Khamis, 5 Januari 2012

Hobi Lama Tapi Kesuntukan Masa


Mulai Oktober 2011 yang dah berlalu.. cerita bermula apabila aku mula mengemas kotak-kotak kat bawah tangga. Sebenarnya kotak-kotak itu terletak kat situ semenjak aku berpindah masuk ke rumah ini semenjak Januari 2010 lagi. Aku dapati kotak-kotak itu sangat kusam, berhabuk, bersawang dan ada setengahnya yang dah tak ada bentuk kotak lagi. 
Berdekatan dengan pintu stor itu aku letak mesin basuh dan nak di jadikan cerita paip air yang disambung ke mesin basuh telah bocor. Sikit sahaja bocor sebenarnya tapi air yang meleleh hampir setahun aku biarkan tanpa dibaiki sehinggalah hubby menegur apabila melihat alas tong beras basah. tong beras pula diletakkan bawah meja berdekatan dengan mesin basuh. Cerita pasal paip bocor tu pula, air yang meleleh tu telah membasahkan juga barang-barang dan kotak-kotak yang disimpan di dalam stor.
Cerita seterusnya pasal kotak-kotak itu pula.. aku terkejut juga melihat kotak-kotak yang dah tak serupa kotak itu. Cepat-cepat aku membuka kotak melihat isi dalamnya. Syukurlah buku-buku dan novel-novel aku masih dapat diselamatkan walaupun ada juga yang rosak teruk tapi tak sampai 10 buah novel yang rosak. Walaupun sedih juga sebab kehilangan buku-buku kesayangan itu tapi tak sanggup untuk aku menyimpannya lagi sebab ianya kini hanya sekadar jadi sampah terbuang sahaja. Yalah macam mana nak guna lagi kalau dah tak ada muka surat melekat jadi seketul buku bukan helaian lagi. Bila cuba diselamatkan nazak sangat sampai koyak tak dapat di baca lagi. Maka dengan pilunya aku terpaksa isi ke dalam plastik hitam dan menghumbannya ke dalam tong sampah besar dekat klinik.
Mana-mana buku-buku yang masih boleh diselamatkan aku bawa keluar dari stor. Aku terpaksa mengemas almari buku dekat depan pula. Kususun semula buku yang dah lintang pukang dikerjakan oleh anak-anakku. Aku susuk seeloknya novel-novel kesayangan itu. 
        Minat membaca bermula dari aku mula kenal huruf lagi. Tapi aku lebih suka baca majalah, novel dan buku-buku lain dari buku-buku sekolah. Aku rela berjaga malam semata-mata nak habiskan baca novel tapi aku hanya boleh bertahan sejam sahaja baca buku sekolah. Itu cerita lama.
Cerita pasal koleksi novel pula, banyak juga novel aku dipinjam oleh rakan-rakan terutama rakan adik-adik aku dan setengahnya tidak dipulangkan semula. Maka susutlah koleksi novelku. Sebenarnya juga dah lama aku tak mula membeli novel.  Seingatnya aku berhenti membeli novel pada tahun 2005.
Rentetan dari peristiwa selongkar stor bawah tangga aku memulakan semula hobi lama ini. Pada November 2011 lepas aku singgah di kedai Buku Banggol Kuala Krai. Belek punya belek aku pun belilah 3 buah novel bertajuk :
  1. Bingkisan Dari Hati karya Norhayati Berahim 
  2. Mikhail karya Ramlee Awang Murshid
  3. Hingga Ke Akhirnya karya Siti Nur Dhuha
Hampir seminggu juga aku habiskan masa untuk membacanya. Itupun disebabkan keterbatasan waktu yang melampau antara kerjaya, keluarga dan masa bermalasan menonton tv, keluar merayap dengan suami dan melayan kerenah si puteri Iskina yang macam-macam ada ..
Aku ingat gila baca novel akan berhenti sementara tapi sebab dah menjangkiti semula, bila keluar aje ke bandar Kuala Krai aku fobia sangat kalau tak singgah di Kedai Buku Banggol depan Econjaya tu. Maka pada 10 Disember 2011 aku beli pula novel :
  1. Cintamu Nadiku karya Norzailina Nordin
  2. My Love Playgirl karya Siti Nur Dhuha
  3. Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid
Sekarang ni aku dah khatam baca Cintamu Nadiku dan Bagaikan Puteri tapi masih belum-belum habis sampai hari ini novel My Love is Playgirl tu.. Entah kenapa aku jadi liat sangat nak habiskan novel ni. Bila balik rehat lunch hour kul 1.00ptg hingga kul 2.00ptg aku cuba juga baca lepas solat zohor tapi belum sampai muka surat ke-5 buku dah jatuh ke atas muka aku dan sedar-sedar jam loceng berbunyi pukul 1.50ptg masa untuk masuk kerja semula. Sehingga waktu ini aku sedang berhempas pulas untuk menghabiskan bacaan novel ini tapi saat ini aku hanya berjaya bertahan sehingga muka surat 583 sahaja.Nak habiskan ke muka surat 677 aku berhempas pulas melawan nafsu tidur.
Nak kata buku ini tak menarik tak juga. Bagi aku jalan cerita best juga walaupun kadang-kadang tak logik kebudak-budakkan tapi aku suka baca juga. Aku bertekad walau macam mana sekali pun aku nak tau juga macam mana kesudahan kisah Puteri Laila dengan Hasrul.Adakah mereka berkahwin atau Nazrul yang menjadi pilihan Puteri Laila. Bagaimana pula Hasrul dan Dady Puteri Laila jadi terpisah darjat. Sabarlah menanti..
Namun gila beli novel ni membara lagi maka pada 19hb disember 2011 aku beli pula 5 buah novel iaitu:
 
  1. 9 nyawa karya Ramlee Awang Murshid (RAM)
  2. 'Penunggu Rimba' Tombirou karya RAM
  3. Sutera Bidadari karya RAM
  4. Rayyan Fantasi karya RAM
  5. Cinta Sang Ratu karya RAM
Tapi bila balik rumah, aku terfikir macam familiar pulak sinopsis 'Penunggu Rimba' Tombirou.. Aku pun belek kat kabinet buku. Adui.. tensionya.. menyesal dan menyesak dada rasanya. Aku rasakan bagaikan tertipu sangat. Kenapalah aku ni excited sangat nak baca karya RAM. Rupa-rupanya tajuk memang sama, penulis adalah orang yang sama, cerita dalam adalah sama tapi kulit luar memang tak sama. Rasa membazir sangat perabih duit RM19.90 tu. Tensionnya... Rupanya aku dah beli dan dah baca novel ini pada 1 November 2003. Patutlah aku tak perasan sangat ke tajuknya sebab dah 8 tahun aku baca buku itu.
Bercerita pasal novel Ria Qistina pula belum lagi aku baca novel ini Puteri kesayanganku Tyra Iskina telah mengoyakkan kulit novel Ria Qistina. Melenting jugak aku. Memang dapat cubitan free kat peha sampai merah juga aku melepaskan amarah kat puteri kecil aku itu. Apa yang menjadikan aku hangin satu badan ialah dia sendiri yang bawa novel itu kepadaku dan katanya, 
"Mama.. tia dah koyakan buku mama,.."
dengan muka selamanya Tyra serahkan novel yang dah koyak kulit depan tu kat aku. Aku pula dengan mata terjegil dan tangan yang ringan mensasarkan peha Tyra yang ketika itu berseluar pendek .Merah juga kulit puteriku itu. Tapi dia hanya cakap, Tia koyak aje..


Pada 29hb Disember pula, aku , hubby dan anak-anak pergi ke bandar Machang. tujuan sebenarnya nak check claim OT aku dah masuk ke lum. Lepas ke bank ternampak Kedai Buku Banggol cawangan Machang. Aku pun ajak anak-anak masuk. Selain beli keperluan sekolah anak-anak aku sempat lagi sambar 3 buah novel iaitu :
  1. Cinta 365 Hari karya Norzailina nordin
  2. Rindu di Awan Biru karya Meen Zulaikha
  3. Bulan Berbisik karya Samsiah Mohd Nor
Buat masa ini ianya menjadi koleksiku sahaja kerana aku belum berkesempatan untuk membacanya. Sekarang aku mempunyai 8 buah novel yang menunggu untuk di baca.

Ini foto Zaza  Azfar pu teraku yang ke-3






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..