yang pasti kalut di
fikirannya tidak sama dengan kekalutan difikiran Aira. Aira langsung tidak
faham permainan apakah yang sedang Izlan aturkan. Kenapa dia mendesak Aira untuk mengahwininya
sedangkan dia menyedari Aira belum bersedia. Aira masih anak kecil. Itu kata
Izlan sendiri semasa memberitahu melamarnya untuk mengikat tali pertunangan.
“Abang tak mahu anak
kecil yang abang jaga dari kecil ini di sambar orang lain. Kita bertunang dulu
ya sayang,” pinta Izlan semasa pertemuan tiga bulan lepas. Semuanya tanpa
perbincangan yang panjang , Auntie Maria dan Uncle Didie datang ke rumah semasa
abah dan umi sedang berbual bersama dengan jiran-jiran untuk membuat kenduri
doa selamat untuk Aira menjalani peperiksaan. Abah dan umi menyambut kedatangan
rombongan mereka seramai lima orang itu dengan perasaan pelik dan kejutan. Aira
juga tidak dikhabarkan lebih awal oleh Izlan tentang rombongan itu. Mulanya
Abah menyangka rombongan itu adalah kedatangan saudara mara yang jauh.
Sebenarnya Uncle Didie adalah adik abah tetapi mereka menetap di Brunei.
Perhubungan mereka juga agak rapat tetapi semasa Uncle Didie memberitahu hendak
datang untuk melawat membawa hajat kerana sudah lama tidak berkumpul bersama
keluarga , abah menyambut salam itu dengan ketawa ceria. “Eloklah kau datang
Didie, abang Mat nak buat kenduri doa selamat untuk along sempena dia nak
menghadapi peperiksaan,” beritahu abah semasa berbual dengan adiknya melalui
telefon dua hari sebelum itu.Uncle Didie juga seperti Izlan suka membuat
kejutan.
“Tak mengapalah.
Hajat anak-anak, orang tua kena turutkan. Nanti merajuk. Aku ada sorang aje
anak lelaki tu Abang Mat. “ beritahu Uncle Didie setelah memberitahu hajat
mereka. Abah terkedu dan tersandar di kerusi. Mulanya dia tidak berapa faham
sehinggalah Auntie Maria mengeluarkan Cincin tanda.
Keadaan masa itu
menjadi kelam kabut juga kerana tiada persiapan langsung untuk majlis itu.
Mujurlah semasa majlis itu Aira sudah siap memakai baju kurung. Lagipun dia
juga menunggu kedatangan keluarga Izlan.
Apabila abah
memanggil dan bertanya pasal kedatangan rombongan Izlan, wajah Aira pucat.
Sekiranya dia ada sakit jantung pasti dia sudah jatuh pengsan di situ.
Namun dari kejutan
itulah mereka akhirnya bertunang.
Itu cerita sebelum
peperiksaan SPM Aira.
Kini kejutan baru
dilakukan oleh Izlan. Dia meminta untuk segera mengahwini Aira.
“Along sayangkan
abang tak?” Aduh, Aira bingung dengan pertanyaan Izlan . Sudah berbuih mulut
Aira menjawab dan menuturkan ayat itu.
“Along sangat
sayangkan abang. Dari dulu sehingga kini sayang di hati Along tidak pernah
berubah ,” jawab Aira yakin. Dia merenung wajah Izlan mengharapkan agar
tunanganya itu memahami gelodak hatinya.
“Abang juga sangat
sayangkan Along. Sebab itu abang ajak Aira kahwin sebelum abang pergi ke
Australia. Abang nak bawa Along ke sana.” Balas Izlan dan meraih tangan Aira.
Aira sudah
berkali-kali diberitahu tujuan Izlan mengahwininya secepat mungkin itu.
“Abang, Aira ni muda
sangat lagi. Belum pun menyambut hari lahir ke-17 tahun. Periksa pun baru habis
entah lulus atau tidak. Aira nak sambung belajar dulu. Target Aira nak kahwin
selepas usia 21 tahun dengan abang.”
“Along jangan risau,
abang boleh tanggung Along. Lepas kahwin pun boleh belajar. Abang nak Along
sentiasa di sisi abang. Abang tak boleh hidup tanpa along di depan mata abang.”
Pujuk Izlan lagi. Aira rasa nak menangis dengan situasi itu. Dia tak mahu kahwin.
Dia sangat cintakan Izlan tapi dia tidak mahu kahwin sekarang. Dia ingin
belajar lagi.
“ Abang, boleh tak
kita kahwin selapas abang habis belajar. Tak lama Along rasa lima tahun tu.
Along boleh tunggu abang. Bolehkan abang..!” Rayu Aira pula.
“Susahlah Along ni
nak faham jiwa abang...!” Tiba-tiba suara Izlan melengking marah. Meninggi.
Aira terkejut juga dengan suara Izlan yang
kasar itu.Pertama kalinya Izlan
marah. Wajahnya yang keputihan itu kelihatan merah bagaikan menahan bara
api di dadanya.
“Abang...! Kenapa
tengking Along ?”
“Along tak nak
fahami abang. Along tak sayangkan abang. Abang yakin along tak sayangkan abang.
Kalau abang tak masuk meminang dengan mengejut hari tu, Along tak terima abang
pun !” Tuduh Izlan tiba-tiba. Wajahnya merah kerana menahan gelodak hati yang
membara. Wajahnya yang putih kelihatan seperti udang bakar. Aira panik juga
dengan keadaan Izlan yang tiba-tiba bengis itu. Hatinya juga sedih denga
tuduhan Izlan itu.
Aira cuba menarik
tombol pintu kereta tetapi Izlan lebih pantas menahannya. Tangan Aira ditarik
kasar.
“Aduh ! Kenapa abang
jadi kasar macam ni?” Suara Aira hampir menangis. Dia tidak menyangka Izlan
berubah sikap tiba-tiba.
“ Maafkan abang.
Abang sayangkan Along. Jangan buat abang macam ni,” Rayu Izlan pula dan
sepantas kilat dia tiba-tiba memeluk tubuh Aira. Aira menjadi panik. Selama ini
dia tidak pernah diperlakukan sebegitu oleh Izlan. Selama ini mereka amat menjaga batas-batas
pergaulan. Dada Aira berdebar. Aira juga dapat mendengar degupan jantung Izlan
yang berlari laju. Pelukan Izlan amat erat sehingga Aira rasa sukar bernafas.
Aira cuba meronta diri. Dia tidak sanggup diperlakukan sebegitu oleh tunangnya
sendiri. Aira hampir menangis.
“Jangan abang...!”
tepis Aira apabila Izlan mula semakin liar. Ada yang ketiga diantara mereka
yang telah merasuk hati Izlan.
“Jangan abang.
Jangan buat Along macam ni.” Rayu Aira lagi. Dia cuba menolak bibir Izlan yang
mencumbui lehernya. Rayuan Aira tidak dipedulikan oleh Izlan. Aira bertambah
panik apabila Izlan merebahkan seat tempat duduk Aira. Izlan bukan lagi lelaki
yang budiman. Dia terus mencumbui Aira
sehinggakan Aira tidak dapat lagi menahan dirinya.
Aira meronta sekuat
hati dan menolak tubuh Izlan sehingga pelukan lelaki itu terlepas. Aira
menangis tersedu-sedu apabila diperlakukan oleh tunang yang dipercayainya.
“Abang nak menodai
along sebelum abang ambil cara sah ke?” Jerit Aira dengan air mata yang
bercucuran.
“Abang tipu along.
Abang bukan ikhlas menyintai along. Cinta abang berlandaskan nafsu semata-mata.
Abang tipu Aira. Along tak akan kahwin dengan abang...!” Sesak dada Aira
menghadapi situasi yang tidak disangkakan itu. Selama ini dia menyangka
percintaan mereka adalah tulus dan ikhlas tetapi ternyata dia silap. Aira
pantas membuka pintu kereta dan berlari keluar. Izlan tidak sempat
menghalangnya keluar. Aira berlari selajunya ke tebing sungai. Dia rasa sedih
dan malu sangat dengan tindakan Izlan. Tiada lagi lelaki budiman yang menyintai
dia sepenuh hatinya. Aira terduduk di tebing sungai itu. Malunya dia untuk menghadapi orang lain
kerana perbuatan tunangnya.
