Seminggu lepas aku berteleku di depan komputer pukul 2.30 pagi. Orang lain dah masuk tidur. Atau mungkin ada yang bangun solat tahjud. Tapi aku masih nanar lagi terkebil-kebil biji mata baca blog orang. Cari idea. Pastu baca kat Penulisan2u dan Ilham Karangkaraf...
Maka inilah hasilnya aku dapat selepas 2 jam kemudian...
Ini hanya rangka sementara. Idea aku sendiri.
Aku resah dipembaringan. Sukar untuk aku lelapkan mata ini.
Jarum jam yang sudah menunjukkan ke angka tiga pagi masih belum mengheret
mataku untuk lena. Aku masih lagi berkisar kepada kisah aku selama beberapa
bulan ini.
Aku merenung beg pakaian yang setia aku gunakan sepanjang 3
bulan aku bergelar pelarian ini. Aku sudah siap mengemas pakaianku. Kini hanya
tinggal baju tidur yang membaluti tubuhku dan sepasang baju kurung yang
tergantung di dalam almari yang aku akan gunakan siang nanti.
“ Perjanjian kita sudah mencapai waktunya. Kita perlu
tamatkan cerita ini,” Aku mengulangi membaca mesej di telefon Android milikku.
Inilah mesej pertama yang aku terima daripadanya semenjak tiga bulan yang
lepas.
Aku melepaskan keluhan yang ternyata sukar untuk kulepaskan
dan ternyata ianya begitu keras dan menyentak dadaku.
“ Jangan biarkan diri kau terusan hanyut Melina. Kau harus
pegang hak kau…” terngaing-ngiang ucapan Zahra kepadaku semalam. Teman yang
setia menemaniku selama ini walaupun berjauhan tetapi dia tetap akan
mengunjungiku atau menelefonku setiap hari. Dialah teman yang sentiasa memberi
kata semangat dan dorongan kepadaku selama ini.
“ Aku dah bagi duit yang kau kirim kepada Pakcik kau tu.
Tapi dia beritahu dia masih perlukan duit untuk bayar hutang arwah ayah kau.”
Cerita Zahra sebagai penghubung aku dan Pakcikku yang tinggal di kampung.
Oh! Siapa aku ya. Korang pasti tertanya siapa aku. Nama aku
Melina Dewi Binti Ahmas Mustaza berusia 27 tahun. Anak yatim piatu kematian
ibubapa lima tahun yang lepas. Aku anak tunggal dan hanya ada Pakcik Mustakim
keluargaku yang terdekat dan masih hidup. Kedua orang tuaku meninggalkan harta
yang banyak tetapi semuanya diuruskan oleh Pakcik Mustakim. Namun Pakcik
Mustakim memberitahu ayahku meninggalkan hutang yang banyak kerana kegagalan
perniagaannya. Dan hanya sebuah rumah pemberian orang tuaku yang terletak di
pinggir laut menjadi milikku kerana telah ditukar dengan namaku sempena hari
lahirku yang ke-21 tahun enam tahun lepas. Aku juga memilikki sebuah kereta Honda
CR-Z yang dihadiahkan oleh ayahku serta sebuah motorsikal yang aku gunakan
untuk bersiar-siar di dalam kampung. Pakcik Mustakim tidak mengetahui semua
harta yang menjadi milikku ini kerana aku sengaja menyembunyikannya.
Kini semua harta yang dimiliki oleh arwah ayahku telah
diambil oleh Pakcik Mustakim dan isterinya. Aku tidak mampu berbuat apa-apa
kerana kelicikan Pakcik yang satu-satunya keluarga yang aku ada telah
menyebabkan aku kehilangan harta peninggalan arwah orang tuaku.
“ Perjanjian kita sudah mencapai waktunya. Kita perlu
tamatkan cerita ini,”
Aku sekali lagi membaca mesej di telefon itu. Fikiran aku
buntu sebenarnya. Aku bingung untuk berdepan dengan situasi ini. Aku amat
berharap agar Pakcik Mustakim dapat membantuku tetapi ternyata pakcikku itu bukanlah
pilihan yang tepat untukku sandarkan harapan.
