===========================0===================================
Ketika dia membuka matanya, kepalany
terasa begitu berat. Berdenyut-denyut. Tubuhnya terasa begitu lemah.
Tulang-tulangnya terasa sakit.
“
Jangan bergerak nak..” Suara seorang perempuan menepis cuping telinganya. Di
mana aku? Dia cuba mengangkat kepalanya tetapi terasa begitu berat.
Pandangannya masih terasa samar-samar dan berpusing-pusing. Kenapa dengan aku?
Dia cuba memerah ingatan tetapi tiada satu pun yang yang diingatinya.
Untuk
kedua kalinya dia tidak sedarkan diri lagi. Tidak berjaya mengingati apa yang
berlaku dan tidak tahu kenapa dengan dirinya. Adakah bermimpi atau reality.
“Bagaimana
keadaan dirinya?” Suara seorang perempuan lain kedengaran sayup-sayup di
telinganya. Seakan bermimpi.
“Tadi
dah sedar tapi pengsan semula,” jawab satu suara lagi. Sedikit demi sedikit
pandangannya semakin jelas.
“Kau
kenal ke pemuda ini Ryzal?” Suara lelaki tiba-tiba kedengaran.
“Ya,
pakcik. Zek namanya,” jawab suara lain.
“Zek
sahaja ke? Anak siapa?” Tanya suara lelaki tua itu lagi.
“Entahlah!
Saya sendiri baru kenal. Saya agak tentu Sue kenal dia ni,” ujar suara yang
disapa Ryzal itu. Sue ? Sue? Di mana Sue? Ingatannya terkenangkan nama Sue.
“Sue
ke mana?” Tanya lelaki tua itu.
“Hantar
Dr.Harun. Sekejap lagi baliklah. Nanti Ngah tanyalah Sue perihal pemuda ini.
Dia kenal gamaknya..” sampuk satu suara perempuan dan kemudian terbatuk-batuk.
Zekry hanya mendengar sahaja. Matanya tertutup rapat. Sue..! Ya, Sue.. dia mengharapkan
Sue akan berada di sisinya.
“Mak
Yah, tadi Sue pesan dia nak ke Bandar dulu dengan Abang Mat. Agaknya lewat
balik,” beritahu suara seorang gadis muda.
Sue..
cepatlah balik. Kenapa dengan aku ini Sue? Tolonglah aku Sue. Kasihanilah aku.
Hatinya terus menjerit memanggil nama Sue. Kepalanya berdenyut sakit. Badannya
terasa ngilu dan sakit-sakit. Entah kali ke berapa dia terlena lagi. Tidak
sedarkan diri.
Apabila
dia sedar untuk kali seterusnya, matanya begitu berat. Namun digagahi untuk
membuka kelopak matanya. Keadaan disekelilingnya sunyi sepi. Hanya
sekali-sekala dia mendengar bunyi pinggan mangkuk berlaga di dapur agaknya. Dia
cuba menggagahi dirinya untuk bangun tapi tidak berdaya.
Beberapa
detik kemudian dia melihat bayangan seseorang melintasi kepalanya. Suara
seorang perempuan menepis hujung telinganya.
“Sue,
kau dah sembahyang maghrib ke?”
“Belum
lagi mak. Kejap lagi..!” jawab suara yang lebih muda. Sue kah itu?
“Jangan
di lengah Sue. Banyak lagi ke kerja tu?”
“Sikit
aje mak. Ni Sue letak beras atas dapur. Mak tolong tengoklah ya. Sue nak pergi
ambil air sembahyang dulu..”
“Hem..
Pergilah..!”
Suara
kedua-dua orang perempuan itu hilang. Di ganti oleh bunyi baldi berlaga dan
kemudian suasana kembali senyap sunyi.
“Oh
! Anak dah sedar ke?” Suara seorang perempuan tua menyapu cuping telinganya.
Dia cuba mengerdipkan matanya beberapa kali. Bayangan seorang perempuan separuh
usia berdiri di hujung kakinya. Penglihatannya masih kabur. Mulutnya
terkumat-kumit mengatakan sesuatu tetapi tidak kedengaran. Perempuan itu
menghampirinya.
“Berehatlah
dulu..!” Nasihat perempuan itu.
“Me..
me..mengapa saya di sini makcik..? Saya kat mana ni?” Dalam kepayahan akhirnya
dia Berjaya menuturkan bicara itu.
“Anak
di rumah makcik. Nama makcik Mak Yah. Petang tadi kau kemalangan,” cerita
perempuan itu.
“Kemalangan..?”
Otaknya mula ligat berfikir. Tapi kosong. Tiada satu pun ingatannya kepada
peristiwa itu.
“Ya,
mujurlah Sue yang Nampak kau. Dialah juga mengajak orang kampung membawa kau ke
sini. Sue jugak yang pergi menjemput Dr
Harun. Maaflah kami tak bawa kau ke hospital sebab hospital jauh dari sini.
Lagipun anak janganlah bimbang. Kau hanyalah luka ringan sahaja..” jelas
perempuan yang membahasakan dirinya Mak Yah itu.
“Jangan
dibiarkan dia bergerak mak. Doktor pesan, dia kena berehat sepanjang mala
mini..”tegur seorang gadis.
“Sue..?”
hatinya berdetak. Dia cuba mengangkat kepala tetapi terjatuh kembali dan terasa
berdenyut-denyut.
“Berehatlah
dulu, makcik nak ke dapur..” Mak Yah pun berlalu. Tinggallah Zekri terkebil-kebil
kesorangan. Hatinya berbunga riang. Sue yang menolongnya. Mengapa? Adakah gadis
itu masih menyayanginya? Hatinya tertanya-tanya dan dia kembali terlena.
Alunan bacaan ayat suci
Al-Quran menusuk telinganya. Suara Suekah itu? Merdu dan gemersik. Hatinya mula
berlagu hiba. Pilunya mendengar bacaan itu. Terasa diri benar-benar jahil.
Bacaan itu menyentuh hatinya. Rupanya Sue sudah jauh berubah. Dirinya kini
lebih bersih dan suci tapi dia.. patutlah Sue tidak mahu menerimanya kembali.
Mengenangkan dirinya yang kotor, hina dan keji terasa seakan jarum menusuk ke
hati. Ngeri.. Oh! Tuhan, ampunilah aku.
Terkenangkan
ketika zaman kanak-kanaknya. Dia dan Sue berkawan rapat. Bermain bersama, pergi
sekolah bersama dan mengaji Al-Quran di rumah Ustaz Ismail pun bersama. Setelah
dewasa dan sama-sama berada di pusat pengajian tinggi.. dia berjaya begitu juga
Sue. Baja kasih yang disemai semenjak kecil hingga remaja akhirnya membuahkan
cinta. Mereka menjadi pasangan kekasih. Bahagia bersama. Namun panas tidak berpanjangan,
akhirnya hujan jua di tengah hari. Kehadiran seorang gadis yang lebih cantik
dan lincah membuat hati lelakinya goyah dan beralih arah. Dia curang dibelakang
Sue tapi selama mana rahsia itu dapat disembunyikan akhirnya terburai jua. Sue
sendiri melihat dia bercumbu dengan gadis itu di rumah sewanya. Tapi sue tidak
cepat melatah. Dia cuba menasihatinya. Apabila mendapati Sue tidak mengambil
endah dengan perbuatannya dia mula membuka langkah lebih panjang.
Ketampanannya, rupa dan kedudukan yang dimiliki membuat dia lupa daratan.
Memikat dan menggoda wanita lain sehingga Sue diabaikannya. Sue menasihatinya
tapi dia menuduh Sue cemburu. Lantas perpisahan dipinta. Sue menangis mendengar
ucapannya dan semenjak itu dia tidak berjumpa lagi dengan Sue. Menurut keluarga
angkatnya Sue menghilangkan diri dan tidak mahu diganggu. Ketiadaan Sue
menyenangkannya tapi…….
Khayalannya
terputus bila derapan langkah terhenti di sisinya. Dia cuba berpaling ke
sisinya tapi tidak Berjaya. Sebiji pinggan diletakkan berdekatan.
“Encik
hendak makan?” Suara Sue menepis cuping telinganya.
Encik?
Kenapa dengan Sue? Aku Zek.. Zekri.. Suaranya tenggelam di halkum.
“Sue…
Zek dahaga,”
“Kejap
ya. Biar Sue bantu Zek minum,” Suara Sue lemah-lembut kedengaran di cuping
telinganya. Perlahan-lahan tangan lembut Sue, melingkari kepalanya dan diangkat
lalu disandarkan dengan bantal. Berkerut wajah Zekri apabila Sue melepaskan
tangannya.
“Sakitlah
Sue,” rintihnya mengaduh.
“Oh!
Maafkan Sue…!” Sue segera mengangkat sekali lagi kepalanya dan terus menarik
bantal lalu dipangku kepala Zekri dengan lembut. Zekri tersenyum. Sungguh baik,
hati Sue. Pujinya diam.
“Macam
mana? Okey tak?” Tanya Sue.
“Emm..”
“Kalau
begitu biar Sue suapkan Zek makan ya.”
Zekri
tersenyum riang. Senang hatinya apabila dilayan sebegitu oleh Sue. Terimbau
kenangan lalu. Zekri makan dengan berselera. Matanya tidak berkedip memandang
wajah Sue. Terasa ingin dipeluk cium wajah manis itu. Hampir separuh pinggan
nasi di makannya.
“Macam
mana Zek?”
“Cukup
Sue, Zek dah kenyang,”
Selesai
menyuapnya makan, Sue mengelap pula tubuh Zekri. Hampir sejam Sue melayani Zekri yang
kelihatan semakin bersemangat.
Selepas
solat Isyak, Ryzal mengunjungi rumah Sue. Zekri hanya mendengar sahaja dari
jauh perbualan Sue dan Mak Yah dengan pemuda itu. Dari percakapan mereka dia
boleh mengagak Sue begitu mesra dan rapat dengan Ryzal. Pemuda itu mengusik Sue
dan Sue sendiri tidak henti ketawa mendengar omongan Ryzal.
“Amacam..
kekasih hati sudah ada di sisi..” ayat itu terputus di situ sahaja apabila kedengaran
tepukan pukulan tangan yang kuat di iringi suara Ryzal mengaduh. Zekri
tersenyum sendirian. Adakah dirinya yang menjadi bualan?
Malam
itu Ryzal, Pak Ngah dan Abang Mat tidur di rumah Sue menjaga Zekri.
Keperihatinan mereka amat menyentuh hati Zekri.
wahh..best2..tak sabar ak tengok yang seterusnya..ada beberapa persoalan yang sedang di tunggu. Apa yang akan berlaku nanti? betul ke sue tak kenal zek? Dapat ke sue terima zek semula? Tu rasa nak baca lagi.
BalasPadamCuma nak tanya satu soalan. Mak sue tak kenal zek ke? sebab ada ayat yang mengatakan sue dan zek berkawan sejak kecil?
Apa yang akan berlaku nanti? betul ke sue tak kenal zek? Dapat ke sue terima zek semula? Mak Sue tak kenal Zek Ke? Memang ada ayat yang mengatakan Sue dan Zek berkawan sejak kecil ... Hahahahaha... sukanya.. sabar..sabar.. baca sampai ending..
PadamDah baca Cerpen Milikku jua? Apa komennya? Yang tu dah tamat dah.. klu lum baca check post yg lama ya.. komen sikit ye..