Ahad, 1 Julai 2012

Cerpen : Sue... Tega Kuhadapi Realiti Ini Part 1


“Sue..!!!”
Namanya dipanggil.
“Sue..!Nanti dulu..!!!
Dia tidak menghiraukan suara itu. Dia terus menghayun langkah berlalu dari situ.
Kasihan !Pemuda yang memanggilnya masih terbaring di situ dan berusaha untuk bangun. Begitu sukar pemuda itu hendak berdiri. Wajahnya berkerut menahan kesakitan. Tangannya menerawang memanggil –manggil nama Sue.
Gadis yang dipanggil Sue it uterus mengatur langkah menuju kea rah seorang pemuda lain yang menunggunya di situ.
“Sue, Kenapa dibiarkan dia terbaring di situ?” Tanya pemuda itu.
“Biarkan dia.. Jomlah kita balik Ryzal..!”
“Tapi Sue, .. Tadi kenapa tolong dia lawan musuhnya?”
“ Ah! Sudahlah..!” Dia mendegus marah.
“ Dia kesakitan tu Sue..!”
“ Biarkan.  Tadi Sue tolong dia dari terus kena belasah. Sekarang berusahalah sendiri untuk…..”
Sue tidak meneruskan kata-katanya. Dia terus menapak ke arah motornya.Ryzal  mengikutinya dari belakang. Namun dia masih sempat menjeling ke arah pemuda yang dibelasah tadi. Lelaki itu sudah berdiri memerhati ke arahnya dan Sue.
Sebentar kemudian Sue dan Ryzal berlalu dari situ dengan motorsikal. Zekri memerhati kedua-dua insan itu dengan bingung. Benarkah itu Sue? Tapi kenapa dia tidak menyahut apabila kupanggil. Wajahnya..! Ah!..Mungkinkah dia Sue.
Zekri berjalan terhinjut-hinjut menuju kea rah motor TZM merahnya. Beberapa orang pengunjung pantai di situ memerhatinya dengan hairan. Apa kena pemuda itu? Tadi elok aje….
Zekri membelek-belek wajahnya yang lebam sambil menelitinya melalui cermin motornya. Di tepi mata, hidung dan ada luka kecil di dahinya. Celaka Lirza dan geng dia. Mujurlah wajahnyaa tidak teruk. Siapakah gadis yang menolongnya tadi. Benarkah  gadis yang menolongnya tadi adalah Sue. Setahunya Sue tidak mempunyai ilmu pertahanan diri. Tapi gadis yang menolongnya tadi amat tangkas. Mustahil gadis itu Sue. Lagipun apabila dipanggil nama dia tidak menyahutnya. Tapi dia seiras Sue..
Zekri menyepak pasir pantai dengan kasar. Bertaburan pasir di hujung sepatunya berterbangan. Zekri  terus membonceng motornya berlalu dari situ.
“Sue…! Sue kenal ke pemuda tadi?”  Tanya Ryzal. Gadis di hadapannya di renung tajam.
“Tidak.”
“ Kalau tak kenal, kenapa Sue tolong dia?”
“Entah.”
“Berani Sue lawan ketiga-tiga lelaki tadi. Sue tak takut ke?”
“Ryzal.. kau ni suka sangat tengok orang bergaduh. Sue tolong pemuda tadi sebab insan. Kesian dia dibelasah oleh tiga lelaki sekali gus.”
“ Tapi Sue lain kali Sue tak boleh buat begini. Ini akan mengancam nyawa Sue sendiri.”
“Ah…!!! Sue tahulah apa yang Sue buat..!”
“Ryzal takut nanti  lelaki itu akan balas dendam.”
“Ryzal, buat apa Sue tolong kalau Sue takut menghadapi kemungkinan itu.”
“Walaupun membahayakan diri Sue sendiri.”
“Ya, kita sesama insan mesti tolong menolong. Ah…!!! Sudahlah, yang Ryzal ni banyak soal pulak kenapa?”
“Ryzal tak mahu Sue di timpa masalah.”
“Sudahlah..! Sudahlah ..!! Sue nak balik. Hari pun dah petang.”
“Yalah. Tak elok anak dara berjalan-jalan lagi waktu senja,” sindir Ryzal.
“ Sudahlah..Sue tau apa yang Sue buat.”
“Esok Ryzal nak ke pekan. Nak ikut tak?”
“Tak payahlah. Pergi aje dengan Rosmah.”
“Ros sibuk. Sebab itu Ryzal ajak Sue.”
“Sue nak berehat esok..!”
“Ala takkan tak sudi ikut Ryzal. “
“ Tengoklah macam mana. Okeylah Zal, Sue balik dulu. Nanti membebel pulak mak kat rumah.”
Mak Yah sedang menjinjing sebaldi air lalu diletak di atas pelantar jemuran. Dia menyeka rambut yang jatuh di dahi. Dia kemudian menegakkan belakangnya, memusing ke kiri dan ke kanan lalu bercekak pinggang.
“ Hey kemanalah budak ni pergi, tak balik-balik lagi. Dah nak maghrib ni. Selalunya awal balik,” rungut Mak Yah sambil matanya melilau ke arah lorong berpasir di hadapannya.
“ Dah tak ingat nak balik ke?” sambungnya lagi. Dia melangkah memijak ketiga-tiga anak tangga lalu naik ke pelantar dan terus masuk ke dalam rumah.
Mak Yah menutup pintu jendela yang masih ternganga. Ketika dia hendak menrik daun pintu yang mengadap jalan raya kelihatan Sue menghayun langkah pulang dengan laju.
“ Hem, dah balik pun… Ingatkan tak nak balik..” rungut Mak yah. Sue tersengih sahaja dan memanjat anak tangga. Dia kemudian menyangkut punggung di bendul dan meraba topi di atas kepalanya.  Memusing-musingkannya dan terus menanggalkan topi lalu di letakkan ke sisinya.
“ Sue, yang kau duduk lagi di pintu tu buat apa. Masuk  ke dalam ni. Tak elok anak dara bersilang kaki di bendul senja-senja begini, “ nasihat Mak Yah sambil menggeleng-geleng kepalanya.
“ Yalah mak…” Sue akur dan dia bangun berlalu ke kamarnya. Mak Yah menuju ke dapur.
Ketika azan maghrib berkumandang dari surau yang terletak tidak jauh dari situ, Sue dan Mak Yah dalam perjalanan menuju ke arahnya. Mereka bertembung dengan beberapa orang kampong yang sama menuju ke arah surau. Bertegur sapa dengan ramah sambil di bibir masing-masing terukir senyuman nan ikhlas.
Selepas selesai solat isyak berjemaah, masing-masing turun berduyun-duyun dari surau. Sue , Mak Yah, Rosmah dan beberapa orang lagi yang turun paling akhir. Mereka menolong mengemas tikar dan sejadah yang digunakan oleh jemaah surau tadi. Mereka sama-sama berjalan pulang menuju ke rumah masing-masing sambil riuh bercerita dan mengulas tentang syarahan agama yang baru selesai disampaikan oleh Pak Imam tadi. Ada juga yang bersambung dengan cerita-cerita yang berlaku disekitar kehidupan mereka.
Malam semakin tua. Sue dan Mak Yah sedang menghadapi rezeki selepas balik dari suarau. Hanya mereka berdua sahaja seperti malam-malam sebelum ini. Yalah, siapa lagi yang ada di rumah itu.
“ Oh! Ya, terlupa pula mak. Petang tadi Aziz datang hantar sepucuk surat. Agaknya abang kau yang hantar,” beritahu Mak Yah. Tangannya lincah mencicah pucuk ubi dengan sambal belacan yang dibuat olehnya siang tadi.
“Betul ke mak?” Sue cepat-cepat menghabiskan nasi di pinggan dan terus membasuh tangan.
“Cuba kau tengok atas lemari tu. Di situ mak letak tadi.”
“Baiklah mak,” ujar Sue dan segera berlalu.
Mak Yah tersenyum dengan gelagat Sue. Walaupun tingkah lakunya agak sedikit kasar tapi sebenarnya dia adalah seorang gadis yang baik. Mak Yah tidak pernah menghalang Sue melakukan apa sahaja yang disukainya selagi ianya tidak melanggar lunas-lunas kehidupan dan batasan agama.
Dia tetap melayani Sue dengan baik walaupun  kadang-kadang  Sue bersikap tidak mendengar kata dan berperangai seperti anak lelaki dia akan tetap menegurnya.
Lamunan Mak Yah terhenti apabila Sue muncul sambil tersenggih memegang sepucuk surat besampul coklat.
“Apa yang abang kau tulis Sue?”
“Macam biasa mak. Dia sihat. Tanya khabar mak. Dia beritahu dia dah kerja di sebuah kedai makan sebagai pencuci pinggan. Nak tambah duit poket.”
“Hanif..! Hanif..! Mak , tak mampu nak kirim duit banyak dekat dia..” keluh Mak Yah sayu.
“Mak ni, ..abang pun tahu juga kita ni orang susah. Tapi mak jangan bimbang, selagi Sue ada mak tak akan kebulur. Walaupun Sue tak sekolah tinggi tapi Sue akan tetap berusaha untuk jaga mak.” Ujar Sue sambil memeluk Mak Yah mesra. Mak yah membalas pelukan Sue dan membelai rambut Sue dengan penuh kasih sayang.
Walaupun Sue bukanlah anak gadisnya, tapi dia menyayangi Sue seperti anaknya sendiri. Lagipun dia tidak mempunyai anak perempuan  kecuali Hanif sahajalah anaknya. Dia tidak akan melupakan amanat Puan Zaharah bekas majikan, agar menjaga Sue seperti anaknya sendiri. Seusia mengenal dunia ini, Sue telah dijaga dan ditatang seperti anaknya sendiri. Makan pakai Sue dialah yang menjaga dan mengaturnya sehinggalah Sue dari kecil lagi memanggilnya dengan panggilan mak. Sue hanya sempat mengenali ibu kandungnya sehingga usianya lima tahun apabila Puan Zaharah jatuh sakit dan meninggal dunia akibat barah pangkal Rahim. Encik Zainal ayah Sue juga mengamanahkan dan melepaskan Sue di bawah tanggungjawab Mak Yah kerana kesibukannya  menguruskan perniagaan Setelah berkahwin lain ketika Sue berusia 15 tahun, Sue langsung tidak mahu tinggal bersama ayah dan ibu tirinya. Apabila Mak Yah berhenti kerja dengan Encik Zainal kerana majikannya itu berpindah ke Brunei mengikut isteri barunya, Sue terus tinggal dengan Mak Yah di kampung. Perbelanjaan dan gajinya masih di bayar oleh Encik Zainal setiap bulan walaupun dia tidak meminta. Hubungan Sue dengan Mak Yah dan anak lelakinya Hanif juga sangat akrab seperti sebuah keluarga. Sue dan Hanif membesar bersama-sama dari kecil seperti adik dan abang di perkampungan nelayan di negeri pantai timur itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..