Jumaat, 23 Mac 2012

Hati seakan meronta-ronta untuk update blog ini.  Kebiasaanya idea menjadi surut apabila mula mengetuk keyboard untuk ayat yang pertama.
Kebelakangan ini juga aku mula dirasuk satu kuasa yang mengheret aku jadi begini..
"Eh! Makin cantiklah kulit wajah aok. Pakai produk apa?"
Giffarine Foundation RM20
Aku suka sangat bila di soal gitu. Yalah siapa tak suka bila ada orang puji kan. Aku sentuh pipiku. Memang aku bersyukur kerana kulit wajahku tidak memberi banyak masalah kepadaku. Walaupun tidak segebu orang lain yang punya kulit lebih mulus tapi kulit wajahku memang menjadi idaman wanita lain yang ingin kulit wajah yang licin. Tanpa jerawat atau noda yang menyakitkan hati dan mata.
Aku ingin berkongsi rahsia yang aku pegang kukuh ini bersama semua orang yang ingin memiliki kulit wajah yang licin tanpa parut jerawat atau pigmentasi lain.
Seawal usia remaja aku tidak bermasalah dengan kulit wajahku. Aku seperti remaja lain sekali-sekala meletup juga dengan jerawat sebesar kelingking lebih lagi bila saat biasa pusingan hidup sebagai wanita menghampiri. Aku ada satu sydrome yang aku diagnose sendiri iaitu setiap kali nak datang bulan, tubuhku akan jadi bengkak dan kadang-kadang menyakitkan. 
Ada teman yang mengsyorkan aku dengan pelbagai jenama ubat di pasaran dan aku pernah mencuba beberapa jenis sehinggalah ditegur oleh bonda kerana di atas almari di kamarku penuh dengan botol-botol ubat milikku.
Suatu hari aku diperkenalkan oleh seseorang kenalan abah dengan satu jenama yang aku sudah kenali lebih awal tapi kurang mendapat perhatianku sebelum ini. Abah mengsyorkan aku agar mencuba produk dari jenama GIFFARINE. Aku mulanya hanya menggunakan JUS DELIMA sahaja kerana untuk kulit wajah, aku setia kepada jenama yang sedia ada.
Akan bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..