Memaparkan catatan dengan label Copy paste. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Copy paste. Papar semua catatan

Khamis, 13 Disember 2018

Petua Ubat Batu Karang

Ramuannya

madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hitam hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.

Selamat mencuba

Ahad, 13 November 2016

Almond Untuk Bibir Pink


Lupakan manuskrip yang lum siap. 
Cuba pula petua nak cantik. Kadang2 kita tak sedar di sekeliling kita banyak bahan alami yang sesuai dijadikan petua atau bahan untuk kecantikan dan penjagaan kesihatan yang lain.
Masuk ke dapur nampak badam. Jom check apa guna buah badam yang kita kerap kunyah atau rasa dalam masakan kuih atau kek kita. Siapa sangka ada khasiatnya yang kita tak terfikirkan selama ini.
Cara-caranya  ambil 2 biji badam dan rendam dalma air semalaman. Paginya, buang kulit dan grind hingga hancur dan jadikan paste. Kemudan campur 1 sudu susu dan gaul sebati sehingga jadi 'thick paste'.
Urut lembut bahan bancuhan itu di bibir selama 5 minit. Dan biarkan di bibr anda untuk 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Ini adalah salah satu cara 'home remedy' untuk dapatkan bibir yang kelihatan pink natural.

Ahad, 26 Oktober 2014

Review Produk: Aquara Essence Spray dari Giffarine


Kali pertama diperkenalkan dengan produk ini penyakit was-was itu masih ada. Aku tak yakin sangat apa kebenda fungsi spray ni sebab bagi aku guna ajelah bedak kalau nak cantikkan muka. Tapi aku guna juga sebab orang lain dah ramai mula bercerita pasal kehebatannya. 
Mula-mula guna nak nangis rasa spray masuk mata. Cepat-cepat ambil tisu lap mata. Lepas tu aku terus tempek bedak. Ishh tak sabar sungguh aku ini sebab aku tak rasa apa-apa pun masa tu. Lepas tu aku pergi kerja.
Petang aku keluar pergi rumah adik iparku. Gara-gara bonda aku dah menunggu lama maka aku pun nak cepat lepas mandi terus aku spray 'Aquara Essence Spray' ni kat muka. Sementara tunggu kering aku pun pakailah baju dan sapu losyen sikit kat badan. Nak dijadikan cerita, aku terus keluar ikut bonda lupa dah nak tempek bedak ngn lipstik macam biasa. Masa atas kereta baru aku perasan aku tak bermekap. Dah jauh 30km lebih dah perjalanan ni mustahil nak pusing balik rumah untuk mekap. Aku pun teruskan juga perjalanan dengan rasa hati yang sedikit terkilan.
Masa singgah kat Stesyen Minyak aku tak turun sebaliknya mintak tolong adik pergi kat kaunter buat pembayaran . Sebab aku rasa malu wajahku yang pucat tanpa mekap.
Masa singgah kat KFC aku tak keluar dari kereta juga almaklumlah masih segan dengan wajah tanpa mekap. Namun nak dijadikan cerita adik aku yang tinggal kat Melaka telefon. Aku kena contact dia balik tapi credit telefon plak tinggal sen-sen je. Adik-adik aku yang lain masih kat dalam KFC maka dengan rasa stress 75dgree aku keluar juga ke 7E yang berdekatan untuk membeli top up. Masa nak buat pembayaran tu, adik yang jaga kaunter tu tenung aku semacam je. Hati aku pun berdetak. Ni tentu dia pun stress sama tengok wajah aku yang pucat. Tapi tenungannya itu macam adik something wrong yang menarik kat pipi aku. Lepas bayar aku cepat-cepat blah dari situ. Sambil-sambil tu aku pun buat-buat tutup muka ngn tangan malu kononnya. Eh! Biar betul.. Aku sentuh sekali lagi pipi aku. Tak puas hati juga aku gosok lagi kuat. Oh..!!! Benarkah ini. Cepat-cepat aku berlari ke dalam kereta. Benda pertama yang aku selongkar ialah cermin kecil yang terselit kat tempat sebelah pemandu. Aku terpegun seketika melihat wajahku. Kus semangat aku seketika. Then aku tersandar kat kusyen kereta melepaskan lelah yang berbuku di dada.
Masa adik-adik ngn bonda aku masuk kereta aku masih dalam debaran. Kami meneruskan perjalanan ke rumah adik iparku.
Sesampai aje kat rumahnya dia sedang memasak kat dapur. Aku terus masuk lam rumah dan mula nak mengadap cermin. Adik ipar aku muncul di tangga terus tegur aku dan salam tangan aku.
"Kaklong, comey muka kaklong. Nampak pink kaler."
Ya.. aku rasa nak menjerit kuat-kuat masa tu.
"Kaklong pakai apa hari ni?"
"Jangan nak sindir kaklong,"
"Betul kaklong nampak pink cantik.."

Yahoo..
Semenjak hari itu aku juga rasa tak kisah dah nak keluar rumah tanpa mekap pun. Kulit wajahku masih lembut dan licin. Rasa menyegarkan kulit wajah. Apa yang paling best rasa sejuk walaupun berada di bawah cahaya matahari yang teruk. Kulit juga terasa gebu, bersih, lembab dan segar sepanjang hari. Saya biasa pakai spray ni sebelum pakai krim dan bedak. Ianya nampak ketara. Kulit wajah cantik asli tidak seperti kulit wajah sesetengah orang yang guna produk jenama lain kulit mereka nampak cantik tapi nipis sampaikan macam transferan plak. So, anda bagaimana? Saya dah mencubanya anda bila lagi.
Aquara Spray

Apa itu Aquara Essence Spray Giffarine? 
Semburan mineral dengan campuran kompleks dan ekstrak bunga lili ini membantu menyeimbangkan kulit, menggurangkan kesan dedahan kulit anda pada pencemaran sekeliling dan matahari. Ianya memberikan kelembutan dan kebersihan pada kulit serta menambahkan kelembapan supaya anda terasa segar dan bersih sepanjang hari. 

Kod :10602-06
Harga RM33.60

Macam mana nak dapatkan produk ini? Anda boleh layari di sini dan boleh dapatkan secara online.

Sabtu, 26 April 2014

Cara-cara Mandi Wajib

Ketika seorang muslim berhadas besar (junub), maka ia wajib mandi agar kembali suci. Berikut ini tatacara mandi wajib sesuai tuntunan Rasulullah dalam hadis-hadis shahih:


1. Niat

Mulailah dengan niat mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar. Niat ini membezakan mandi



wajib dengan mandi biasa, sebagaimana ia membezakan ibadah dengan adat/kebiasaan.

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
“Semua amal perbuatan tergantung niatnya dan setiap orang akan mendapatkan sesuai yang ia niatkan” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

2. Membersihkan kedua telapak tangan

  Iaitu dengan cara menyiram/membasuh tangan kiri dengan tangan kanan dan sebaliknya, menyiram/membasuh tangan kanan dengan tangan kiri. Diulangi tiga kali


عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ فَبَدَأَ فَغَسَلَ كَفَّيْهِ ثَلَاثًا
“Dari Aisyah bahwa Nabi S.A.W mandi kerana junub, maka beliau memulainya dengan mencuci kedua telapak tangannya tiga kali...” (HR. Muslim)

3. Mencuci kemaluan
Mencuci dan membersihkannya dari mani dan kotoran yang ada padanya serta sekitarnya

4. Berwuduk
Yakni berwuduk sebagaimana ketika hendak shalat

5. Membasuh rambut dan menyapu pangkal kepala
Dengan cara memasukkan kedua tangan ke air, lalu menggosokkannya ke kulit kepala, dan kemudian menyiram kepala tiga kali.

6. Menyiram dan membersihkan seluruh anggota tubuh
Pastikan seluruh anggota tubuh tersiram air dan dibersihkan, termasuk bahagian-bahagian yang tersembunyi/lipatan seperti ketiak dan celah jari kaki.

