Semenjak petang
semalam, hujan turun tidak berhenti. Kadang-kadang agak lebat terutama sekitar
tengah malam, tapi pagi tadi hanya renyai-renyai sahaja dan berhenti sekitar
pukul 7.00 pagi. Semenjak petang semalam juga Aira gelisah di pembaringan.
Sekejap dia berpusing ke kiri dan ke kanan, kadang-kadang dia meluruskan
badannya dan kemudian tidur memeluk lututnya. Ada waktunya dia bangun menyandar
tubuhnya di kepala katil dan kemudia dia meluruskan semula badannya ke atas
tilam empuk bercadar kuning air warna kegemaranya. Semenjak dari pukul 2.00 pagi lagi setelah
dia terjaga disebabkan oleh gangguan telefon, Aira tidak mampu lagi melelapkan
matanya. Dia memandang ke arah jam di tepi katilnya. Oh! Sudah pukul 8.15 pagi
rupanya. Dan dalam jangkamasa 6 jam lebih juga matanya terkebil-kebil seperti
cicak berak kapur. Pelbagai usaha dilakukan agar dapat melelapkan mata untuk seketika tetapi tidak
berjaya. Kenapalah susah sangat ni. Nak dikatakan dia sudah cukup tidur tidak
juga kerana dia masih menguap berkali-kali.
“Abang hanya
mengharapkan satu sahaja dari Aira iaitu
maafkan abang dan kembalilah pada abang.” Suara itu terus berdengung di
telinganya. Masih jelas ditelinganya rayuan Ikmal dicorong telefon.
Tapi hatinya menjadi
beku. Beku sebekunya. Hatinya tidak lagi goyah dengan rayuan lelaki itu.
Telinganya sudah lali dengan rayuan itu. Dia tidak tahu kenapa dia mampu
mendengar sahaja rayuan lelaki itu tanpa sebarang reaksi atau komen dan
kemudiannya meletakkan ganggang telefon perlahan-lahan ke induknya.
“Maafkan aku Ikmal
!”
Detikan jam yang
menunjukkan pukul 10.00 pagi mengejutkan gadis itu dari terus berkhayal. “ Baik
aku mandi dan bersarapan dulu,” Dia merancang sendirian. Duduk di katil pun
tiada gunanya, membuang masa dan membuatkan fikirannya terkenangkan
perkara-perkara yang menyakitkan hatinya. Pantas dia bangun dan menuju ke bilik
mandi. Hati-hati dia menolak daun pintu bilik air yang bertutup rapat itu dan
menerobos masuk. Dia menghampiri sinki dan membuka paip air. Dia membasahkan
wajahnya dengan air dan berkumur. Kemudian merenung cermin di depannya.
“Ooouugh.. buruknya
wajah bangun tidur lambat.” Dia mencapai
berus gigi dan mencalitkan dengan sedikit ubat gigi jenama Giffarine dan
menyental giginya dengan hati-hati.
Lima minit kemudian
dia sudah berada di bawah pancuran air. Selesai mandi dan bersiap Aira menuju
ke dapur pula. Pintu peti sejuk dua pintu menjadi sasarannya. Dia mengeluarkan
sebotol susu segar.
“Jangan lupa tengok
bila tarikh luputnya.” Detik hatinya. Dia kadang-kadang lupa dan barang-barang
yang dibelinya biasanya terperuk lama di dalam peti sejuk hinggakan
kadang-kadang tamat tempohnya. Aira tidak suka melihat peti sejuknya kosong dan
sentiasa memastikan sentiasa terisi dengan apa sahaja makanan kegemarannya.
Tapi tinggal sendirian kadang-kadang dia terpaksa berkongsi dengan tong sampah
apabila apabila tidak habis dimakan. Membazir tapi masa membeli dia terlupa
istilah itu. Seingatnya juga susu segar baru dibeli petang semalam.
Kring... telefon di
ruang tamu menjerit nyaring minta diangkat. Siapa pula yang telefon pagi-pagi
buta ni? Mengganggu orang nak berehat sahaja. Rungutnya perlahan. Aira
meletakkan semula gelas susu ke atas meja. Biskut kering yang masih digigitnya
dikunyah dan ditelan rakus.
“Hello..”
“Hello Aira,..”
Lelaki ni lagi..!
Rungutnya dalam hati.
“Excuse me Mr Ikmal.
Tolong jangan ganggu saya pagi-pagi buta ni...!” Dia bersuara kasar.
“Aira, please..
Dengar dulu abang nak cakap ni...”
“ Encik Ikmal !
Sorry.. I’m busy..!” Ganggang dilepaskan ke induknya dengan kasar.
“Biar padan mukanya.
Apa dia ingat hatiku akan berubah. Tidak ! Ini Aira Darvina. Sekeras-keras
batu, keras lagi hati Aira ...” detik hatinya geram. Dia berlalu ke dapur.
Niatnya untuk menyambung sarapan secawan susu terganggu lagi apabila telefon
berbunyi lagi. Dia cuba memekak teliganya dan dengan bersahaja dia dia duduk di
kerusi dan meneguk susu. Hampir lima kali si pemanggil itu mendail tapi Aira
hanya memekakkan telinganya.
Selesai bersarapan
Aira menuju ke kamarnya. Sekali lagi langkahnya terhenti apabila telefon
berdering lagi. Dia cuba menutup telinganya tetapi hatinya tidak tahan dengan
deringan yang berlarutan itu. Dengan perasaan yang membara terbakar dia
mengangkatnya.
“Aira, please..! I’m
sorry. Back to me. I need you..”
Klik..! Ganggang
terus diletakkan. Hatinya panas mendengar rayuan itu. Aira laju meninggalkan
meja telefon menuju ke kamarnya. Bila
dia hendak membuka pintu , loceng pintu pula berbunyi. Siapa pula yang datang.
Dia bertanya sendirian. Aira membetulkan gaun mandinya dan mengesat rambutnya
yang separas bahu itu.
Melalui lubang kunci
dia mengintai keluar. Seorang lelaki berpakaian t’shirt putih dan berseluar
jeans biru membelakangi pintu. Izlankah? Tekanya di dalam hati. Pintu dibuka
malas.
“ Abang..!”
Panggilnya lembut. Apabila lelaki itu berpaling, dia hampir terduduk .
Cepat-cepat dia menutup daun pintu tapi tubuh sasa lelaki itu berjaya
menghalangnya.
“Please Aira..!
Benarkan abang masuk ,” rayu lelaki itu. Tanpa keizinan lelaki itu berjaya
meloloskan diri. Aira berundur ke belakang. Terasa ingin menjerit, meraung dan
menangis melihat lelaki yang berdiri di depannya itu. Lelaki itu juga dengan
pantas menutup pintu dan menguncinya. Kemudian lelaki itu berpaling kepada
Aira. Matanya merenung tajam ke arah Aira yang masih memakai gaun mandi yang
singkat itu.
“Aira.. tolonglah !
Berilah abang peluang..” Dia terus mara. Aira berundur ke belakang. Hatinya
penuh kekalutan. Dia tersepit kini di antara lelaki itu dan sofa kuning di
belakangnya.
“Aira.. Maafkan
abang. Dengar dulu.. “ Ikmal terus menghampiri Aira dan semakin mara.
“Aira , maafkan
abang. Abang tau abang salah. Maafkan kesilapan abang selama ini..” Ikmal terus
merayu. Ada kekesalan di wajahnya. Aira terkedu. Dia diam membisu. Matanya liar
memerhati pergerakan lelaki itu. Ketakutan. Tangannya meraba dinding di belakangnya.
“Aira.. selama ini
abang silap di dalam menilai intan atau kaca. Abang berdosa pada Aira..” rintih
lelaki itu lagi. Perlahan-lahan dia menjatuhkan lututnya dan menekur lantai.
Aira serba salah. Tangannya menggigil. Di birai mata lelaki itu ada air jernih
yang mengalir. Sayu. Persis seorang banduan yang menanti hukuman dijatuhkan ke
atasnya. Lelaki itu tertunduk. Dia merayu, berlagu sendu. Keangkuhannya selama
ini memang telah lenyap. Egonya sebagai seorang lelaki telah tiada.
Puas dirayu dan
memujuk Aira tapi hati wanita itu yang terluka tidak dapat memaafinya. Akhirnya
Aira juga terduduk pilu di kerusi. Perlahan-lahan air mata mengalir juga di
pipinya. Dia membiarkan sahaja tangan Ikmal yang cuba meraih genggamannya.
“Maafkan abang Aira.
Maafkan abang dan kembalilah semula kepada abang. Abang benar-benar perlukan
Aira. Abang berjanji dan abang bersumpah tidak akan mensia-siakan Aira lagi..”
Aira
menggeleng-geleangkan kepalanya. Tidak sanggup rasanya mendengar rayuan Ikmal.
Hatinya semakin lembut tapi mengenangkan layanan Ikmal padanya selama ini dia
menjadi benci. Terasa ingin ditolak badan lelaki di depannya itu. Biar
tersungkur tapi...
Pelukan Ikmal yang
erat itu disambutnya hambar. Dia persis patung tidak bernyawa. Kaku tiada aksi
dan tindak balas. Dia membiarkan sahaja Ikmal menangis dibahunya. Merintih,
merayu, meminta simpati, menyesali peristiwa lalu.
Sehingga Ikmal
meninggalkan apartmen sewaannya, Aira tidak memberi kata putus. Dia membiarkan
sahaja Ikmal berlalu dengan perasaan maha kecewa. Berdosakah aku? Dia
bermonolog sendirian.
Hari itu seharian
dia memerap di kamarnya. Fikirannya benar-benar rungsing memikirkan kedatangan
Ikmal. Salahkah tindakan aku ini ? Ikmal.. aku terlalu kecewa dengan sikapmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan