Sabtu, 12 Disember 2009

Cerita Aku Seketika

Aku dah beberapa hari tak dapat surf internet sebab laptop aku breakdown. Charger overload electricity. Aku rasa tension yang amat sangat kerana banyak kerja-kerja aku terbengkalai.
Aku paling tension bila ingat 'study cases' yang belum siap. Aku rasa nak menangis bila memikirkannya. Lecturer aku pula syorkan aku buat kerja kat library college. Tapi feel aku tidak suka terperuk lama kat satu tempat lagipun aku suka mengadap komputer sambil mengunyah. Otak aku mudah buntu kalau tidak mengunyah. Selain tu bila penat aku akan bengun buat excersise legakan otot yang penat dan mata yang letih mengadap skrin komputer. Kat library college aku tak boleh lakukan semua tu. Mustahil untuk aku tunggang langgang buat senaman bila penat duduk lama.
Selepas 3 minggu peristiwa itu berlaku, tiba-tiba aku ditunjukkan jalan dengan idea untuk meminjam laptop adik aku Awie. Lega juga dapat mula siapkan kerja aku yang dah bertimbun menunggu. Namun Awei dah nak abih cuti semester maka aku terpaksa plak menyewa laptop .
Aku juga baru lepas "Trial OSCE" pada 9hb Disember.. Alhamdulillah lulus..
Namun ada benda lain juga yang menimpaku di penghujung tahun ini..
Seingat 3 perkara yang banyak mengujia aku..

1. Pada 26hb Nov lepas aku dengan Awie balik ke Mentakab untuk menjemput hubby beraya bersama. Sebenarnya aku yang beria-ria nak buat suprise.. Mulanya aku biarkan Awie yang drive dan selepas Gua Musang, aku pula yang drive dan nak dijadikan cerita, semasa di Bukit Tujuh Merapoh, Kuala Lipis jalan jamm amat. Perjalanan hala ke Pahang- KL kenderaan tidak banyak sangat tapi dari Kl ke Kelantan jamm teruk. Di belakang aku semasa di km 4 atau 5 sebuah lori kargo merah dari Kelantan ke KL. Di depan aku pula Bus Transnasional. Kalau diikutkan, perjalanan ke Pahang tidak jamm tapi disebabkan ada kereta dari KL-Kelantan yang memotong dan tersesat ke laluan aku maka perjalanan aku juga tersangkut. Dengan kelajuan 0-10km/jam.. Kaki aku lenguh menekan brek.. turun bukit pulak tu.. Aku seriau juga bila ingat lorry kat belakang. Tambahan pula bising hon kereta yang depan. Driver lorry ni naik gila ngan bus bagi hon marah pemandu kenderaan dari arah bertentangan yang masuk ke laluan kami. Awie juga mula bising bila tengok lori kargo yang semakin hampir kat belakang.
Masa tu lebih kurang pukul 5.00 pagi.. Tiba-tiba, gedegang stereng aku rasa bergegar. Aku terus berek mengejut. Pusing tengok belakang. Hati aku kecut ingat anak-anak aku yang sedang tidur kat belakang. Alhamdulillah anak-anak aku masih tidur lena.
Awie pula disebabkan panik keluar ikut tingkap kereta. Aku tegur dia kenapa lompat ikut tingkap sedangkan pintu boleh dibuka.
Aku juga keluar dan melihat kereta aku. Dari atas lori pemandu lori itu menjengok dan menjerit..
" Ala..sikit aje.. bumper tu".
Disebabkan kenderaan aku berada di tengah jalan maka aku masuk ke dalam kereta dan bercadang untuk mencari tempat yang sesuai. Tapi aku tayar berbunyi bising sebab bumper yang terperosok telah menekan tayar sebelahkiri. Aku terpaksa berhenti dan cuba membetulkan bumper itu. Semasa aku dan Awie sedang membetulkan dan menarik keluar bumper yang terperosok. Masa itu juga lori kargo itu melarikan diri. Aku sempat menjerit kepada Awie agar mencatat nombor lori itu. Awie sempat snap foto lori itu.
Selepas itu aku pecut lebih 100km/jam sebab nak kejar lori yang tidak bertanggungjawab.
Hampir satu jam selepas itu aku dan Awie dapat menemui lori itu di kawasan berbukit berdekatan bandar Kuala Lipis. Aku tak pedulikan keselamatan diri aku terus memberhentikan kereta aku di depan lori itu. Pemandu lori itu enggan turun semasa Awie mula-mula keluar. Apabila melihat aku keluar dari bahagian pemandu barulah driver lori itu turun dari lorinya. Selepas bertekak dan berbincang.. dan aku malas dan cepat maka aku pun tertipu oleh driver lori tu.. muka seposen.. Aku malas nak ceita kat sini pasal kes itu sebab aku dah serah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Apa yang aku ingat driver lori tu bernama:

MOHAMED AZMIN BIN ISMAIL I/C: 770602-03-6483 Lorry Kargo Kepala Merah VOLVO no.pendaftaran : BDT 5054 Tel: 014-5187565
Alamat: Tepi Sungai Tanah Merah, Kelantan

Aku hanya berdoa semoga drebar lori yang bernama
Mohamed Azmin bin Ismail yang enggan bertanggungjawab ini akan berjumpa denganku sekali lagi di hospital dan tahulah aku caranya. Semoga Allah menunjukkan jalan kepadanya untuk membayar hutangnya kepadaku. Keretaku belum pun sampai 6 bulan aku beli tu yang aku berasap sangat sekarang ni dah buruk bumper belakangnya yang sexy tu.. Aku tak bercadang untuk repair sebab aku tetap akan tutut ganti rugi dari dia satu masa nanti biarpun di alam barzakh..



2. Aku masih belum insaf apabila telefon aku yang aku sayangi sebab hubby aku yang hadiahkan dah termasuk ke dalam tub mandi dan tak boleh digunakan. Aku terpaksalah guna telefon yang tak ada kaler. nak beli yang baru.. aku dah biasa hubby yang belikan telefon untuk aku jadi aku tak bercadang untuk membazirkan duit gajiku untuk membeli telefon baru.. Hubby pula seakan menghukum aku sebab kecuaian aku itu..


3. Laptop aku plak buat hal maka jadilah aku seorang yang semakin stress.. Exam final 21hb Disember ni..


Hari aku tak selalu mendung kerana ada sahaja jalan ditunjukkan untuk.. Yang penting aku perlu bersabar atas ujian ini.. Potret adik-beradik aku yang seramai 10 orang menjadi penawarnya.


1 ulasan:

  1. Bukanku sengaja dan wasiatku yang pertama.

    walau apa yang berlaku, air dicincang tak putus selamanya. bukan niat untuk marahi sesiapa.. tapi ia sukar dikawal dan marahku itu pada diri sendiri.. aku tau tindakanku itu melukai hati semua orang.. aku sayang semua... tidak terniat untuk begitu, namun sebagai manusia mesti pasrah menerima hakikat pemarah... biarpun diriku seakan "monster" usahlah takut kerana marah ini seketika sahaja... sudah besar panjang, bukan lagi umur sebulan dua... ampunkan dosaku... jadikan tahun baru nanti sebagai azam baru.. moga perpindahan ke negeri sendiri suatu penghijrahan hidup yang baru... ku doakan moga orang-orang yang ku sayangi akan dilindungi dan dirahmati tuhan selalu... dekat dengan parents, jengok2lah mereka... kasihanilah nenek dan ibu saudaraku..kerna aku tidak mampu lakukan... sampai masanya nanti semuanya akan kembali normal... apa-apa berita nanti, khabarkan daku disini.. aku besar begini, aku sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab aku sebagai anak kepada MOHAMAD AWANG DAN ROKIAH CHE MAHMOOD, ADIK KEPADA NORASHIKIN & MOHD ZAMINI & MD ZAKUAN & MOHD ZAMRI DAN NURULL HUDA SERTA ABANG KEPADA NORLIANA & NORMAHANI & NURHAFIZA & NURZUREENA. wahai kakakku sayang, hatiku kecil mudah terguris.. sifat pn rokiah menebal dan sifat abahku juga menjelma dalam diriku.. ia sukar untuk dikikis... kadangkala kelakukanku luar kawalanku... kakakku... aku tahu setiap inci penderitaan orang yang aku sayangi.... dalam hatiku hanya mampu berdoa kepada yang menciptakan kita dan dunia ini agar cekal dan diberikan pertunjuk dalam mengharunginya... aku memberontak hanya seketika waktu.. bukan lama sewaktu aku kecil dulu... janganlah keluarga semua anggap aku seperti "monster" sehingga takut untuk di tegur... sungguhnya aku rindukan kamu semua... jauh disudut hati aku menangis kerana aku tidak mampu untuk membantu dan mengembirakan semua orang... aku berjanji akan menjadi diri sendiri.. segalah kesilapan yang berlaku dalam keluarga,adik beradik kita akan ku betulkan pada diriku... aku bukan seperti abang-abang aku semua... aku bagaikan tanah liat yang boleh dibentuk, jadi aku akan bentukkan diri aku menjadi lebih kental dari semua... kakak, jika ada masalahmu aku sudii mendengarnya seperti selalu... jangan biarkan kepalamu penuh dengan masalah, walaupun mendengar ia sudah boleh mengurangkan bebanmu itu.... didiklah anak-anakmu sebaik mungkin dengan kasih sayang yang berpada-pada..mereka sepertiku diwaktu ku kecil dulu...yang amat memerlukan kasih sayang ayah bonda... bagilah didikan agama yang sempurna... mereka masih boleh dibentuk... jgan nanti usianya sama usia aku diwaktu ini, ia bagaikan mencurah air kedaun keladi... kakakku, walaupun abah kita begitu hormatilah dan tegurlah dengan berhikmah... temanilah ibumu selalu kerana ia perlukan teman untuk meringankan beban dikepalanya... dan jangan lupa nenek kita kerana usianya mungkin bukan panjang seperti kita lagi... disaat yang ada pada hidupnya ini, ceriakanlah dia dan sudilah memekakkan telinga setiap kali dia bercerita... diwaktu usia keluarga kita yang makin dewasa, abah dan ma makin berusia dan nenek yang kesihatan selalu terganggu itu adalah satu anugerah buat kamu, abang long, adik-adik aku dan anakbuah aku kerana aku bukan lagi seperti dulu.. hidup aku dan dunia kampus aku membatasi waktu aku untuk bersama mereka... harapan aku agar kita semua tak kira apa yang berlaku agar menjadi air yang dicincang dan harapan aku juga agar hubungan yang dibina oleh Abah dengan keluarga kedua itu juga berkekalan... sebagai manusia kita mesti menerima ketentuan hidup... bukan semua orang inginkan dan ada sebab tuhan jadikan begitu.. hargailah apa yang ada agar nanti apabila semuanya pergi tidak kita tangisi kerana kekesalan.... kakakku, terima kasih untuk semua yang kamu lakukan... selamat tahun baru dengan azam baru... dan tergurlah aku dengan lembut kerana aku bisa mengubah tabiat aku... aku bisa berubah... dan lakukanlah setiap perkara dengan nama Allah dan penuh berhikmah...

    BalasPadam

Kasi Laju Sket..