Aku cuba meluruskan badan dan berbaring. Aku mesti tidur.
Aku perlukan tenaga untuk bangkit esok hari.
==== 0===
“ Eh ! Berani kau
bertekak dengan Dyana ? Dia tu kekasih Raimi bos aku, “ Tegur Zahra sambil
mengheret lenganku berlalu dari situ. Aku geram sangat dengan perempuan bajet
bagus itu. Aku tahulah dia cantik dan kekasih bos Zahra tapi ini dah dikira
melampau. Siku aku masih sakit dihantuk dengan pintu pejabat tadi kerana
kecuaian perempuan itu. Dan kini sekali lagi aku jatuh tertiarap kerana
perempuan itu melanggar handle motorku semasa dia membelok hendak masuk ke
tempat parking. Aku pula hendak keluar dari situ kerana baru menghantar kunci
rumah kepada Zahra. Perempuan itu pula keluar dari keretanya dan dengan angkuh memarahiku. Zahra yang berdiri di depan
bangunan pejabatnya berlari anak ke arah kami.
Apa yang paling mengguris hatiku apabila kelihatan Raimi
berlari ke arah kami dan melihat perempuan itu memeluknya.
“Habis calar kereta I, darling…” rengekkan perempuan itu
membuat aku berasa sangat jengkel dan meluat. Aku pula dipersalahkannya. Raimi
hanya merenungku tanpa perasaan dan memujuk lembut kekasihnya itu.
“ Mel, kau okey tak ni?” tegur Zahra sambil membantuku
mengangkat motorsikalku. Aku menepis debu yang melekat dibajuku.
“ Aku okey Ara. Aku balik dulu. Petang aku kena masuk
kerja…” Aku membetulkan helmetku dan bercadang hendak meninggalkan tempat itu.
“ Kau bagitahu bos kau, aku nak cepat ni, nanti aku settle
kemudian hal ni…” Aku berbicara sparuh berbisik kepada Zahra. Ada sesuatu yang
mengguris hatiku sekiranya aku terusan berlama-lamaan di situ.
Aku memecut laju meninggalkan tempat itu tanpa mempedulikan
jeritan Zahra yang memanggil namaku.
Aku terus balik ke rumah sewaku. Rumah sewa tiga bilik yang
aku sewa bersama Zahra terletak tidak jauh dari klinik tempat aku bekerja. Aku
menolak motor kesayanganku masuk dan mengunci pintu pagar. Aku bergegas berlari
ke dalam rumah dan terburu-buru bersiap. Aku harus segera cepat kerana aku masuk
kerja pukul 3.00 petang dan waktu kerjaku tamat pada pukul 11.00 malam. Jam
didinding sekarang menunjukkan pukul 1.45 petang. Aku teringat baju uniformku
belum digosok.
Selesai menggosok baju aku bekejar untuk mandi, solat zohor
dan bersiap untuk ke tempat kerja.
Aku seperti biasa menaiki bas untuk ke tempat kerja yang
terletak 15 minit perjalanan dari rumah sewaku. Hentian bas pula terletak
kira-kira 100 meter dari jalan utama rumahku.
Bag sandang ku kelek erat. Langkah kuatur laju menuju ke
hentian bas.
“Skreet..” Sebuah kereta berwarna putih susu berhenti di sisiku
yang masih laju melangkah. Payung yang menutupi wajahku menghalang aku dari
melihat ke arah pemandu kereta tersebut.
“Melina… masuk..” satu suara lelaki memberi arahan separuh
menjerit ke arahku. Aku menjatuhkan payung miliku dan memandang ke arah pemandu
kereta tersebut. Hanya dua orang sahaja yang memangilku dengan nama Melina.
Orang pertama ialah Pakcik Mustakim dan orang yang kedua ialah Raimi bos Zahra.
Jangan tanya aku bagaimana aku boleh kenal dengan Raimi bos Zahra.
“ Raimi..!” Seru hatiku. Suara kejantanan itu sudah aku
kenali. Aku tidak mempedulikannya
“Masuk..”.. Arahnya sekali lagi. Namun aku tidak
mempedulikannya dan terus melangkah ke arah hentian bas. Langkahku semakin laju
dan aku berjaya duduk di bangku hentian bas itu dengan rasa aman.
“ Kenapa awak ni degil sangat ha?” Jerkahnya tiba-tiba
muncul dari belakangku. Aku hanya mampu diam membisu dan menadah segala butir
bicara yang keluar dari mulutnya.
“Encik Raimi saya mintak maaf hal tadi. Nanti saya akan
bayar kos kerosakan tadi…” kataku berlagak tenang.
“ Ikut saya. Awak jangan degil…” ujarnya sambil menarik
lenganku kasar. Aku terkejut dengan tindakannya. Tubuhku terdorong bangun
mengikutinya dalam keterpaksaan.
“Masuk. Saya hantar awak kerja.”
Dia membuka pintu
kereta miliknya dan menolak aku masak. Aku hanya mengikutnya sahaja. Dia menutup
pintu kereta dan menghidupkan enjin.
“ Saya bukan nak mintak ganti rugi kos tu. Saya nak tahu
keadaan awak? Awak ok tak?” suaranya mengedur dan bernada lembut. Aku berpaling
memandangnya. Tidak percaya dengan kata-katanya itu.
Kenapa dia harus mempedulikan keadaanku? Pelik pula terasa
situasi itu.
“Awak Tak dengar ke saya tanya?”
Aku memandangnya terkulat-kulat.
“Saya ok. Encik jangan risau. Saya tahu jaga diri saya.”
“Jangan nak berlagak baik. Awak tanggungjawab saya..”Nada
suaranya sedikit keras.
Sebenarnya aku sudah lali dengan pitching suara seperti itu.
Sudah biasa bersoal jawab di dalam keadaan tertekan.
“Awak dah makan?” Dia menyoal lagi. Tapi bicara kali ini
bernada lembut.
“Belum..” Jawabku sepatah.
“Awak selalu ke amalkan pergi kerja tak makan?”
“Saya dah biasa.”
“Herm… patutlah badan kurus cengkeding.” Cemuhnya. Aku diam
mengumil di dalam hati.
“Saya temankan awak makan hari ni.” Tuturnya lagi. Aku
berpaling memandangnya hairan. Silap pendengaran ke?
“Erk.. terima kasih Encik. Saya biasa makan kat tempat
kerja.”
“ Kenapa dah ada date?”
“ Tak. Saya ada bawak bekal.”
“Bekal ?”
“Bekal ?”
“Ya.. saya dah buat sandwich.”
“ Simpan sandwich tu. Saya bawa awak makan dulu. Awak masuk
kerja pukul 3.00 petang kan. Ada 1 jam lagi.” Ayatnya seperti arahan. Aku
tahulah dia adalah bos dipejabatnya tetapi aku bukan pekerjanya.
Akhirnya tengahari itu aku menghadapi makan tengahari di
Restoran Dz garden bersama Raimi bos Zahra.
Pening aku melayan kerenah lelaki ini. Dia jarang dan
tersangat susah untuk tersenyum denganku. Layanannya juga kaku dan aku tahu aku
tidak pernah mengharapkan apa-apa darinya.
Ketika dia memberhentikan keretanya di depan klinik tempat
aku bekerja kelihatan Syania teman sekerjaku baru sampai. Dia memandangku penuh
persoalan melihatku datang dihantar lelaki tersebut.
“ Malam nanti saya jemput awak. Pukul 11.00 saya datang.”
Ujarnya sebelum berlalu. Aku rasa pelik juga dengan layananya kali ini.
“Siapa mamat tu Mel?” tanya Syania sambil mengikutiku dari
belakang.
“Bos Zahra.”
“Kenapa dia hantar kau datang kerja.”
“Tadi aku jatuh motor kat depan pejabat dia sebab makwe dia punya pasal. Jadi sebab nak mintak maaf dia hantar dan belanja aku makan”
“Kenapa dia hantar kau datang kerja.”
“Tadi aku jatuh motor kat depan pejabat dia sebab makwe dia punya pasal. Jadi sebab nak mintak maaf dia hantar dan belanja aku makan”
Syania mula riuh bertanya pelbagai soalan. Aku menjawab
dengan lancar namun beberapa perkara aku terpaksa sembunyikan.
Petang itu aku bekerja dengan tenang dan melupakan peristiwa
yang berlaku tengahari tadi. Pelanggan klinik juga agak ramai petang itu.
Sehinggalah dekat waktu maghrib pelanggan masih ada menunggu giliran untuk
berjumpa doktor.
Menjadi kewajipan di klinik itu apabila setiap kali waktu
maghrib akan diadakan solat berjemaah namun petang itu aku solat bersendirian
kerana pesakit masih ada. Dr Francis yang bertugas petang itu juga melihat kes
sendirian.
Selepas waktu maghrib pelanggan klinik berhenti sekejap dan
bersambung semula selepas pukul 8.30 malam.
“ Mel, nanti I hantar you balik ya..” tegur Dr Francis
semasa aku mengambil preskripsi yang dihulurkan olehnya.
Dr Francis adalah anak kepada Dr Azman Cheong yang menjadi
pemilik klinik 24 jam itu. Aku juga sudah hampir 3 tahun bekerja di situ.
Sebenarnya aku mengenali Dr Francis yang pernah belajar bersamaku semasa di
Dublin tujuh tahun lepas namun aku tidak dapat menghabiskan pengajianku selepas
kedua orang tuaku meninggal dunia. Dr Francis lah yang mengajakku bekerja
dengannya setelah mengetahui aku tidak mempunyai pekerjaan selepas pengajianku
gagal.
“Mel… Kejap lagi kita keluar makan ya…” seru Dr Francis yang
berdiri di pintu biliknya sambil memusing-musing stetoskop di lehernya.
====0===
“ Awak jangan melawan Melina. Saya berhak ke atas awak.”
Dia pantas meraih tubuhku dan memelukku erat. Satu perbuatan
yang jarang dilakukannya. Aku ingin meronta melepaskan diri tapi jiwaku sakit.
Sangat sakit semenjak aku mengenali dia.Butang baju tidurku tertarik hampir
menjerut leherku. Aku rasakan semakin sukar untuk bernafas. Air mataku tumpah.
Aku takut diperlakukan sebegitu. Sifat buasnya yang dilakukan saat dia
mendatangiku dalam keadaan marah. Akulah tempatnya melempiaskan kemarahannya.
Marah apabila sesuatu keinginannya tidak dipenuhi.
“Saya tahu awak kecewa hidup bersama saya. Tapi saya harap
awak tandatangan borang ini. Saya ingin berkahwin dengan Dyana. Saya tak akan
lepaskan awak.”
Aku memandang sepi sampul surat yang diletakkanya di atas
meja di kamarku. Sampul surat berwarna coklat itu kurenung penuh kebencian.
“ Awak silap. Saya tak pernah kecewa hidup bersama awak tapi
kali ini saya mohon pada awak lepaskanlah saya.” Aku mengatur ayat dibibirku
dengan lantunan nada yang tinggi. Selama ini pun aku sudah biasa bersikap kasar
dengannya sekasar layanannya kepadaku.
“ Jangan buat saya macam ni Melina.” Aku sudah dapat
menganggak ayat itu yang akan dituturkannya. Dia terlalu takut sekiranya aku
memutuskan ayat sebegitu. Akulah sandarannya terhadap kerjaya dan kehidupannya
selama ini. Itu perjanjian antara aku, dia dan ayahnya. Ya, ayahnya yang mengatur
kehidupan aku dan dia selama ini.
“ Ayah tahu permintaan ayah ini berat. Tapi ini adalah
wasiat bapa kamu juga Mel. Dia kawan baik ayah dan kami berkongsi harta ini dan
berjanji akan menyatukan kalian berdua. Sekiranya salah seorang mungkir, harta
ini akan jadi milik orang ketiga iaitu Pakcik Mustakim kamu.”
Aku bingung dengan usulan Ayah lelaki itu lima tahun yang
lepas. Aku terjebak dalam percaturan ini. Aku tidak perlukan harta ini.
Walaupun namaku sebagai pemilik bersama tertulis di atas dokumen itu tapi aku
lebih rela kehilangannya dari menanggung kehidupan yang menyakitkan ini.
Raimi bukan lelaki yang baik untukku. Malahan hubungan
cintanya dengan Dyana telah aku ketahui semenjak aku masih dikolej lagi. Dia
sendiri yang memberitahuku Dyana adalah kekasihnya. Dyana Setiausaha Syarikat
Perumahan Sunday Star yang terletak bersebelahan dengan pejabat Raimi. Mereka
berkongsi bangunan yang sama.
“ Kita gagal untuk mencari kebahagian dalam masa lima tahun
ini. Saya gagal untuk menjadi isteri yang baik untuk awak.”
Dia diam tidak memandangku.
“Saya mintak awak lepaskanlah saya.” Sambungku lagi.
“Saya mintak awak lepaskanlah saya.” Sambungku lagi.
Asap rokok yang disedutnya berkepul-kepul di udara.
Membentuk bebola kecil dan kemudian berpecah dibawa angin lembut dari penghawa
dingin dibilik itu.
“Saya punya kehidupan saya sendiri.” Tambah aku lagi.
“Saya menyintai lelaki lain. Awak juga bahagia dengan kekasih awak.”
“Saya menyintai lelaki lain. Awak juga bahagia dengan kekasih awak.”
Dia masih begitu tanpa reaksi lain kecuali menyedut asap
rokoknya dalam-dalam dan menghembuskannya ke udara.
“Saya harap awak lepaskan saya. Saya ingin bina kebahagian
saya.” Aku bangkit dari katil dan bercadang untuk masuk ke kamar mandi setelah
bicaraku dipandang sepi olehnya. Aku perlu menyucikan diri. Waktu subuh akan
kedengaran sebentar lagi dari masjid berdekatan. Aku mengambil bantal yang terjatuh
dihujung katil dan menyusunnya kembali ke atas katil.
Aku terus masuk ke kamar mandi dan menyucikan diri. Semasa
aku keluar dari kamar mandi dia masih lagi dikerusi tadi. Rokok ditangannya
telah bertukar putung baru.
Aku tidak lagi mempedulikannya. Semasa azan berkumandng dari
masjid berdekatan aku sudah berteleku di atas tikar sejadah. Menyerah diri
kepada Yang Maha Esa. Tempat yang sentiasa menjadikan aku lebih tenang dan
yakin pada diri sendiri.
Sekitar pukul 8.30 pagi aku sudah menyiapkan secawan kopi
dan beberapa keping roti di atas meja. Niatku pagi ini untuk balik ke rumah
sewaku selepas berkemas rumah dan dia telah keluar bekerja.
“Melina… awak sudah fikir masak-masakkah?”
Dia bertanya kepadaku dan kemudian menghirup kopi panas yang
aku sediakan. Satu yang aku puji tentang sikapnya ialah dia tidak pernah
menolak setiap kali aku menyediakan sarapan pagi untuknya.
Aku terasa ingin membetulkan kolar tali leher yang
dipakainya tapi kekeringan wajahnya membantut hasratku. Aku masih ingat
kata-katanya yang melarangku menyentuh peribadinya sekiranya tidak diminta. Itu
perjanjian aku dengan dirinya.
“Saya beri awak tempoh tiga bulan lagi untuk awak buat
keputusannya.”
Ujarnya sambil menyapu bibirnya dengan tisu Royal Gold
diatas meja makan.
“Selepas cukup tiga bulan sekiranya awak masih begini saya
akan buat keputusannya.”
Dia bersuara lagi sebelum meninggalkan meja makan. Aku hanya
menelan air liur kesat. Dia mengulangi ucapan yang sama malam tadi. Kali ini
ianya masih tiada beza dari segi nada dan intonasinya. Aku memerhati langkahnya
dengan ekor mata dan mengemas meja makan.
Itu cerita tiga bulan lepas. Kini aku bersua kembali
dengannya dan kali ini keadaanku sedikit berbeza. Aku meraba perutku yang
sedikit senak dan menyentak pedih ulu hatiku. Tekakku terasa kering dan lidahku
pahit setelah mengeluarkan sisa makanan sarapan pagi yang kujamah pagi tadi dan
yang akhirnya istilah muntah hijau yang pahit dan memeritkan tekak.
