Selasa, 24 Julai 2012

Cerpen: Sue ...Tega Kuhadapi Realiti Ini Part 5


“Sue, I tahu you marah pada I. I mengaku, I salah. Please.. I benar-benar perlukan you.. I menyesal dengan apa yang telah I lakukan.. Please..” rayu Zek mendayu-dayu. Sue membatukan diri.
“Apa lagi yang kau mahukan dari Sue lagi? Tak cukupkah kau menyeksa aku selama ini Zek?” Suara Sue perlahan-lahan. Dia menyeka air mata yang mula mengenangi kolam matanya dengan hujung jarinya.
“Sue..!”
“Sudahlah Zek..! Semuanya sudah tidak bererti lagi. Segalanya sudah musnah kini..” rintih Sue sayu. Dia tidak ingin lagi mengingati peristiwa yang pernah berlaku di antara dia dan Zek dulu. Sue sedar walaupun Zek adalah lelaki yang pernah dicintainya tapi .. itu dulu. Kini tidak lagi. Dia telah melupakan Zek semenjak setahun lepas. Zek sendiri yang memutuskan hubungan mereka. Sue menggeleng-gelengkan kepala. Perlahan-lahan dia menjatuhkan tangan Zekri yang menyentuh bahunya. Mengangkat wajahnya dan menatap wajah Zekri layu.
“Zek, lupakanlah Sue. Sebenarnya Sue sudah tiada lagi. Berkubur bersama cinta Zekri di kota sana. Aku bukan lagi Sue yang menjadi milikmu dulu. Aku adalah Sue, perempuan kampungan sahaja..”
“Zek sayangkan Sue. Terimalah Zek kembali Sue. Zek rindukan saat indah kita berdua dulu..” rayu Zekri lagi penuh pengharapan.
“Tidak Zek..! Semua itu sudah berlalu…!” Jerit Sue langsing disertai air matanya yang gugur lebat.
Zekri berteleku di atas pasir putih yang terhampar bersih. Lemah, longlai dan lesu. Jiwa kelakiannya dihimpit kekecewaan. Tidak dapat menerima kenyataan yang kini menghancurkan harapannya. Pertemuan yang diharapkan akan menjalinkan semula ikatan yang terputus setelah perpisahan hampir setahun lepas, kini menjadi debu-debu dan sisa yang merobek hatinya sendiri.
“Aku tidak layak untukmu Zek.. ! Kau pembohong! Penipu! Pergi jahanam dengan cinta dan sayangmu itu Zek. Jangan ganggu kebahagiaan yang kumilikki kini…” terngiang-ngiang ucapan Sue sebentar tadi sebelum Sue meninggalkan dia di tepi pantai itu.
“Sue! Maafkan aku Sue..!” Rintihnya pilu.
Akhirnya kini dia sedar. Dia kalah kini dengan cinta seorang gadis. Sue dulu dianggapnya lemah dan lembut serta tidak bermaya kini ternyata sebaliknya. Kekecewaan lalu lantaran perbuatannya telah mengajar gadis itu menjadi seorang yang lebih tabah dan keras hati. Dulu perasaan gadis itu dipermainkan dan dikecewakan tapi hari ini dia yang kecewa. Segala yang dimiliki sudah tidak bermakna lagi tanpa Sue.  Dia boleh mengharapkan gadis lain selain Sue dengan ketampanan dan kedudukan yang dimiliki tetapi dia tidak dapat melupakan Sue. Hatinya kini benar-benar mengharapkan Sue. Penyesalan bertimbun mneghimpit dirinya. Namun …. Dia kecewa..!
            Zekri melangkah longlai menuju ke arah motor besarnya. Menghidupkan enjin dan menderu kuat , memecut laju berlalu dari situ. Tanpa disedari air mata seorang lelaki yang angkuh menitis hanya kerana seorang gadis seperti Sue. Dia tidak mengharapkan sesiapa lagi kecuali Sue. Di jalan raya yang membelah kawasan perkampungan nelayan itu, dia memecut laju tanpa menyedari dari arah hadapan sebuah kereta datang laju lalu…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..