Artikel ini adalah petikan akhbar lama. Tapi aku rasa perlu untuk berkongsi dengan semua orang dengan apa yang aku baca ini.
PULAU PINANG 17 Feb 2009.-
Amaran!!! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai
penyakit termasuk kanser ovari. Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi
magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama
dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang
berjenama terkenal.
Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi
talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan
paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.
Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda
amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi
mengandungi bahan itu.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa
kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati
kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.
Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam
lapisan ovari.
Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang
memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari. “Satu
kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum
walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41
peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari. “Kanser ovari diketahui
boleh membawa maut.
Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang
secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir,”
katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Mengulas lanjut, katanya,
penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan
kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.
Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh
berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang
menghidunya. Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada
masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.
“Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat
daripada tepung jagung atau tepung beras.
“Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya
bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan