RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud
:"Bacalah
surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu :
1. Apabila orang lapar membaca surah
Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian
boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum
berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan
boleh hilang perasaan takut...
5. Jika terpenjara akan
dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya,
akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh
sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang
yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga
membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang
sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran
itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya
Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran
sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada
setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat
Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa
mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat
Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya
alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia
dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda
selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam
Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka,
Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan
dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan
membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui
keterangan ini,dia adalah orang-orang yang munafik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan