Pada suatu ketika dulu, adalah seorang pedagang lelaki yang
bermimpi didatangi Nabi Khaidhir. Mimpinya yang Pedagang ini diperintahkan Oleh
Nabi Khaidhir supaya bersedekah sebanyak 1000 dinar. Pedagang tersebut telah
bermimpi sebanyak 3 kali dengan perkara yang sama. Lalu pedagang tersebut mula
merasakan yang mimpi itu adalah perkara yang benar. Kemudian, pedagang tersebut
mengikut mimpi yang dilaluinya itu dengan bersedekah sebanyak 1000 dinar.
Kemudian datang mimpi sekali lagi menemui Nabi Khaidhir yang mana Nabi Khaidhir
mengajar pula ayat 2 hingga 3 surah At-Tolaq supaya diamalkan. Kemudian
pedagang tersebut terus mengamalkan ayat tersebut seperti mana yang diajarkan
oleh Nabi Khaidhir.
Pada suatu hari,
pedagang itu ingin pergi berdagang ke suatu tempat dengan menggunakan jalan
laut dengan menaiki kapal. Ketika dalam perjalanan,tiba-tiba ribut taufan yang
amat dasyat datang membadai kapal pedagang tersebut. Dalam keadaan sebegitu,
pedagang tersebut hanya bertawakkal dan berserah sahaja kepada Allah sambil
terus menerus membaca surah yang seperti mana diajar oleh Nabi Khaidhir dalam
mimpinya itu.
Dan akhirnya kapal mereka pecah dipukul ombak besar dan
semua penumpang dan anak kapal pedagang mati dan kembali ke Rahmatullah kecuali
hanya pedagang tersebut sahaja yang masih hidup, sehinggalah ribut sudah reda
dan pedagang tersebut tersedar dan mendapati dirinya sudah berada di tepi
pantai di sebuah negeri bersama barang-barangnya yang tidak sedikitpun rosak.
Sambil menadah tangan
dan mengucap kesyukuran kepada Allah yang Maha Berkuasa dengan kehendaknya dan
hikmah disebalik membaca ayat seribu dinar itu maka pedagang itu selamat. Lalu,
pedagang tersebut mengambil keputusan untuk tinggal sahaja di negeri tersebut
dan ayat yang diajar nabi Khaidhir terus diamalkan.
Selama pedagang
tersebut tinggal di negeri itu, pedagang tersebut mengambil keputusan berniaga
dan berdagang dengan penduduk setempat. Dengan amalannya membaca ayat seribu
dinar. Kemudian dengan izin Allah, pedagang tersebut telah diangkat sebagai
raja dalam negeri itu (rezeki yang tidak disangka-sangkanya.)
Begitulah kisahnya disebalik nama Ayat Seribu Dinar.
Oleh itu marilah kita
mengamalkan ayat ini dan berdoa supaya Allah mengizinkan kita dapat mengecapi
kemurahan rezeki dan nikmat di dunia mahupun akhirat.Sentiasalah kita bersyukur
kepada Allah S.W.T.
Amalkan 3,5 atau 7
kali setiap kali selepas Solat Fardhu dan Solat Sunat Dhuha.
Diikuti dengan bacaan
La Haula Wala Quwwata Illa Billah sebanyak 11 kali.
Semoga Allah
melapangkan segala urusan. Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan