Jumaat, 9 Oktober 2009

Dalam Kenangan

Aku teringat peristiwa yang berlaku kepadaku beberapa bulan yang lepas. Kerana marah dan dendam, aku lupa bahawa diri adalah hamba Allah yang hina. Perlu banyak belajar erti kesabaran. Aku sangka aku adalah tergolong dalam kumpulan insan yang sabar tapi rupanya silap. Sungguh jauh aku dari kesabaran itu.
Selepas satu peristiwa aku jadi takbur dan pendendam. Kusimpan dendam yang kental di jiwa. Berlaku sahaja peristiwa itu, aku menjadi seperti sasau sehingga sanggup, sembahyang hajat dan mendoakan keburukan untuk orang lain. Kenapalah aku sampai sejahat itu. Kerana secebis peristiwa yang mengecewakan aku tega berbuat demikian tanpa memikirkan akibat. Aku rasakan ketika itu aku adalah tergolong dalam kumpulan yang teraniaya. Dua minggu selepas itu, mungkin doaku sepenuh hati sebagai seorang teraniaya, Allah telah menunjukkan sesuatu kejadian lain yang betul-betul menginsafkan aku bahawa, aku adalah insan yang lemah dan masih punya sekeping hati yang lembut dan tulus. Aku menyesal kerana mendoakan keburukan untuk seseorang, sehingga dia di timpa petaka.
Hatiku pilu mendengar dia ditimpa musibah. Aku bukanlah sekejam itu sebenarnya. Aku tidak mendoakan keburukan tapi aku mengharapkan agar keinsafan ditunjukkan kepadanya. Ampunilah aku Ya, Allah...!!!

Selasa, 2009 Jun 16

Aku Yang Terkilan

Hari ni aku rasa tensen tul ngan kawan aku NK. Rupanya selama ini baru aku tau yang mana boleh jadi kawan dan yang mana tidak.
Petang aku okey aje.. Leka mengadap kerja aku lupa makan minum. Solat.. cuti.. Aku tak sanggup nak tinggalkan kerja dan banyak memberi sokongan emosi kepada ibu. Seawal jam 15:00Hrs lagi aku menjaga dan membantu Pn.A dengan sabar dan dedikasi. Pukul 20:00Hrs tiada tanda2 dari Pn A os fully.. Kebetulan kawan aku KN perlukan bantuan. Aku dan kak Mah sama2 menolong KNi. Pukul 20:30Hrs aku menjengok keadaan Pn A. Terkejut aku apabila melihat NK telah mengambil alih tempat ku tanpa izin dan kerelaanku. Dia telah merampas hak dan tugasan yang aku milikki. Membara betul aku setelah sepetang bertungkus lumus , NK tiba2 merampasnya. Apakah tiada terdetik di hatinya untuk memberitahu aku yang ketika itu sibuk menolong KNi bahawa tugasan ku perlu dibereskan dulu. Apabila aku menyuarakan bahawa dia telah merampas hak aku.. Dia enggan bertolak ansur dengan alasan dia telah bersedia walhal ... Aku yang bertungkus lumus menyediakan peralatan, dari menuang barangan, mencuci dan menyediakan semua kelengkapan yang sepatutnya, tiba2 dia marampas begitu sahaja. Aku rasa kecewa sangat dengan tingkah lakunya. Kenapalah Allah temukan aku dengan insan seteruk dan setamak itu yang suka merampas hak orang lain. Demi Allah aku terasa dan tersinggung sangat hati dengan tingkah laku NK. Aku tak pernah sekecewa ini.. Ku sangka dia boleh menjadi sahabat tapi ternyata silap... Alahai lembu punya susu.. sapi dapat nama.

Rabu, 2009 Julai 01

Akukah Yang Bersalah

Peristiwa sedih dan tidak kusangka berlaku kepada temanku NK.. Walaupun peristiwa lepas telah berlalu tapi aku telah memaafkan NK. Semalam bila aku mendengar kejadian yang menimpa dia aku terkejut dan sedih sangat sebab dia masih teman seperjuangan. Semoga dia cepat sembuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..