Langkah ke-3 hingga ke-6, dalilnya adalah hadis-hadis berikut:


عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ يُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِي الْمَاءِ فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ
“Dari 'Aisyah isteri Nabi S.A.W, bahawa jika Nabi S.A.W mandi kerana janabat, baginda memulainya dengan mencuci kedua telapak tangannya, kemudian berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menggosokkannya ke kulit kepalanya, kemudian menyiramkan air ke atas kepalanya dengan cedokkan kedua telapak tangannya sebanyak tiga kali, kemudian baginda mengalirkan air ke seluruh kulitnya." (HR. Al Bukhari)


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ يَبْدَأُ فَيَغْسِلُ يَدَيْهِ ثُمَّ يُفْرِغُ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ فَيَغْسِلُ فَرْجَهُ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ يَأْخُذُ الْمَاءَ فَيُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِي أُصُولِ الشَّعْرِ حَتَّى إِذَا رَأَى أَنْ قَدْ اسْتَبْرَأَ حَفَنَ عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ حَفَنَاتٍ ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى سَائِرِ جَسَدِهِ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ
Dari Aisyah dia berkata, "Dahulu apabila Rasulullah S.A.W mandi hadas kerana junub, maka baginda  memulainya dengan membasuh kedua tangan. Baginda menuangkan air dengan menuangkan air dengan tangan kanan ke atas tangan kiri, kemudian membasuh kemaluan dan berwuduk dengan wuduk untuk solat. Kemudian baginda menyiram rambut sambil memasukkan jari ke pangkal rambut sehingga rata. Hingga ketika selesai, baginda membasuh kepala sebanyak tiga kali, lalu baginda membasuh seluruh tubuh dan akhirnya membasuh kedua kaki.” (HR. Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَغْتَسِلَ مِنْ الْجَنَابَةِ بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ قَبْلَ أَنْ يُدْخِلَهُمَا الْإِنَاءَ ثُمَّ غَسَلَ فَرْجَهُ وَيَتَوَضَّأُ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ يُشَرِّبُ شَعْرَهُ الْمَاءَ ثُمَّ يَحْثِي عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ حَثَيَاتٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَهُوَ الَّذِي اخْتَارَهُ أَهْلُ الْعِلْمِ فِي الْغُسْلِ مِنْ الْجَنَابَةِ أَنَّهُ يَتَوَضَّأُ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ يُفْرِغُ عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى سَائِرِ جَسَدِهِ ثُمَّ يَغْسِلُ قَدَمَيْهِ
Dari Aisyah ia berkata; "Jika Rasulullah .S.A.W akan mandi junub, baginda mencuci kedua tangannya terlebih dahulu sebelum memasukkan tangan baginda ke dalam bejana. Setelah itu baginda mencuci kemaluannya, berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat dan menyela-nyela rambut dengan air. Setelah itu beliau menyiramkan tiga siraman ke atas kepalanya." Abu Isa berkata; "Hadis ini derajatnya hasan shahih, dan hadis inilah yang dipilih oleh para ahli ilmu dalam hal mandi junub. Bahawa seseorang hendaknya berwuduk sebagaimana wuduk solat, kemudian menuangkan tiga siraman ke atas kepalanya. Setelah itu mengalirkan air ke seluruh tubuh dan membasuh kedua kakinya." (HR. Tarmidzi)

Demikian tata cara mandi wajib sesuai tuntunan Rasulullah. Ketika kita mengamalkannya, insya-allah bukan hanya kita suci dari hadas besar, tetapi juga mendapatkan pahala kerana mengikuti sunnahnya. Wallahu a’lam bish shawab. [Abu Nida]

Selasa, 15 Oktober 2013

Ayat Seribu Dinar


Pada suatu ketika dulu, adalah seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khaidhir. Mimpinya yang Pedagang ini diperintahkan Oleh Nabi Khaidhir supaya bersedekah sebanyak 1000 dinar. Pedagang tersebut telah bermimpi sebanyak 3 kali dengan perkara yang sama. Lalu pedagang tersebut mula merasakan yang mimpi itu adalah perkara yang benar. Kemudian, pedagang tersebut mengikut mimpi yang dilaluinya itu dengan bersedekah sebanyak 1000 dinar. Kemudian datang mimpi sekali lagi menemui Nabi Khaidhir yang mana Nabi Khaidhir mengajar pula ayat 2 hingga 3 surah At-Tolaq supaya diamalkan. Kemudian pedagang tersebut terus mengamalkan ayat tersebut seperti mana yang diajarkan oleh Nabi Khaidhir.
 Pada suatu hari, pedagang itu ingin pergi berdagang ke suatu tempat dengan menggunakan jalan laut dengan menaiki kapal. Ketika dalam perjalanan,tiba-tiba ribut taufan yang amat dasyat datang membadai kapal pedagang tersebut. Dalam keadaan sebegitu, pedagang tersebut hanya bertawakkal dan berserah sahaja kepada Allah sambil terus menerus membaca surah yang seperti mana diajar oleh Nabi Khaidhir dalam mimpinya itu.
Dan akhirnya kapal mereka pecah dipukul ombak besar dan semua penumpang dan anak kapal pedagang mati dan kembali ke Rahmatullah kecuali hanya pedagang tersebut sahaja yang masih hidup, sehinggalah ribut sudah reda dan pedagang tersebut tersedar dan mendapati dirinya sudah berada di tepi pantai di sebuah negeri bersama barang-barangnya yang tidak sedikitpun rosak.
 Sambil menadah tangan dan mengucap kesyukuran kepada Allah yang Maha Berkuasa dengan kehendaknya dan hikmah disebalik membaca ayat seribu dinar itu maka pedagang itu selamat. Lalu, pedagang tersebut mengambil keputusan untuk tinggal sahaja di negeri tersebut dan ayat yang diajar nabi Khaidhir terus diamalkan.
 Selama pedagang tersebut tinggal di negeri itu, pedagang tersebut mengambil keputusan berniaga dan berdagang dengan penduduk setempat. Dengan amalannya membaca ayat seribu dinar. Kemudian dengan izin Allah, pedagang tersebut telah diangkat sebagai raja dalam negeri itu (rezeki yang tidak disangka-sangkanya.)
Begitulah kisahnya disebalik nama Ayat Seribu Dinar.
 Oleh itu marilah kita mengamalkan ayat ini dan berdoa supaya Allah mengizinkan kita dapat mengecapi kemurahan rezeki dan nikmat di dunia mahupun akhirat.Sentiasalah kita bersyukur kepada Allah S.W.T.
Amalkan 3,5 atau 7 kali setiap kali selepas Solat Fardhu dan Solat Sunat Dhuha.
Diikuti dengan bacaan La Haula Wala Quwwata Illa Billah sebanyak 11 kali.
 Semoga Allah melapangkan segala urusan. Amin

Jumaat, 19 Oktober 2012

Senaman Otot Muka


Stress..!  Stress …  !!  Stress..!!!!! Alemak ada garis timbul antara dua kening akak plak. Patutlah aku nampak macam orang tertekan. Kesibukan dengan kerja dan urusan harian kadang-kadang menyebabkan kita kerap kali mengerutkan kening terutama bila memikirkan sesuatu bahkan semasa kita bertenang pun terkerut juga kening akak. Garis halus yang timbul itu boleh menganggu penampilan kita daripada ceria berubah menjadi duka. Engkorang perasan tak macam mana muka orang stress?
Ha macam ni..
               

Mimik muka nampak sedih , berduka dan macam orang stress...Kedutan itu walaupun tampak kecil namun tetap mengganggu penampilan kita.

Pada Wajah kita terdapat beberapa otot yang dinamakan otot ekspresi wajah. Otot-otot ini memainkan peranan dalam memberi ekspresi wajah kita. Apabila kita gembira, otot-otot ini bergerak menzahirkan kegembiraan pada muka kita.Begitu juga apabila kita marah. Otot-otot ini bergerak dan memberikan ekspresi marah pula.
Otot-otot muka kita boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan kita memahami fungsinya. Otot di sekitar mata dan kening berfungsi bagi membuka mata, menggerakkan bebola mata dan mengerutkan dahi. Kerana itulah mata kita mampu memberikan ekspresi wajah yang pelbagai. Perbuatan menjeling, melirik dan mengenyit misalnya memberi pelbagai maksud bagi individu yang memandangnya. Oleh itu bahasa mata dikatakan suatu bahasa yang penuh bermakna meskipun tiada kata-kata yang kedengaran. Otot di dahi pula berfungsi bagi menarik kening ke atas. Mereka yang mempunyai otot dahi yang kuat mempunyai kening tinggi dan tampak menarik. Namun terdapat juga mereka yang mudah mengalami kedutan di dahi lantaran pengecutan otot ini. Ini membuatkan mereka tampak lebih tua daripada usia sebenar dan kurang menarik. Kumpulan otot di bawah mata pula berfungsi apabila kita mahu memejamkan mata. Otot ini sekiranya terlalu besar akan membuatkan mata kita tampak kecil. Otot di sekitar hidung berfungsi mengawal bukaan hidung. Jika ia terlalu aktif hidung akan tampak kembang. Jika hidung mahu tampak kecil otot ini harus dikurangkan keaktifannya.
Kumpulan otot pada pipi yang digelar meseter pula penting untuk mengunyah. Otot yang digunakan untuk meniup dan bersiul pula dinamakan buccinators. Tidak ramai yang tahu bahawa dagu juga mempunyai otot bernama mentalis. Dagu yang panjang tentunya mempunyai mentalis yang relaks dan tidak berkerut.
Bagi mereka yang kuat merokok biasanya otot sekeliling mulut akan membesar atau menjadi aktif. Apabila usia meningkat ia kelihatan seolah olah seperti gelang di sekitar mulut.
Ekspresi wajah dikawal sepenuhnya oleh otot-otot ini dan kehilangan kuasanya akan membuatkan ekspresinya hilang. Seseorang yang mengidap parkinson tidak mempunyai sebarang ekspresi wajah kerana kerana kegagalan ototnya bekerja.
Bagi membolehkan otot bekerja dengan baik beberapa perkara penting seperti kandungan kalsium yang cukup, kandungan transmitter seperti dopamine dan keadaan otot serta saraf yang utuh. Justeru gangguan saraf seperti yang berlaku kepada pesakit strok dan bells palsy membuatkan keadaan tidak simetri pada wajah. Keadaan ini adalah disebabkan lumpuhnya beberapa otot yang mengawal pergerakan muka.
Bagi mereka yang menggunakan tangan kanan mungkin mereka turut mengunyah makanan dan menggunakan lebih banyak otot pada sebelah kanan juga. Apabila usia meningkat melebihi 40 kita mula melihat perkembangan yang lebih pada otot-otot kanan membuatkan keadaan tidak simetri pada muka. Pada masa ini perubahan perlu dilakukan dengan menggunakan bahagian kiri lebih banyak agar perkembangan otot akan turut seimbang.

Senaman wajah

Otot yang kuat tidak mudah kendur dan rosak. Senaman yang sesuai adalah dengan melakukan fungsi-fungsi otot kita. Bagi otot mata lakukan kenyitan mata beberapa kali. Letakkan jari jemari di bahagian dahi berhampiran rambut dan lakukan urutan ke atas. Ini akan membantu mengelakkan kedutan.


 
Seterusnya lakukan perbuatan mengembungkan pipi seolah olah meniup selama beberapa kali. Setelah itu kembungkan pipi kiri dan kanan secara berasingan pula.
Llakukan pergerakan senyum yang lebar dan dan bulatkan mata semasa senyum. Oleh kerana pergerakan senaman ini mudah ia boleh diamalkan di mana sahaja. Bahkan ketika memandu ia juga boleh dilakukan.
Sebaik sahaja dilakukan sudah tentu wajah akan tampak kemas dan lebih bermaya. Ini kerana otot-otot yang bersenam akan lebih kuat dan tegap.
Cuba anda buat seperti yang aku lakukan ini. Aku rasa lega sangat. Pastinya wajahku lebih ceriakan. Jom buat senaman otot muka. Stress pun hilang. Hati jadi lapang dan ceria sentiasa.

Copy paste dan kongsi ilmu dari:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm#ixzz29km4uDd3

               

Kasi Laju Sket..