Rabu, 12 Disember 2012

Malasnya nak menaip cerita ni..

Adui tension tul nak menyiapkan tugasan yang dah berbelas tahun terbengkalai ni. Kalau diikutkan masa aku adalah orang yang paling malas untuk membuat kerja dua kali benda yang sama walaupum berlainan rentaknya. Tapi bila diulang baca rasa sayang pula untuk membuangnya walaupun ianya menyakitkan mata dan hatiku sendiri.
Minggu lepas puteriku buat hal pula dituangnya perfume oil body shop ke atas kertas lusuh yang mengandungi skrip novelku. Hangin satu badan aku dibuatnya. Bila ditanya kenapa tumpahkan minyak wangiku.. Rileks je dia jawab..
"Ala bukan tya tumpahkan.. Tya tuang je atas lantai tu. Tya nak botol ni. Cantikkan."
Apa perasaan korang kalau berada di tempat aku. Rasanya nak aje aku angkat kaki dan terajang dia. Tapi aky bukanlah kejam sebegitu.. Apa yang aku buat ialah piat telinga dia. Lepas tu korang tau tak apa adegan seterusnya?
Pastilah anak kecil itu menangis sambil merayu-rayu.
" Maap.. Tya mintak maap.. Tya tak buat lagi. Nanti bila Tya besar, Tya beli untuk mama.."
Eh! Apa yang korang rasa saat itu sekiranya berada di tempat aku? Woit.. Sabar ajelah menunggu dia besar untuk menggantiknnya. Macam tu ke? Atau doakan dia cepat-cepat membesar agar dia dapat ganti... Isk..isk.. Meleleh air mata aku sebenarnya dengan ucapan yang begitu tulus itu. Lantas tubuh gebunya aku peluk cium dengan rasa bersalah. Kesilapannya datang dari aku sendiri sebenarnya. Aku yang cuai meletakkan botol perfume tu atas meja komputerku.
Sebotol perfume oil hanya berharga rm55.00. Skrip aku pula berusia 17 tahun..dah SPM skrip tu... Dan puteriku pula hanya seorang itu sahaja. Pilihanku yang waras adalah tetap puteriku Tyra Iskina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..