Salad atau
nama saintifiknya Lactuca Sativa bagus untuk dijadikan sebagai bahan utama
sayuran mentah. Ia adalah penawar yang terbaik bagi mengatasi insomia (gangguan
tidur). Cuba amalkan untuk memakan salad dengan kadar sekali sehari, anda akan
mendapati tidur anda akan lebih tenang dan nyenyak. Salad kaya dengan zat besi,
kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, vitamin C, magnesium dan zink.
ia mampu untuk mengurangkan stres dan menenangkan fikiran.
Salad juga
mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubati
kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman. Mengamalkan
sayuran mentah dalam menu harian adalah langkah yang paling baik untuk
mengekalkan kesihatan.
Salad baik untuk diet
Oleh kerana
salad boleh mngurangkan paras kolestrol dan tekanan darah maka ia pilihan
terbaik bagi diet yang sihat. Memandangkan salad sudah cukup berkhasiat untuk
diet sihat, maka seeloknya jangan tambahkan perasa yang mengandungi lemak yang
tinggi secara berlebihan. Penambahan mayonis, keju dan minyak zaitun perlulah
dibuat dengan kuantiti yang sedikit. (sumber : Alaf 21)
Ciri-ciri diet salad yang baik
- Elakkan penambahan bahan-bahan berasaskan tepung
- Bataskan penggunaan bijirin
- Pilih minyak zaitun dan makanan dan makanan yang kaya dengan khasiat omega 3
- Jangan tambahkan gula di dalam hidangan salad
- Pastikan makan buah-buahan sekali sehari
- Kurangkan penambahan kekacang dalam hidangan salad
- Elakkan penambahan makanan berlemak
- Tambahkan sedikit khasiat protein seperti ikan, tenusu dan daging (pilihan)
Nampaknya,
aku kenalah kurangkan mayonis dalam salad aku..aku gunakan satu sudu jek
mayonis..kalau boleh gantikan yang lain la kot..tapi aku rasa mayo yang aku
guna tu rendah lemak..yang pasti salad adalah baik untuk diet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan