“Sue,
I tahu you marah pada I. I mengaku, I salah. Please.. I benar-benar perlukan
you.. I menyesal dengan apa yang telah I lakukan.. Please..” rayu Zek
mendayu-dayu. Sue membatukan diri.
“Apa
lagi yang kau mahukan dari Sue lagi? Tak cukupkah kau menyeksa aku selama ini
Zek?” Suara Sue perlahan-lahan. Dia menyeka air mata yang mula mengenangi kolam
matanya dengan hujung jarinya.
“Sue..!”
“Sudahlah
Zek..! Semuanya sudah tidak bererti lagi. Segalanya sudah musnah kini..” rintih
Sue sayu. Dia tidak ingin lagi mengingati peristiwa yang pernah berlaku di
antara dia dan Zek dulu. Sue sedar walaupun Zek adalah lelaki yang pernah
dicintainya tapi .. itu dulu. Kini tidak lagi. Dia telah melupakan Zek semenjak
setahun lepas. Zek sendiri yang memutuskan hubungan mereka. Sue
menggeleng-gelengkan kepala. Perlahan-lahan dia menjatuhkan tangan Zekri yang
menyentuh bahunya. Mengangkat wajahnya dan menatap wajah Zekri layu.
“Zek,
lupakanlah Sue. Sebenarnya Sue sudah tiada lagi. Berkubur bersama cinta Zekri
di kota sana. Aku bukan lagi Sue yang menjadi milikmu dulu. Aku adalah Sue,
perempuan kampungan sahaja..”
“Zek
sayangkan Sue. Terimalah Zek kembali Sue. Zek rindukan saat indah kita berdua
dulu..” rayu Zekri lagi penuh pengharapan.
“Tidak
Zek..! Semua itu sudah berlalu…!” Jerit Sue langsing disertai air matanya yang
gugur lebat.
Zekri
berteleku di atas pasir putih yang terhampar bersih. Lemah, longlai dan lesu.
Jiwa kelakiannya dihimpit kekecewaan. Tidak dapat menerima kenyataan yang kini
menghancurkan harapannya. Pertemuan yang diharapkan akan menjalinkan semula
ikatan yang terputus setelah perpisahan hampir setahun lepas, kini menjadi
debu-debu dan sisa yang merobek hatinya sendiri.
“Aku
tidak layak untukmu Zek.. ! Kau pembohong! Penipu! Pergi jahanam dengan cinta
dan sayangmu itu Zek. Jangan ganggu kebahagiaan yang kumilikki kini…”
terngiang-ngiang ucapan Sue sebentar tadi sebelum Sue meninggalkan dia di tepi
pantai itu.
“Sue!
Maafkan aku Sue..!” Rintihnya pilu.
Akhirnya
kini dia sedar. Dia kalah kini dengan cinta seorang gadis. Sue dulu dianggapnya
lemah dan lembut serta tidak bermaya kini ternyata sebaliknya. Kekecewaan lalu
lantaran perbuatannya telah mengajar gadis itu menjadi seorang yang lebih tabah
dan keras hati. Dulu perasaan gadis itu dipermainkan dan dikecewakan tapi hari
ini dia yang kecewa. Segala yang dimiliki sudah tidak bermakna lagi tanpa
Sue. Dia boleh mengharapkan gadis lain
selain Sue dengan ketampanan dan kedudukan yang dimiliki tetapi dia tidak dapat
melupakan Sue. Hatinya kini benar-benar mengharapkan Sue. Penyesalan bertimbun
mneghimpit dirinya. Namun …. Dia kecewa..!
Zekri melangkah longlai menuju ke
arah motor besarnya. Menghidupkan enjin dan menderu kuat , memecut laju berlalu
dari situ. Tanpa disedari air mata seorang lelaki yang angkuh menitis hanya
kerana seorang gadis seperti Sue. Dia tidak mengharapkan sesiapa lagi kecuali
Sue. Di jalan raya yang membelah kawasan perkampungan nelayan itu, dia memecut
laju tanpa menyedari dari arah hadapan sebuah kereta datang laju lalu…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan