Isnin, 9 November 2009

Cerita yang tak berkesudahan

Sumpah..
Aku betul-betul rindukan dia. Kebelakangan ini aku tidak berpeluang bersua muka dengan dia secara dekat membuat aku keresahan menanggung rindu yang menggunung.
Aku menjadi tidak keruan merindui dia yang entah di mana.
"Hey, buat apalah kamu ingat dekat dia.. Sedangkan dia entah dimana sedang berseronok dengan orang lain. Dia langsung tidak mengingatimu.."
Hatiku tiba-tiba terdetik sedemikian. Betul juga kerana dia langsung tidak menghubungi aku lagi selepas kali terakhir dulu.
Mungkinkah aku yang kesorangan menanggung rindu ini. Rindu baginya hanya sekadar mainan di bibir. Itu dulu dia ucapkan kepadaku. Ah.. Kenapalah aku didugakan dengan kerinduan yang tak pasti ini.
Membelek helaian diari semalam, tiada yang menarik perhatianku langsung. Semuanya tentang dia yang tidak lagi muncul menemani keresahan hati ini. Kenapa aku rasa begitu terpinggir?
"Put3, kamu sedarlah siapa diri kamu itu... Kamu tidak selayaknya bergandingan dengan dia.."
ucapan sadis itu menerjah pemikiran kalutku semula. Ahh.. Benci...
Betul, merenung kembali ke dalam diri.. mencari keistimewaan yang tiada.. Aku hanya istimewa pada rupa tapi tidak pada lahiriahnya.. Kamu cacat put3.. Kamu tidak layak bergandingan dengan dia.
Aku ingin menangis, meraung , merenung nasib diri, siapalah aku...
Aku merenung lantai yang keras dan kaku.. Hati kenapa kesedihan ini menerpa di sudutmu..
Aku merenung kakiku yang bersarung stokin merah jambu. Corak bunga kecil.
"Kalau put3 sejuk, pakailah stokin ini.. " Aku tersenyum bila mengingati saat manis bersama dia. Ketika itu aku terlantar di hospital. Dia yang membelikan aku stokin itu. Dia juga yang menyarungkan ke kakiku di saat itu.

Ahad, 1 November 2009

Rindu Pada Yang Tak Pasti

Bersendirian membara rasa rindu melingkari diri.
Teringat mesej yang diterima petang semalam,
" Put3, besok saya akan ke KK. Kalau boleh nak jumpa sangat dengan U. Saya akan tinggal di Sunny KK. Depan hospital awak. Kalau tak tau juga.. saya cabut tayar kereta awak.."

Aku tidak terkejut dengan mesej begitu. Dia sudah biasa mengusik aku dengan mesej begitu. Aku membalas mesej itu dengan.. "Apasal , samseng sangat nak cabut tayar keta orang ni..? IPPKK dekat je tu.. Takpun nanti saya sms rakancop aje.. Ada berani?"

Sebenarnya aku juga sudah lama tidak bersua muka dengan dia setelah hampir 8 tahun masa berlalu. Pertama pada fikiranku ialah, bagaimana rupa dia sekarang.. Masih hensemkah?.. Bertambah gemukkah atau bagaimana. Hati berbelah bagi nak jumpa atau tidak.
Petang itu aku melupakan sahaja sms dari dia. Aku meneruskan kerja-kerjaku seperti biasa. Namun selepas waktu asar dia menghantar sms sekali lagi ..
" Macam mana boleh tak kita jumpa?"
Alahai, sms dia lagi. Macam mana ni, aku melihat jam di tangan 30 minit lagi pukul 5.00 petang.
"Maaflah, keja belum siap, lewat sikit balik.."
sekejap aje telefon aku berbunyi sekali lagi.
"Tak pe. Awak habis keja, lepas tu boleh jumpa. Jangan cari alasan. Kalau takut atau tak nak jumpa terus terang sahaja. Saya nak jumpa awak sorang sahaja. Kalau tak sudi nak buat cam ne."
Alahai macam mana ni.
"Saya habis keja lewat petang ni.." Aku belum habis menekan keypad telefon mesej dia datang lagi ke inbox sms aku.
" Kalau begitu saya tunggu awak depan ofis dengan jambangan bunga. OK kan. Takut nak jumpa kate le. Banyak alasan.. Macam dulu. Tunggulah surprise dari saya. .."

Bersambung..

Kasi Laju Sket..