Rabu, 9 September 2009

Tarikh Keramat 09:09:09

Tengahari tadi semasa di tempat kerja aku terima sms dari seseorang... Terharu juga setelah 9 tahun telah berlalu dan tidak bersua tiba-tiba dia mengirimkan sms yang agak menyentuh hatiku. Teman-temanku menggatakan aku mungkin akan melukakan hati suamiku sekiranya dia terbaca sms ini.
Tapi aku tahu hati budi suamiku. Dia percaya kejujuranku dan aku juga tidak akan sesekali memusnahkan kejujuran itu. Kenangan lama mungkin indah untuk dikenang sebagai sebahagian diari kehidupan. Dan aku juga tidak akan berpaling hati dari suamiku. Itu Janjiku pada diri sendiri. Semoga cinta ku pada suamiku seteguh cinta bonda kepada abah.


9.9.09...
Bangun dr tidur yg indah. Teringat seorang teman lama yang masih nakal seperti dulu. Put3bulan. Satu-satunya gadis yang menelefon ibu ku hanya untuk menyatakan yg dia tak dapat menerima lamaranku. Adakah ini rindu ku pd nya yg belum bernokhtah...
atau hanya sekadar ingatan.
Apa yang pasti Put3bulan tetap Put3bulan. Mungkin kami masih boleh jadi kawan baik.

Sesekali terasa indahnya masa muda. Aku bergerak bebas ke serata dunia. D selatan ku temui isteriku. D Mentakab aku bertemu Put3bulan. Adakah aku akan bertemunya kembali d KB. Perjalanan hidup dan kerjaya membawa aku ke serata dunia. Mengenali insan mulia. Memang suatu yg cukup indah utk d kenang.
Hari ini aku rasakan hidup sudah sempurna. Impian ku telah tercapai. Sepasang cahaya mata yang cukup menghiburkan. Aku yakin Put3bulan juga sudah temui kebahagiaan. Tapi nakalnya masih seperi dulu. Put3bulan adalah sebahagian sejarah hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..