Jumaat, 10 Ogos 2012

Cerpen: Sue.. Tega Kuhadapi Realiti Ini Part 8


Petang itu udara redup. Sue membawa Zekri meninjau kampung itu. Ryzal berjalan bersama Rosmah di belakang mereka. Sampai di tepi pantai mereka berhenti bermain di gigi air. Membiarkan ombak mengempas ke kaki. Sue kelihatan asyik menikmati suasana itu. Zekri termanggu-manggu juga menghadapi situasi itu. Ombak laut yang menghempas kaki kekar miliknya seakan memberi ketenangan kepadanya.
“Sue.. you tak teringat ke nak balik jumpa father you..?” usul Zekri sambil mengikuti  Sue dari belakang. Sue diam. Dia berdiri tegak mengadap ke tengah laut lepas.
“Entahlah Zek.. Sue sebenarnya rasa bersalah terhadap ayah..” Sue mengeluh lemah.
“Sebenarnya mereka mengharapkan Sue pulang. Zek boleh temankan Sue menemui mereka,” pujuk Zekri.
“Sue tahu tapi Sue tidak ingin meninggalkan kampung ini dan mak. Di sini Sue dapat bina segalanya yang runtuh,” balas Sue perlahan.
“Sue, mereka juga seperti Zek. Mengharapkan Sue pulang ke sana.”
“Suatu masa nanti Sue akan pulang tapi buat masa ini biarlah Sue di sini dulu,” ujar Sue lalu mengatur langkah menyusuri pantai. Masing-masing terdiam dan melayan fikiran.
Ryzal dan Rosmah sedang berbual di atas batu besar di tepi pantai. Bayangan batu yang besar melindungi mereka dari panahan cahaya mentari petang.
“Sue, bagaimana dengan Zek?” Tanya Zekri penuh harapan. Sue berpura-pura tidak mendengarnya.
“Maksud Zek?” balas Sue. Zekri menatap wajah Sue dalam. Dia berhati-hati menyusun bicara agar Sue memahaminya seperti dahulu.
“Sudikah menerima Sue menerima Zek kembali?” Tanya Zekri sambil tangannya meraih jemari Sue. Tindakannya itu menyebabkan wajah Sue kelihatan berubah. Sue menarik tangannya dari genggaman Zekri. Sue tersenyum. Zekri berdebar dengan senyuman itu. Adakah..?
“ Sue harap Zek tidak akan kecewa nanti setelah mengetahui siapa diri Sue. Jangan terlalu mengharap diri Sue untuk kembali kepada Zek..!” tutur Sue lemah. Zekri terdiam. Bagaikan sudah diduga jawapan ituyang akan keluar dari mulut gadis didepannya itu. Langkahnya dibuka luas. Dia meninggalkan gadis itu di belakangnya. Sue tersenyum dengan gelagat Zekri. Dia berpaling ke arah Ryzal dan Rosmah. Uda dan dara itu tersenyum melambainya dari jauh. Zekri semakin jauh ke depan.
Waktu maghrib semakin menghampiri. Zekri berjalan lemah menuju ke rumah Sue. Mak Yah yang berada di tangga dapur hanya memerhati dan menggeleng kepalanya. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran pemuda itu, duga Mak Yah. Zekri terus masuk ke dalam rumah. Dia berdiri di jendela dan merenung keluar. Sue baru keluar dari biliknya dengan pakaian solat.
“Zek.. tak nak ke surau ke?” tegur Sue. Zekri berpaling. Terperanjat melihat Sue yang sudah bersedia dengan telekung solatnya hendak ke surau. Dia mengangguk. Kemudian berlalu ke kamarnya.  Kecewakah dia dengan kata-kataku tadi? Tidak lama kemudian Zekri muncul dari pintu kamarnya.
“Oh! Ya, Sue pergilah dulu. Zek nak mandi dulu. Nanti Zek sampailah,” ujarnya kepada Sue. Sue mengangguk dan mendapatkan Mak Yah yang sedang menantinya di anjung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..