Selasa, 8 September 2009

Dilema Transfer

Assalamualaikum.. Hari ini dah genap 19 hari kita berpuasa. Terasa semakin kehilangan sesuatu yang tak pasti. Aku terasa sangat nak berkongsi sesuatu tapi aku tak tahu apa penerimaan orang lain terhadapap kenyataanku ini.. Semalam teman sekerja dari Mentakab sms aku beritahu aku dapat transfer ke Kelantan. Alkisahnya pada April 2006 aku telah apply untuk transfer.. masa tu aku ada gado-gado sayang ngan hubby sebenarnya. Lepas tu bila ok aku lupa pasal permohonan pertukaran tu. Pastu kira-kira 3 tahun iaitu Sept 2009 baru aku berjaya. Masaalah no.3, aku terasa berat hati sangat untuk pindah dari Mentakab, sebab hati dan perasaan cintaku kepada tempat itu telah sebati bermula tahun 1999 saat pertama kali aku menjejak kaki ke daerah itu. Cintaku telah bersemi di situ. Aku berkenalan dan berkahwin semasa aku menjadi warga situ. Keempat-empat orang putera dan puteriku lahir di Hospital Mentakab dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Setelah mendapat berita pertukaran itu, hatiku menjadi tidak gembira. Hubby aku pun nampak tidak setuju maklumlah jarak Mentakab - KL lebih dekat berbanding jarak Kelantan-KL. Sekarang aku bagaikan dalam dilema... Sebenarnya aku dilemahkan dengan suasana dan keramahan penduduk di sana lebih-lebih lagi aku juga telah punya rumah sendiri di sana. Berbanding di KB, semenjak aku menyambung pelajaranku disini banyak yang aku pelajari.. Apa yang nyatanya, aku terlalu rindukan Mentakab.. Ayah bondaku amat gembira dengan pertukaranku kerana aku kini lebih dekat dengan mereka. Tapi hubby..entahlah.. dia cakap okeylah.. sebab you yang mintak.. Nyatanya aku belum bincang pokok pangkal pasal pertukaran ini. Aku takut terpisah jauh dengan hubby lagi. Semenjak aku terpisah selama 8 bulan tanpa hubby di sini kerana belajar, aku menjadi tidak keruan untuk mengatur kehidupan harianku. Selama ini dia yang banyak membantu mengatur keperluan dan kehidupan harianku. Tanpa hubby aku jadi tidak teratur. Aku perlukan hubby disisi bersama anak-anak. Aku diarah melaporkan diri ke tempat baru pada 14hb ini... Macam mana ni.. tolonglah aku..

2 ulasan:

  1. hmm nampaknye macam maslah xleh nak duk jauhan dgn hubby,kesian...

    harap aok sabar,banyakkan doa insyaAllah ade jalan penyelesainnye nanti .

    BalasPadam
  2. hmm aku tak sedar rupanya blog nie update..selalunya aku ke trya blog je... sudah lama rasenya aku tidak dengar cite dari blog ini... hmmm membuat keputusan memang susah.. semua kita sayang... aku pun pernah hadapi keadaan ini... apapun ada takdir yang tersirat dalam semua hal yang berlaku... hari demi hari aku terlalu sibuk dengan tugasan dan kerja2 kat kampus... tidur pun tidak cukup...kadang2 tertidur b4 ke kelas dan memang tak kelas la time tu... memang menjadi pelajar IPT perlu work hard... sejak dua mejak nie, aku tidak dapat membuat keputusan mahupun menjawab pertanyaan orang... aku tak tau apa yang aku perlu jawab.. cuma aku hanya boleh bagi pandangan...yang mungkin tidak berkaitan langsung... itulah lumrah hidup...



    -win-win or wawi on 5.20am 10.09.09

    BalasPadam

Kasi Laju Sket..