Jumaat, 30 Mac 2012

Hobi lama sambung semula

Lili Merah
Tiba-tiba aku teringin bercerita sesuatu dan berkongsi dengan orang lain tentang suatu kehidupan dari luar kehidupan ku sendiri. Semasa aku di sekolah rendah lagi aku minat membaca dan menulis. Pernah menjadi juara pertandingan membaca buku paling banyak. Setiap bulan aku suka membeli buku dan majalah jika ada duit poket terlebih. Tapi hobi ku ini hanya sekadar hobi sahaja kerana aku suka membaca penulisan kreatif sahaja. Berkait dengan membaca juga aku mula berjinak-jinak dengan penulisan. Aku cuba menulis sajak,puisi dan cerpen. Aku banyak berkhayal dan tidak hairanlah aku sering mendapat markah yang tinggi dalam setiap karangan dan esei. Aku berjaya menghasilkan hampir 50 sajak dan beberapa buah cerpen. Setiap karyaku itu hanya menjadi hak milik kekal dan tidak berkongsi dengan orang lain. Aku menulis di mana sahaja Ada peluang. Pantang ada kertas kosong aku akan mula mencoretkan ideaku. Ilham datang tidak menentu. Kadang-kadang sambil berjalan ke sekolah terpandangkan sesuatu pun boleh mendatangkan ilham untukku. Kebiasaanya aku terlupa rangka-rangka itu selepas aku berada di dalam keadaan selesa. Sekarang ini apa yang amat aku kesali ialah aku tidak menjaga dengan baik manuskripku itu sehingga ada yang hilang disebabkan oleh kecuaianku sendiri. Semasa banjir aku tidak terfikir untuk menyelamatkan harta intelekku sehingga banyak karyaku yang musnah. Ketika itu aku tidak terfikir betapa pentingnya karyaku itu. Aku tidak tahu nilai usahaku kerana aku hanya sekadar meluahkan perasaanku sehingga terbentuknya puisi, sajak dan novel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..