Jumaat, 3 Ogos 2012

Cerpen: Sue ..Tega Kuhadapi Realiti Ini Part 7


Hampir seminggu terlantar di atas tikar mengkuang di ceruk dinding, Zekri akhirnya dapat menggerakkan badan dan bangun beberapa langkah berjalan ke bilik air di belakang rumah. Luka dibadannya hampir sembuh. Semenjak kehadirannya, rumah Mak Yah sentiasa dipenuhi oleh orang ramai yang datang untuk melihat dan menziarahinya. Sue juga melayaninya dengan baik. Hatinya kini menjadi bertambah kasih akan gadis itu. Terasa ingin dimilikki dan tidak sanggup berpisah walau sesaat dengan gadis itu. Sue, walaupun hatinya keras dan tutur katanya kasar tapi dia seorang yang baik. Kini dia tekad ingin memilikki Sue walau apapun yang menghalangnya dia tidak akan melepaskan Sue lagi.
“Assalamualaikum Zek.. Selamat pagi,” Sapa Sue suatu pagi. Dia tersenyum menghampiri Zekri sambil membawa sehidangan sarapan pagi. Zekri yang sedang berdiri di jendela
memandang ke arah pantai berpaling ke belakang dan tersenyum.
“Waalaikumussalam Sue,” jawabnya sopan dan duduk di hadapan Sue yang sedang mengatur hidangan sarapan pagi. Sepiring cengkodok pisang dan secawan teh mengamit seleranya.
“ Bagaimana kesihatan hari ini?” Tanya Sue lagi.
“Bertambah baik, atas rawatan Sue..” jawabnya tersenyum manis kepada Sue.
“Alhamdulillah..” sambung Sue sambil tangannya lincah menuang minuman dan menghulurkan secawan teh kepada Zekri.
Mak Yah juga datang sambil membawa sepiring lagi kuih dan duduk bersama-sama kedua uda dan dara itu. Mereka bersama-sama bersarapan. Berbual mesra seperti tidak ada apa-apa perselisihan dia antara mereka.  Kedatangan Ryzal pagi itu menambah lagi keceriaan. Dia membawa beberapa helai seluar panjang untuk Zekri .
“Ini seluarnya Sue. Entah muat atau tidak,” ujar Ryzal lalu menyerah plastik yang berisi pakaiannya kepada Sue. Zekri melihat kearah Sue tanda tidak mengerti.
“Untuk apa Sue?” Tanya Zekri akhirnya.
“Untuk kau pakailah. Zek bukannya ada pakaian lain. Baju yang kau pakai tempoh hari tu dah koyak. Sue dah buang. Ini pinjam Ryzal punya,” beritahu Sue sambil meletakkan palastik pakaian di hadapan Zekri. Zekri memandang Sue hairan.
“Hem Zekri.. pakailah! Cubalah dulu..” sampuk Mak Yah pula. Zekri akhirnya bangun dan menuju ke kamar yang disediakan untuknya. Sebentar kemudian dia keluar dan kelihatan begitu bergaya dengan seluar berbeza penampilannya yang berkain batik sebelum ini. Sue tersenyum memandangnya.
“Okey tak?” Tanya Ryzal. Dia menyandar ke dinding sambil memerhati ke arah Zekri tidak berkelip. Zekri mengangguk.
“Baju boleh pinjam t.shirt Sue.”
“Tak sendat ke?” Tanya Ryzal.
“Tak. Sue ada baju yang saiz sesuai dengan Zek,” kata Sue dan bangun masuk ke kamarnya.
“Untunglah Zek. Baju pun boleh berkongsi dengan dengan makwe,” usik Ryzal tertawa kecil. Mak Yah tersenyum-senyum, penuh pengertian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..