Khamis, 28 Februari 2019

Bila Fokus Hilang

Idea datang mencurah-curah tapi tiada satu pun yang dapat aku coretkan. Ketik keyboard laptop, terasa laju menekan keypad telefon. Beralih ke telefon tiba-tiba terasa lesih selesa menconteng di kertas. Lantas pen dan buku nota di buka. Contengan belum masuk satu perenggan, hati mula berkata kalau guna telefon atau laptop tak perlu buat dua tiga kerja. Tak perlu salin semula ke laptop.
Pernah tak penulis atau pengkarya lain mengalami sindrom sepertiku ? Aku panggil sindrom sebab ianya bagaikan satu penyakit yang tidak dapat diubati. Nak samakan dengan penyakit AIDS kang nampak melampau sangat. Sekurangnya dipanggil sindrom ini adalah perubahan yang boleh dibuat ke arah lebih baik.
Idea bertubi-tubi tapi bila pegang telefon idea lain yang datang. Maka tidak hairanlah aku ada dekat sepuluh blog yang berbeza genre dan penceritaan. Aku tidak dapat fokus kepada satu-satu kerja. Sebab itulah kadang-kadang kerja yang aku lakukan tidak memuaskan hatiku. Sedangkan aku mengahrapkan sebuah hasil yang cemerlang tetapi akbibat kurang daya fokus maka aku keciciran dalam banyak kerja. Kalau diikutkan idea yang bertubi-tubi ini ianya mesti sebuah hasil yang gempak hakikatnya ia menjadi satu permasalahan yang tidak berkesudahan apabila hilang fokus.
Jenuh sudah dicuba petua dan ikuti pantang larang agar aku boleh menumpukan kepada satu kerja sahaja namun aku sering menemui jalan buntu. Hasilnya adalah kerja yang banyak tapi tiada penghujungnya.
Apa yang aku nak buat bila hati aku mengerakan minda luar sedar membelakangi aku. Mendorong aku menerokai yang baru. Tinggalkan yang lama seketika dan kembali apabila aku sudah kebuntuan. Sekiranya aku fokus, mungkin aku sudah berjaya menyiapkan manuskripku satu persatu. Manuskrip yang pernah aku minta sahabatku untuk membacanya dan mereka sangat menyukai agar aku menyiapkannya dan contohnya semasa aku sambung pengajianku empat tahun lepas, manuskrip itu sudah hampir ke penghujung, namun sehingga kini ianya masih tidak pernah berkesudahan.
Tolong tenangkan hatiku, lapangkan dadaku. Semua itu sudah aku temui tapi satu yang aku gagal iaitu untuk FOKUS...
Aku perlu FOKUS...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..