Aku memandang dia yang duduk di sofa mengadapku. Kakinya
seperti biasa bersilang angkuh. Seangkuh si perempuan di sebelahnya yang
memeluk tubuh memandangku sinis. Aku lihat tiada bezanya dia walaupun tiga
bulan tidak bersuanya.
“ Saya tak sangka sanggup awak serah diri kepada lelaki Cina
itu sampai awak jadi macam ni…” ujarnya sambil menggeleng kepalanya. Kebetulan
ketika itu kekasih hati yang menemaninya, ke tandas.
“ Awak tahukan kerana cinta saya sanggup. Lagipun dia ikhlas
menyintai saya.” Balasku dengan rentak yang sedikit bergetar. Sebenarnya aku
baru sahaja menceritakan kepadanya bahawa aku menyintai Leo.
“Ikhlaskah cinta itu kalau sampai awak jadi macam ni. Awak
tak malu ke pandangan orang lain.”
“ Tak perlu malu kerana saya ada suami...” ujarku separuh
mengejek.
“ Awak nak jadikan saya kambing hitam ya. Awak buat hal
dengan orang lain dan berselindung disebalik saya.” Suaranya sedikit keras.
“ Hey, come on. Orang lain tahu saya ada suami tapi mereka
tidak tahu siapa suami saya…”
Aku berterusan mengejeknya. Hatiku terasa puas dapat
menyakitkan hatinya. Aku tega kerana layanannya selama ini terhadapku. Bahkan
aku mengandung ini pun diketahuinya setelah aku pengsan ketika pertemuan
pertama dengannya setelah tiga bulan tidak bersua. Dia telah membawaku berjumpa
doktor dan dia sangat terkejut kerana doktor mengesahkan aku telah mengandung
sedangkan tiga bulan aku tidak bersuanya. Hatiku sangat sakit apabila dia
menuduhku telah berselingkuh dengan lelaki lain dan aku tidak menafikannya
malahan Leo yang menjadi mangsa fitnahku juga. Maafkan aku Leo kerana
menggunakan namamu.
Aku tidak memandang wajahnya. Bukan aku gentar tetapi aku
rasa aku telah berjaya. Aku telah menang kerana dapat menyakiti hatinya. Aku
terasa ingin bertepuk tangan apabila memandang wajahnya yang keruh.
Aku melihat jam ditangan hampir pukul 1.30 petang. Aku harus
masuk kerja. Lebih-lebih lagi aku belum solat zohor. Aku berasa lega apabila
dapat menghidari darinya. Aku seperti biasa ke tempat kerja berjalan kaki ke
pinggir jalan dan menahan teksi yang kebetulan melalui kawasan itu.
Leo memandang wajahku dengan penuh persoalan. Dia mengepal
jemarinya dan menggosoknya lembut ke pahanya. Satu perbuatan yang telah aku
kenal pasti apabila dia keresahan.
“ Leo, saya tak boleh bersama awak. Saya sayangkan awak tapi
kita tiada jodoh.”
“ Jangan buat saya macam ni Mel. Saya sayangkan awak. Kita
sudah bercinta selama 7 tahun. Saya janji saya akan memperisterikan awak. Saya
ingin melamar awak selepas saya bincang dengan mummy.”
Leo cuba meraih tanganku yang memegang fail rekod pesakit.
Aku cuba mengelaknya namun dia dapat memegang tanganku. Pantas kad pesakit
ditanganku diletakkan ke atas mejanya. Sepantas kilat dia memeluk tubuhku.
Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah merasuk jiwanya.
“Leo jangan buat begini. Leo sebenarnya saya hamil…”
“Hamil ? Mustahil Mel. Siapakah lelaki itu? Saya tahu bukan
saya lelaki itu. Tapi siapa dia?”
“ Awak tentu ingat lelaki yang datang ke klinik kita bersama
temanitanya adik kepada perempuan yang sarat mengandung bulan lepas…”
“ Teman lelaki Cik Dyana ? Apa kaitannya dengan dia?”
“Dialah lelaki yang selalu mengganggu hidup saya. Dialah lelaki yang mengajar saya untuk menjadi kuat apabila mummy awak menghalang hubungan kita. Dialah juga ayah kepada anak yang saya kandung ini. Dialah suami saya semenjak lima tahun yang lepas.”
“ Teman lelaki Cik Dyana ? Apa kaitannya dengan dia?”
“Dialah lelaki yang selalu mengganggu hidup saya. Dialah lelaki yang mengajar saya untuk menjadi kuat apabila mummy awak menghalang hubungan kita. Dialah juga ayah kepada anak yang saya kandung ini. Dialah suami saya semenjak lima tahun yang lepas.”
“ Cerita awak terlalu sukar untuk difahami Mel. Saya tak
sangka awak tipu saya selama ini. Saya sangka awak menyintai saya. Saya sangka
awak menyebut Ryan semasa awak pengsan tadi adalah nama saya tapi rupanya nama
lelaki lain.”
“Tega awak buat saya begini Mel.”
“Leo… saya sayangkan awak tapi sayang saya hanya setakat sayang seorang kawan. Lagipun awak adalah abang saya Leo.”
“Leo… saya sayangkan awak tapi sayang saya hanya setakat sayang seorang kawan. Lagipun awak adalah abang saya Leo.”
Aku kaget apabila melihat Leo terduduk di kerusinya. Dia
menekur mukanyanya ke lantai. Dan sesuatu yang tidak aku jangkakan, lelaki itu
menangis. Aku tidak pernah melihat dia serapuh itu. Dimanakah kekuatannya
sebagaimana ketika dia menerima berita ayahnya menceraikan ibunya kerana ingin
berkahwin dengan bondaku. Dia mendatangiku dan memberitahu kedua orangnya telah
berpisah kerana seorang perempuan lain dan perempuan itu adalah bondaku.
“Jangan buat saya begini Leo. Please. Jangan menangis. Awak
mesti kuat. Awak harus kuat terima kenyataan ini. Kita tiada jodoh.” Pujukku
lagi. Aku terasa ingin memeluknya untuk memujuk agar dia dapat menerima keadaan
itu tetapi aku tahu batasannya. Dan aku tidak akan sesekali memecahkan benteng
itu.
Bahu Leo terhingguk-hingguk menahan tangisannya. Aku cuba
menyentuh bahunya namun kutarik perlahan-lahan jari runcingku yang hampir
bersentuhan dengan kolar bajunya.
Situasi itu terganggu seketika apabila seseorang menerobos
masuk ke bilik rawatan itu. Aku kaku di situ. Menjarakkan diriku dengan
berundur ke belakang.
“Maaf doktor, saya sudah halang tadi tapi dia berkeras juga
hendak memasukinya,” Muncul Syania dengan wajah cemas.
Leo berlagak tenang. Aku pula yang rasa serba salah.
“Tidak Melina. Saya tak akan lepaskan awak. Awak milik saya
semenjak 5 tahun yang lepas dan sehingga ke hari ini detik dan saat ini awak
masih milik saya. Saya tahun bayi yang awak kandung adalah milik saya. Awak
bohongi saya dengan mengatakan bayi ini milik Leo. Awak tidak pernah
bersekedudukan dengan Leo. Selama 5 tahun ini saya tahu awak tidak pernah
menyerahkan tubuh awak kepada lelaki lain kecuali kepada suami awak yang sah
iaitu saya.”
Aku tidak percaya lelaki itu menuturkan bicara itu. Baru
sejam lepas dia mencercaku di depan temanitanya. Sejam lepas juga dia
menidakkan kandunganku. Sejam lepas dia berjanji dihadapanku untuk mengahwini
kekasihnya. Itulah karektornya yang berbeza sejam yang lepas.
“ Abang harap kita
dapat bina hidup baru…”
“ Kita harus sama-sama besarkan anak kita. Darah daging
kita…”
Ada yang berani komen atau cam ne nak buat dengan idea aku yang dah stuck ni...
Jangan pelik sebab jalan cerita belum terukai...
Sabar..
Ada idea aku sambung lain kali,,,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan