Stress..! Stress …
!! Stress..!!!!! Alemak ada garis
timbul antara dua kening akak plak. Patutlah aku nampak macam orang tertekan.
Kesibukan dengan kerja dan urusan harian kadang-kadang menyebabkan kita kerap
kali mengerutkan kening terutama bila memikirkan sesuatu bahkan semasa kita
bertenang pun terkerut juga kening akak. Garis halus yang timbul itu boleh
menganggu penampilan kita daripada ceria berubah menjadi duka. Engkorang
perasan tak macam mana muka orang stress?
Ha macam
ni..
Mimik muka
nampak sedih , berduka dan macam orang stress...Kedutan itu walaupun tampak
kecil namun tetap mengganggu penampilan kita.
Pada Wajah
kita terdapat beberapa otot yang dinamakan otot ekspresi wajah. Otot-otot ini
memainkan peranan dalam memberi ekspresi wajah kita. Apabila kita gembira,
otot-otot ini bergerak menzahirkan kegembiraan pada muka kita.Begitu juga
apabila kita marah. Otot-otot ini bergerak dan memberikan ekspresi marah pula.
Otot-otot muka kita
boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan kita memahami
fungsinya. Otot di sekitar mata dan kening berfungsi bagi membuka mata,
menggerakkan bebola mata dan mengerutkan dahi. Kerana itulah mata kita mampu
memberikan ekspresi wajah yang pelbagai. Perbuatan menjeling, melirik dan
mengenyit misalnya memberi pelbagai maksud bagi individu yang memandangnya.
Oleh itu bahasa mata dikatakan suatu bahasa yang penuh bermakna meskipun tiada
kata-kata yang kedengaran. Otot di dahi pula berfungsi bagi menarik kening ke
atas. Mereka yang mempunyai otot dahi yang kuat mempunyai kening tinggi dan
tampak menarik. Namun terdapat juga mereka yang mudah mengalami kedutan di dahi
lantaran pengecutan otot ini. Ini membuatkan mereka tampak lebih tua daripada
usia sebenar dan kurang menarik. Kumpulan otot di bawah mata pula berfungsi
apabila kita mahu memejamkan mata. Otot ini sekiranya terlalu besar akan
membuatkan mata kita tampak kecil. Otot di sekitar hidung berfungsi mengawal
bukaan hidung. Jika ia terlalu aktif hidung akan tampak kembang. Jika hidung
mahu tampak kecil otot ini harus dikurangkan keaktifannya.
Kumpulan otot pada
pipi yang digelar meseter pula penting untuk mengunyah. Otot yang digunakan
untuk meniup dan bersiul pula dinamakan buccinators. Tidak ramai yang tahu
bahawa dagu juga mempunyai otot bernama mentalis. Dagu yang panjang tentunya
mempunyai mentalis yang relaks dan tidak berkerut.
Bagi mereka yang kuat
merokok biasanya otot sekeliling mulut akan membesar atau menjadi aktif.
Apabila usia meningkat ia kelihatan seolah olah seperti gelang di sekitar
mulut.
Ekspresi wajah dikawal
sepenuhnya oleh otot-otot ini dan kehilangan kuasanya akan membuatkan
ekspresinya hilang. Seseorang yang mengidap parkinson tidak mempunyai sebarang
ekspresi wajah kerana kerana kegagalan ototnya bekerja.
Bagi membolehkan otot
bekerja dengan baik beberapa perkara penting seperti kandungan kalsium yang
cukup, kandungan transmitter seperti dopamine dan keadaan otot serta saraf yang
utuh. Justeru gangguan saraf seperti yang berlaku kepada pesakit strok dan bells
palsy membuatkan keadaan tidak simetri pada wajah. Keadaan ini adalah
disebabkan lumpuhnya beberapa otot yang mengawal pergerakan muka.
Bagi mereka yang
menggunakan tangan kanan mungkin mereka turut mengunyah makanan dan menggunakan
lebih banyak otot pada sebelah kanan juga. Apabila usia meningkat melebihi 40
kita mula melihat perkembangan yang lebih pada otot-otot kanan membuatkan keadaan
tidak simetri pada muka. Pada masa ini perubahan perlu dilakukan dengan
menggunakan bahagian kiri lebih banyak agar perkembangan otot akan turut
seimbang.
Senaman wajah
Otot yang kuat tidak
mudah kendur dan rosak. Senaman yang sesuai adalah dengan melakukan
fungsi-fungsi otot kita. Bagi otot mata lakukan kenyitan mata beberapa kali.
Letakkan jari jemari di bahagian dahi berhampiran rambut dan lakukan urutan ke
atas. Ini akan membantu mengelakkan kedutan.
Seterusnya lakukan
perbuatan mengembungkan pipi seolah olah meniup selama beberapa kali. Setelah
itu kembungkan pipi kiri dan kanan secara berasingan pula.
Llakukan pergerakan
senyum yang lebar dan dan bulatkan mata semasa senyum. Oleh kerana pergerakan
senaman ini mudah ia boleh diamalkan di mana sahaja. Bahkan ketika memandu ia
juga boleh dilakukan.
Sebaik sahaja
dilakukan sudah tentu wajah akan tampak kemas dan lebih bermaya. Ini kerana
otot-otot yang bersenam akan lebih kuat dan tegap.
Cuba anda buat seperti yang aku lakukan ini. Aku rasa lega sangat. Pastinya wajahku lebih ceriakan. Jom buat senaman otot muka. Stress pun hilang. Hati jadi lapang dan ceria sentiasa.
Copy paste dan kongsi ilmu dari:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm#ixzz29km4uDd3
Cuba anda buat seperti yang aku lakukan ini. Aku rasa lega sangat. Pastinya wajahku lebih ceriakan. Jom buat senaman otot muka. Stress pun hilang. Hati jadi lapang dan ceria sentiasa.
Copy paste dan kongsi ilmu dari:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm#ixzz29km4uDd3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan