
Sambil menekan kalkulator dan menelek data yang diberi aku terpaksa menelefon juga kepada anak buahku untuk memastikan kesahihan data apabila kurasakan ianya tidak relevan dengan keadaan semasa. Aku tidak boleh berkira sangat pasal kredit telefon yang kuhabiskan menelefon mereka yang pentingnya aku puas apabila data yang dikumpul itu tepat dan betul.
"Tak pergi bercuti kat mana2 ke hari ni?" Tanya salah seorang teman. Aku memberitahu sibuk dengan kerja yang masih belum selesai. "Wey.. cuti ni.. jangan rajin-rajin sangat.." tegur teman yang lain pula. Aku bukanlah rajin sangat tapi sekiranya kerjaku tidak selesai aku akan jadi sasau juga. Kerja-kerja lain akan terganggu. Bahkan kalau membaca novel aku boleh habiskan 3 novel dalam masa sehari tapi jika musim reten atau ada kerja lain yang tidak siap aku terpaksa mengambil masa lebih lama lagi kadang-kadang hampir sebulan baru aku dapat habiskan.
Kalau kira guna komputer senang juga kira tapi aku terpaksa salin tulisan tangan pula ke dalam buku reten yang hendak di hantar kepada bos. Oleh itu baik aku terus salin dan kira ke buku induknya.
Walaupun aku berkurung di bilik sendirian tapi puteri kecilku kadang-kadang mengganggu mengetuk pintu berdentum-dentum, meminta di buka pintu. Apabila puteri masuk ke dalam dan bersantai memerhati kerjaku akhirnya aku terpaksa buat kerja lagi lebih masa kerana dia menconteng pula buku rekodku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan