Isnin, 9 November 2009

Cerita yang tak berkesudahan

Sumpah..
Aku betul-betul rindukan dia. Kebelakangan ini aku tidak berpeluang bersua muka dengan dia secara dekat membuat aku keresahan menanggung rindu yang menggunung.
Aku menjadi tidak keruan merindui dia yang entah di mana.
"Hey, buat apalah kamu ingat dekat dia.. Sedangkan dia entah dimana sedang berseronok dengan orang lain. Dia langsung tidak mengingatimu.."
Hatiku tiba-tiba terdetik sedemikian. Betul juga kerana dia langsung tidak menghubungi aku lagi selepas kali terakhir dulu.
Mungkinkah aku yang kesorangan menanggung rindu ini. Rindu baginya hanya sekadar mainan di bibir. Itu dulu dia ucapkan kepadaku. Ah.. Kenapalah aku didugakan dengan kerinduan yang tak pasti ini.
Membelek helaian diari semalam, tiada yang menarik perhatianku langsung. Semuanya tentang dia yang tidak lagi muncul menemani keresahan hati ini. Kenapa aku rasa begitu terpinggir?
"Put3, kamu sedarlah siapa diri kamu itu... Kamu tidak selayaknya bergandingan dengan dia.."
ucapan sadis itu menerjah pemikiran kalutku semula. Ahh.. Benci...
Betul, merenung kembali ke dalam diri.. mencari keistimewaan yang tiada.. Aku hanya istimewa pada rupa tapi tidak pada lahiriahnya.. Kamu cacat put3.. Kamu tidak layak bergandingan dengan dia.
Aku ingin menangis, meraung , merenung nasib diri, siapalah aku...
Aku merenung lantai yang keras dan kaku.. Hati kenapa kesedihan ini menerpa di sudutmu..
Aku merenung kakiku yang bersarung stokin merah jambu. Corak bunga kecil.
"Kalau put3 sejuk, pakailah stokin ini.. " Aku tersenyum bila mengingati saat manis bersama dia. Ketika itu aku terlantar di hospital. Dia yang membelikan aku stokin itu. Dia juga yang menyarungkan ke kakiku di saat itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..