“Along...! Maafkan
abang..!” Suara Izlan dibelakangnya mengecutkan hati Aira. Dia berpaling ke
arah Izlan yang kelihatan kusut masai.
“ Abang sangat
sayangkan Along. Abang tidak boleh tahan lagi. Abang mesti kahwin dengan
along...” Izlan semakin menghampiri. Aira mengundur diri ke belakang.
“Jangan dekat dengan
Along. Along benci abang...!” tempik Aira seperti orang gila. Kakinya semakin
menghampiri gigi air. Izlan menghulurkan
tangan hendak menahannya.
“Jangan macam tu
sayang. Maafkan abang sebab terburu-buru tadi. Abang sangat cintakan sayang
sebab abang jadi begitu...” rayu Izlan berterusan.
“Tidak... ! Abang
tak sayangkan along. Abang nak menodai along tadi. Along tak boleh terima.
Abang sengaja hancurkan kepercayaan along kepada abang...” Aira terduduk di
gigi air. Izlan duduk bertinggung di depannya cuba memujuknya.
“Okey ! Abang minta
maaf. Abang terburu-buru. Abang tahu abang silap. Sayang tenang dulu. Kita
bincangkan lain kali. Dah maghrib ni. Jom abang hantarkan balik. Nanti abah dan
umi tertunggu pula.” Pujuk Izlan lagi. Aira menggeleng kepala. Dia takut dengan
Izlan.
“Dah maghrib ni
sayang. Tak elok berada di luar kat tepi sungai macam ni. Jom abang hantar
balik,” Izlan berusaha memujuk lagi. Dia juga menyesal dengan perbuatannya
tadi. Dia tidak faham kenapa dia sendiri menjadi tidak waras tadi. Aira
mengesat air mata. Ketika itu azan maghrib kedengaran dari masjid berdekatan.
Dia memandang Izlan. Dia kemudian liar memandang sekeliling. Tiada sesiapa lagi
di tepi sungai itu kecuali dia dan Izlan sahaja. Jalan besar dari sungai itu
juga agak jauh. Untuk mendapat kenderaan
balik di waktu begini juga amat sukar. Sekiranya dia balik berjalan kaki entah
pukul berapa dia akan sampai ke rumah. Akhirnya dia terpaksa balik dengan Izlan
juga.
“Abang jangan buat
along macam tadi. Along tak suka,” ujar Aira sambil mengesat air matanya. Izlan
tersenyum dan menghulur ke dua belah tangannya. Aira menggeleng kepala. Dia
kemudian berjalan mendahului tunangnya. Izlan mengalah dan membontotinya dari belakang.
Di atas kereta Aira
diam membisu. Izlan cuba berbual dengan Aira tetapi Aira tetap membisukan
dirinya.
“Sayang, kita kena
berhenti solat maghrib di masjid kat sini dulu. Kalau abang hantar sayang balik
dulu kita akan terlepas solat maghrib...” tutur Izlan sambil tenang memandu.
Aira memandang jam di dash board kereta. Dia kemudian mengangguk.
Mereka singgah solat
maghrib di masjid Ketereh. Semasa solat hati Aira berasa tenang seketika. Lama
juga dia berteleku di dalam masjid itu. Kebetulan waktu itu ramai jemaah sedang
mendengar kuliah agama. Selesai berdoa Aira terus ke kereta. Izlan masih belum
muncul. Hampir 15 minit kemudian barulah Izlan muncul dari dalam masjid. Mereka
terus masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan itu.
“Kita singgah makan
dulu ya,” Suara Izlan lembut memujuk.
“ Along tak lapar.
Along nak balik...” jawab Aira dengan suara yang lesu. Fikirannya sedikit
tenang selepas solat tadi. Izlan pula cuba berlagak biasa. Dia tenang memandu.
Dia cuba berbual dengan Aira tetapi gadis itu enggan menjawab persoalan yang
diajukan. Izlan akhirnya membiarkan sahaja Aira melayan fikirannya apabila dia
melihat Aira melentokkan kepalanya tidur. Dia tidak pasti samada Aira terlelap
atau sengaja memejam mata.
Aira perasan Izlan
memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia membiarkan Aira di dalam kereta
dan masuk ke sebuah restoran.Setengah
jam selepas itu, Izlan muncul dari restoran itu sambil menjinjing beg palstik
berisi makanan. Kemudian perjalanan
mereka diteruskan.
Aira benar-benar
terlena sepanjang perjalanan itu. Ketika mereka sampai ke rumah Aira masih lagi
lena. Izlan merenung wajah gadis manis disebelahnya. Dia tidak faham kenapa
gadis kesayangannya ini menolak untuk bernikah dengannya sedangkan itulah
cita-cita dan impian mereka bersama. Adakah dia terlalu terburu-buru. Dia sedar
usia Aira terlalu muda untuk menggalas bahu sebagai isteri. Tetapi dia tidak
sanggup meninggalkan Aira sendirian di tanah air. Dia ingin selalu
disampingnya. Cintanya kepada Aira tidak berbelah bahagi. Dia ingin Aira selalu
di depan matanya. Izlan mengeluh kesal.
Kenapa gadis kesayangannya ini sukar untuk memahami gelodak hatinya.
“Bangunlah sayang
dah sampai ni,” Izlan lembut mengejutkan Aira. Dia menepuk perlahan bahu Aira.
Aira terpisat-pisat bangun. Dia seakan bermimpi melihat dia berada di dalam
kereta bersama Izlan.
Aira membuka pintu
kereta perlahan-lahan. Dia mencapai beg sandangnya yang diletakkan di tempat
duduk belakang. Izlan tiba-tiba memegang tangannya.
“Sayang, abang minta
maaf pasal tadi. Tapi abang harap sayang fikirkan permintaan abang tu. I love
you..” Aira terkedu juga dengan suara Izlan yang romantis memujuknya itu. Aira
berpaling seketika tetapi kemudian dia cepat-cepat keluar dari kereta.
Ketika Aira hendak
membuka pintu rumah, umi sudah menunggunya
membuka daun pintu. Umi merenungnya tajam penuh persoalan.
“Maafkan Along
terlewat balik,” ujar Aira sambil menghulurkan tangannya kepada Umi. Umi
menggeleng kepala. Umi tidaklah rungsing sangat Aira lewat pulang kerana dia
tahu Aira berada bersama siapa tetapi tidak manis rasanya membiarkan anak
gadisnya lewat pulang bersama seorang lelaki biarpun bersama tunangnya.
“Umi, maaf lewat...”
beritahu Izlan pula .
“Yalah, dah lewat
ni..” Jawab Umi sambil mngunci pintu rumah. Aira terus ke biliknya. Begitu juga
dengan Izlan yang berkongsi bilik dengan Zaini adik Aira. Mereka terus masuk ke
bilik masing-masing.
Aira terus mandi
menyucikan diri. Dia tidak berlamaan di bilik air kerana hendak solat Isyak dan
berehat. Fikirannya masih sakit mengenangkan peristiwa tadi. Perutnya juga
berkeroncong. Selesai solat dia keluar ke dapur. Aira membuka peti sejuk dan
mengeluarkan air kosong yang sentiasa umi letakkan di dalam peti. Aira membawa
cawan berisi air kosong ke meja dan menarik kerusi lalu duduk. Dia menengguk
minuman itu dengan perlahan. Fikirannya masih tertumpu kepada bicara dengan
Izlan tadi.
Ketenangan itu
terganggu apabila melihat kemunculan Izlan di pintu yang memisahkan ruang dapur
dengan ruang depan. Izlan tersenyum kepadanya.
“Sayang, jom
temankan abang makan. Tadi abang ada beli mee goreng kegemaran sayang..” ajak
Izlan sambil membuka penutup saji. Aira rasa jengkel dengan kehadiran Izlan.
Dia ingin melangkah keluar dari bilik dapur tapi tidak jadi apabila Zaini
muncul sambil tersengih-sengih menuju ke sinki. Aira tidak faham kenapa Zaini
juga masuk ke dapur waktu itu.
“Abang Izzi beli mee
goreng tafu... Sedapnya ...!” seru Zaini sambil menarik kerusi lalu duduk.
“ Jom... abang dah
beli sorang satu. Untuk along, untuk Zaini dan untuk abang. Along tolong ambil pinggan dan sudu ,” arah
Izlan sambil tersenyum. Aira terpaksa bangun dan berlakon di depan Zaini. Dia
tidak mahu adiknya perasan krisis di antara dia dengan Izlan. Dan tunangnya itu
sememangnya seorang yang pandai mengambil kesempatan atas suasana itu meredakan
dengan melibatkan orang lain.
Aira meletakkan tiga
biji pinggan dan menyusun gelas kosong serta sudu garpu ke dalam pinggan. Aira
juga terliur dengan mee kongfu tersebut. Dia sememangnya tidak tertahan melihat
mee kongfu itu apabila melihat kuahnya yang enak membanjiri pinggan di depan
Zaini. Izlan juga menolong menuang bungkusan mee milik Aira dan apa yang pasti
tunangnya amat perihatin dengan seleranya. Dia kalah kepada mee kongfu itu.
Mereka bertiga menikmati hidangan itu dengan berselera. Aira seakan melupakan
peristiwa petang tadi. Izlan pula melayaninya seperti biasa. Zaini juga tidak
putus mengusik kakak dan sepupu merangkap bakal abang iparnya.
Malam itu Aira tidur
dengan lena. Dia cuba melupakan dan meletakkan ke tepi persoalan semalam.
Dia juga berharap bila bangkitnya nanti
masalah yang membelenggu dirinya akan selesai.Dia tahu dihatinya masih
menyayangi Izlan. Dia juga tahu Izlan sangat menyayanginya. Tetapi dia tidak
boleh terima Izlan sebagai suaminya sekarang. Tidak boleh sama sekali. Dia
terlalu muda untuk menggalas tanggungjawab sebagi isteri. Maafkan Along
abang...
Pagi itu Aira
bangkit dengan satu harapan agar semua kedukaan semalam berlalu di bawa pergi
bayu pagi. Aira seperti biasa akan bangkit awal dan seterusnya berkumpul
bersama keluarga solat subuh diimamkan oleh abah ataupun Zaini. Pagi itu juga
Aira sempat membantu Umi di dapur memasak nasi lemak selepas solat subuh
berjemaah.
Selepas sarapan dan
abah telah keluar bekerja, Aira keluar ke halaman rumah sambil menyiram pokok
bunga yang ditanam oleh umi. Izlan pula mengambil kesempatan pagi itu mencuci
keretanya. Aira perasan Izlan asyik mencuri menjelingnya dari belakang. Aira tidak
mempedulikan pandangan dan renungan Izlan. Dia leka dengan bermain dengan
rama-rama dan pepatung yang suka bermain di hujung air pancutan siramannya.
“ Sayang, abang nak
balik pagi ni. Abang perlu uruskan beberapa perkara lagi sebelum abang
berangkat keluar negeri. Abang harap sayang fikirkanlah permintaan abang ya...”
Suara Izlan yang
berdiri di sampingnya ketika Aira leka membelek kelopak mawar berwarna pink
yang ditanam umi. Aira hanya diam. Dia masih tiada modal untuk membalas bicara
Izlan.
“Abang nak sayang
tau, abang sangat sayangkan along.” Tutur Izlan tanpa jemu. Aira termenung
seketika mendengar bicara Izlan.
“ Abang..! Along
minta maaf. Along tak boleh berkahwin dengan abang dalam waktu terdekat ini...”
“Along tak sayang
abang ke?”
“Sayang...”
“Habis tu kenapa tak
mahu kahwin dengan abang sekarang ? “
“Along ni muda
sangat bang. Terlalu muda untuk berkahwin.”
“Abang tak boleh
tenang selagi tak kahwin sayang..”
“ Berapa kali along
nak ulang. Along tak nak kahwin sekarang. Kalau abang gatal sangat nak kahwin
sekarang, abang kahwin ajelah dengan perempuan lain. Lepas tu bawaklah
perempuan tu keluar negeri,” hambur Aira geram.
“Sayang..! Kenapa
cakap begitu. Abang nak kahwin dengan sayang bukan dengan orang lain,”
“Cukup..!Cukup.. !
Along tak nak kahwin sekarang. Abang kahwin ajelah dengan perempuan lain..”
suara Aira meninggi dan dia terus berlari meninggalkan Izlan berdiri di halaman
itu. Izlan terkedu dengan tindakan Aira. Dia mengeluh kesal. Kenapalah sukarnya
hendak memujuk tunangnya ini. Mungkinkah sebab usia muda sangat maka tunangnya
enggan berkahwin. Izlan juga masuk ke dalam rumah.
Aira berdiri di
tingkap rumah dengan wajah yang mencerut masam. Tidak puas hatilah tu. Beberapa
minit selepas itu dia melihat Izlan turun dari rumah sambil menjinjing begnya.
Dia meletakkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta dan berlalu tanpa mengucapkan
selamat tinggal seperti biasa. Aira hanya memerhati pemergian tunangnya dengan
wajah muram.
Aira kembali ke
katilnya dan menyembabkan mukanya ke bantal. Dia amat tidak berpuas hati dengan
tindakan Izlan.
Seminggu selepas itu
Aira hampir pengsan ababila mendapat tahu Izlan mengahwini seorang wanita lain
sebelum berangkat ke luar negeri. Berita itu disampaikan oleh adiknya Zaini
sendiri yang menunjukkan foto perkahwinan Izlan dengan seorang perempuan lain.
Betapa remuknya hati Aira disaat itu. Menyesalkah dia kerana menolak permintaan
Izlan untuk menikahinya.
Aira menerima kesan
yang teruk akibat dari peristiwa itu. Aira ditinggalkan terkontang kanting.
Tanpa perkhabaran tanpa berita yang sepatutnya. Aira menangis dan terus
menangis.
Aira nekad. Dia
telah mendapat persetujuan dari Abah dan umi untuk mengikuti Izati. Mujurlah Umi memahami jiwanya. Pesanan umi
disimpan teguh di hatinya. Dia perlu keluar dari kepompong ini.
“ Bawa diri di
rantauan tu jaga diri dan batas-batasan ya nak. Ingat kita ada maruah dan
agama. Jangan tinggalkan solat...” pesanan umi semasa dia bersembang petang
tadi tersimpan kukuh di hatinya. Abah yang membelikan tiketnya untuk ke ibu
kota.
“Dah siap berkemas?”
seorang gadis sebayanya muncul sambil membelit tuala di kepalanya. Dia mengelap
rambutnya yang basah. Izati mengambil pakaian tidurnya dan memakainya di situ.
Dia kemudian meneruskan mengeringkan rambutnya dengan tuala.
“Dah, aku bawak
sikit aje baju..” jawab Aira sambil memuncungkan mulutnya ke arah beg pakaian
di hujung katil.
“Tak payah bawak
banyak baju. Baju aku pun banyak kat sana.
Kita beli ajelah baju baru,” balas Izati sambil duduk menghenyak
tubuhnya ke katil. Aira mengangguk.
“Aira, lupakan kisah
yang dah lepas tu. Kita pergi KL. Kita buka episode cerita baru. Kau jadi Aira
yang baru...” cetus Izati memberi semangat. Gadis muda itu amat simpati dengan
nasib yang menimpa sahabatnya itu. Sebelum ini dia amat gembira apabila mendengar
khabar sahabatnya itu bertunang dengan lelaki yang dicintainya. Izati jugalah
yang menjadi pengapitnya semasa Aira bertunang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan