Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Sabtu, 26 April 2014

Cara-cara Mandi Wajib

Ketika seorang muslim berhadas besar (junub), maka ia wajib mandi agar kembali suci. Berikut ini tatacara mandi wajib sesuai tuntunan Rasulullah dalam hadis-hadis shahih:


1. Niat

Mulailah dengan niat mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar. Niat ini membezakan mandi



wajib dengan mandi biasa, sebagaimana ia membezakan ibadah dengan adat/kebiasaan.

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
“Semua amal perbuatan tergantung niatnya dan setiap orang akan mendapatkan sesuai yang ia niatkan” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

2. Membersihkan kedua telapak tangan

  Iaitu dengan cara menyiram/membasuh tangan kiri dengan tangan kanan dan sebaliknya, menyiram/membasuh tangan kanan dengan tangan kiri. Diulangi tiga kali


عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ فَبَدَأَ فَغَسَلَ كَفَّيْهِ ثَلَاثًا
“Dari Aisyah bahwa Nabi S.A.W mandi kerana junub, maka beliau memulainya dengan mencuci kedua telapak tangannya tiga kali...” (HR. Muslim)

3. Mencuci kemaluan
Mencuci dan membersihkannya dari mani dan kotoran yang ada padanya serta sekitarnya

4. Berwuduk
Yakni berwuduk sebagaimana ketika hendak shalat

5. Membasuh rambut dan menyapu pangkal kepala
Dengan cara memasukkan kedua tangan ke air, lalu menggosokkannya ke kulit kepala, dan kemudian menyiram kepala tiga kali.

6. Menyiram dan membersihkan seluruh anggota tubuh
Pastikan seluruh anggota tubuh tersiram air dan dibersihkan, termasuk bahagian-bahagian yang tersembunyi/lipatan seperti ketiak dan celah jari kaki.

Langkah ke-3 hingga ke-6, dalilnya adalah hadis-hadis berikut:


عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ يُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِي الْمَاءِ فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ
“Dari 'Aisyah isteri Nabi S.A.W, bahawa jika Nabi S.A.W mandi kerana janabat, baginda memulainya dengan mencuci kedua telapak tangannya, kemudian berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menggosokkannya ke kulit kepalanya, kemudian menyiramkan air ke atas kepalanya dengan cedokkan kedua telapak tangannya sebanyak tiga kali, kemudian baginda mengalirkan air ke seluruh kulitnya." (HR. Al Bukhari)


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ يَبْدَأُ فَيَغْسِلُ يَدَيْهِ ثُمَّ يُفْرِغُ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ فَيَغْسِلُ فَرْجَهُ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ يَأْخُذُ الْمَاءَ فَيُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِي أُصُولِ الشَّعْرِ حَتَّى إِذَا رَأَى أَنْ قَدْ اسْتَبْرَأَ حَفَنَ عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ حَفَنَاتٍ ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى سَائِرِ جَسَدِهِ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ
Dari Aisyah dia berkata, "Dahulu apabila Rasulullah S.A.W mandi hadas kerana junub, maka baginda  memulainya dengan membasuh kedua tangan. Baginda menuangkan air dengan menuangkan air dengan tangan kanan ke atas tangan kiri, kemudian membasuh kemaluan dan berwuduk dengan wuduk untuk solat. Kemudian baginda menyiram rambut sambil memasukkan jari ke pangkal rambut sehingga rata. Hingga ketika selesai, baginda membasuh kepala sebanyak tiga kali, lalu baginda membasuh seluruh tubuh dan akhirnya membasuh kedua kaki.” (HR. Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَغْتَسِلَ مِنْ الْجَنَابَةِ بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ قَبْلَ أَنْ يُدْخِلَهُمَا الْإِنَاءَ ثُمَّ غَسَلَ فَرْجَهُ وَيَتَوَضَّأُ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ يُشَرِّبُ شَعْرَهُ الْمَاءَ ثُمَّ يَحْثِي عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ حَثَيَاتٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَهُوَ الَّذِي اخْتَارَهُ أَهْلُ الْعِلْمِ فِي الْغُسْلِ مِنْ الْجَنَابَةِ أَنَّهُ يَتَوَضَّأُ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ يُفْرِغُ عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى سَائِرِ جَسَدِهِ ثُمَّ يَغْسِلُ قَدَمَيْهِ
Dari Aisyah ia berkata; "Jika Rasulullah .S.A.W akan mandi junub, baginda mencuci kedua tangannya terlebih dahulu sebelum memasukkan tangan baginda ke dalam bejana. Setelah itu baginda mencuci kemaluannya, berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat dan menyela-nyela rambut dengan air. Setelah itu beliau menyiramkan tiga siraman ke atas kepalanya." Abu Isa berkata; "Hadis ini derajatnya hasan shahih, dan hadis inilah yang dipilih oleh para ahli ilmu dalam hal mandi junub. Bahawa seseorang hendaknya berwuduk sebagaimana wuduk solat, kemudian menuangkan tiga siraman ke atas kepalanya. Setelah itu mengalirkan air ke seluruh tubuh dan membasuh kedua kakinya." (HR. Tarmidzi)

Demikian tata cara mandi wajib sesuai tuntunan Rasulullah. Ketika kita mengamalkannya, insya-allah bukan hanya kita suci dari hadas besar, tetapi juga mendapatkan pahala kerana mengikuti sunnahnya. Wallahu a’lam bish shawab. [Abu Nida]

Khamis, 28 Jun 2012

Ayat Seribu Dinar


Pada suatu ketika dulu, adalah seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khaidhir. Mimpinya yang Pedagang ini diperintahkan Oleh Nabi Khaidhir supaya bersedekah sebanyak 1000 dinar. Pedagang tersebut telah bermimpi sebanyak 3 kali dengan perkara yang sama. Lalu pedagang tersebut mula merasakan yang mimpi itu adalah perkara yang benar. Kemudian, pedagang tersebut mengikut mimpi yang dilaluinya itu dengan bersedekah sebanyak 1000 dinar. Kemudian datang mimpi sekali lagi menemui Nabi Khaidhir yang mana Nabi Khaidhir mengajar pula ayat 2 hingga 3 surah At-Tolaq supaya diamalkan. Kemudian pedagang tersebut terus mengamalkan ayat tersebut seperti mana yang diajarkan oleh Nabi Khaidhir.
 Pada suatu hari, pedagang itu ingin pergi berdagang ke suatu tempat dengan menggunakan jalan laut dengan menaiki kapal. Ketika dalam perjalanan,tiba-tiba ribut taufan yang amat dasyat datang membadai kapal pedagang tersebut. Dalam keadaan sebegitu, pedagang tersebut hanya bertawakkal dan berserah sahaja kepada Allah sambil terus menerus membaca surah yang seperti mana diajar oleh Nabi Khaidhir dalam mimpinya itu.
Dan akhirnya kapal mereka pecah dipukul ombak besar dan semua penumpang dan anak kapal pedagang mati dan kembali ke Rahmatullah kecuali hanya pedagang tersebut sahaja yang masih hidup, sehinggalah ribut sudah reda dan pedagang tersebut tersedar dan mendapati dirinya sudah berada di tepi pantai di sebuah negeri bersama barang-barangnya yang tidak sedikitpun rosak.
 Sambil menadah tangan dan mengucap kesyukuran kepada Allah yang Maha Berkuasa dengan kehendaknya dan hikmah disebalik membaca ayat seribu dinar itu maka pedagang itu selamat. Lalu, pedagang tersebut mengambil keputusan untuk tinggal sahaja di negeri tersebut dan ayat yang diajar nabi Khaidhir terus diamalkan.
 Selama pedagang tersebut tinggal di negeri itu, pedagang tersebut mengambil keputusan berniaga dan berdagang dengan penduduk setempat. Dengan amalannya membaca ayat seribu dinar. Kemudian dengan izin Allah, pedagang tersebut telah diangkat sebagai raja dalam negeri itu (rezeki yang tidak disangka-sangkanya.)
Begitulah kisahnya disebalik nama Ayat Seribu Dinar.
 Oleh itu marilah kita mengamalkan ayat ini dan berdoa supaya Allah mengizinkan kita dapat mengecapi kemurahan rezeki dan nikmat di dunia mahupun akhirat.Sentiasalah kita bersyukur kepada Allah S.W.T.
Amalkan 3,5 atau 7 kali setiap kali selepas Solat Fardhu dan Solat Sunat Dhuha.
Diikuti dengan bacaan La Haula Wala Quwwata Illa Billah sebanyak 11 kali.

Sabtu, 12 Disember 2009

Cerita Aku Seketika

Aku dah beberapa hari tak dapat surf internet sebab laptop aku breakdown. Charger overload electricity. Aku rasa tension yang amat sangat kerana banyak kerja-kerja aku terbengkalai. Aku paling tension bila ingat 'study cases' yang belum siap. Aku rasa nak menangis bila memikirkannya. Lecturer aku pula syorkan aku buat kerja kat library college. Tapi feel aku tidak suka terperuk lama kat satu tempat lagipun aku suka mengadap komputer sambil mengunyah. Otak aku mudah buntu kalau tidak mengunyah. Selain tu bila penat aku akan bengun buat excersise legakan otot yang penat dan mata yang letih mengadap skrin komputer. Kat library college aku tak boleh lakukan semua tu. Mustahil untuk aku tunggang langgang buat senaman bila penat duduk lama. Selepas 3 minggu peristiwa itu berlaku, tiba-tiba aku ditunjukkan jalan dengan idea untuk meminjam laptop adik aku Awie. Lega juga dapat mula siapkan kerja aku yang dah bertimbun menunggu. Namun Awei dah nak abih cuti semester maka aku terpaksa plak menyewa laptop . Aku juga baru lepas "Trial OSCE" pada 9hb Disember.. Alhamdulillah lulus.. Namun ada benda lain juga yang menimpaku di penghujung tahun ini.. Seingat 3 perkara yang banyak mengujia aku.. 1. Pada 26hb Nov lepas aku dengan Awie balik ke Mentakab untuk menjemput hubby beraya bersama. Sebenarnya aku yang beria-ria nak buat suprise.. Mulanya aku biarkan Awie yang drive dan selepas Gua Musang, aku pula yang drive dan nak dijadikan cerita, semasa di Bukit Tujuh Merapoh, Kuala Lipis jalan jamm amat. Perjalanan hala ke Pahang- KL kenderaan tidak banyak sangat tapi dari Kl ke Kelantan jamm teruk. Di belakang aku semasa di km 4 atau 5 sebuah lori kargo merah dari Kelantan ke KL. Di depan aku pula Bus Transnasional. Kalau diikutkan, perjalanan ke Pahang tidak jamm tapi disebabkan ada kereta dari KL-Kelantan yang memotong dan tersesat ke laluan aku maka perjalanan aku juga tersangkut. Dengan kelajuan 0-10km/jam.. Kaki aku lenguh menekan brek.. turun bukit pulak tu.. Aku seriau juga bila ingat lorry kat belakang. Tambahan pula bising hon kereta yang depan. Driver lorry ni naik gila ngan bus bagi hon marah pemandu kenderaan dari arah bertentangan yang masuk ke laluan kami. Awie juga mula bising bila tengok lori kargo yang semakin hampir kat belakang. Masa tu lebih kurang pukul 5.00 pagi.. Tiba-tiba, gedegang stereng aku rasa bergegar. Aku terus berek mengejut. Pusing tengok belakang. Hati aku kecut ingat anak-anak aku yang sedang tidur kat belakang. Alhamdulillah anak-anak aku masih tidur lena. Awie pula disebabkan panik keluar ikut tingkap kereta. Aku tegur dia kenapa lompat ikut tingkap sedangkan pintu boleh dibuka. Aku juga keluar dan melihat kereta aku. Dari atas lori pemandu lori itu menjengok dan menjerit.. " Ala..sikit aje.. bumper tu". Disebabkan kenderaan aku berada di tengah jalan maka aku masuk ke dalam kereta dan bercadang untuk mencari tempat yang sesuai. Tapi aku tayar berbunyi bising sebab bumper yang terperosok telah menekan tayar sebelahkiri. Aku terpaksa berhenti dan cuba membetulkan bumper itu. Semasa aku dan Awie sedang membetulkan dan menarik keluar bumper yang terperosok. Masa itu juga lori kargo itu melarikan diri. Aku sempat menjerit kepada Awie agar mencatat nombor lori itu. Awie sempat snap foto lori itu. Selepas itu aku pecut lebih 100km/jam sebab nak kejar lori yang tidak bertanggungjawab. Hampir satu jam selepas itu aku dan Awie dapat menemui lori itu di kawasan berbukit berdekatan bandar Kuala Lipis. Aku tak pedulikan keselamatan diri aku terus memberhentikan kereta aku di depan lori itu. Pemandu lori itu enggan turun semasa Awie mula-mula keluar. Apabila melihat aku keluar dari bahagian pemandu barulah driver lori itu turun dari lorinya. Selepas bertekak dan berbincang.. dan aku malas dan cepat maka aku pun tertipu oleh driver lori tu.. muka seposen.. Aku malas nak ceita kat sini pasal kes itu sebab aku dah serah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Apa yang aku ingat driver lori tu bernama: MOHAMED AZMIN BIN ISMAIL I/C: 770602-03-6483 Lorry Kargo Kepala Merah VOLVO no.pendaftaran : BDT 5054 Tel: 014-5187565 Alamat: Tepi Sungai Tanah Merah, Kelantan Aku hanya berdoa semoga drebar lori yang bernama Mohamed Azmin bin Ismail yang enggan bertanggungjawab ini akan berjumpa denganku sekali lagi di hospital dan tahulah aku caranya. Semoga Allah menunjukkan jalan kepadanya untuk membayar hutangnya kepadaku. Keretaku belum pun sampai 6 bulan aku beli tu yang aku berasap sangat sekarang ni dah buruk bumper belakangnya yang sexy tu.. Aku tak bercadang untuk repair sebab aku tetap akan tutut ganti rugi dari dia satu masa nanti biarpun di alam barzakh.. 2. Aku masih belum insaf apabila telefon aku yang aku sayangi sebab hubby aku yang hadiahkan dah termasuk ke dalam tub mandi dan tak boleh digunakan. Aku terpaksalah guna telefon yang tak ada kaler. nak beli yang baru.. aku dah biasa hubby yang belikan telefon untuk aku jadi aku tak bercadang untuk membazirkan duit gajiku untuk membeli telefon baru.. Hubby pula seakan menghukum aku sebab kecuaian aku itu.. 3. Laptop aku plak buat hal maka jadilah aku seorang yang semakin stress.. Exam final 21hb Disember ni.. Hari aku tak selalu mendung kerana ada sahaja jalan ditunjukkan untuk.. Yang penting aku perlu bersabar atas ujian ini.. Potret adik-beradik aku yang seramai 10 orang menjadi penawarnya.

Ahad, 1 November 2009

Rindu Pada Yang Tak Pasti

Bersendirian membara rasa rindu melingkari diri.
Teringat mesej yang diterima petang semalam,
" Put3, besok saya akan ke KK. Kalau boleh nak jumpa sangat dengan U. Saya akan tinggal di Sunny KK. Depan hospital awak. Kalau tak tau juga.. saya cabut tayar kereta awak.."

Aku tidak terkejut dengan mesej begitu. Dia sudah biasa mengusik aku dengan mesej begitu. Aku membalas mesej itu dengan.. "Apasal , samseng sangat nak cabut tayar keta orang ni..? IPPKK dekat je tu.. Takpun nanti saya sms rakancop aje.. Ada berani?"

Sebenarnya aku juga sudah lama tidak bersua muka dengan dia setelah hampir 8 tahun masa berlalu. Pertama pada fikiranku ialah, bagaimana rupa dia sekarang.. Masih hensemkah?.. Bertambah gemukkah atau bagaimana. Hati berbelah bagi nak jumpa atau tidak.
Petang itu aku melupakan sahaja sms dari dia. Aku meneruskan kerja-kerjaku seperti biasa. Namun selepas waktu asar dia menghantar sms sekali lagi ..
" Macam mana boleh tak kita jumpa?"
Alahai, sms dia lagi. Macam mana ni, aku melihat jam di tangan 30 minit lagi pukul 5.00 petang.
"Maaflah, keja belum siap, lewat sikit balik.."
sekejap aje telefon aku berbunyi sekali lagi.
"Tak pe. Awak habis keja, lepas tu boleh jumpa. Jangan cari alasan. Kalau takut atau tak nak jumpa terus terang sahaja. Saya nak jumpa awak sorang sahaja. Kalau tak sudi nak buat cam ne."
Alahai macam mana ni.
"Saya habis keja lewat petang ni.." Aku belum habis menekan keypad telefon mesej dia datang lagi ke inbox sms aku.
" Kalau begitu saya tunggu awak depan ofis dengan jambangan bunga. OK kan. Takut nak jumpa kate le. Banyak alasan.. Macam dulu. Tunggulah surprise dari saya. .."

Bersambung..

Jumaat, 9 Oktober 2009

Dalam Kenangan

Aku teringat peristiwa yang berlaku kepadaku beberapa bulan yang lepas. Kerana marah dan dendam, aku lupa bahawa diri adalah hamba Allah yang hina. Perlu banyak belajar erti kesabaran. Aku sangka aku adalah tergolong dalam kumpulan insan yang sabar tapi rupanya silap. Sungguh jauh aku dari kesabaran itu.
Selepas satu peristiwa aku jadi takbur dan pendendam. Kusimpan dendam yang kental di jiwa. Berlaku sahaja peristiwa itu, aku menjadi seperti sasau sehingga sanggup, sembahyang hajat dan mendoakan keburukan untuk orang lain. Kenapalah aku sampai sejahat itu. Kerana secebis peristiwa yang mengecewakan aku tega berbuat demikian tanpa memikirkan akibat. Aku rasakan ketika itu aku adalah tergolong dalam kumpulan yang teraniaya. Dua minggu selepas itu, mungkin doaku sepenuh hati sebagai seorang teraniaya, Allah telah menunjukkan sesuatu kejadian lain yang betul-betul menginsafkan aku bahawa, aku adalah insan yang lemah dan masih punya sekeping hati yang lembut dan tulus. Aku menyesal kerana mendoakan keburukan untuk seseorang, sehingga dia di timpa petaka.
Hatiku pilu mendengar dia ditimpa musibah. Aku bukanlah sekejam itu sebenarnya. Aku tidak mendoakan keburukan tapi aku mengharapkan agar keinsafan ditunjukkan kepadanya. Ampunilah aku Ya, Allah...!!!

Selasa, 2009 Jun 16

Aku Yang Terkilan

Hari ni aku rasa tensen tul ngan kawan aku NK. Rupanya selama ini baru aku tau yang mana boleh jadi kawan dan yang mana tidak.
Petang aku okey aje.. Leka mengadap kerja aku lupa makan minum. Solat.. cuti.. Aku tak sanggup nak tinggalkan kerja dan banyak memberi sokongan emosi kepada ibu. Seawal jam 15:00Hrs lagi aku menjaga dan membantu Pn.A dengan sabar dan dedikasi. Pukul 20:00Hrs tiada tanda2 dari Pn A os fully.. Kebetulan kawan aku KN perlukan bantuan. Aku dan kak Mah sama2 menolong KNi. Pukul 20:30Hrs aku menjengok keadaan Pn A. Terkejut aku apabila melihat NK telah mengambil alih tempat ku tanpa izin dan kerelaanku. Dia telah merampas hak dan tugasan yang aku milikki. Membara betul aku setelah sepetang bertungkus lumus , NK tiba2 merampasnya. Apakah tiada terdetik di hatinya untuk memberitahu aku yang ketika itu sibuk menolong KNi bahawa tugasan ku perlu dibereskan dulu. Apabila aku menyuarakan bahawa dia telah merampas hak aku.. Dia enggan bertolak ansur dengan alasan dia telah bersedia walhal ... Aku yang bertungkus lumus menyediakan peralatan, dari menuang barangan, mencuci dan menyediakan semua kelengkapan yang sepatutnya, tiba2 dia marampas begitu sahaja. Aku rasa kecewa sangat dengan tingkah lakunya. Kenapalah Allah temukan aku dengan insan seteruk dan setamak itu yang suka merampas hak orang lain. Demi Allah aku terasa dan tersinggung sangat hati dengan tingkah laku NK. Aku tak pernah sekecewa ini.. Ku sangka dia boleh menjadi sahabat tapi ternyata silap... Alahai lembu punya susu.. sapi dapat nama.

Rabu, 2009 Julai 01

Akukah Yang Bersalah

Peristiwa sedih dan tidak kusangka berlaku kepada temanku NK.. Walaupun peristiwa lepas telah berlalu tapi aku telah memaafkan NK. Semalam bila aku mendengar kejadian yang menimpa dia aku terkejut dan sedih sangat sebab dia masih teman seperjuangan. Semoga dia cepat sembuh.

Khamis, 8 Oktober 2009

Renungkanlah : Surah Yaasin

BACALAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"
Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, dia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya..

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya...

8.. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya..

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya..


11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

> Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi..!!! Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

> Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

> Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

> Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

> Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

> Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

> Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

> Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain.

Rabu, 9 September 2009

Tarikh Keramat 09:09:09

Tengahari tadi semasa di tempat kerja aku terima sms dari seseorang... Terharu juga setelah 9 tahun telah berlalu dan tidak bersua tiba-tiba dia mengirimkan sms yang agak menyentuh hatiku. Teman-temanku menggatakan aku mungkin akan melukakan hati suamiku sekiranya dia terbaca sms ini.
Tapi aku tahu hati budi suamiku. Dia percaya kejujuranku dan aku juga tidak akan sesekali memusnahkan kejujuran itu. Kenangan lama mungkin indah untuk dikenang sebagai sebahagian diari kehidupan. Dan aku juga tidak akan berpaling hati dari suamiku. Itu Janjiku pada diri sendiri. Semoga cinta ku pada suamiku seteguh cinta bonda kepada abah.


9.9.09...
Bangun dr tidur yg indah. Teringat seorang teman lama yang masih nakal seperti dulu. Put3bulan. Satu-satunya gadis yang menelefon ibu ku hanya untuk menyatakan yg dia tak dapat menerima lamaranku. Adakah ini rindu ku pd nya yg belum bernokhtah...
atau hanya sekadar ingatan.
Apa yang pasti Put3bulan tetap Put3bulan. Mungkin kami masih boleh jadi kawan baik.

Sesekali terasa indahnya masa muda. Aku bergerak bebas ke serata dunia. D selatan ku temui isteriku. D Mentakab aku bertemu Put3bulan. Adakah aku akan bertemunya kembali d KB. Perjalanan hidup dan kerjaya membawa aku ke serata dunia. Mengenali insan mulia. Memang suatu yg cukup indah utk d kenang.
Hari ini aku rasakan hidup sudah sempurna. Impian ku telah tercapai. Sepasang cahaya mata yang cukup menghiburkan. Aku yakin Put3bulan juga sudah temui kebahagiaan. Tapi nakalnya masih seperi dulu. Put3bulan adalah sebahagian sejarah hidup.

Sabtu, 23 Mei 2009

Email dari temanku

Semalam birthday aku. Tahun ni aku tak sambut seperti biasa. Aku cuba untuk lupakan bahawa tahun ini aku sudah 33 tahun.. Bukan apa.. hehehe nak maintainkan awet muda...
Ucapan pertama aku terima tepat pukul 10.30mlm pada 22hb Mei dari suamiku yang jauh di negeri lain. Katanya tiada hadiah istimewa tahun ini. Aku cakap tak apa sebab jauh dengar ucapan pun dan doa pun aku amat hargainya. Keesokkan hari iaitu 23hb Mei tepat-tepat birthaday aku, .. leka melayan anak-anak maklumlah aku cuti hari sabtu, aku memang lupa hari itu hari jadi aku. Anak-anak masih kecil jadi tak ada yang ingat. Pukul 9.00pagi lebih kurang, adik aku telefon dari asrama sekolah mengucapkan HAppy Birthday.. Lepas tu baru adik-adik aku yang lain ucap selamat hari lahir kaklong. Adik aku yang bongsu Reena, hulur hadiah .. lilin berbentuk love dihias dalam kotak yang cantik. Suka sangat hati aku terimanya hadiah hari jadi yang pertama untuk tahun ini.
Tengahari aku terima sms ucapan HAPPY BIRTHDAY KE-33 dari teman lama. Terkejut juga aku terima sms dia. Tapi aku tak adalah hampir collapse sebab dia sentiasa mengingati hari lahirku setiap tahun termasuk hari wanita, hari ibu, hari misi, hari cikgu sementelah hari hari raya... Aku gembira sangat terima sms dia. Bila tanya pasal hadiah dia cakap kena datang ambil sendiri. Ha.. siap gurauan minta kiss lagi. Rupa-rupanya dia admitted hospital gara-gara patah kaki masa training kerjanya. Kesian pulak mendengarnya. Lebih-lebih lagi bila dia cakap isterinya kat Perak. Bila aku cakap ngurat jelah nurse cun nanti ada yang lebih take caring... Tapi dia cakap nurse yang ada kat situ panggilnya Pakcik. Ha.haa..haaa..... Yalah diapun sebaya bonda aku kat kampung. .. Takpe.. bila dah dapat mengurat nanti panggilan pakcik akan bertukar jadi abang.
Bercerita di sini bukan apa hanya sekadar untuk berkongsi dan meminta pandangan adakah tindakan aku yang masih berhubungan walaupun sudah 9 tahun hati aku sudah dimilikki oleh suamiku. Aku tidak pernah keluar atau berjumpa secara sulit kerana aku masih dan sangat sayangkan rumahtanggaku dengan suamiku. Namun dalam diam aku masih berhubungan telefon dengan dia tapi jarang-jarang. Ikhlas dia masih dihatiku tapi aku tidaklah sampai lupa pada suamiku. Sukar untuk aku lupakan dia walaupun dah banyak kali aku cuba. Foto dia dah lama aku simpan kat tempat yang aku sendiri lupa selit kat mana. Aku juga tidak rasa bersalah pada isteri dia kerana masih berhubungan dengan suami dia kerana aku tahu batasanku yang masih isteri suamiku dan juga status dia suami orang. Tapi aku tidak mahu ,mengenali isterinya kerana aku rasa cemburu kepada isterinya yang dapat memilikinya. Tapi aku juga tidak akan sesekali meninggalkan suamiku dan anak-anak semata-mata untuk bersama dia. Bagiku jodohku Allah tentukan dengan suamiku dan bukan dengan dia sebab itu aku menerima lamaran suamiku dan melupakan lamaran dia semasa dia masih di oversea dulu...
Lagipun sekarang aku bahagia dengan suami dan anak-anakku. Dia juga bahagia dengan isteri dan anak-anaknya. Walaupun hatiku masih tidak boleh melupakan dia yang pernah bertakhta di hati tapi aku sayang suamiku yang banyak berkorban selama ini.

Malam bersambung..

Ahad, 19 April 2009

Renungan Bersama


Apa Punca Anak Derhaka
Speech by Dr Fadhilah Kamsah, kepada semua ibu-bapa, Bakal menjadi ibu-bapa dan kita sendiri sebagai anak.

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun

Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran). Dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif. .. . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya.

Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani t etap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...



DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik de ngan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan & buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan l ancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.

Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?
"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung ke rana mereka berhak ke atas menantu.

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya . Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelak i tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan se belum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-an ak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami seti ap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh . Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak and a tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka d alam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesay angan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mer eka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Kasi Laju Sket..